Anda di halaman 1dari 1

Tahun 4 28/4,29/4

Tuliskan sebuah catatan tentang aktiviti gotong-royong di tempat tinggal kamu.

Aktiviti Gotong-royong di Tempat Tinggal Saya


Sabtu , 20 April 2019.

7:30 pagi: Saya dan ibu bapa bangun awal pagi untuk menyertai aktiviti
gotong-royong yang dianjurkan oleh Persatuan Taman Sri Pagoh.
Kami berkumpul di Balai Raya Taman Sri Pagoh bersama penduduk-
penduduk.
8:00 pagi: Kami nampak ramai penduduk telah tiba. Mereka membawa
peralatan seperti penyapu, pongkes,cangkul dan sebagainya.Selepas
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sri Pagoh memberikan
taklimat,aktiviti gotong-royong pun bermula.
9:00 pagi: Saya menolong ibu mengutip sampah di kawasan balai raya. Ayah
pula memotong rumput di taman permainan. Ada penduduk yang
menyapu sampah, ada yang membersihkan longkang dan ada yang
menebas semak samun. Kami bekerjasama bagaikan “aur dengan
tebing”.
10:00 pagi: Kami berehat di balai raya.Kami menikmati jamuan ringan yang
disediakan oleh kaum wanita. Makanan yang disediakan sungguh
enak. Kami makan sambil berbual-bual.
10:30 pagi: Kami menyambung semula kerja. Tidak lama kemudian, kawasan di
taman perumahan kami kelihatan bersih dan ceria. Pengerusi
Persatuan Taman Sri Pagoh mengucapkan terima kasih kepada kami.
Saya berasa gembira kerana berpeluang menyertai aktiviti yang
bermakna ini.

Unit 15 Bekerjasama Membawa Kemakmuran

Anda mungkin juga menyukai