Anda di halaman 1dari 30

Aku Sepasang Kasut

1. Aku ialah sepasang kasut.


2. Aku diperbuat daripada kain.
3. Badan aku berwarna putih.
4. Aku dilahirkan di sebuah kilang.
5. Aku dihantar ke kedai kasut.
6. Aku berharga RM50.00.
7. Seorang wanita membeli aku.
8. Dia membayar wang.
9. Dia membawa aku pulang ke rumahnya.
10. Anaknya memakai aku untuk bersenam.
11. Dia menjaga aku dengan baik.
12. Dia mencuci badan aku.
13. Dia menyimpan aku di atas rak.
14. Aku mempunyai tuan yang baik.
15. Aku berasa gembira.

1
Aku Sebuah Basikal
1. Aku ialah sebuah basikal.
2. Aku diperbuat daripada besi.
3. Badan aku berwarna biru.
4. Aku dilahirkan di sebuah kilang.
5. Aku dihantar ke kedai basikal.
6. Aku berharga RM200.00.
7. Seorang wanita membeli aku.
8. Dia membayar wang.
9. Dia membawa aku pulang ke rumahnya.
10. Anaknya menunggang aku pergi ke sekolah.
11. Dia menjaga aku dengan baik.
12. Dia mencuci badan aku.
13. Dia mengelap badan aku.
14. Aku mempunyai tuan yang baik.
15. Aku berasa gembira.

2
Aku Sebuah Beg
1. Aku ialah sebuah beg.
2. Aku diperbuat daripada kain.
3. Badan aku berwarna kuning.
4. Aku dilahirkan di sebuah kilang.
5. Aku dihantar ke kedai beg.
6. Aku berharga RM50.00.
7. Seorang wanita membeli aku.
8. Dia membayar wang.
9. Dia membawa aku pulang ke rumahnya.
10. Anaknya memasukkan buku ke dalam badan aku.
11. Dia menjaga aku dengan baik.
12. Dia mencuci badan aku.
13. Aku mempunyai tuan yang baik.
14. Aku berasa gembira.

3
Aku Sebuah Komputer
1. Aku ialah sebuah komputer.
2. Aku diperbuat daripada alat elektronik.
3. Badan aku berwarna hitam.
4. Aku dilahirkan di sebuah kilang.
5. Aku dihantar ke kedai komputer.
6. Aku berharga RM1000.00.
7. Seorang wanita membeli aku.
8. Dia membayar wang.
9. Dia membawa aku pulang ke rumahnya.
10. Anaknya menggunakan aku untuk melayari internet.
11. Dia menjaga aku dengan baik.
12. Dia mengelap badan aku.
13. Aku mempunyai tuan yang baik.
14. Aku berasa gembira.

4
Aku Sebuah Kamus
1. Aku ialah sebuah kamus.
2. Aku diperbuat daripada kertas
3. Badan aku tebal.
4. Aku berwarna merah.
5. Aku dilahirkan di sebuah kilang.
6. Aku dihantar ke kedai buku.
7. Aku berharga RM50.00.
8. Seorang wanita membeli aku.
9. Dia membayar wang.
10. Dia membawa aku pulang ke rumahnya.
11. Anaknya menggunakan aku untuk mencari makna
perkataan.
12. Dia menjaga aku dengan baik.
13. Dia menyimpan aku di atas rak.
14. Aku mempunyai tuan yang baik.
15. Aku berasa gembira.

5
Diri Saya
1. Saya bernama ________________________.
2. Saya berumur 12 tahun.
3. Saya belajar di SJK (C) Batu.
4. Saya berjalan kaki ke sekolah.
5. Hobi saya ialah bermain bola.
6. Saya bermain bola dengan kawan-kawan.
7. Saya bermain bola di padang pada waktu petang.
8. Saya suka membaca buku cerita.
9. Saya membaca buku di perpustakaan.
10. Saya membantu ibu membuat kerja rumah.
11. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru.
12. Saya belajar dengan bersungguh-sungguh.

6
Keluarga Saya
1. Saya tinggal di Bukit Batu.
2. Saya mempunyai seorang abang dan seorang kakak.
3. Saya ialah anak bongsu.
4. Bapa saya ialah seorang guru.
5. Bapa saya bekerja di sekolah.
6. Ibu saya ialah seorang suri rumahtangga.
7. Ibu saya menyediakan makanan untuk kami.
8. Ibu membuat kerja rumah.
9. Ibu menyapu lantai,mencuci baju dan memasak.
10. Abang saya belajar dalam Tingkatan 4.
11. Kakak saya belajar dalam Tingkatan 2.
12. Mereka belajar dengan tekun.
13. Ibu bapa sayang akan kami.
14. Kami hidup bahagia.

7
Ibu Saya
1. Ibu saya berumur 40 tahun.
2. Ibu saya lemah lembut.
3. Ibu saya ialah seorang suri rumahtangga.
4. Ibu saya menyediakan makanan untuk kami.
5. Ibu membuat kerja rumah.
6. Ibu menyapu lantai,mencuci baju dan memasak.
7. Ibu suka membaca buku.
8. Ibu membaca buku pada waktu malam.
9. Ibu mengajar saya membuat kerja sekolah.
10. Ibu sayang akan saya.
11. Saya mempunyai seorang ibu yang baik.
12. Saya akan belajar dengan tekun.
13. Saya akan membalas budi baik ibu.

8
Bapa Saya
1. Bapa saya berumur 40 tahun.
2. Bapa saya ialah seorang guru.
3. Dia bekerja di sebuah sekolah.
4. Bapa saya ialah seorang guru yang bertanggungjawab.
5. Murid-murid amat menghormatinya.
6. Bapa saya suka membaca surat khabar.
7. Bapa sayang akan kami.
8. Dia membawa kami berkelah di pantai.
9. Saya berasa bangga dengan bapa saya.
10. Saya hormat dan taat kepada bapa.
11. Saya akan belajar dengan tekun.
12. Saya akan membalas budi baik bapa.

9
Guru Saya
1. Saya belajar di SJK (C) Batu.
2. Nama guru saya ialah Cikgu Tan.
3. Cikgu Tan berumur 40 tahun.
4. Cikgu Tan ialah seorang guru yang bertanggungjawab.
5. Beliau mengajar kami Bahasa Cina.
6. Beliau mengajar kami dengan penuh sabar.
7. Cikgu Tan selalu menolong murid-murid.
8. Beliau tidak mendenda murid-murid.
9. Beliau selalu menasihati murid-murid yang lemah.
10. Semua murid sayang dan hormat kepada Cikgu Tan.

10
Kawan Saya
1. Saya tinggal di Kampung Bukit Batu.
2. Saya mempunyai ramai kawan.
3. Kawan saya ialah Shanti.
4. Shanti berumur 12 tahun.
5. Dia belajar di kelas 6A.
6. Dia tinggal di Taman Ria
7. Shanti ialah seorang murid yang baik hati.
8. Dia suka menolong orang tua.
9. Dia juga tekun.
10. Dia selalu mengulang kaji pelajaran.
11. Saya selalu bermain dengan Shanti.
12. Kami bermain di padang pada waktu petang.
13. Saya mempunyai seorang kawan yang baik.
14. Saya berasa gembira.

11
Jiran Saya
1. Saya tinggal di Kampung Bukit Batu.
2. Saya mempunyai ramai jiran.
3. Jiran saya ialah Encik Ali.
4. Encik Ali ialah seorang guru.
5. Dia bekerja di sebuah sekolah.
6. Isterinya ialah seorang suri rumahtangga.
7. Mereka mempunyai tiga orang anak.
8. Encik Ali ialah seorang yang peramah.
9. Dia selalu berbual dengan bapa saya.
10. Saya bermain dengan anak-anaknya.
11. Kami bermain di padang pada waktu petang.
12. Kami selalu tolong-menolong.
13. Saya mempunyai seorang jiran yang baik.
14. Saya berasa gembira.

12
Orang Yang Paling Saya Hormati
1. Saya hormat kepada ibu saya.
2. Ibu saya berumur 40 tahun.
3. Ibu saya lemah lembut.
4. Ibu saya ialah seorang suri rumahtangga.
5. Ibu saya menyediakan makanan untuk kami.
6. Ibu membuat kerja rumah.
7. Ibu menyapu lantai,mencuci baju dan memasak.
8. Ibu mengajar saya membuat kerja sekolah.
9. Ibu sayang akan saya.
10. Saya hidup bahagia.
11. Saya mempunyai seorang ibu yang baik.
12. Saya akan belajar dengan tekun.
13. Saya akan membalas budi baik ibu.

13
Hobi Saya
1. Hobi saya ialah bermain bola.
2. Bermain bola menjadikan badan saya sihat.
3. Saya bermain bola dengan kawan-kawan.
4. Kami bermain bola pada waktu petang.
5. Kami bermain bola di padang.
6. Kami bermain dengan gembira.
7. Saya suka membaca buku cerita dan surat khabar.
8. Saya membaca buku pada masa lapang.
9. Saya membeli buku di kedai buku.
10. Saya juga membaca buku di perpustakaan.
11. Saya meminjam buku di perpustakaan.
12. Membaca buku menambah ilmu saya.
13. Kita mestilah rajin membaca buku.

14
Pasar Malam
1. Saya dan ibu pergi ke pasar malam.
2. Kami berjalan kaki ke sana.
3. Terdapat banyak gerai di pasar malam.
4. Penjual menjual pelbagai jenis barang.
5. Saya melihat ramai orang.
6. Mereka membeli barang-barang.
7. Keadaan di sana amat bising.
8. Ibu memilih sayur-sayuran yang segar.
9. Penjual menimbang buah-buahan.
10. Ayah membeli baju untuk saya.
11. Penjual melayan kami dengan mesra.
12. Barang di pasar malam lebih murah.
13. Kami suka membeli barang di pasar malam.
14. Kami pulang ke rumah pada pukul 9.00 malam.

15
Pasar Raya
1. Saya dan ibu pergi ke pasar raya.
2. Kami berjalan kaki ke sana.
3. Banyak barang dijual di pasar raya.
4. Saya melihat ramai orang.
5. Mereka membeli barang-barang.
6. Ibu memilih sehelai baju.
7. Ayah membeli baju untuk saya.
8. Pelayan melayan kami dengan mesra.
9. Barang di pasar raya murah.
10. Kami suka membeli barang di pasar raya.
11. Kami pulang ke rumah pada pukul 9.00 malam.

16
Perkelahan
1. Bapa membawa kami pergi ke pantai.
2. Kami berkelah di pantai.
3. Kami mencari pokok yang rendang.
4. Kami meletakkan barang-barang di bawah pokok.
5. Kakak dan abang berenang di laut.
6. Adik bermandi-manda.
7. Saya membina istana pasir.
8. Bapa membaca surat khabar di bawah pokok.
9. Ibu menyediakan makanan di atas tikar.
10. Kami menikmati makanan yang lazat.
11. Kami mengemaskan sampah.
12. Kami pulang ke rumah dengan gembira.

17
Perkhemahan
1. Kami berkhemah di hutan.
2. Kami pergi ke sana pada pukul 7.00 pagi.
3. Kami menaiki bas ke sana.
4. Kami meletakkan barang-barang di bawah pokok.
5. Guru membahagikan murid-murid kepada 3 kumpulan.
6. Kumpulan A mendirikan khemah.
7. Kumpulan B mencari kayu api.
8. Kumpulan C memasak.
9. Murid-murid menari dan menyanyi pada waktu malam.
10. Cikgu Tan memetik gitar.
11. Murid-murid bertepuk tangan.
12. Murid-murid bermain dengan gembira.
13. Murid-murid tidur di dalam khemah.
14. Murid-murid mengemaskan sampah.
15. Murid-murid pulang ke sekolah.

18
Memancing Ikan.
1. Saya dan Li Wen memancing ikan di tepi sungai.
2. Kami membawa joran dan baldi.
3. Kami berjalan kaki ke sana.
4. Kami meletakkan barang-barang di bawah pokok.
5. Kami mula memancing ikan.
6. Kami juga berbual-bual.
7. Saya mendapat seekor ikan yang besar.
8. Li Wen mendapat tiga ekor ikan.
9. Kami berasa sangat gembira.
10. Kami mengemaskan barang-barang.
11. Kami pulang ke rumah.

19
Dusun buah-buahan
1. Bapa membawa kami ke dusun buah-buahan.
2. Kami membawa bakul.
3. Kami berjalan kaki ke sana.
4. Kami melihat banyak pokok buah-buahan.
5. Pokok berbuah lebat.
6. Kami mengutip durian.
7. Kami memasukkan durian ke dalam bakul.
8. Bapa menjolok rambutan.
9. Kami makan buah-buahan.
10. Kami membawa buah-buahan pulang ke rumah.
11. Saya berasa sangat gembira.

20
Sekolah Saya
1. Nama sekolah saya ialah SJK (C) Batu.
2. Sekolah saya terletak di Kampung Bukit Batu.
3. Sekolah saya cantik dan bersih.
4. Terdapat 16 orang guru di sekolah saya.
5. Semua guru di sekolah saya bertanggungjawab.
6. Guru besar bernama Encik Ho Kon Ting.
7. Terdapat 250 orang murid di sekolah saya.
8. Terdapat kantin, padang dan dewan di sekolah.
9. Sekolah bermula pada pukul 7.30 pagi.
10. Murid-murid belajar dengan tekun.
11. Murid-murid bermain bola di padang sekolah.
12. Saya suka akan sekolah saya.

21
Perpustakaan Sekolah Saya
1. Terdapat sebuah perpustakaan di sekolah saya.
2. Terdapat banyak buku cerita di perpustakaan.
3. Murid-murid membaca buku cerita pada waktu rehat.
4. Murid-murid beratur.
5. Murid-murid meminjam buku.
6. Murid-murid mematuhi peraturan.
7. Murid-murid membaca buku dengan senyap.
8. Murid-murid mengulang kaji pelajaran.
9. Saya suka pergi ke perpustakaan.
10. Saya membaca buku untuk menambahkan ilmu.

22
Kantin Sekolah Saya
1. Terdapat sebuah kantin di sekolah saya.
2. Kantin sekolah saya cantik dan bersih.
3. Loceng berbunyi pada waktu rehat
4. Murid-murid pergi ke kantin.
5. Murid-murid beratur untuk membeli makanan.
6. Murid-murid membasuh tangan.
7. Banyak makanan dijual di kantin.
8. Makanan dijual dengan harga yang murah.
9. Penjual melayan murid-murid dengan mesra.
10. Saya membeli nasi goreng dan susu.
11. Murid-murid meletakkan pinggan ke dalam besen.
12. Loceng berbunyi.
13. Murid-murid masuk ke kelas masing-masing.
14. Kita mestilah menjaga kebersihan kantin.

23
Perhimpunan Sekolah Saya
1. Hari ini sekolah mengadakan perhimpunan.
2. Murid-murid beratur .
3. Murid-murid masuk ke dewan.
4. Murid-murid menyanyi lagu Negaraku.
5. Guru besar berucap.
6. Murid-murid mendengar ucapan.
7. Murid-murid mencatat isi penting.
8. Guru besar menyampaikan hadiah.
9. Perhimpunan sekolah tamat.
10. Murid-murid masuk ke kelas masing-masing.

24
Hari Jadi Saya
1. Hari ini ialah hari jadi saya.
2. Saya mengadakan majlis hari jadi.
3. Kakak menghias ruang tamu.
4. Saya menjemput kawan-kawan saya.
5. Kawan-kawan saya datang ke rumah saya.
6. Mereka membawa hadiah untuk saya.
7. Bapa membeli sebuah kek untuk saya.
8. Ibu menyediakan makanan yang sedap.
9. Kawan-kawan saya menyanyi lagu“ Selamat Hari Jadi”.
10. Saya meniup api lilin.
11. Saya memotong kek.
12. Kami makan dan minum.
13. Kami bermain dengan gembira.
14. Majlis hari jadi saya tamat.
15. Kawan-kawan saya pulang ke rumah.
16. Saya mengemaskan ruang tamu.

25
Hari Guru
1. Hari ini ialah Hari Guru.
2. Sekolah saya mengadakan majlis Hari Guru.
3. Murid-murid menghias kelas.
4. Murid-murid beratur.
5. Murid-murid berkumpul di dewan.
6. Guru besar berucap.
7. Murid-murid menyanyi.
8. Murid-murid memberikan hadiah kepada guru.
9. Murid-murid masuk ke kelas.
10. Murid-murid dan guru-guru menikmati makanan.
11. Mereka berbual-bual dengan gembira.
12. Mereka bermain dengan riang.
13. Majlis Hari Guru tamat.
14. Murid-murid mengemaskan kelas.
15. Murid-murid pulang ke rumah masing-masing.

26
Hari Kanak-kanak
1. Hari ini ialah Hari Kanak-kanak.
2. Sekolah saya menyambut Hari Kanak-kanak.
3. Murid-murid menghias kelas.
4. Murid-murid tiba wal di sekolah.
5. Murid-murid berkumpul di dewan.
6. Guru besar berucap.
7. Murid-murid menyanyi dan menari.
8. Guru membahagikan hadiah kepada murid-murid.
9. Murid-murid masuk ke kelas.
10. Murid-murid dan guru-guru menikmati makanan.
11. Mereka berbual-bual dengan gembira.
12. Mereka bermain dengan riang.
13. Majlis Hari Kanak-kanak tamat.
14. Murid-murid mengemaskan kelas.
15. Murid-murid pulang ke rumah masing-masing.

27
Hari Sukan
1. Sekolah saya mengadakan hari sukan di padang.
2. Murid-murid berkumpul di padang.
3. Ramai ibu bapa dating.
4. Guru besar berucap.
5. Shi Yi menyertai acara lumba lari.
6. Saya menyertai acara lompat tinggi.
7. Saya mendapat johan.
8. Saya berasa sangat gembira.
9. Guru besar menyampaikan hadiah kepada saya.
10. Majlis hari sukan tamat.
11. Murid-murid pulang ke rumah masing-masing.

28
Hari Kantin
1. Sekolah saya mengadakan hari kantin di padang.
2. Ramai ibu bapa dan murid datang.
3. Penjual menyediakan makanan yang lazat.
4. Banyak makanan dijual.
5. Makanan dijual dengan harga yang murah.
6. Penjual melayan murid-murid dengan mesra.
7. Murid-murid membeli makanan dengan kupon.
8. Saya membeli nasi goreng dan air sirap.
9. Jualan hari kantin tamat.
10. Guru mengira kupon.
11. Murid-murid membersihkan sampah.
12. Murid-murid pulang ke rumah masing-masing.

29
Aktiviti Gotong-royong
1. Sekolah saya mengadakan aktiviti gotong-royong.
2. Murid-murid tiba awal di sekolah.
3. Murid-murid membawa kain dan penyapu.
4. Murid-murid berkumpul di padang.
5. Guru membahagikan tugas.
6. Kumpulan A membersihkan kelas.
7. Kumpulan B mencuci longkang.
8. Kumpulan C menyapu sampah.
9. Kumpulan D mengecat pagar.
10. Kumpulan E menanam pokok bunga.
11. Aktiviti gotong-royong tamat.
12. Sekolah kelihatan cantik dan bersih.
13. Murid-murid berehat di kantin.
14. Murid-murid menikmati makanan.
15. Murid-murid pulang ke rumah masing-masing.

30

Anda mungkin juga menyukai