Anda di halaman 1dari 65

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya serta taufik dan hidayahNya dapatlah saya menyempurnakan Laporan Minggu Orientasi Sekolah ini. Setinggi ucapan terima kasih ditujukan kepada Tuan Hj Yunus bin Hj Yussof, selaku Ketua Unit Sekolah Rendah di atas segala komitmen, bimbingan, nasihat dan sokongan yang diberikan untuk saya menyiapkan laporan program orentasi ini. Seterusnya penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru besar SK Kerupang iaitu Puan Siti Norkiah Abdul, Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Jusoh Bin Sulong, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Esmit Bin Amat, Penolong Kanan Kokurikulum Puan Ruhaiah bte Jumat yang telah banyak membantu saya dalam memberikan maklumat tentang sekolah. Ucapan terima kasih juga kepada pihak pengurusan sekolah dan guru-guru yang terlibat dan kerjasama yang turut diberikan berkaitan dengan maklumat sekolah ini amatlah saya hargai. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan iaitu guru-guru lepasan KPLI yang baru yang turut membantu terutamanya Ustazah Siti Fatimah binti Yacob selaku guru bimbingan saya kerana memberi pendapat dan tunjuk ajar serta sumbangan idea yang diperlukan untuk menyiapkan laporan ini. Kepada ahli keluarga yang banyak memberikan sokongan moral serta mendoakan sehingga selama berada di sekolah ini dapat menyiapkan laporan program orentasi seadanya. Semoga dengan bantuan semua pihak dapatlah kami menyiapkan laporan program orentasi ini dengan sebaik mungkin insyallah dan semoga Allah SWT memberkati kita semua dan menerima amal kita semua.

RUKUN NEGARA

MAKA KAMI, RAKYAT MALAYSIA, BERIKRAR AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT BERDASARKAN PRINSIP-PRINSIP BERIKUT:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH LEBIH MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK,ROHANI,EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN.USAHA INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MELAHIRKAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN,BERKETRAMPILAN,BERAKHLAK MULIA,BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERIKAN SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN KELUARGA,MASYARAKAT DAN NEGARA .

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN ISLAM ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN UNTUK MENYAMPAIKAN ILMU, KEMAHIRAN DAN PENGHAYATAN ISLAM BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, BAGI MEMBENTUK SIKAP, KEMAHIRAN KEPERIBADIAN DAN PANDANGAN HIDUP SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBANTU DIRI, MASYARAKAT, ALAM SEKITAR DAN NEGARA KE ARAH MENCAPAI KEBAIKAN DI DUNIA DAN KESEJAHTERAAN ABADI DI AKHIRAT

SEKOLAH KEBANGSAAN KERUPANG WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Pengenalan Sekolah Kebangsaan Kerupang, Wilayah Persekutuan Labuan terletak 3 kilometer dari bandar Labuan. SK Kerupang atau nama singkatannya SKK Terpilih menjadi sekolah angkat GITN sdn bhd untuk projek GTL School kerana kadar penggunaan internet di bawah 30% . Sekolah ini diterajui oleh Pn. Norkiah binti Abdul sebagai guru besar, dengan dibantu oleh 3 orang Guru Penolong Kanan, 42 orang tenaga pengajar, 3 orang kakitangan sokongan dan mempunyai seramai 462 orang murid.

Latar Belakang Sekolah SKK mula menjadi sekolah angkat GITN untuk projek GTL School bermula Januari 2008. SKK mempunyai sebuah makmal komputer dengan 21 buah komputer, tidak mempunyai Pusat Akses. Namun pada pertengahan tahun 2007, makmal komputer sekolah ini terpaksa ditutup kerana berada dalam tapak pembinaan bangunan sekolah. Namun begitu, pihak sekolah dibawah program GTL School telah mengambil inisiatif dengan berbincang dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyediakan laluan inisiatif untuk pelajar dan guru-guru untuk datang ke makmal komputer, tetapi hanya tahap 2 sahaja dibenarkan atas alasan keselamatan.

Sejarah Sekolah Nama asal sekolah ini adalah Sekolah Rendah Kerajaan atau Government Primary School Kerupang. Kedudukan sekolah ini adalah di kampung Kerupang yang mana di sekitarnya terdapat kawasan perkampungan lain seperti Kampung Pantai, Kampung Durian Tunjong dan Kampung Tanjung Aru.

Sebelum adanya sekolah Kerupang, anak-anak dari kampung ini kebanyakannya bersekolah di sekolah bukit Kalam. Atas beberapa sebab yang dihadapi seperti ramai dalam kalangan ibu bapa yang tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah kerana jarak yang jauh dan jalan perhubungan yang terhad, maka sekolah ini telah dibangunkan selepas 10 tahun kewujudan sekolah Bukit Kalam. Antara orang yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah ini empat orang ketua kampung iaitu Tn. Hj. Edin bin Ali (Kampung Kerupang), Tn. Hj Ibarahim bin Hj. Mohamad (Kampung Nagalang), Tuan Hj. Salam bin Basaman (Kampung Pantai) dan Tn. HJ. Yusof bin Matsarudin (Kampung Durian Tunjong) Sekolah ini mula dibina pada tahun 1931 di tapak yang sama pada masa sekarang iaitu di Kampung Kerupang. Sebuah bangunan sekolah dan sebuah rumah turut dibina pada tahun berkenaan. Bangunan sekolah ini menggunakan tiang simen setinggi 10 kaki dari tanah dan lantainya daripada papan dan atapnya pula daripada kayu belian (ironwood) walau pun pada asalnya menggunakan daun rumbia. Saiz bangunannya hanya sesuai untuk tiga buah bilik darjah sahaja. Bangunan ini telah digunakan sebagai sekolah lebih dari 35 tahun. Ia dibina oleh kerajaan Negeri Sabah, pekerja pembinaannya terdiri daripada orang-orang Melayu tempatan yang diketuai oleh seaorang pekerja bangunan berbangsa Cina. Pada tahun 1937 sekolah ini mula dibuka kepada anak-anak yang tinggal di kawasan yang berhampiran. Tiga orang guru yang bertugas di sekolah pada masa itu, ialah; 1. Encik Mohamad Salleh bin Pir selaku Guru Besar. Beliau berasal dari Labuan. 2. Encik Supar bin Idris selaku Guru Penolong, berasal dari semenanjung Malaysia. 3. Encik Mohd. Zain bin Lamit, berasal dari Labuan.

Murid-murid yang belum tamat persekolahan di sekolah Bukit Kalam yang tinggal berhampiran dengan kampung Kerupang seperti Kampung Lajau dan Kampung Tanjung Aru adalah di antara murid yang berpindah ke sekolah ini. Jumlah murid yang bersekolah di sekolah ini pada masa ia dibuka ialah seramai 37 orang lelaki termasuk murid yang berpindah dari Sekolah Bukit Kalam. Pelajaran yang diajar pada masa itu ialah membaca, menulis rumi dan jawi, kira-kira, senaman, seni pertukangan dan lukisan. Apabila Jepun memerintah Labuan dalam tahun 1945 pembelajaran di sekolah ini tergendala, Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Jepun. Sekolah ini dibuka semula dan aktiviti pembelajaran diteruskan dalam Bahasa Melayu dan ditambah dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam tahun 50-an. Pada tahun 1962 bangunan sekolah ini ditambah dengan sebuah lagi bangunan yang terdiri daripada 3 buah bilik darjah dan 2 buah rumah guru. Ini adalah disebabkan pertambahan jumlah murid seramai 400 orang pada akhir tahun 60-an. Murid-murid sekolah ini pernah menumpang belajar di balai raya Kampung Pantai dalam tempoh beberapa tahun apabila bangunan asal sekolah ini diroboh oleh pihak Jabatan Kerja Raya kerana keadaan bangunan yang tidak selamat lagi untuk digunakan. Pada tahun 1982, 2 buah bangunan dan 2 buah rumah guru di bina. Pada tahun 1984, sebuah bangunan lagi telah dibina untuk bilik khas seperti bilik tv, perpustakaan, bilik sains, kantin dan 2 buah rumah guru. Sekolah yang di bina pada tahun 1962 telah dirobohkan untuk pembinaan 2 buah rumah guru. Kedudukan sekolah ini adalah berhampiran dengan jalan raya. Terbinanya sekolah ini, maka hasrat kerajaan telah tercapai untuk membasmi buta huruf di kalangan penduduk sekitar khasnya dan di Labuan amnya. Diantara bekas murid sekolah ini yang telah berjaya dalam bidang politik ialah Datuk Haris Bin Mohamad Salleh iaitu anak kepada bekas guru besar sekolah ini. Beliau juga adalah bekas Ketua Menteri Sabah. Dalam bidang ketenteraan pula ialah Encik Karim Bin Abdul Kadir seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel. Selain daripada itu terdapat juga beberapa murid sekolah ini yang berjaya sebagai pegawai-pegawai kerajaan dan swasta.

Sehingga tahun 2000 pertambahan murid semakin pesat dalam rekod bilangan murid pada tahun berkenaan mencecah sehingga 892 orang murid. Pembinaan bangunan baru telah berlaku sekali lagi pada tahun 2001 untuk menggantikan bangunan yang sedia ada. Bangunan lama yang diperbuat daripada kayu telah ditukarkan kepada bangunan konkrit. Bangunan konkrit yang di bina telah siap dan mula digunakan untuk sesi pembelajaran dalam semester ke dua iaitu dalam bulan Jun tahun 2002. Pada tahun 2005, sebuah lagi bangunan makmal komputer telah didirikan untuk kerperluan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Kerupang dan pada tahun 2006 bangunan ini siap sepenuhnya dan telah digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

MISI SEKOLAH " Towards Total Excellence"

VISI SEKOLAH

Mewujudkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Sentiasa meningkatkan prestasi agar sentiasa cemerlang dan berdaya maju Menjana potensi budaya kerja berpasukan dan pelajar secara menyeluruh, bersepadu dan berkesan

Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti serta persekitaran yang kondusif

Membangun generasi pelajar yang mengamalkan pembentukan tingkahlaku yang baik dan berakhlak mulia

Memantapkan sistem pengurusan berkesan dan budaya kerja bermatlamat dan berkualiti. Menghasilkan pelajar Bestari

IKRAR Kami warga SKK berikrar bekerja secara tekun dan bijaksana untuk melahirkan pelajar cemerlang sahsiah dan akademik sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

LAGU SEKOLAH Tajuk : ILMU SINAR HIDUP SK Kerupang sekolah kami megah berdiri menawan hati muridnya rajin menuntut ilmu belajar tak jemu-jemu pendidiknya penuh dedikasi bersatu untuk menabur bakti insan berilmu hasrat di hati untuk mencapai cita yg murni di bidang sukan di bidang seni kami d latih kemahiran diri disiplin diri amalan kami bersopan-santun berhemah tinggi ilmu sinar hidup cogan katanya kmi berikrar agar setia menuntut ilmu sehingga jaya ingin capai wawasan negara menuntut ilmu sehingga jaya ingin capai wawasan negara.

SK KERUPANG CARTA ORGANISASI KURIKULUM 2011


PENGERUSI PN. SITI NORKIAH BINTI ABDUL

TIMBALAN PENGERUSI EN. JUSOH BIN SULONG


PIBG

KETUA PANITIA

S/U KURIKULUM PN. SITI KHADIJAH BINTI DIN

S/U PEPERIKSAAN CIK OOI KUN YEE

PRS EN. SABDIN BIN JAPARUDIN

BAHASA

JADUAL WAKTU PN. HARLIANA BINTI ZAHARI

MATEMATIK PN NORIZAN BINTI SALLEH

B.MELAYU PN. HJH. SUKAH BINTI ISMAIL

GURU DATA PN. MARYSIA JOHNY

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM PN. NORHAFIZAH BINTI M. DAUD

B. INGGERIS PN.SITI MARIAM BINTI AZIS

MAKMAL KOMPUTER EN. MOHD AZAM BIN MOHD SANI

PENDIDIKAN MORAL PN. HILDAH@HILDA MAJAIL

BAHASA CINA CIK OOI KUN YEE

GURU SUMBER DAN MEDIA PN. SANIMAH BINTI TALI

PEN. JASMANI DAN KESIHATAN EN. ALMAN BIN JAIR

PPSMI PN. NORSYAFEENA J. ADONG

PENNDIDIKAN SENI VISUAL EN. DURASAD BIN EDRIS

PEMULIHAN PN. SARIMAH BINTI BUNGSU

KAJIAN TEMPATAN PN. KHATIJAH BINTI TAMIT

j-QAF PN. SITI FATIMAH BINTI YAACOB

SAINS EN. MUSLIM BIN MUSA KEMAHIRAN HIDUP PN. RASINAH BINTI MATNOR PSK PN.HJH. NASIMAH BINTI OSMAN PENDIDIKAN MUZIK PN. MARYSIA JOHNY

PRA SEKOLAH I PN. ROHANI BINTI AWG. AHMAD PRA SEKOLAH II PN. ARMI BINTI NONCHI

LINUS PN. NAFIAH BINTI ALI AMAT

LDP EN. RALLEE BIN KARIM

10

SENARAI NAMA GURU DAN KTBM SEKOLAH KEBANGSAAN KERUPANG TAHUN 2011 SENARAI NAMA GURU-GURU

1. ALMAN BIN JAIR 2. AZINI BINTI MOHAMAD ZAWAWI 3. DURASAD BIN EDRIS 4. ENGKU AZLINDA BINTI ENGKU MUDA 5. ESMIT BIN HJ. AMAT 6. FEIROZ BTE MD.NOOR 7. HAMIDAH BTE ALIL MATRAN 8. HILDAH BT MAJAIL 9. JALINAH BTE SARUS 10. JULIANI BTE MOKTAR 11. JUSOH BIN SULONG 12. KHADIJAH BTE TAMIT 13. MOHD AZAM BIN MOHD SANI 14. MUSLIM BIN MUSA 15. MARYSIA JOHNNY 16. NASIMAH BINTI OSMAN 17. NAWAWI BIN EJAL 18. NOOR AINI BTE LATEH 19. NORAZLAN BIN MAHMOD 20. NORHAFIZAH BTE LAMUDIN 21. NORHAFIZAH BTE MOHD DAUD 22. NORIZAN BTE SALLEH 23. NUR SYAFEENA J.ADONG 24. NAFIAH BTE ALI AMAT 25. OII KUN YEE 26. RAMLEE BIN HJ KARIM 27. RASINAH BTE MATNOR 28. ROHANI @ MURNI AG.AHMAD 29. ROSLAN BIN HJ.MOHAMED 30. ROSMAH BTE DANI

31. ROSMEH BTE HJ.RUMAN 32.RUHAIAH BTE JUMAT 33.ROSNAH BTE MURAH 34. SITI NORKIAH BTE ABDUL 35. SANIMAH BT TALI 36. SABDIN BIN JAPARUDIN 37. SARIMAH HJ.BUNGSU 38. SITI FATIMAH BTE YAACOB 39. SITI KHADIJAH BTE DIN 40. SITI MARIAM BTE AB AZIS 41. SUKAH BTE HJ.ISMAIL 42. SURIAH BTE SUALIN 43. VIVI ERMA BTE ABDULLAH 44. ZURIANI BTE ASRI 45. NORALING VOO 46. HARLIANA

11

SENARAI NAMA KTBM 1. RAHMAH BTE DAMIT 2. SALBIAH BTE MATALI 3. ROSNITA BT AKHBAR 4. SABIN BIN MUMIN

LOGO SEKOLAH

12

BIODATA GURU BESAR

Nama: Siti Norkiah binti Abdul NoKad Pengenalan: 580826-12-5146 Tarikh lahir : 26 ogos 1958 Kaum/keturunan : Melayu Tempat lahir : Sipitang, Sabah Gred jawatan : DGA 32 Pendidikan: i) SM.Sultanah Bahiyah (1971-1975) -Kelulusan dan Pengkhususan : SPN

ii) Maktab Perguruan Gaya (1977-1978) -Kelulusan dan Opsyen : PMPS Perkhidmatan : i. ii. i) ii) iii) iv) Alamat Kediaman : Tarikh Mula Berkhidmat : 01/01/1979 Tarikh pengesahan Perlantikan : 01/02/1979 Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan :01/02/1980 Tarikh Jawatan Berpencen: 01/12/1989 Lantikan Ke Jawatan Sekarang : 02/07/1977 Jawatan Hakiki : Memangku DGA 34 A1, Rumah Guru, SK.Bebuloh, WP.Labuan

No.Tel : (H/P) 0128375992 Nama Sekolah/Pejabat/Jabatan Pernah Bertugas: i) ii) iii) SM. ST Anne (01.01.1979) SK. Patau-Patau SK. ST Anne

iv) SK Bebuloh (16.06.2007-30.12.2009) v) SK. Kerupang (31.12.2009)

13

KONSEP MINGGU ORIENTASI SEKOLAH Minggu orientasi sekolah merupakan satu program bagi guru pelatih kursus perguruan lepasan ijazah sekolah rendah (KPLI SR) j-QAF mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS). Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal pelatih tentang alam persekolahan dari perpektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada pelatih memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah, pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran.

OBJEKTIF 1. Memahami masyarakat sekolah 2. Mendapat pendedahan awal bagaimana murid belajar, pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran. 3. Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah. 4. Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan, iklim dan budaya sekolah. 5. Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui dalam portfolio untuk memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif.

STRATEGI PELAKSANAAN Tempoh pelaksanaan Minggu Orientasi Sekolah ialah selama 1 minggu bermula daripada 28 Mac 2011 1 April 2011 di Sekolah Kebangsaan Kerupang, Wilayah Persekutuan Labuan. Kemudian proses mengumpul bahan. Seterusnya pengolahan bahan ke dalam bentuk dokumentasi dan penyerahan tugasan kepada pensyarah dalam sesi interaksi.

14

ALATAN FIZIKAL

15

A.

Alatan Fizikal

Sistem dan peralatan mempengaruhi suasana Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar buat persepsi awal struktur dan organisasi persekitaran

Aktiviti 1 Data Sekolah Kebangsaan Kerupang, Wilayah Persekutuan Labuan: Bilangan murid Keseluruhan

462 orang

Saiz kelas :

30 x 20

murid dalam kelas

Prasekolah : 46 orang Tahun 1 : 85 orang Tahun 2 : 84 orang Tahun 3 : 80 orang Tahun 4 : 68 orang Tahun 5 : 79 orang Tahun 6 : 66 orang

Bilangan bilik Darjah :

20 buah

Bilangan guru :

P = 35 orang L = 11 orang

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kerupang, Wilayah Persekutuan Labuan

Kedudukan Sekolah

: Bandar

16

B)

Suasana Bilik Darjah Guru mempunyai kuasa menyusun perabut, kedudukan murid, memilih bahan dan lainlain. Pengurusan semua unsur ini penting untuk mewujudkan kelas yang kondusif

Aktiviti 2 Lukiskan pelan 2 buah bilik darjah yang anda lawati semasa orientasi ini. Bagi setiap kelas, jawab soalan berikut :

PELAN BILIK DARJAH (A)

17

PELAN BILIK DARJAH (B)

Petunjuk :

PAPAN TULIS

PINTU

MURID PAPAN KENYATAAN

MEJA GURU

18

(1) Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan pembelajaran diletakkan di kelas dan bagaimana ianya digunakan ?

Sumber asas papan tulis dihadapan kelas. Guru merancang dan bijak mengunakannya supaya murid dapat membaca dan memahami apa yang tertera di papan tulis. Sumber elektronik seperti laptop, radio dan LCD digunakan pada permulaan pelajaran dalam proses kemahiran mendengar dan bertutur. Guru memperdengarkan rakaman kepada murid-murid. Murid mendengar perkataan dengan baik dan dapat menyebut dan bertutur perkataan tersebut.

Sumber bukan elektronik seperti kad imbasan dan kad suku kata. Guru mempamerkan kad imbasan serta menyebut perkataan yang tertera pada kad imbasan tersebut. Murid mendegar dan diminta menyebut perkataan pada kad imbasan tersebut.

Sumber elektronik digunakan di hadapan kelas dan disimpan di bilik guru selepas digunakan. Sumber bukan elektronik digunakan pada waktu pembelajaran dan dilekatkan di papan kenyataan selepas tamat pembelajaran supaya murid boleh membuat rujukan bahan bacaan.

(2) Apakah bahan yang murid boleh gunakan bila mereka memerlukan?

Bahan-bahan bercetak seperti gambar, kad suku kata, kad perkataan dilekatkan di papan kenyataan sebagai bahan pengajaran bilik darjah. Buku-buku rujukan seperti buku panduan sembahyang, kitab al-Quran dan Iqra diletakkan di bilik khas j-QAF, surau dan di dalam kelas masing-masing sebagai bahan bacaan di waktu lapang.

Bahan elektronik seperti LCD dan monitor yang digunakan di bawah kawalan guru di waktu pengajaran dan pembelajaran.

19

(3) Sejauh mana pengerakan murid dibenarkan?

Murid tidak dibenarkan berkeliaran ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Walau bagaimanapun, ketika sesi pembelajaran yang melibatkan aktiviti berkumpulan, murid dibenarkan bergerak dalam kumpulan masing-masing dengan kawalan guru.

(4) Kenalpasti bagaimana murid diletakkan dalam kumpulan?

Terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan di dalam satu kumpulan. Murid yang agak lemah ditempatkan di barisan hadapan kelas kerana mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada guru.

(5) Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua-dua kelas?

Kelas A (Tahun 1 Beta) Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih kepada aktiviti-aktiviti menarik bagi merangsang minat murid untuk belajar. Kedudukan murid bercampur di dalam barisan iaitu tiada perbezaan antara murid yang lemah dan cerdik. Kawalan guru terhadap murid tahun 1 amat ketat.

Kelas B (Tahun 2 Beta) Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih fokus kepada kemahiran menulis. Kedudukan murid bercampur di dalam barisan iaitu tiada perbezaan antara murid yang lemah dan cerdik. Kawalan guru terhadap murid tahun 2 ditahap sederhana.

20

(6) Apakah yang membuatkan ianya berbeza?

Personaliti dan kemahiran guru yang berpengalaman sangat memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti radio, kad imbasan dan sebagainya dapat membantu murid-murid dalam memahami dan mengikuti pelajaran dengan mudah. Kawalan kelas yang berkesan dari guru memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian perwatakan dan tahap murid yang berada dalam sesuatu kelas tertentu.

21

PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH

22

C)

Peraturan dan Disiplin Sekolah

Peraturan sekolah adalah penting untuk diketahui dan dipatuhi. Ini membolehkan anda mengambil tindakan yang konsisten dengan staf lain dan juga mengetahui bagaimana guru-guru terlatih menangani masalah disiplin pelajar. Aktiviti 3 1) Apakah peraturan sekolah dan bilik darjah.

Sekolah adalah sebuah institusi masyarakat. Di sinilah di semai, dipupuk dan disuburkan ciri-ciri baik bagi pembentukan sikap dan peribadi juga pertumbuhan fizkal yang sempurna. Peraturan sekolah adalah undang-undang yang perlu bagi kesejahteraan individu dan masyarakat sekolah.

1.

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH DAN KEKEMASAN DIRI 1.1 PAKAIAN MURID-MURID LELAKI Seluar Seluar bagi murid-murid lelaki ialah seluar pendek berwarna biru tua (navy blue). Seluar panjang yang sama warnanya boleh dipakai sekiranya dikehendaki oleh ibubapa/penjaga. Baju Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek 1.2 PAKAIAN MURID-MURID PEREMPUAN Pakaian murid-murid perempuan adalah Pinafore tunic berwarna biru tua (Navy blue) dan labuhnya hendaklah sampai ke lutut. Baju Kurung dan Kain Sarung Murid-murid perempuan boleh memakai baju kurung sekiranya dikehendaki oleh ibubapa/penjaga mereka dengan syarat baju kurung itu berwarna putih dan memakai kain sarung berwarna biru tua (Navy blue)

23

Tudung/Mini Telekung Murud-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung/mini telekung dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi dua sama dan tudung/mini telekung berwarna putih, berukuran sesuai dengan murud-murid yang memakainya. 1.3 PAKAIAN KETIKA BERSENAM DAN BERSUKAN Ketika bersukan dan bermain atau menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani, murid-murid perempuan adalah digalakkan tanpa paksaan memakai seluar panjang yang sesuai (track suit) berwarna biru atau hitam dan baju kemeja T putih. Murid-murid lelaki adalah dibenarkan memakai seluar pendek (seluar sukan) berwarna biru atau hitam dan baju kemeja T putih. 1.4 LENCANA SEKOLAH DAN TAG NAMA Murid murid dimestikan memakai lencana sekolah dan tanda nama (name tag) sama ada hari hari persekolahan biasa atau semasa menertai aktiviti lawatan kokurikulum. 1.5 RAMBUT DAN KUKU Murid lelaki tidak boleh berambut panjang iaitu rambut tidak boleh mencecah kolar baju atau cuping telinga. Rambut murid perempuan yang melebihi paras bahu hendaklah di dandan atau pun di ikat dengan kemas mengunakan reben warna biru tua. Rambut hendaklah bersih dan di sikat dengan kemas. Murid di larang menyimpan kuku panjang. Murid-murid juga dibenarkan memakai tudung / mini telekung dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi dua sama dan tudung / mini telekung berwarna putih, berukuran sesuai dengan muridmurid yang memakainya. Murid-murid lelaki juga di benarkan memakai songkok berwarna hitam. Adalah berdasarkan surat pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.4/1976 bertarikh 10 Mac 1976.

24

1.6

TATATERTIB Di kelas Semua murid di kehendaki berada di kelas pada setiap masa didalam keadaan senyap dan bersopan santun. Murid-murid tidak di benarkan meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru. Sentiasa menjalankan tugas yang dipertanggung jawabkan seperti menjaga kebersihan dan kekemasan bilik. Tidak dibenarkan makan ataupun minum di dalam kelas. Sentiasa menjaga dan tidak merosakkan peralatan di dalam kelas. Sekiranya di perlukan, alat-alat elektrik boleh dipasang dan mesti ditutup sebelum meninggalkan kelas. Murid-murid hendaklah sentiasa bersedia untuk belajar sebagaimana jadual yang ditetapkan. Murid-murid dikehendaki beratus di luar kelas pada waktu pagi iaitu sebelum kelas bermula dan pada waktu selepas rehat. (sebelum masuk ke kelas) Dalam kawasan sekolah murid murid tidak di benarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar / Wakilnya. Tidak dibenarkan berlari / bising atau meronda di kawasan sekolah. Sentiasa membuat barisan dan berjalan dalam keadaan senyap ketika masuk dan keluar kelas terutama masa ke tempat perhimpunan dan waktu pulang. Dilarang menghampiri atau masuk ke Bilik Guru Besar, pejabat, bilik guru, bilik cetak, tandas guru, bilik alatan, setor sukan, bilik mesyuarat, bilik buku teks dan lain-lain kecuali mendapat kebenaran guru.

1.7

HARTA BENDA SEKOLAH Setiap orang murid hendaklah bertanggung jawab menjaga harta benda sekolah seperti kerusi, meja, papan kenyataan, peralatan dan lain lain. Sebarang kecurian, kerosakan, kekotoran dan sebagainya hendaklah di laporkan segera kepada guru kelas ataupun guru bertugas. Mereka yang terlibat boleh di denda atau diminta ganti rugi yang sepatutnya.

1.8

BUKU TEKS / SPBT Buku teks yang di pinjam hendaklah dijaga dengan cermat dan disampul dengan plastic supaya tidak rosak atau hilang. Buku yang rosak atau hilang mestilah diganti atau di bayar mengikut harganya. Pelajar tidak di benarkan meninggalkan buku teks di sekolah.
25

1.9

ALATAN SUKAN Mengambil, menggunakan alatan pendidikan Jasmani/permainan/sukan mestilah mendapat kebenaran guru yang berkenaan. Alatan yang rosak atau hilang semasa menggunakannya adalah menjadi tanggung jawab mereka yang berkenaan. Menyimpan semula peralatan yang digunakan di dalam setor dalam keadaan yang baik.

1.10

PUSAT SUMBER SEKOLAH Pinjaman / Pemulangan buku buku perpustakaan hendaklah mengikut peraturan yang di berikan. Murid-murid dikehendaki berpakaian kemas dan lengkap. Muridmurid hendaklah sentiasa senyap supaya tidak mengganggu pelajarpelajar lain.

1.11

KEBERSIHAN Kebersihan bilik darjah adalah tanggung jawab kelas masing masing. Sampah hendaklah di buang ke dalam tong yang di sediakan. Tidak di benarkan menconteng atau mengotori mana mana dinding sekolah. Tandas hendaklah di gunakan sebaik baiknya. Segera menutup paip air setelah di gunakan. Tidak dibenarkan mencuci kaki dan memasukkan lebihan makanan kedalam singki tandas. Tidak dibenarkan meludah di merata rata tempat. BAYARAN KHAS/YURAN SEKOLAH Bayaran yang dikenakan hendaklah dijelaskan dalam minggu pertama persekolahan semester pertama. Sijil berhenti sekolah atau keputusankeputusan peperiksaan tidak akan di keluarkan kepada murid yang gagal menjelaskannya. Bayaran hendaklah di buat melalui guru kelas masing masing. Resit akan dikeluarkan dan hendaklah di simpan sebagai bukti pembayaran. KEHADIRAN Murid-murid mesti hadir ke sekolah setiap hari persekolahan kecuali sakit. Surat Akuan Doktor / Ibu Bapa / Penjaga hendaklah di hantar kepada pihak sekolah untuk di rekodkan. Murid-murid dikehendak berada di sekolah sekurang kurangnya sepuluh minit sebelum loceng pertama dibunyikan.
26

1.12

1.13

Murid-murid yang hadir lewat akan ditulis nama mereka di dalam Buku Rekod kehadiran Lewat oleh pengawas yang bertugas. Jika tiga kali, mengikut catatan rekod tersebut, satu surat akan di hantar kepada penjaga untuk memberitahu perkara tersebut sebelum tindakan seterusnya diambil. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah di kira sebagai ponteng. Jikatidak hadir tiga hari berturut-turut pihak sekolah akan mengeluarkan surat peringatan kepada penjaga. Setelah 3 kali surat peringatan di hantar, tetapi masih juga tidak hadir ke sekolah.Murid berkenaan boleh di singkirkan / di buang sekolah. Jika murid terpaksa pulang lebih awal dari waktu biasa oleh sebabsebab tertentu, hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Guru Besar / Wakilnya dan di rekodkan ke dalam buku yang di sediakn di pejabat sekolah.

1.14

LANGKAH KESELAMATAN Murid-murid dilarang membawa pisau / benda merbahaya / alat permaianan ke sekolah. Letakkan basikal di tempat yang di sediakan dan di kunci. Kawasan letak basikal adalah kawasan larangan. Murid-murid tidak boleh berada atau bermaian di kawasan tersebut. Murid-murid di larang berbasikal di kawasan sekolah. Murid-murid yang menaiki kenderaan seperti bas sekolah atau van hendaklah beratur mengikut peraturan. Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berhati-hati ketika di jalan raya. Murid-murid mesti beratur semasa hendak pulang selepas loceng akhir dari bilik darjah hingga ke pintu pagar sekolah.Tidak dibenarkan memecahkan barisan sama sekali. Murid-murid mesti menjaga hak sendiri seperti wang, peralatan sekolah supaya tidak hilang. Tidak dibenarkan memakai sebarang jenis barang kemas yang berharga pada bila bila masa persekolahan. Jika kehilangan sesuatu barang berharga, hendaklah segera di beritahu kepada guru dan jika terjumpa barang barang bukan milik sendiri hendaklah di serahkan kepada guru. KEGIATAN AKTIVITI KOKURIKULUM Setiap murid tahun 4,5 dan 6 di mestikan menyertai ketiga-tiga aktiviti berikut : Persatuan / Kelab Pakaian seragam Permaianan

1.15

27

kehadiran di wajibkan setiap kali di adakan aktiviti dengan berpakaian lengkap dan kemas. Selipar dan baju T yang pelbaga tidak di benarkan. Sekiranya tidak hadir 3 kali berturut turut tanpa sebab, tindakan disiplin akan di kenakan.

Peraturan sekolah diwujudkan berdasarkan kepada matlamat dan objektif tertentu. Antara matlamatnya ialah untuk memperbaki serta meningkatkan mutu dan prestasi pelajaran murid dari semasa ke semasa. Seterusnya, untuk menambah dan memupuk minat dan semangat untuk belajar serta menambah ilmu pengetahuan di kalangan murid. Matlamat lain yang dapat di lihat ialah untuk melahirkan generasi yang terpelajar dan bertanggung jawab serta berdisiplin, bersatu padu, bersikap mulia, setia kepada Negara dan patuh kepada perintah agama. Dengan wujudnya masyarakat yang sebegitu, secara tidak langsung akan mempertingkatkan dan mengekalkan keyakinan masyarakat kepada sekolah. Malahan, guru-guru juga terikat kepada peraturan sekolah tersebut. Ini penting kerana guru adalah merupakan ikon kepada muri-murid dan guru juga adalah teladan kepada pelajar-pelajarnya.

Itu adalah diantara matlamat diwujudkan peraturan sekolah, manakala objektifnya dapat di rumuskan untuk meningkatkan prestasi murid-murid di dalam kurikulum, ko-kurikulum, mutu disiplin, melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan indah.

28

JENIS SALAHLAKU/MASALAH DISIPLIN YANG DIKELUARKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 9.1 : Tingkahlaku Jenayah 111. 112. 113. 114. 115. 116. 117. 118. 119. 120. 121. 122. 123. 124. 125. Berjudi. Mencuri. Melawan/ mengancam/ memukul/ mencederakan guru Melawan/ mengancam/ memukul/ mencederakan pengawas. Memeras ugut Membuli/ pelancoan Menganggotai kumpulan haram/ kongsi gelap Menyalahgunakan dadah Membawa senjata merbahaya. Mencabul kehormatan. Mengancam/ memukul/ mencederakan murid lain Menceroboh bilik-bilik khas. Mengedar dadah Menunjuk perasaan/ berpiket/ mengganggu ketenteraman sekolah Bertaruh secara besar-besaran

29

9.2 : Tingkahlaku Lucah 221. 222. 223. 224. 225. 226. Bercumbu-cumbuan Berkhalwat. Membawa bahan lucah ke sekolah Mengintai murid-murid perempuan. Menggunakan perbuatan dan kata lucah Melukis dan menulis kata-kata dan gambar lucah.

9.3 : Kekemasan Diri 331. Berambut panjang/ fesyen rambut keterlaluan dan bertentangan dengan peraturan sekolah. 332. 333. 334. berkuku panjang. Bermisai dan berjanggut. Memakai barang-barang perhiasan yang dilarang ke sekolah.

9.4 : Tingkahlaku Tidak Mementingkan Masa 441. 442. 443. 444. Berkeliaran di kawasan sekolah. Datang lewat sekolah. Lewat ke perhimpunan. Makan di kantin di luar waktu rehat.

30

9.5 : Tingkahlaku Kurang Sopan dan Biadap 551. 552. 553. 554. 555. 556. 557. 558. 559. Berkelakuan kasar terhadap guru Berkelakuan kasar terhadap pengawas. Berkelakuan kasar terhadap murid lain Berbahasa kesat Menyimpan rokok Menghisap rokok Mengganggu pengajaran dan pembelajaran Tidak menghormati guru Tidak menghormati pengawas

9.6 : Tingkahlaku Musnah 661. 662. 663. 664. Merosakkan harta benda sekolah. Merosakkan harta benda pengetua/ guru besar/ guru-guru Merosakkan harta benda kantin sekolah. Merosakkan harta benda murid.

9.7 : Tingkahlaku Tidak Jujur/ Menipu 771. 772. Menipu yang melibatkan wang Menipu yang melibatkan kepercayaan

31

9.8 : Ponteng 881. 882. 883. 884. 885. 886. 887. Ponteng kelas Ponteng sekolah Ponteng perhimpunan Ponteng kegiatan luar bilik darjah/ ko-kurikulum Ponteng ujian Ponteng peperiksaan Ponteng untuk private study

JENIS SALAH LAKU BERAT 2.3 2.16/2.5 2.10 2.9/5.5 2.19 : Menutur kata-kata kotor : Merosakkan harta benda sekolah : Memburuk nama sekolah : Menyembunyikan barang/ harta benda sekolah : Meninggalkan bilik darjah tanpa kebenaran semasa belajar/ pulang awal/ keluar awal sebelum sampai masa yang ditetapkan. 3.4 3.5/3.6 3.7 4.6 : Tidak mengikuti mata pelajaran dengan sengaja. : Ponteng sekolah/ ponteng kelas : Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran : Bising dalam perhimpunan : Tidak menghormati lagu kebangsaan

32

5.1 5.2 5.3 5.7 5.9 5.11 9.5 17.2 17.4

: Membawa senjata merbahaya/ bahan letupan dalam apa bentuk dan rupa. : Mengancam/ mengugut/ memeras/ membuli : Merokok : Melawan pengawas/ ketua kelas/ guru sama ada secara perbuatan ataupun lusan. : Membaca/ membuli/ mengedar bahan lucah : Berjudi : Membuang sampah merata tempat : Meniru semasa peperiksaan/ ujian : Menggangu ketenteraman semasa peperiksaan ujian dijalankan

PANDUAN DENDA (BERAT) 1. Membersihkan tandas 2. Membersihkan kelas 3. Diserahkan kepada AJK Disiplin Sekolah 4. Pungut sampah dan buang sampah ke dalam lubang sampah 5. Digantung sekolah 6. Menggantikan harta benda yang dirosakkan 7. Disuruh meminta maaf kepada semua guru/rakan 8. *adakan tanda gantung

33

JENIS SALAH LAKU SEDERHANA 2.12/2.4 2.8 2.2 : Tidak menghormati/ mematuhi arahan guru : Mengganggu orang lain : Tidak menghormati antara murid/guru - Pelajar dilarang masuk sesuka hati ke dalam pejabat dan pusat sumber tanpa izin 3.3 4.3 7.2/7.7 7.3 7.5 7.19 : Datang lewat sekolah : Tidak ikut perhimpunan : Menconteng/ mengores : Tidak bertugas : Berada dalam kelas semasa rehat. : Tidak melaporkan kepada guru bertugas sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dalam kelas 8.8 : Tidak memakai pakaian sukan semasa Pendidikan Jasmani

JENIS SALAH LAKU RINGAN 2.17 : Tidak mematuhi arahan seperti berbaris secara teratur ketika di kantin atau ke pusat sumber 6.2 6.6 7.16 10.1 : Menyimpan rambut panjang : Memakai barang kemas : Bermain dalam bilik darjah/ bilik guru/ kantin/ tandas : Makan/ minum dalam kelas

34

PANDUAN DENDA SALAH LAKU SEDERHANA DAN RINGAN 1. Menyiram bunga 2. Menulis berulang-ulang 3. Pungut sampah 4. Datang awal ke sekolah 5. *Adakan tanda gantung 6. Berdiri di hadapan kelas lain 7. Berbaris di hadapan kelas lain 8. Jumpa semua guru dan ucapkan SELAMAT 9. Berbaris di koridor bilik guru 10. Membaik pulih yang diconteng 11. Ingatan kepada ibubapa/penjaga 12. Budi bicara guru berkenaan

35

2) Apakah cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturan-peraturan tersebut?

Pelajar-pelajar di sekolah ini tidak dibekalkan buku disiplin sekolah. Ini kerana pelajar-pelajar sering mengabaikan buku disiplin dan tidak membacanya. Bagaimanapun, murid-murid sering diperingatkan mengenai peraturan sekolah melalui pengumuman dan taklimat ketika perhimpunan pagi. Selain itu, para pengawas juga berperanan membantu guru memastikan disiplin murid terjaga. Antara peranan lain pengawas termasuklah:

i)

Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan memastikan setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh murid-murid sekolah ini.

ii)

Pengawas-pengawas perlu menjalankan tanggungjawab dengan jujur, dedikasi dan berani ketika menjalankan tugas.

3) Buat pemerhatian bagaimana ianya ditangani di sekolah

Murid yang melakukan kesalahan disiplin akan diperhatikan oleh pengawas seterusnya pengawas melaporkan kepada guru disiplin sekolah. Murid yang melanggar peraturan sekolah akan dipanggil oleh badan disiplin sekolah untuk menjalani sesi kaunseling khas di bilik khas. Murid yang di dapati melakukan kesalahan akan di kenakan hukuman setelah di dapati dengan sengaja melanggar peraturan-peraturan sekolah atau mana-mana peraturan yang di tetapkan oleh Kementerian Pendidikan atau jabatan pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi murid yang mengulangi kesalahan disiplin ataupun mana-mana kesalahan yang berat, hukuman akan dikenakan ke atas murid tersebut berdasarkan buku panduan disiplin sekolah yang telah ditetapkan.

36

KEMAHIRAN MENGAJAR DAN PENGURUSAN

37

D)

Kemahiran Mengajar dan Pengurusan Kecemerlangan guru bergantung kepada kemampuan menguruskan bilik darjah.

Antara faktor yang menyumbang kepada isu ini ialah persediaan, merancang, menstruktur pengajaran, penggunaan strategi pengajaran dan hubungan dengan murid.

Pengurusan Bilik Darjah.

Pengalaman pembelajaran seorang murid ialah bagaimana ianya diperkenalkan kepada mereka.

Murid bosan jika terlalu lama proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Mereka memerlukan rangsangan berterusan.

Permulaan dan penutup adalah penting.

38

Aktiviti 4 Perhati 2 orang guru mengajar. Satu subjek major dan satu subjek minor. Perhatikan cara mereka memberi tugasan secara kelas atau kumpulan kecil. Pengajaran yang perlu di lihat : Bil Item 1 2 Umur murid Guru A ( Pendidikan Islam ) 7 tahun Guru B ( Bahasa Arab ) 8 tahun

Bagaimana murid memberi Murid-murid dapat Murid-murid dapat memberikan tumpuan yang memberikan tumpuan tumpuan baik yang baik kerana guru melibatkan penglibatan semua pelajar Bagaimana penglibatan Semua murid terlibat dalam Semua murid terlibat perbincangan. dalam perbincangan. murid dalam perbincangan Guru melibatkan murid- Penglibatan muridmurid dalam sesi soal murid agak kurang jawab secara aktif. Dengan mungkin kerana ini mereka aktif bertanya subjek yang pelbagai soalan dan guru dipelajari kurang ini juga sentiasa menarik minat mereka. mengajukan soalan kepada murid-murid tersebut supaya menjawab. Bagaimana guru memberi Guru ini melakukan Guru memulakan pengajaran dengan pelajaran dengan penekanan dalam pengajaran menggunakan bahan ABM memberitahu muridsupaya murid-murid dapat murid tentang memahami dengan lebih objektif yang akan jelas apa yang ingin dicapai. Fakta-fakta disampaikan. penting dijelaskan dengan contoh yang Apabila guru memberi tepat. penekanan kepada sesuatu perkara, nada suaranya Guru ini memberi turut berubah turun/ naik. latihan dan kerja Sekiranya guru ini tidak rumah kepada muridmengunakan kaedah ini, murid supaya dapat
39

kemungkinan murid sukar untuk membezakan antara perkara yang penting atau tidak penting.

Adakah sesuatu arahan itu jelas. Terangkan

Guru ini dapat memberikan arahan dengan baik melalui pertuturan yang jelas dan tepat. Sewaktu berkomunikasi di dalam kelas, guru ini memastikan sebutan yang digunakan mengikut bahasa melayu baku yang boleh diterima oleh semua murid. Guru ini menekankan konsep kejelasan suaranya ketika mengajar di dalam kelas. Oleh itu suara guru perlulah cukup kuat supaya didengar oleh semua murid.

Bagaimana arahan diberikan kepada murid supaya

menjalankan tugas dengan efektif

Guru ini memberikan arahan dengan tepat dan jelas kepada murid-murid. Guru ini melihat cara murid melakukan tugasan yang diberi supaya muridmurid tidak tersilap melakukan tugasan. Sekiranya terdapat kesilapan dalam melakukan tugasan muridmurid ini ditegur secara baik dan diminta oleh guru supaya dapat memperbaiki
40

disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Apabila guru meberi penekanan kepada sesuatu perkara, nada suaranya turut berubah. Guru ini menggunakan sebutan yang baik dan suara yang lantang. Buktinya, keseluruhan murid dapat mendengar dengan baik dan guru akan menyoal sama ada murid faham atau tidak. Sewaktu berkomunikasi di dalam kelas, guru ini memastikan sebutan yang digunakan mengikut bahasa arab. Guru ini memberikan arahan dengan tepat dan jelas kepada murid-murid supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan efektif. Guru ini melihat cara murid melakukan tugasan yang diberi supaya murid-murid tidak tersilap melakukan tugasan. Sekiranya terdapat

kembali.

Bagaimana mengendalikan

cara

guru masalah

disiplin dan keadaan semasa murid telah siap tugasan / tidak ada tugasan

Guru ini dapat mengelola dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan disiplin bilik darjah terutamanya semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran diadakan. Di awal proses pengajaran dan pembelajaran guru ini telah memperingatkan murid-murid supaya menghantar tugasan yang lepas di akhir waktunya. Perancangan penyampaian pengajaran yang teliti, daya kreatif dan gaya pengajaran guru akan membantu mengawal disiplin kelas.

Bagaimana

guru

menguruskan murid dari satu aktiviti kepada aktiviti lain

Guru ini memberi arahan dengan baik dan bertindak segera untuk menguruskan murid dari satu aktiviti ke
41

kesilapan dalam melakukan tugasan murid-murid ini ditegur secara baik dan diminta oleh guru supaya dapat memperbaiki kembali. Guru ini tegas apabila memberi tugasan kepada murid. Murid-murid yang tidak dapat menyiapkan tugasan yang lepas diarahkan supaya menyatakan sebab kerja tersebut yang tidak dapat disiapkan. Guru tersebut memberi amaran yang tegas kepada murid-murid yang tidak mempunyai alasan yang kukuh dan berharap mereka tidak mengulangi perbuatan tersebut. Perancangan penyampaian pengajaran yang teliti, daya kreatif dan gaya pengajaran guru akan membantu mengawal disiplin kelas. Guru ini memberi arahan dengan baik dan bertindak segera untuk menguruskan

aktiviti yang lain. Guru ini menyedarkan murid-murid apabila guru ingin berubah dari satu tajuk ke tajuk yang lain ataupun daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain.

Bagaimana

guru

menyediakan murid supaya menyiapkan tugasan

Guru ini memberi peringatan kepada muridmurid supaya mereka dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan. Dalam hal ini murid-murid akan mendisiplinkan dirinya menyiapkan tugasan atau kerja yang diberikan dengan mengabaikan kerja-kerja lain.

10

Bagaimana guru menamatkan pengajaran

Guru mengulangi pelajaran yang telah disampaikan bagi memastikan murid ingat pelajaran yang dipelajari. Sebelum guru ini menamatkan pengajarannya, beliau akan membawa aktiviti yang menarik seperti mengulang pelajaran dalam bentuk nyanyian bagi memastikan murid mengingati
42

murid dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain. Guru ini menyedarkan muridmurid apabila guru ingin berubah dari satu tajuk ke tajuk yang lain ataupun daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain. Guru ini memberi peringatan dengan tegas kepada muridmurid supaya mereka dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan. Dalam hal ini muridmurid akan mendisiplinkan dirinya menyiapkan tugasan atau kerja yang diberikan dengan mengabaikan kerja-kerja lain. Guru membuka sesi persoalan kepada murid-murid tentang pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru mengingatkan pelajar dengan tegas supaya dapat menyiapkan kerja rumah yang dibuat pada hari tersebut. Guru memberi

pelajaran.

motivasi dan nasihat kepada murid-murid di akhir waktu pengajaran dan pembelajarannya.

43

KEMAHIRAN MENGAJAR DAN STRATEGI PENGAJARAN

44

E)

Kemahiran Mengajar dan Strategi Pengajaran

Guru mempunyai kemahiran yang pelbagai. Guru yang baik akan membuatkan sesuatu yang susah menjadi mudah Aktiviti 5 Berdasar pemerhatian, jawab soalan-soalan berikut : Kemahiran Profesional dan Kemahiran Mengajar Perbezaan Melalui Pemerhatian Kemahiran Profesional dan Kemahiran Mengajar Bil Item 1 Penggunaan soalan Guru A (Pendidikan Islam) Teknik soal jawab secara lisan. Soalan-soalan yang diberi berdasarkan topik yang lepas. Perkataan dan istilah soalan yang digunakan diajukan dengan lebih mudah difahami oleh murid-murid. Bentuk soalan yang diberikan adalah ringkas, padat dan jelas. Penerangan yang jelas tentang topik yang dipelajari. Penerangan yang dibuat disertakan dengan contoh dan cerita supaya dapat menarik perhatian murid. Penggunaan alatan bantuan mengajar turut digunakan bagi membantu memudahkan sesi
45

Guru B (Bahasa Arab) Di awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru melakukan kemahiran penyoalan yang membantu pelajar mengingatkan kembali ilmu pengetahuan yang lepas. Kemahiran penyoalan yang digunakan dapat mengcungkil fikiran pelajar untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Guru memberi penerangan yang baik kepada muridmurid tentang isi pelajaran dengan menggunakan contoh dan ABM. Guru menerangkan dan membaca isi pelajaran dengan merujuk buku teks. Guru menerangkan topik tersebut berdasarkan pengetahuan murid-murid

Memberi penerangan

pengajaran pembelajaran.

dan

Pergerakan penyampaian dalam pengajaran

Guru membuat latihan praktikal bersama murid. Guru banyak melakukan pergerakan dalam kelas dari hadapan ke belakang semasa menyampaikan supaya dapat memberi keterangan yang jelas kepada pelajar.

Pengunaan alatan

Respons kerja murid

kepada

Guru mengajar muridmurid dengan menggunakan ABM dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya penyampaian pengajaran lebih mudah, tepat, cepat serta menarik . Guru menitik beratkan kerja-kerja murid dan sentiasa memberi respons yang baik dengan member pujian kepada murid yang membuat tugasan dengan baik.

terhadap pelajaran yang lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna. Guru melakukan perubahan pergerakan langkah di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan cara bergerak ke kiri dan ke kanan serta ke hadapan dan ke belakang. Guru juga melakukan pergerakan anggota seperti menggerakan tangan dan kepala dan ianya dapat menarik minat murid-murid. Guru mengajar murid-murid dengan menggunakan ABM dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya penyampaian pengajaran lebih mudah, tepat, cepat serta menarik . Guru amat tegas dalam aspek tugasan atau kerja rumah yang di berikan kepada para murid. Guru akan memastikan semua buku latihan di hantar oleh para murid sebelum menyemak lebaran kerja yang telah di berikan. Pertuturan suara guru amat jelas dan tepat. Guru ini menggunakan suara yang lantang. Pandangannya tertumpu pada satu tempat sahaja dan

Pengunaan suara dan eye contact

Penggunaan suara guru amat jelas dan akan mengulangi setiap yang diperkatakan. Penggunaan eye contact guru sangat baik kerana ia
46

Pergerakan badan

tidak melihat kepada segelintir pelajar sahaja tetapi kepada keseluruhan pelajar. Guru banyak menggunakan pergerakan tangan kerana ia bersesuaian dengan topic yang diajar. Guru sentiasa bergerak melihat dan memantau keadaan murid.

mengambil masa untuk mengalihkan pandangan ke tempat lain. Guru melakukan banyak pergerakan anggota badannya yang melibatkan tangan dan kepala supaya dapat menarik minat dan kecenderungan murid-murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.

47

Aktiviti 6 1) Hasil daripada pemerhatian anda, terangkan dengan ringkas apakah kekuatan dan kelemahan,persamaan dan kelainan yang terdapat dalam dua situasi tersebut. Nyatakan apa yang anda pelajari daripadanya KEKUATAN Guru mempunyai daya kemahiran dan kecekapan mengajar yang tinggi. Guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengunakan alat bantu mengajar yang sesuai dan teknik variasi ransangan untuk meningkatkan minat murid mengikut mata pelajaran. Menghargai dan memuji murid-murid yang berkelakuan baik ataupun menunjukkan prestasi dan pencapaian baik dalam aktiviti pembelajaran. Guru mengamalkan gaya kepimpinan demokratik dan melayan soalan dan idea murid dengan sikap terbuka. Guru mengingati setiap nama murid dalam kelas,mereka sedar bahawa guru benar-benar mengenali mereka masing-masing dan memberi perhatian dengan baik. Mengunakan strategi pemusatan murid dan bahan-bahan semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru bersifat penyayang dan sering tunjuk air muka yang manis demi merapatkan hubungan guru dengan murid. Guru mengajar murid berdasarkan kebolehan mereka khasnya dalam aktiviti kumpulan dan individu.

48

KELEMAHAN 1) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik akan menjadikan muridmurid merasa bosan dan mula membuat bising ,dan seterusnya menimbulkan masalah displin yang mengganggu komunikasi guru dengan murid dalam bilik darjah. *Cara mengatasi: Rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik menggunakan strategi pemusatan murid dan bahan pelajaran untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2) Guru tidak mahir mengunakan alat dan bahan pengajaran dengan baik. Mereka mungkin tahu memilih alat dan bahan bantu yang sesuai dengan pelajaran tetapi mereka tiada kepakaran dalam menghasilkan bahan atau mengolah alat disebabkan kurang pengetahuan atau pendedahan tentangnya. * Cara mengatasi Guru perlu ada pendedahan tentang cara mengunakannya dan membuat persediaan awal sebelum mengajar agar pengurusan masa berjalan dengan baik mengikut apa yang dirancang.

3) Kadang-kadang guru menggunakan nada suara yang membosankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran * Cara mengatasi: Untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan guru harus menggunakan nada bervariasi rangsangan demi menarik perhatian murid untuk mendengar.

4) Guru yang jarang merancang pelajarannya secara sistematik atau tidak Mengikut rancangan pelajaran yang disediakan dan mengajar sesuka hati akan menjadikan muridmurid tidak dapat memahaminya atau menimbulkan kekeliruan kerana pelajaran yang disampaikan secara tidak sistematik.

49

* Cara mengatasinya : Guru perlu merancang dan membuat persediaan mengajar lebih awal dan melaksanakan rancangan pelajaran mengikut sukatan yang diberikan secara sistematik ,menarik dan bermakna.

KELAINAN 1) Penggunaan sumber eletronik sebagai bahan bantu mengajar untuk menyampaikan makna dan konsep dengan lebih jelas lagi disamping merangsang minat murid untuk mengikuti pelajaran.

2) Memasukkan unsur nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan diiringi muzik.

3) Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku diluar bilik darjah sekitar sekolah.

50

KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERALATAN

51

2. Kemudahan Fizikal Dan Peralatan

Buat lawatan di sekolah dan perhatikan apakah kemudahan dan alatan yang disediakan bagi kegunaan guru dan murid yang boleh menyumbang kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Berikan cadangan bagaimana ianya boleh digunakan semaksimanya. Apakah kemudahan dan alatan yang anda rasa perlu ada di sekolah itu tetapi belum diwujudkan. Buat nota ringkas

Bil 1

Kemudahan Fizikal & Peralatan Makmal Teknologi Maklumat dan Komputer (ICT)

Ada / Tiada Ada

Catatan @ Cadangan Memudahkan mendedahkan murid-murid kepada dan murid

menggunakan ICT. Ada Ada Menggalakkan murid membaca Memudahkan pengurusan mengatasi masalah disiplin murid Ada Perlu ditambahbaik bumbung dengan demi

2 3

Pusat Sumber Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Dewan Besar (terbuka)

menambahkan

keselesaan guru dan murid-murid 5 Surau Ada Penting sebagai kemudahan guru dan murid-murid 6 7 Bilik Kemahiran Hidup Makmal Sains Ada Ada Penting untuk melakukan praktikal Penting eksperimen 8 9 Kantin Koperasi Ada Tiada Penting untuk kemudahan murid Perlu pengurusan untuk jual memudahkan beli barangan untuk melaksanakan

sekolah agar lebih sistematik 10 Tandas Ada Penting untuk kemudahan murid dan guru 11 Padang sekolah Tiada Perlu untuk keselesaan murid-murid

52

menjalani pendidikan jasmani dan kesihatan serta sukan sekolah 12 Bilik Gerakan Ada Penting pengurusan 13 Bilik j-QAF Ada Penting untuk kemudahan dan untuk kemudahan

keselesaan murid-murid 14 Bilik Muzik Ada Penting untuk kemudahan muridmurid 15 Bilik Kesihatan Ada Penting untuk menempatkan murid yang sakit diwaktu persekolahan

53

TUGASAN

54

Apakah faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik? Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Menurut Mok Soon Sang (1988), antara peranan guru yang penting ialah:

Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.

Sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan.

Sebagai pengurus bilik darjah seperti menyusun rutin bilik darjah, menentu corak penyusunan meja dan sebagainya.

Sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka.

Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat.

Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar.

Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu, mereka dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya.

J. M Coopes (1988) berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khususnya kemahiran mengajar seperti:
55

Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.

Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang mewujudkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka

Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.

Sekolah sebagai satu institusi masyarakat perlu mementingkan perkembangan dan perubahan tingkahlaku pelajar dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahan yang berorganisasi itu perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik, misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral. Oleh itu guru di sekolah perlu memainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang perkembangan semasa dan kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar serta membawa perubahan semasa. Tetapi persoalannya sekarang, mampukah sekolah menangani masalah sosial yang semakin mencabar ?

Guru merupakan agen pemudah cara kepada pembelajaran murid-murid. Suasana pembelajaran murid amat bergantung kepada persediaan seseorang guru sebelum aktiviti pembelajaran bermula. Penajaran akan member impak positif kepada pemahaman murid-murid terhadap sesuatu topik yang dipelajari. Persediaan awal seseorang guru sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan merupakan kunci keberjayaan ataupun kegagalan proses tersebut.

56

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada pengajaran berkesan adalah perancangan rapi sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menentukan tajuk dan isi pengajaran yang melibatkan pemilihan jenis bahan yang boleh merangsang dan menarik minat murid. Guru perlu mengenalpasti bahan-bahan bantuan pengajaran tersebut sesuai dengan peringkat umur murid, kebolehan dan minat murid, serta bersesuaian dengan jumlah peruntukan masa yang telah ditetapkan.

Pengetahuan terhadap kebolehan sedia ada murid-murid turut menyumbang kepada keberkesanan pengajaran seorang guru. Faktor ini penting agar guru dapat menyediakan bahanbahan pengajaran, merancang proses pengajaran dan melaksanakannya dengan lebih berkesan. Kebiasaannya dalam sesebuah kelas, guru akan berhadapan dengan murid-murid yang pelbagai ragam serta berbeza dari sudut kematangan dan kebolehan. Pengajaran yang berasaskan kemampuan murid akan memberi peluang keseronokan belajar dan lebih bermakna. Seterusnya akan membantu memudahkan pembelajaran dan mampu memahami pelajaran dengan mudah dan berkesan.

Faktor penentuan objektif pengajaran turut mempengaruhi keberkesanan pengajaran seseorang guru. Objektif pengajaran merupakan aspek yang ingin dicapai seseorang guru terhadap sesuatu topik di akhir pembelajaran murid-murid. Guru perlu menerangkan dengan jelas dan tepat apa yang ingin mereka capai hasil daripada pembelajaran tersebut. Objektif-objektif tersebut hendaklah dipilih berdasarkan kemahiran yang hendak dikuasai seterusnya merancang aktivitiaktiviti yang sesuai berdasarkan matlamat yang telah digariskan.

Faktor seterusnya ialah penentuan strategi pengajaran. Ini bertujuan membina dan mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran serta bersedia menerima pelajaran seterusnya. Pemilihan strategi yang sesuai membantu murid melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, guru akan berhadapan dengan murid-murid yang berbeza dari aspek kebolehan, keupayaan dan minat
57

seperti murid-murid yang tidak boleh membaca dengan baik tetapi boleh mengingati pelajaran yang disampaikan dengan kemahiran mendengar yang cukup baik, serta murid yang boleh membaca dengan fasih namun tidak semestinya dapat mengingati pelajaran dengan sempurna. Oleh yang demikian, guru mestilah memilih teknik atau kaedah yang sesuai dengan keupayaan dan kebolehan murid-murid.

Selain itu, kebijaksanaan guru dalam menguruskan masa yang diperuntukkan turut mempengaruhi keberkesanan pengajaran. Ia dilakukan dengan membahagikan masa pada setiap langkan pengajaran. Guru hendaklah memastikan separuh daripada kerja-kerja yang dirancang pada setiap waktu dilakukan oleh murid atau dengan kata lain aktiviti berpusatkan murid agar murid merasai keseronokan belajar. Peruntukan masa bagi sesuatu jangka masa pengajaran meliputi pengenalan tajuk, penerangan guru, aktiviti antara guru dan murid, gerak kerja kelas berbentuk lisan dan tulisan dan diakhiri dengan kesimpulan atau rumusan pengajaran dan pembelajaran.

Antara faktor lain yang dapat membantu keberkesanan pengajaran seseorang guru ialah faktor pemilihan bahan bantu mengajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan bahan bantu mengajar sangat penting dan ia bukan sahaja membantu mempermudahkan proses tersebut berjalan lancar, bahkan sebagai alat rangsangan minda murid-murid yang berkesan. Keberkesanan fungsi alat-alat tersebut bergantung kepada pemilihan bahan yang sesuai dari segi saiznya, tulisan yang jelas, warna, gambar-gambar serta bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang agar pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif.

Persekitaran bilik darjah turut member kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dilihat dari segi keadaan fizikal bilik darjah yang kemas, bersih, dan susunan perabot yang teratur serta kelengkapan bilik darjah. Suasana yang selesa dan menarik amat mempengaruhi proses pembelajaran murid. Penyusunan kedudukan murid juga hendaklah memudahkan komunikasi antara murid dengan guru dan bersesuaian dengan keperluan mereka terutamanya
58

yang mempunyai masalah penglihatan atau pendengaran. Ciri-ciri tersebut akan mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna dan mendorong murid untuk belajar dengan baik.

Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan yang dianggap sebagai satu proses yang membolehkan seseorang manusia yang sanggup berfikiran kritikal dan mempunyai daya kreatif. Latihan pula bertujuan memberi kemahiran-kemahiran teknikal dan kegiatan-kegiatan psikomotor. Oleh itu peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada mausia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahirankemahiran yang difikir sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan-kehidupan seharian.

Sekolah merupakan satu institusi masyarakat yang penting dalam mementingkan perhubungan dan perubahan tingkahlaku pelajar-pelajar mengikut arah dan kehendak masyarakat (Khadijah Haidi, 1994). Justeru itu sekolah perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik. Misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti budi bahasa , sopan santun dan sifat hormat menghormati biasanya dipelajari di sekolah. Tidak ketinggalan juga sekolah mengajar kebudayaan kebangsaan seperti mengetahui tentang bendera negara, lagu kebangsaan dan bahasa kebangsaan. Bahkan guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi menanamkan sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna, mematuhi peraturan masyarakat.

Sekolah merupakan institusi sosial yang melatih generasi muda supaya berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Ini dapat dicapai sekiranya sekolah memberi perhatian yang bersungguhsungguh bagi menangani gejala sosial yang dihadapi oleh masyarakat. Isunya sekarang, mampukan pihak sekolah dan masyarakat berindak seiring dalam menangani masalah sosial di kalangan pelajar? Dalam menangani masalah sosial pelajar ini semua pihak perlu merasa ini adalah tanggunjawab bersama. Pihak sekolah perlu memainkan peranannya manakala masyarakat dan ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada pihak sekolah dalam melaksanakan tugas berat ini. Namun demikian, kebelakangan ini terdapat petanda peranan sekolah dalam menangani masalah akhlak dan moral terlalu lemah . Menurut Dr. Abdul Rahim Abd. Rashid
59

(1997), ini disebabkan oleh kelemahan -kelemahan sekolah seperti hubungan interpersonal yang renggang, guru yang kurang bermotivasi dan berdedikasi, perasaan yang tidak berpuas hati terhadap sekolah, hubungan guru dan murid yang tidak harmoni, kurang keperihatinan yang ditunjukkan oleh guru-guru terhadap masalah murid, tekanan sosial dan emosi yang tinggi yang dihadapi oleh murid di sekolah, kegagalan yang tinggi dihadapi oleh murid-murid disebabkan oleh ketidakcekapan sekolah dalam memenuhi kehendak murid, dan kekerapan berlakunya murid diabaikan di sekolah. Masalah sosial yang membabitkan murid sekolah semakin meningkat dan membimbangkan kerana sekolah yang merupakan institusi sosial semakin renggang hubungannya dengan masyarakat setempat. Banyak masalah murid dan masalah masyarakat dengan sekolah khususnya yang bersabit dengan hal-hal personal murid dan hal pendidikan masyarakat setempat tidak dapat ditangani dengan berkesan oleh pihak sekolah. Menurut S. Subramaniam, Setiausaha Persatuan Perkhidmatan Pendidikan (Jun 1998) pengasingan sekolah daripada masyarakat semakin menjadi-jadi berikutan dengan tindakan yang diambil oleh pihak sekolah menguatkuasakan perintah dan amaran-amaran keras terhadap ibu bapa yang dianggap sebagai penceroboh.

Hubungan yang terlalu formal yang dikuatkuasakan oleh pengetua atau guru besar di setengahsetengah sekolah menjadikan sekolah seolah-olah satu institusi sosial yang rigid. Ini menyebabkan banyak konflik dan masalah yang timbul di antara pihak sekolah, murid, ibu bapa dan masyarakat setempat tidak dapat diselesaikan dengan berkesan. Menurut Khairunnisa Sulaiman (1996) dalam banyak hal, masyarakat setempat tidak diajak bekerjasama dengan pihak sekolah bagi bentuk gejala sosial dan jenayah yang berlaku sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Pihak sekolah ada kalanya bertindak sendirian sesuka hati tanpa melibatkan ibu bapa, khususnya yang menyentuh masalah yang ditimbulkan oleh murid di sekolah mahupun di luar sekolah.

Bagi mengatasi masalah ini, sekolah perlu mempunyai mekanisme pengawalan sosial yang berkesan bagi membolehkan ia mampu mengawal gejala-gejala buruk dan membanteras masalah sosial yang melibatkan pelajar sekolah. Peranan yang dimainkan oleh sekolah sebagai agen pengawalan sosial boleh dilakukan dengan pelbagai cara terutamanya bekerjasama dengan masyarakat setempat. Pihak sekolah dan masyarakat, khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru
60

(PIBG) perlu duduk semeja membincangkan masalah sosial pelajar ini. Pengawalan dan tindakan yang dilakukan oleh sebelah pihak mungkin berjaya tetapi kurang berkesan. Pihak masyarakat juga perlu memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk menangani masalah ini. Setiap tindakan yang wajar seperti merotan atau denda ringan yang lain hendaklah dianggap sebagai hukuman untuk mendidik bukan sebagai dera.Salah faham ini juga menimbulkan konkfik dalam menangani masalah sosial pelajar.

Dari masa ke semasa pelajar-pelajar perlu dilatih supaya lebih bertanggungjawab mematuhi peraturan dan undang-undang mengekalkan keamanan, menghormati orang lain, berperangai mulia dan tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk sebagaigaris panduan amalan dan tindakan. Disiplin adalah asas utama mekanisme pengawalan sosial di sekolah. Disiplin sekolah biasanya diasaskan kepada etika, nilai, akhlak dan standard tingkahlaku yang mulia. Bagi mencorakkan disiplin sekolah yang berkesan, semua guru perlulah menunjukkan komitmen dan diberi tanggungjawab bagi menguatkuasakan disiplin.

Sebagai rumusannya, untuk menjadi guru yang cemerlang hendaklah melalui proses latihan dan menimba pengalaman mengajar sebanyak mungkin. Di samping memperbaiki mutu pengajaran dari masa ke semasa.

61

LAMPIRAN

62

papan tanda pada pagar pintu masuk sekolah kebangsaan Kerupang, W.P. Labuan.

Peta kedudukan Sekolah Kebangsaan Kerupang W.P. Labuan

63

Antara bangunan kelas Sekolah Kebangsaan Kerupang, W.P. Labuan

Bangunan kelas (tingkat atas) dan bilik j-QAF (tingkat bawah)

64

Ruang belajar pemulihan jawi bilik j-QAF SK. Kerupang, W.P. Labuan

Ruang membaca Al-Quran bilik j-QAF SK. Kerupang, W.P. Labuan


65

Anda mungkin juga menyukai