Anda di halaman 1dari 2

Karangan : Karangan Jenis Fakta (Percubaan Kelantan 2017)

Cara cara untuk menceriakan kelas.

Kelas merupakan sebuah tempat untuk murid-murid mendapatkan ilmu pengetahuan.Kelas yang
ceria dan bersih mewujudkan suasana belajar yang lebih kondusif.

Terdapat pelbagai jenis cara untuk menceriakan kelas.Pertama, kita bolehlah


menggunakan dana sekolah dengan mengecat semula dinding- dinding kelas.Dengan mengecat
dinding kelas, kita akan menjadikan suasana baharu untuk kelas tersebut.Selain itu,kita
bolehlah menghias kelas dengan menampal hiasan yang menarik seperti kata-kata pepatah,
peribahasa dan maklumat-maklumat penting.

Tambahan pula,kita juga bolehlah menghias kelas dengan menyediakan jadual


bertugas.Setiap murid perlu menjalankan tugas membersihkan kelas mengikut jadual yang telah
ditetapkan.Seterusnya,kita juga bolehlah memastikan susun atur meja dan kerusi sesuai dengan
keadaan kelas.

Tuntasnya,kelas yang cantik dan kondusif akan membantu murid mendapatkan ilmu
malahan menjaga kebersihan adalah sangat dituntut dalam agama islam bak kata pepatah
kebersihan adalah separuh daripada iman.

Karangan : Karangan Jenis Cerita ( Percubaan Subis Sarawak)

Kami pun mengikuti dua orang yang mencurigakan itu ke tepi sungai.Kami memberhentikan
basikal di kawasan semak-samun berdekatan dengan sungai itu.Kami hanya memerhati disebalik
semak-samun di tepi sungai itu.

Kelihatan dua orang lelaki itu tadi mengeluarkan bungkusan plastik yang agak besar keluar
dari kereta.Dengan pantas,kedua-dua orang lelaki tersebut menghumban plastik itu ke dalam
sungai.Setelah selesai membuang bungkusan tadi,dua orang lelaki itu berehat sebentar di bawah
pokok sambal menghisap rokok.

Melihat kejadiaan itu,kami pun bergegas pulang ke rumah. Saya menceritakan segalanya
kepada ayah dan ibu saya.Tanpa melengahkan masa,ibu dan ayah saya menelefon pihak
polis.Selang beberapa minit,pihak polis datang ke kampung kami bersama anjing pengesan.

Kami menunjukkan lokasi dua orang lelaki tersebut.Pihak polis akhirnya membuat
kepungan kawasan tersebut.Dua orang lelaki tersebut akhirnya berjaya diberkas.Pihak polis
mendapati bungkusan yang telah dicampak itu merupakan mayat seorang ahli perniagaan yang
terkenal.Pihak polis mengucapkan ucapan tahniah di atas keberanian kami.
Karangan : Format LAPORAN .Laporan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Laporan Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Taman Bayu


Pada hari Isnin, 16 Mei 2017,Sekolah kebangsaan Taman Bayu telah mengadakan sambutan hari
guru peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan bertujuaan untuk menghargai jasa semua guru
di sekolah. Sambutan ini diadakan di dalam dewan sekolah dan disertai oleh semua guru dan
murid.

Acara dimulakan dengan nyanyian dua buah lagu iaitu lagu Negaraku dan lagu negeri Pulau
Pinang.Guru besar,Encik Zulkifli membacakan perutusan hari guru daripada Menteri Pelajaran
Malaysia,Yang Amat Berhormat Dato Seri Mahdzir Bin Khalid.

Sepanjang sambutan ini diadakan,pelbagai aktiviti telah diadakan.Antaranya ialah


persembahan koir guru lagu Guru Malaysia, penyampaian hadiah , sukaneka dan
sebagainya.Persembahan juga turut diadakan oleh murid tahap satu.Persembahan ini mendapat
tepukan yang amat gemuruh.

Kemudian,acara sukaneka antara murid tahap dua dengan guru-guru.Selepas acara


sukaneka tamat,jamuan untuk guru disediakan.Sambutan hari guru pada tahun ini merupakan
sambutan yang paling meriah.

Disediakan oleh, 20 Mei 2017.

______________

(Ahmad Bin Safawi)

Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Taman Bayu.

Anda mungkin juga menyukai