Anda di halaman 1dari 2

Tahun 4 11/7/2019, 12/7/2019

Aku Sebuah Peti Sejuk

Aku sebuah peti sejuk.Namaku Samsung.Aku berwarna kelabu.Aku


diperbuat daripada besi.

Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Kuala


Lumpur.Setelah aku siap dibuat, aku dihantar ke sebuah kedai
elektronik di Muar dengan lori.

Aku dipamerkan di ruang pameran. Aku berpeluang berkenalan


dengan banyak kawan seperti Samsung, Toshiba,LG dan
sebagainya.Terdapat ramai pengunjung yang mengunjung ke kedai itu.

Pada suatu hari, sepasang suami isteri datang ke kedai untuk


membeli peti sejuk.Mereka rambang mata semasa membeli peti sejuk
kerana terlalu banyak jenis peti sejuk yang dijual.Mereka membelek-
belek badanku.Akhirnya, mereka membeli aku dengan harga
RM1300.00.

Pekerja-pekerja meletakkan aku di dapur tuan rumah aku.Tuan


rumah aku bernama Encik Tan. Aku digunakan untuk menyimpan sayur-
sayuran , buah-buahan,daging,minuman dan sebagainya.Tuan aku
menjaga aku dengan baik. Beliau akan mengelap badan aku setiap
hari. Oleh itu, badanku sentiasa kelihatan bersih dan kemas.

Aku berasa sangat bersyukur kerana mempunyai tuan yang begitu


baik. Aku akan memberi khidmat kepada tuan aku sehingga ke akhir
hayat.

Anda mungkin juga menyukai