Anda di halaman 1dari 14

Autobiografi Aku Sebuah Basikal Aku berasal dari "Negara Matahari Terbit".

Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan plastik. Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku. Tidak lama kemudian, aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga. Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat.Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ. Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.

Berita Banjir PAHANG, 16 NOVEMBER 2009- Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum itu, hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. Penduduk kampung tidak menduga kampung mereka dilanda banjir. Penduduk kampung diminta mengemaskan barang-barang penting dan berharga. Kanakkanak dilarang bermain di bawah rumah. Paras air sudah hampir mencecah anak tangga. Penduduk kampung menunggu pasukan penyelamat tiba. Air Sungai Pahang telah melimpah ke jalan raya. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motobot. Mereka telah ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut. Penduduk kampung telah mengalami kerugian yang besar. Banyak tanaman dan haiwan yang mati. Namun begitu, penduduk kampung berasa bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan memberi bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa banjir. Parit-parit juga akan diperdalamkan untuk mengelakkan kejadian ini berulang kembali

Biografi Penoreh Getah

Pakcik saya penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari sebuah kebun getah. Kebun getah itu kepunyaannya sendiri. Setiap hari, pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari rumahnya untuk pergi menoreh getah. Dia menunggang sebuah basikal. Pakcik saya memakai topi yang berlampu suluh di kepalanya. Tujuannya supaya kerja -kerja menoreh getah dapat dilakukan walaupun keadaan masih gelap. Dia menoreh getah dari sebatang pokok ke sebatang pokok getah yang lain sehinggalah kerjakerja menoreh itu selesai dijalankan. Apabila baldi kecil itu penuh, dia akan memindahkan susu getah itu ke dalam sebuah takungan besar. Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, kerja itu pun selesai. Pakcik saya akan menghantar susu getah yang telah terkumpul itu ke pusat penjualan Cerita: Perlawanan Bola Sepak Gambarkan keadaan di padang sekolah kamu apabila diadakan sesuatu perlawanan. -----------------------------------------------------------------------------------------------------------Sekolah saya mempunyai padang yang luas. Biasanya, padang ini digunakan untuk aktiviti Pelajaran Pendidikan Jasmani dan kegiatan kokurikulum pada waktu petang. Suasana padang berubah apabila berlakunya sesuatu perlawanan. Pada 14 Julai 2009, sekolah saya mengadakan perlawan bola sepak. Perlawanan itu antara sekolah saya dengan Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia. Sebelum pertandingan bermula, para penyokong yang terdiri daripada murid-murid dan orang kampung duduk di sekeliling padang. Perasaan murid-murid dan pemain gementar. Saya melihat ramai rakan saya makan kacang dan ais-krim. Semasa perlawanan, para pemain bermain dengan bersugguh-sungguh. Saya dapat melihat kesungguhan para pemain bermain dari dekat. Tepukan dan sorakan kedengaran di padang. Para pemain menunjukkan permainan yang sungguh hebat kerana kedua-dua pasukan ini mempunyai kekuatan tersendiri. Perlawanan ini berakhir apabila pengadil meniupkan wisel penamat. Perlawanan bola sepak ini telah dimenangi oleh pasukan sekolah saya. Para pemain bersalam-salaman dengan pasukan lawan dan juga dengan para pengadil. Saya berasa sangat gembira kerana pasukan sekolah saya memenangi perlawanan itu. Saya berharap agar pada tahun hadapan, saya pula akan mewakili sekolah dalam pertandingan seperti ini.

Fakta: Faedah-faedah Memanfaatkan Perpustakaan Murid-murid digalakkan pergi ke perpustakaan. Berikan pandapat kamu tentang faedahfaedah yang diperolehi jika seseorang itu memanfaatkan perpustakaan. -----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Perpustakaan mempunyai banyak buku-buku yang boleh kita baca. Antara bahan bacaan yang terdapat di sini seperti buku cerita, novel, majalah, buku bahasa dan lain-lain lagi.

Kita dapat mengisi masa lapang kita dengan memanfaatkan perpustakaan. Murid-murid yang selalu pergi ke perpustakaan akan terhindar daripada gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok, berjudi dan lain-lain lagi. Oleh itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran. Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Di dalam perpustakaan terdapat pelbagai peraturan seperti tidak boleh membuat bising, memulangkan buku pada tarikh yang telah ditetapkan, dilarang membuang sampah di merata-rata dan lain lain lagi. Oleh itu, murid-murid akan lebih berdisplin. Perpustakaan juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan . Oleh itu, ini dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Di perpustakaan juga terdapat buku-buku yang dapat memberikan hiburan kepada muridmurid seperti novel, komik dan lain-lain lagi. Oleh itu, para pelajar dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tersebut. Kesimpulanya, perpustakaan mempunyai banyak faedah. Oleh itu, menfaatkanlah perpustakaan demi kemajuan kita dalam pelajaran.

Laporan: Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun

Pada 23 Januari 2010, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Merapoh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala Lumpur. 30 orang ahli persatuan dan 3 orang guru pengiring terlibat dalam rombongan tersebut. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses membuat sabun. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan para pelajar. Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai kilang. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang itu. Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun. Sebahagian besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerjapekerja di kilang ini memakai pakaian seragam yang berwarna hijau. Mereka juga memakai sarung tangan ketika bekerja. Ramai juga pelajar yang menyoal mereka untuk mengetahui lebih banyak maklumat dan mereka melayan pertanyaan para pelajar itu dengan baik walaupun sedang bekerja. Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pembungkusan sabun. Di situ terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus dengan mesin yang canggih. Kemudian Pada pukul 12.30 tengah hari, kami diberi sedikit jamuan ringan di kantin kilang itu. Para peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebuku sabun setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Aisyah telah menyampai cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mereka mendapat banyak pengetahuan dan melihat sendiri cara-cara membuat sabun. Laporan disediakan oleh, 25 Januari 2010

.................................................. (Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi) Setiausaha, Persatuan kemahiran Hidup

Melengkapkan cerita: Serina Demam Panas Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku .... *** *** *** *** *** Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku segera membuka tingkap tersebut. Rupa-rupanya jiranku, Mak Cik Jamilah. Mak Cik Jamilah memberitahuku bahawa anaknya diserang demam panas. Suaminya tiada di rumah kerana sedang berkursus. Aku segera ke ruang tamu. Aku memberitahu ayah dan ibuku bahawa anak mak cik Jamilah diserang demam panas. Ayah dan ibuku segera ke rumah jiranku itu untuk menbantu mereka. Ibu dan Mak Cik Jamilah memapah Serina masuk ke dalam kereta ayahku untuk dibawa ke klinik yang berhampiran. Ibu menyuruh aku menjaga rumah dan mengunci pintu. Aku patuh nasihat ibuku. Aku berasa bimbang akan Serina yang diserang demam panas. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah supaya Serina selamat. Tidak lama kemudian, aku terdengar enjin kereta ayahku. Aku segera membuka pintu. Ibu memberitahu aku bahawa Serina ditahan di wad. Keesokan harinya, Aku dan keluargaku menziarahi Serina di hospital. Aku bersyukur kerana Serina kini sudah hampir sembuh. Mak cik Jamilah mengucapkan terima kasih kepada aku dan keluargaku

Perbahasan: Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah Kamu memasuki pertandingan perbahasan yang bertajuk 'Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah'. Kamu sebagai pihak percadangan.

*** *** *** *** ***

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan para pembangkang, guru besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.Tajuk perbahasan saya pada pagi ini ialah 'Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah'.

Hadirin sekalian,

Tinggal di asrama lebih baik jika dibandingkan dengan tinggal di rumah kerana di asrama murid-murid akan belajar berdikari. Pelajar asrama perlu melakukan kerja-kerja harian seperti membasuh baju, menggosok baju, membersihkan tempat tidur dan lain-lain lagi tanpa bantuan daripada keluarga. Oleh itu, mereka lebih cepat matang dan berkeyakinan dalam membuat sebarang keputusan.

Selain itu, kehidupan di asrama dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk memupuk nilai-nilai persahabatan yang kukuh. Mereka dapat bergaul dengan rakan-rakan, berkongsi masalah, saling bantu-membantu dan lain-lain lagi.

Hadiri sekalian,

Pelajar yang tinggal di asrama dapat belajar secara berkumpulan. Oleh itu, mereka dapat berbincang, bertukar-tukar pendapat dan tidak mudah rasa bosan dalam pelajaran. Oleh sebab itu, mereka akan lebih cemerlang dalam pelajaran.

Tambahan pula, pelajar yang tinggal di asrama juga akan lebih berdisiplin. Di asrama terdapat pelbagai peraturan yang mesti dipatuhi seperti menepati masa, menepati jadual yang ditetapkan, menghormati ketua dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, saya bagi pihak pencadang tetap menyatakan bahawa tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah.

Sekian, terima kasih.

Perbincangan: Kebaikan dan keburukan menonton televisyen Televisyen merupakan alat ciptaan manusia hasil daripada perkembangan sains dan teknologi. Alat perhubungan ini amat popular pada masa kini.

Menonton televisyen mempunyai banyak kelebihan kerana televisyen menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Melaluinya, kita dapat mengetahui cara dan gaya hidup masyarakat lain.

Selain itu, terdapat juga rancangan-rancangan bercorak pendidikan yang disiarkan misalnya rencana. Kita akan memperolehi ilmu yang berfaedah daripada siri tersebut.

Namun begitu, menonton televisyen juga boleh melalaikan dan membuang masa jika kita menonton tanpa kawalan. Sebagai pelajar, ini sudah tentu merugikan kita dalam pelajaran.

Kesimpulannya, kita boleh menonton televisyen tetapi mesti mengetahui batas-batasnya kerana televisyen mempunyai kebaikan dan keburukan.

Peribahasa: Bagai Aur Dengan Tebing Peribahasa "Bagai Aur Dengan Tebing" bermaksud tolong-menolong di antara satu sama lain. Contohnya serumpun aur di tebing. Tebing menumpangkan aur hidup dan aur pula mencengkam tanah tebing supaya tidak terhakis.

Setiap orang memerlukan pertolongan orang lain dalam hidupnya. Oleh itu, manusia harus hidup bekerjasama dan saling bantu-membantu bagai aur dengan tebing. Hidup begini dikatakan sepakat dan menjadikan kerja senang dan cepat.

Semangat kerjasama dan gotong-royong sudah lama diamalkan oleh masyarakat luar bandar dalam segala lapangan kehidupan. Mereka bercucuk tanam dan menuai hasil tanaman mereka secara bergotong-royong.

Orang kampung membina masjid secara bergotong-royong. Jika suatu keluarga membuat persediaan untuk majlis perkhawinan, lazimnya orang kampung akan turut memberi bantuan.

Peribahasa ini juga ada persamaan maksud dengan peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing, dan hati gajah sama dilapah hati kuman sama digigit.

Kesimpulannya, peribahasa ini amat baik untuk diteladani bersama terutama oleh generasi muda kerana semangat bekerjasama sekarang semakin pupus.

Rencana: Kepentingan Disiplin Diri Kepada Murid-murid

Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah. Antara peraturan sekolah yang mesti dipatuhi ialah menepati masa, memakai lencana ,berambut pendek dan lain-lain lagi.

Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan dapat belajar dengan selesa. Muridmurid ini tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Murid-murid ini tidak akan bergaduh, menghisap rokok, bersikap samseng dan seumpamanya. Justeru, murid-murid ini dapat menjaga nama baik sekolah .

Apabila murid-murid mematuhi peraturan sekolah, mereka akan cemerlang dalam pelajaran . Murid-murid akan lebih selesa belajar dalam suasana disiplin mereka terkawal. Keadaan ini akan mendorong mereka belajar dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Justeru, ini akan dapat mengharumkan nama sekolah .

Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan disukai dan disayangi oleh guru-guru serta rakan-rakan. Oleh itu, murid-murid ini akan dipilih sebagai pemimpin seperti pengawas, ketua darjah, pengawas perpustakaan dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, mematuhi peraturan sekolah amat penting kepada murid-murid. Oleh itu, murid-murid mestilah mematuhi peraturan sekolah.

Mohd Tarmizi bin Wahid No. 74, Kampung Merapoh, 28000 Kuala Lipis, Pahang. __________________________________________________________________________ Pengurus Penerbitan, Pustaka Mayaraya, 45, Jalan Petaling 5, 47500 Petaling Jaya. 12 DISEMBER 2011

Tuan, Penghargaan dan Pesanan Buku Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada syarikat tuan kerana begitu aktif menerbitkan buku-buku akademik yang bermutu. Banyak murid termasuk saya yang memperoleh manfaat daripada penerbitan ini kerana pencapaian saya semakin memberangsangkan. 2. Untuk maklumat tuan, saya telah mendapat 5A dalam UPSR tahun yang lalu. Kejayaan ini saya peroleh hasil daripada bimbingan guru yang berdedikasi, perbincangan dengan rakan, dan latihan serta ulang kaji yang berterusan. Semasa saya mengulang kaji pelajaran, bukubuku terbitan syarikat tuan menjadi pilihan. Tampaknya pilihan saya ini tepat. Hal ini demikian kerana keputusan peperiksaan saya yang kurang memuaskan sebelum ini telah dapat diperbaiki. 3. Tahun hadapan saya akan belajar di sekolah menengah pula. Saya berhasrat untuk terus menggunakan buku-buku terbitan syarikat tuan. Jika tidak berhalangan, sudilah kiranya pihak tuan mengirimi saya senarai buku PMR terbitan syarikat tuan berserta borang pesanannya. 4. Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah kepada tuan dan kakitangan syarikat tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

............................ (MOHD TARMIZI BIN WAHID)

Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

No. 74, Taman Seri Merapoh, 27210 Merapoh, Kuala Lipis Pahang. Darul Makmur. 26 Januari 2011

Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau Pinang, semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Sahabatku, Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat adalah dengan mengulang kaji pelajaran pada waktu malam. Saya belajar dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari. Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Jika saya tidak faham akan sesuatu pelajaran semasa belajar di kelas, saya akan segera bertanya guru supaya saya dapat mengikuti pelajaran itu sebaik mungkin. Ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya. Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah yang terpilih. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga. Sahabatmu,

............................. (Khairi bin Zaideen )

Langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar. Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar". Hadirin sekalian, Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan alam sekitar yang telah diperuntukkan. Pihak berkuasa mestilah mengenakan tindakan yang tegas dan berat terhadap pencemar alam sekitar supaya mereka serik untuk melakukan perbuatan itu lagi. Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan. Kempen ini boleh disiarkan melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan radio. Kempen-kempen ini akan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Hadirin sekalian, Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan tanggungjawab menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti ceramah dan gotong-royong dapat membantu orang ramai menjadi lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar. Di samping itu, masyarakat juga perlulah bersikap perihatin dan bertanggungjawab. Jika mendapati ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, mereka perlulah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil. Hadirin sekalian, Tanggunjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Alam sekitar yang terpelihara atau dijaga dengan baik akan menjadikan hidup kita lebih selesa dan sihat. Sekian, terima kasih.

Temu Ramah/Dailog: Anak berjaya Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar yang telah berjaya menjadi doktor perubatan, semasa majlis penyampaian ijazah di Universiti Malaya. Cuba buat satu temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang berkaitan.

( Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukan soalan -soalan kepada Encik Karim )

Murid : Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak kembar encik Faizul dan Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?

En. Karim : Oh ! Saya pun tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya. Hanya saya kira Tuhan merestui kami sekeluarga.

Murid : Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?

En. Karim : Mmmmmmm, kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha. Hampir sepanjang waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen itu jarang sekali. Kerap kali kalau menonton pun, mereka menonton siaran berita sahaja.

Murid : Di mana mereka bersekolah ?

En. Karim : Kesemuanya bersekolah di Sekoleh Kebangsaan Seri Tualang. Kemudian, bersekolah menengah di Sek. Men. Seri Tualang, Temerloh. Semuanya mendapat pangkat satu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah! Sekarang mereka sudah lulus dan menjadi doktor.

Murid : Apakah perasaan encik sekarang ?

En. Karim : Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan gemilang itu.

Murid : Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk ditemubual.

En. Karim : Terima kasih kembali. ( Berjabat tangan dengan murid )

Ucapan: Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga kebersihan diri. Kamu sebagai ketua murid diminta menyampaikan ucapan tentang cara-cara menjaga kebersihan diri.

*** *** *** *** ***

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah "Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri".

Hadirin sekalian,

Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagian hidup kita. Kita mesti memastikan supaya telinga kita berada dalam keadaan yang bersih. Kita perlu membersihkan telinga kita sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan putik kapas yang lembut.

Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari. Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Jika badan kita bersih, badan kita akan menjadi sihat dan cergas.

Kita hendaklah memotong kuku supaya bersih. Jika kuku kita kotor, kuman akan melekat pada kuku kita. Kuman tersebut boleh tersebar ke dalam badan kita semasa kita menyuap makanan. Ini akan menyebabkan kita dihinggapi penyakit seperti cirit-birit, batuk dan lainlain lagi.

Hadirin sekalian,

Kita perlu menjaga kebersihan rambut. Kita mestilah menggunakan syampu untuk membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala.

Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita mestilah menanamkan sikap ingin menjaga kebersihan diri untuk kebahagiaan hidup kita.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai