Anda di halaman 1dari 7

Karangan Jenis Laporan

Laporan Lawatan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah


Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah menyertai satu lawatan sambil belajar ke
Melaka Bandar Raya Bersejarah. Seramai 80 orang murid dan 8 orang guru turut
serta dalam lawatan itu. Sebelum bertolak, kami diberi taklimat ringkas oleh Cikgu
Maznah. Kami diingatkan agar menjaga disiplin dan tingkah laku serta
mementingkan keselamatan.

Kami memulakan perjalanan pada pukul 8.30 pagi. Dalam perjalanan, kami begitu
teruja melihat pembangunan negara. Bangunan-bangunan yang tinggi dantersergam
indah di kiri kanan lebuh raya menyedarkan kami betapa pemimpin kita sentiasa
menitikberatkan aspek kebajikan rakyatnya.

Setibanya kami di Air Keroh, kami melawat ke Planetarium Negara. Sekali lagi kami
begitu kagum melihat kecanggihan sains dan teknologi. Kami dibawa melawat oleh
pegawai yang bertugas. Berbagai-bagai bahan dan infomarsi yang kami peroleh di
tempat ini. Kami juga diberi peluang menonton tayangan interaktif tentang planet
yang terdapat di ruang angkasa.

Selepas itu, kami pergi ke Zoo Melaka yang terletak tidak jauh dari situ. Setiap orang
pengunjung dikenakan bayaran RM8 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk dewasa.
Di sini, kami dapat melihat dan belajar tentang binatang-binatang terutama binatang
yang hampir pupus seperti beruang kola, harimau benggala, seladang dan banyak
lagi. Flora dan fauna di sini menyegarkan pemandangan. Kami juga diberi pelung
menaiki train dan dibawa ke seluruh kawasan zoo ini. Sekali lagi kami insaf tatkala
melihat keagungan dan kekayaan ciptaan Tuhan.

Selepas solat zuhur di Masjid al-Azim di Bukit Baru, kami dibawa ke Taman Rempah
Ratus untuk menaiki bot Melaka Cruise. Kami begitu teruja kerana tidak pernah
menaiki bot. Kami dibawa menyusuri sungai Melaka. Kami dapat melihat
pembangunan negeri bersejarah ini. Ketika di Medan Samudera pula, kami

berpeluang membeli cenderamata. Saya membeli beberapa helai baju-t, pemegang


kunci dan kipas untuk ibu dan adik-adik saya.

Kami bertolak pulang ke Shah Alam pada pukul 6.30 petang. Sesungguhnya,
banyak pengetahuan dan pengalaman yang kami timba ketika menyertai lawatan ini.
Saya berharap agar dapat menyertai lawatan seperti ini pada masa yang akan
datang.

Dilaporkan oleh, 22 April 2012


Nani Azizah
(NANI AZIZAH BT AHMAD)
Setiausaha,
Kelab Lawatan Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Seksyen 17.

Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau.


Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota
persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Empat hingga
Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat
bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.
Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun
1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan
pertama yang kami jalankan ialahPeraduan Menulis Esei Tentang Sains.Sambutan yang
diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi
oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.
Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini
disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan
gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman
pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut
mengikut istilah sains.
Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular
di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang
penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.
Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami
jalankan .Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat,Cikgu Rosmini Jaafar yang
banyak memberikan bimbingan kepada kami.
Disediakan oleh,
Azmi
_______________
(AZMI SULAIMAN)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh,Terengganu.

25 Januari 1996

BANJIR KILAT DI PEKAN PANCHOR

MUAR, 30 November-Satu kejadian banjir kilat telah melanda Pekan Panchor, dekat sini
petang tadi. Dalam kejadian itu, semua rumah dan kedai di pekan itu telah dinaiki air sedalam
satu meter.

Menurut seorang penduduk di situ, Encik Mahfudz b. Mohd. Yasin, air mula naik pada
pukul 3 petang. Hujan lebat selama 4 jam telah menyebabkan air melimpah kerana longkang
yang tersumbat.
Beliau berkata, sampah sarap yang tidak diurus dengan baik merupakan punca utama.
Longkang-longkang yang tersumbat menyebabkan aliran air tersekat. Selain itu,
pembangunan pesat di kawasan berhampiran turut menyebabkan tanah lumpur mengalir ke
longkang.
Kejadian itu mengakibatkan banyak harta benda telah rosak. Antaranya termasuklah
perabot, barangan elektrik, kenderaan dan sebagainya. Tiada kemalangan jiwa yang
dilaporkan berlaku.
Penduduk-penduduk melahirkan rasa kecewa atas kejadian yang berlaku itu. Mereka
juga kesal dengan sikap pemaju projek berhampiran kerana tidakbertanggungjawab.
Mereka berharap pihak berkuasa tempatan segera mengambil tindakan supaya kejadian
itu tidak berulang lagi.

Karangan Jenis Cerita : Pengalaman Berhari Raya Di Kampung


Nenek
Tiga hari sebelum menjelang Hari Raya Puasa, kami sekeluarga telah pulang ke kampung
nenek untuk berhari raya di sana. Kampung nenek saya terletak di Gua Musang Kelantan.
Kami pulang ke kampung menaiki kereta api. Kereta api sesak dengan para penumpang
yang ingin pulang ke kampung masing-masing kami tiba di Stesen Gua Musang ketika hari
hampir
senja.
Sebaik sahaja tiba di kampung, nenek menyambut kepulangan kami dengan tangan
terbuka. Nenek telah menyediakan pelbagai jenis juadah untuk berbuka puasa. Kami
sekeluarga berasa gembira kerana berpeluang untuk berbuaka puasa bersama sama dengan
nenek di kampung. Malam pertama kami di kampung ialah malam tujuh likur. Suasana di
kampung terang-benderang dengan cahaya pelita. Saya dan sepupu saya memasang pelita di
sekeliling rumah nenek. Kemudian, kami bersama kawan-kawan lain di kampung bermain
bunga
api.
Apabila tiba satu Syawal, kami sekeluarga bangun pada awal pagi. Kami memakai pakain
baharu dan cantik untuk ke masjid bagi menunaikan solat suna Aidilfitri. Selepas itu, Kami
menziarahi pusara datuk dan mengunjugi rumah sanak saudara di kampung. Kami juga
berpeluang menikmati pelbagai hidangan istimewa seperti ketupat, rendang, dodol dan juga
bangkit.
Pada hari raya ketiga, kami pulang ke Kuala Lumpur. Kami berasa seronok berhari raya
bersama nenek di kampung.

KARANGAN JENIS UCAPAN.


Yang Dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, Cikgu Mutalib bin
Wahab, guru-guru, dan murid-murid sekalian. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima
kasih kerana diberi peluan untuk berucap pada pagi ini.
Hadirin Sekalian,
Majlis ini diadakan sempena persaraan Guru Besar kita, Cikgu Mutalib bin Wahab pada
akhir bulan ini. Segala jasa, pengorbanan, dan nasihat beliau tidak akan luput daripada
ingatan.
Beliau telah kembali menjadi Guru Besar di sekolah ini selama sepuluh tahun. Sepanjang
perkhidmatan beliau, pelbagai perubahan telah diusahakannya.
Cikgu Mutalib telah berusaha menyediakan segala kemudahan untuk kelesaan kita. Sebagai
hasilnya, banyak kejayaan yang yelah kita capai hingga sekolah kita dipilih sebagai sekolah
contoh di daerah ini.
Saya bagi pihak guru-guru dan murid-murid memohon maaf kepada Cikgu Mutalib atas
segala kesilapan yang telah kami lakukan. Kami berdoa agar beliau berada dalam keadaan
sihat dan dimurahkan rezeki hendaknya.
Sekianlah saja ucapan saya. Akhir kata, selamat bersara saya ucapkan kepada Cikgu
Mutalib. Terima kasih.

THE LIFE CYCLE OF A BUTTERFLY

Anda mungkin juga menyukai