Anda di halaman 1dari 21

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek

Kuala Terengganu terletak di Jalan Budiman, kira-kira dua kilometer


dari Bandar Kuala Terengganu. Pengamblan pelajar-pelajar sulungnya
bermula pada 2 Januari 1984. Seramai 84 orang pelajar telah dipilih
dan ditempatkan untuk sementara di Sekolah Menengah Seri Budiman,
Kuala Terengganu. Sekolah ini pada awalnya diberi nama Sekolah
Menengah Agama Seri Budiman. Tanggal Februari 1986, bangunan
sekolah ini telah siap dibina dan semua kakitangan dan pelajar-
pelajarnya mula berpindah ke bangunan tetapnya yang ada sekarang.

Nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman merupakan satu


nama yang sangat lazim dan menjadi kekeliruan disebabkan terdapat
tiga buah sekolah yang berdekatan juga diberi nama Seri Budiman
maka Jabatan Pendidikan Terengganu meminta dicarikan satu sama
lain yang lebih sesuai. Akhirnya, Pengetua Tuan Haji Ibrahim bin
Mat@Muhd bersama dengan seorang tokoh sejarah Negeri Terengganu
Dato’ Setia Jasa (Allayarham Dato’ Haji Mohd. Salleh bin Haji
Awang) telah mencadangkan nama seorang tokoh ulama’ Terengganu
iaitu Sheikh Abdul Malek bin Abdullah yang terkenal dengan gelaran
“Tok Ku Pulau Manis” untuk diabadikan namanya bagi sekolah ini.
Cadangan ini diterima dan bermula bulan Ogos 1987 sekolah ini
dengan rasminya dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Sheikh Abdul Malek..

Sekolah ini adalah sekolah campuran lelaki dan perempuan.


Pelajar-pelajarnya dating dari serata daerah Negeri Terengganu dan
luar Terengganu termasuk dari Sabah. Untuk menampung pelajar-
pelajar dari luar, dua blok bangunan asrama telah didirikan. Satu blok
untuk asrama leleaki dan satu blok untuk asrama perempuan. Setiap
blok boleh menampung seramai 200 orang pelajar.

Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pendidikan


Malaysia Dato’ Amar Dr. Hj. Sulaiman bin Hj. Daud pada 19hb. April
1992.
Sepanjang penubuhan sehingga tahun 2009, SMKA Sheikh Abdul
Malek telah ditakbir oleh enam orang pengetua iaitu;

Tuan Haji Ibrahim bin Mat@Muhd (1986-1992)


Tuan Haji Razak Draman (1993-2000)
Tuan Haji Rohmat bin Jusoh (2000-2003)
Puan Hajjah Napisah binti Dato’ Muhd Said (2004-)
YM. Che Ku Razak bin Che Ku Mohd (-2008)
Tuan Haji Megat Abu Bakar bin Megat Hussin (2008-sekarang)
Falsafah Pendidikan SMKA Sheikh Abdul Malek

Menperkembangkan potensi pelajar


secara menyeluruh dan bersepadu
melalui pendidikan yang sempurna
berteraskan panduan:
Al-Quran dan As-sunnah ,
Ilmu yang bermanafaat
Serta gabungan antara teori dan amali
Lagi melahirkan insane yang seimbang
Dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
Usaha ini akan melahirkan
pelajar berilmu pengetahuan,
beriman, beramal soleh, berakhlak mulia,
gigih, kreatif, inovatif dan
bertanggungjawab untuk ketinggian dan kemuliaan,
kejayaan dan kemakmuran bangsa dan
Negara
Kearah mencari kabaikan
didunia dan akhirat.
BAHAWA SESUNGGUHNYA
WAWASAN SMKA SHEIKH ABDUL MALEK
IALAH
UNTUK MENUJU KEARAH
KESEMPURNAANPENDIDIKAN
DENGAN BERORIENTASIKAN IDEALISME
KAJAYAAN MELALUI FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
BAHAWA SESUNGGUHNYA
MISI SMKA SHEIKH ABDUL MALEK
ADALAH
UNTUK MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN
KEMAHIRAN BAGI MENYEMPURNAKAN
PROSES PENDIDIKAN UNTUK MELAHIRKAN
INSAN YANG SEIMBANG, BERKETERAMPILAN,
BERILMU, BERIMAN, BERAMAL SOLEH DAN
BERAKHLAK MULIA.
Membentuk dan memperkembangkan potensi pelajar
secara menyeluruh dan bersepadu supaya menjadi insan Muslim yang
berilmu, beramal solah dan berkeperibadian mulia.

Membentuk dan melahirkan generasi pelajar yang benar-


benar seimbang dalam pemikiran, rohani, jasmani, dan emosi.
Angkatan pelajar yang berilmu pengetahuan, berfikiran kreatif dan
rasional, aktif, positif dan matang dalam segala tindak tanduk
berpandukan ajaran Islam yang maha suci.

Membentuk angkatan pelajar yang boleh membaca Al-


Quran, memahami kandungan Al-Quran, menhafaz Al-Quran,
magamali dan menhayati ajaran Al-Quran.

Membentuk angkatan pelajar yang mempunyai


keperibadian yang unggul, beradab dan berakhlak serta bersopan santun
dalam pergaulan dan perhubungan dengan orang lain. Angkatan pelajar
yang tahu menghayati, meghormati dam mentaati ibu bapa, guru-guru
dan menghormati orang yang lebih tua dan bersimpati kepada yang
lebih muda.

Membentuk angkatan pelajar yang berperanan sebagai


pendakwah yang sentiasa menyeru kepada kebaikan dan mencegah
serta benci kepada kemungkaran. Angkatan pelajar yang sanggup dan
bersedia menghadapi cabaran-cabaran zaman dengan penuh hikmah
serta bertanggungjawab.
Membentuk angkatan pelajar yang cemerlang pemikiran
dan ilmunya, menitikberatkan segala aspek ilmu pengetahuan,
mempunyai perasaan ukhuwwah dan muhibbah antara satu dengan lain
serta mampu memberi sumbangan dan berjihad unuk agama Islam,
masyarakat dan negara dengan penuh dedikasi.
Melahirkan angkatan pelajar yang betul-betul prihatin
terhadap persoalan masyarakat, negara dan ummah yang berjiwa besar
dan mempunyai sikap berlapang dada, sanggup memberi pandangan
dan bersedia pula menerima pandangan, tidak angkuh dengan
pandangan dan pendapat sendiri, malah sentiasa mencari kebenaran
walau dari mana pun ia datang.

Melahirkan angkatan puteri Islam yang mempunyai


keperibadian yang mulia dan unggul. Puteri-puteri Islam yang mampu
menjadi isteri yang solehah, ibu yang penyayang dan pendakwah yang
gigih.

Mengmbangkan bahasa Al-Quran di kalangan pelajar dan


meningkatkan prestasi pencapaiannya dalam pelajaran dan penguasaan
dalam kahidupan seharian pelajar –pelajar.
KAMI AKAN MEMBERI PERKIDMATAN
YANG SEBAIK MUNGKIN,
MENDIDIK MURID-MURID SEKOLAH INI
SEBAGAIMANA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT
DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
DAN FALSAFAH SEKOLAH

KAMI JUGA SENTIASA:


SENSITIF KEPADA PERASAAN ANDA
HORMAT KEPADA PENDAPAT DAN PANDANGAN ANDA
AMANAH DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB
MEMAHAMI DAM MEMBANTU MENYELESAIKAN
MASALAH ANDA
SEIA SEKATA DALAM SEGALA MUNGKIN.
TERSERGAM INDAH METROPOLITAN ILMU
DIKELILINGI FLORA NAN MENGHIJAU
MENJADI KEBANGGAAN NEGARI TERNGGNAU
LAMBANG KEUTUHAN ISLAM

ENGKAULAH SHAMS YANG KAMI CINTAI


DI SINILAH PERJUANGAN KAMI
TEMPAT KAMI MENABUR JASA DAN BAKTI
SEMOGA KAU KAN KEKAL ABADI

HIDUP BERDISIPLIN MENJADI AMALAN


TAMPILKAN IMEJ SERTA PERSEPSI DIRI
BERTERASKAN IQRA’, USJUD, IQTARIB
LAMBANG PEGANGAN MADRASAH INI

DIRIMU TIDAK AKAN LENYAP DI JIWA


SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN
KAMI TAKKAN BERPUTIH MATA
SHAMS TAKKAN LUPUT DI INGATAN
Sekolah ini terletak di atas tapak seluas 20.204 ekar. Setakat ini
Sekolah Menengah Kebangsaan Sheikh Abdul Malek mempunyai
bilangan bilik yang mencukupi. Sekolah ini mengadakan satu siding
pengajian dari awal penubuhannya lagi.

Pada peringkat permulaan, sekolah ini hanya mempunyai empat


blok bangunan dan dua tingkat yang mengandungi 24 buah bilik darjah,
satu blok kantin dan sebuah bengkel. Bagaimanapun kini jumlah
bangunn kekal bertambah seperti berikut:

5 blok bangunan 2 tingkat


1 blok bangunan 4 tingkat
2 blok bangunan 3 tingkat
2 blok bangunan 1 tingkat
1 buah kantin sekolah
2 blok bangunan 3 tingkat
( asrama )
1 buah kantin asrama
1 blok Dewan Besar
12 unit rumah guru
1 buah surau
44 buah bilik darjah
6 buah makmal sains
1 bangunan bengkel Kemahiran Hidup
- bilik enjin
- bilik elektronik/elektrik/latihan teknik
- bilik kerja kayu/logam/kerja paip

2 buah bilik ekonomi rumahtangga


1 buah perpustakaan
1 buah bilik sumber
1 setor pertanian
1 buah makmal bahasa
1bilik buku teks
1 bilik pengawas
6 buah bilik guru
1 buah pejabat
1 padang permainan
2 gelanggang takraw
1 gelaggang serbaguna
1 setor sukan
1 bilik Kelab Komputer
1 bilik kaunseling
1 kedai koperasi
1 bilik PBSM (rawatan)
1 bilik rekacipta
2 buah pondok jaga
2 bilik mesyuarat/bilik gerakan
1 bilik ketua bidang
3 blok garaj kereta
2 makmal komputer Bestari
1 bilik media Bestari
Bagi memastikan kecemerlangan itu dapat dicapai maka
pengembelingan tenaga kerja dengan didiringi budaya kerja
cemerlangan dan perancangan program yang teratur dan bermatlamat
perlulah diberikan perhatian. Kecemerlangan yang dicapai oleh sekolah
ini adalah gabungan ketiga-tiga faktor diatas. Disamping itu program-
program yang dirancangkan secara menyeluruh. Ia meliputi program
peningkatan disiplin, peningkatan kecemerlangan dalam akademik,
program kebersihan alam sekitar atau keceriaan sekolah, program
perkembangan staf, program pengurusan dan kepimpinan, program
peningkatan kerohanian dan lain-lain.

Berikut adalah antara program-program yang dijalankan di


sekolah ini ke arah merealisasikan wawasan pendidikan yang
membawa kepada kecemerlangan sekolah.

Bagi memastikan tahap disiplin pelajar sekolah ini sentiasa dalam


keadaan baik dab terkawal, maka ia diuruskan mengikut program
peningkatan disiplin yang dirancang seperti berikut :
Pembentukan Jawatankuasa-jawatankuasa
- Jawatankuasa Pengurusan Sekolah
- Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
- Jawatankuasa Disiplin
- Jawatankuasa Pengawas Sekolah dan Asrama
- Sistem Merit/Demerit dan Dendaan
- Buku Kawalan Kelas
- Borang Salahlaku
- Borang Peribadi Salahlaku Pelajar
- Program Kasih Mesra
- Kursus Kesedaran dan Peningkatan Kendiri
- Perkhemahan dan ceramah motivasi
- Program Sahsiah Mingguan
- Program Asrama Cemerlang

Sejak tahun 1990 pelbagai usaha telah dijalankan untuk projek


keceriaan dan alam sekitar. Projek tiga tahun yang dirancang telah
membuahkan hasil yang amat membanggakan. Pada tahun 1992
sekolah telah berjaya menyandang Johan Keceriaan Sekolahperingkat
Negeri Terenggnau dan tahun 1993 sekolah ini telah berjaya
menyandang Johan Keceriaan peringkat Kebangsaan kategori sekolah
Bandar. Kejayaan ini dicapai hasil kesepaduan dan semagat kekitaan
yang tinggi di kalangan warga SHAMS. Untuk tahun 1994 hingga
2001, walaupun sekolah tidak menyandang apa-apa gelaran, ini tidak
bermakna sekolah mengabaikan program keceriaan.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program keceriaan ialah :


 Pembahagian dan penjagaan tanaman mengikut
kumpulan dan tingkatan.
 Penyelarasan pegurusan kecerian dalam bilik darjah
supaya wujud keseragaman dari segi tempat letak
maklumat dan penjadualan tugas pelajar
 Menggalakan para pelajar mengemaskini dan
mencantikan kelas masing-masing supaya wujud
keharmonian dan kedamaian semasa prosespengajaran
dan pembelajaran.
 Mendapatkan kerjasama daripada jabatan-jabatan
berkaitan, pihak swasta, orang perseorangan dalam
membaikpulih dan mewujudkan lanskap yang cukup
menarik untuk megindah dan menghijaukan kawasan
sekolah.
 Membina pondok bacaan “ Dataran Ilmu SHAMS”.
 Menambahkan lukisan dinding sekolah denganpilihan
ayat-ayat yang memberi rangsangan, kata-kata semagat
yang bukan sekadar bermatlamat meningkatkan
kesedaran dan motivasi malahan untuk keharmonian
persekitaran.

Progaram Galakan Membaca


Usaha kearah membudayakan penggunaan perpustakaan di kalangan
pelajar bermula sejak tahun 1989 lagi. Ini bertujuan untuk
mereleasasikan moto sekolah ‘Iqra’, Usjud, Iqtarib’.dalam ledakan era
teknologi maklumat dan terpilihnya sekolah ini dikalangan 90 buah
sekoalh dalam Projek Rintis Sekolah Bestari, maka sistem pinjaman
dan pengkatalogan adalah mengikut sistem terkini dan canggih. Pihak
pegurusan perpustakan telah melaksanakan beberapa program khusus,
antaranya :
- mengadakan berita bergerak dengan melekatkan berita,
rencana daripada akhbar dan majalah di tempat-tempat
strategik.
- Mengadakan sudut kamus (Corridor Dictionary Corner)
dalam tiga bahasa – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
dan Bahasa Arab.
- Meyediakan sudut khas bagi ‘ Progaram Lahap Baca’.
- Kursus cara belajar yang meliputi bagaimana
menggunakan perpustakaan secara berkesan.
- Melaksanakan kempen membaca peringkat sekolah dan
daerah.
- Mengadakan ‘English Reading Campaign’.
- Mengeluarkan buletin bulanan SHAMS LIB.

Program Pengurusan dan Kepimpinan


- Kursus pengurusan dan pelaksanaan Sekolah Bestari
untuk mendedahkan guru-guru tentang konsep Sekolah
Bestari
- Kursus Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kristis (KBKK),
Pembelajaran Masteri dan Kajian Masa Depan (KMD)
kepada guru.
- Kursus kemahiran belajar bertujuan bagi semua guru
Tingkatan Empat dan Lima bertujuan agar guru dapat
menjadi fasililator kepada pelajar-pelajar di kelas
semasa proses pengajaran dan pembelajaran atau kursus-
kursus yang diadakan di peringkat dalaman.
- Kursus Kemahiran Belajar Program Khas untuk pelajar-
pelajar Tingkatan Empat dan Lima.
- Kursus Bina Negara meliputi guru-guru dan peljar-
pelajar.
- Kursus Penyungguhan Kendiri untuk meningkatkan
daya juang dan kesungguhan bekerja dan belajar.
- Nedwah kepimpinan dan motivasi kerjaya.

Program Kurikulum
- Penerbitan bulletin dalam bahasa Melayu, Inggeris dan
Arab bertujusn untuk menambah kemahiran dan
penguasaan bahsa-bahsa tersebut.
- Kelas Khas Kemahiran Al-Quran.
- Kelas Intensif Bahasa Arab untuk pelajar Tingkatan Satu
yang lewat mandafatar.
- Program Pengkayaan- dikhususkan kepada peljar-pelajar
yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM, dan
STPM. Program ini bertujuan agar pelajar-pelajar dapat
mengusai pelbagai bentuk dan teknik menjawab soalan.
- Program Pengukuhan – ia dilaksanakan pada sebaleh
petang atau malam khususnya pada masa cuti
persekolahan. Ia bertujuan untuk menignkatkan kualiti
pencapaian dalam setiap mata pelajaran yang diambil.
- Program pertukaran kelas – ia bertujuan untuk
menimbulkan minat belajar yang berterusan sepanjang
pengajian di sekolah ini.
- Tugasan Cuti Terancang pada setiap kali cuti
persekolahan.
- Klinik Mata Pelajaran.

Bimbingan dan Kaunseling


- Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar Tingakatan
Tiga dan Lima.
- Program Kerjaya – melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan
4.
- Program Ke IPT - -peluang ke Institut Pengajian Tinggi
- Program ‘Ndak Seribu Daya Pelajar High Risk’ –
malibatkan pelajar-pelajar Tingkatan Lima yang lemah
prestasi akademik mereka.
- Kaunseling Individu
- Kaunseling Kelompok.
- Kursus/Latihan Pembimbing Rakan Sebaya
- Ceramah teknik belajar.
- Ujian psikologi
- Madul Kepimpinan Pelajar ( Tingkatan 1 hingga 5).
- Program Reorientasi / Pemurnian Tingkatan 4
- Ikrar gemilang Pelajar PMR, SPM dan STPM
- Program Penintisan Ilmu
- Solat Hajat
- Prijek anak angkat – Pihak pengurusan dan kaunselor
mengambil beberapa pelajar yang lemah prestasi
akademik sabagai anak angkat.

Penerapan Nilai-Nilai Murni


- Qiamullalail
- Tadarus Al-Quran
- 5 minit bersama Al-Quran ( 5 tahun sekali khatam Al-
Quran)
- Solat Zohor berjemaah
- Usrah Badan Pengawas dan Pelajar
Program Kokurikulum

- Projek 5 tahun - pelajar-pelajar dikenalpasti sejak


Tingkatan Satu untuk menjadi kumpulan pelajar contoh.
- Program aku juara – melalui program ini pelajar-pelajar
diberi latihat untuk menyediakan diri mereka ke
pertandingan seperti syarahan, kuiz, pidato, hafazan, dan
sebagainya.

Program Pembagunan PIBG


Peranan dan sumbangan yang diberikan oleh Persatuan Ibu bapa dan
Guru ( PIBG ) sekolah ini sungguh bermakna. Sumbangan yang
diberikan bukan sahaja dalam bentuk material bahkan juga tenaga dan
idea. Antara peranan dan sumbangan yang dihulurkan adalan seperti
berikut :
- Penghargaan terhadap guru pada setiap kali Perayaan
Hari Guru.
- Imbuhan kepda guru-guru yang mengadakan kelas-kelas
tambahan pada masa luar waktu persekolahan.
- Sumbangan kewangan dan tenaga kerja dalam
pembinaan masjid dan pagar sekolah..
- Bantuan kewangan dan tenaga kerja dalam pembinaan
‘Dataran Ilmu SHAMS’.
- Program bersama tokoh professional- di mana pelajar-
pelajar berpeluang mendengar ceramah dan berinteraksi
dengan tokoh-tokoh yang diundang seperti penguam,
doktor, jurutera, ulama dan ahli korporat.
- Seminar PIBG peringkat sekolah – ianya khusus
melibatkan ibu bapa pelajar. Dalam program ini PIBG
menjemput beberapa tokoh yang difikirkan sesuai.
Tujuan diadakanprogram ini ialah supaya dapat
merapatkan hubungan abtara ibu bapa dalam manangani
masalah social dan perkembangan pendidikan masa kini.
- Seminar PIBG peringkar daerah – dengan menjamput
Pengerusi PIBG Malaysia.

Tanggal September 2004 telah membuktikan betapa SHAMS


merupakan antara SMKA terbaik di Malaysia. SHAMS telah berjaya
membawa pulang lima anugerah dari Miri, Sarawak. Antara anugerah
yang berjaya di rangkul termasuklah pertama dalam anugerah
akademik, kedua bagi anugerah pengurusan dan pentadbiran, ketiga
bagi anugerah iklim sekolah serta anugerah SMKA terbaik bagi
peperiksaan PMR dan SPM bagi zon semenanjung Malaysia.

Hadiri di SMKA Miri juga menjadi saksi kegemilangan SHAMS


yang tidak hanya indah khabar dari rupa. Walaubagaimana pun
kita terpaksa akur kekurangan kita dalam cidang sasiah sehinga
tidak membolahkan kita merangkul sebarang anugerah dalam
bidang sahsiah. Kita harus bangkit dan membuktikan bahawa
SHAMS juga cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang
sahsiah, insyaallah.

Anda mungkin juga menyukai