Anda di halaman 1dari 2

Monday, December 5, 2011 Hobi Saya Ramai orang mempunyai hobi sendiri.

Antaranya, berenang, bermain bola sepak, melukis dan lain-lain. Begitu juga dengan saya. Hobi saya ialah bermain badminton. Sejak kecil lagi, saya selalu mengikut abang saya pergi ke gelanggang badminton yang berhampiran dengan rumah saya untuk bermain badminton. Saya telah diajar dengan baik oleh abang saya. Lama-kelamaan, saya telah gemar sukan ini dan bermain badminton menjadi hobi saya. Di sekolah, saya telah menjadi wakil pasukan badminton bagi sekolah dalam pertandingan ke peringkat negeri. Saya telah mendapat tempat pertama dalam acara itu. Saya berasa sangat gembira. Pada masa lapang, saya suka bermain badminton dengan kawan-kawan saya. Kadang-kala, kami bermain secara perseorangan atau beregu. Bermain badminton dapat menjadikan otak saya cerdas dan mempunyai badan yang sihat. Selain itu, saya juga dapat berkenalan dengan ramai kawan yang baru. Oleh itu, saya berharap semua orang dapat memilih satu hobi yang berfaedah untuk dilakukan pada masa lapang.

Hobi Saya Hobi saya membaca. Saya suka membaca pelbagai jenis bahan bacaan yang informatif seperti surat khabar, buku-buku yang berunsur pengetahuan dan pelbagai majalah yang menyajikan berbagai-bagai maklumat tentang sesuatu yang belum saya ketahui. Saya gemar membaca kerana saya cinta akan ilmu. Tambahan pula, ibu bapa saya memang menggalakkan saya membaca. Tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan bahawa saya mengikut jejak kedua-dua ibu bapa saya yang rajin membaca. Mereka bukan sahaja membelikan saya majalah yang berunsur pengetahuan malah sering membawa saya ke pameran buku. Mereka memberi kebebasan kepada saya untuk memilih majalah yang bermutu dan informatif.

Saya juga gemar membaca kerana aya menanam cita-cita untuk menjadi guru. Seorang guru yang baik , kita haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Ilmu tersebut sudah tentu akan dapat manfaat oleh murid-murid kita. Guru yang berpengetahuan luas sudah tentu dihormati dan sentiasa disayangi oleh murid-muridnya.

Sesungguhnya banyak kebaikan yang diperoleh melalui membaca. Tentunya kita sentiasa mendapat terkini tentang sesuatu perkara di samping menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Selain itu, masa kita juga terisi dengan melakukan perkara yang berfaedah. Dengan itu tidaklah kita terjerumus ke dalam kancah sosial yang memudaratkan hidup kita.

Oleh itu, saya ingin mengingatkan kawan-kawan supaya memilih hobi yang baik dan mendatangkan faedah. Mengenali kelebihan dan bakat yang ada pada diri kita. Pupukan bakat tersebut dan suburkannya dengan azam yang kuat untuk berjaya.

Anda mungkin juga menyukai