Anda di halaman 1dari 12

SALAM/MAAF Cikgu Mohamad/ Sekadar 1 cadangan ana

1. KEPALA SURAT SRIAS AS


2. TT OLEH GURU BESAR ( lebih tersentuh dan amalan biasa juga yg di buat oleh sekolah
gomen )
3. Lampirkan BERSAMA gambar-gmbar
a. Bamgunan sedia ada
b. peringkat pembinaan awal
c. peringkat pembinan sekarang

DRAF SURAT

PETIKAN HADIS/ Quran berkaitan dengan infak

MEMOHON SUMBANGAN BAHAN BINAAN UNTUK BANGUNAN SEK. REN.


ISLAM ALOR SETAR DAN SEK MEN. SAINS TAHFIZ ALOR SETAR

Allhamdulillah dengan izinNya serta dokongan semua pihak khususnya para ibu-
bapa , dalam tempoh 20 tahun sekolah ini semakin kukuh melaksanakan amanah .

2.Pihak sekolah turut berkongsi kegembiraan bersama ibubapa dengan


pelbagai kejayaan anak –anak dalam pembinaan akhlak , amalan serta
kecemerlangan akademik saban tahun.

d. Untuk keperluan fizikal dalam tempoh tersebut pihak sekolah bersyukur


dan berterima kasih di atas infak pelbagai pihak , khususnya para waris.
Allah SWT jua yang akan mengganjari sumbangan dan pengorbabanan
tersebut.

e. Sehingga kini 3 blok bangunan hanya boleh menampung secara padat


600 pelajar sahaja. Seperti keadaan di tapak -untuk perkembangan yang
berikut dan keselesaan pelajar serta sumbangan awal tuan/puan
membolehkan pembinaan blok baru 4 tingkat dapat di mulakan .
Cadangan ruang adalah :

► Ruang kelas ► Makmal Al –Quran


► Makmal Sains ► Makmal Komputer
► Ruang Pemulihan ► Ruang Kaunseling
► Ruang Guru ► Ruang Pejabat
Bangunan yang sama juga akan turut di gunakan di peringkat awal untuk Sekolah
Menengah Sains Tahfiz

f. Berhubung dengan perkara di atas untuk memastikan kelancaran pembinaan


,dengan TARGET PENYIAPAN pada akhir tahun ini , kami dengan rendah
diri dan berbesar hati melanjutkan rayuan dan memohon sumbangan dari tuan
puan, ibu bapa, waris , keluarga dan para dermawan serta semua pencinta
Islam

g. Untuk tujuan tersebut pada siri rayuan kali ini dan kesekian kalinya –pihak
sekolah memohon SUMBANGAN BAHAN BINAAN dalam bentuk nilai
wang yang bersamaan dengannya. Bersama ini di lampirkan borang
sumbangan dan senarai bahan binaan yang tersebut.

Akhir kalam. Di atas sokongan , pengorbanan dan infak tuan-puan di sampaikan


penghargaan dan serima kasih – di yakini Allah menerima sumbangan tuan-puan sebagai
JARIAH DAN AMALAN SOLEH

Sekian , terima kasih


Saya yang menerima amanah,.

Ustaz Mohd Asri Haji Zakaria


Guru Besar
BORANG ILTIZAM/ KOMITMEN SUMBANGAN BAHAN PEMBINAAN
SEKOLAH XXXXXXX

Nama

Alamat Pos

Alamat Kediaman

Alamat Tempak kerja

Telefon tangan Talian tetap Fax E mail

Ya Allah ini lah sumbangan / infak saya sebagai ikhitar untuk menepati janjiMu “

( maksud hadia/ Quran )

Untuk diri saya atau ( arwah )

Nilai sumbangan saya adalah sebanyak :

RM

Untuk bahan binaan :

Bahan Anggaran Kuantiti RM

( Rujuk lampiran : Senarai Bahan Binaan dan Harga )

Jika berlaku lebihan kuantit bahan binaan tersebut i saya bersetuju untuk pihak
pemegang amanah membeli bahan binaan lain untuk pembinaan sekolah tersebut.

Saya bercadang menyumbang dengan cara :

a. Menyerahkan sendiri kepada guru/ pejabat sekolah


b. ;Bank-In; terus ke akaunpembinaan
( Nama akau xxxxxxdan noxxxxx akaun
PENTING: TELEFON MAKLUMKAN KEMASUKAN ATAU SMS KE
019XXXXXXX
c. Memanggil wakil sekolah

PROFIL
SEKOLAH RENDAH ISLAM ALOR SETAR ( SERIAS)

1. MUQADDIMAH

Segala puji dan syukur hanya milik Allah SWT . Selawat dan salam ke atas Junjungan
Besar Nabi Muhammad SAW dan sekelian sahabat baginda serta seluruh para pengikut
ajaran suci bawaan baginda.

Sekolah Rendah Islam Alor Setar ( SRIAS) diasakan pada tahun 1989 sebagai
kesinambungan kepada pendidikan asas atau prasekolah. Sekolah ini menawarkan
Pendidikan Islam diperingkat rendah bagi pelajar yang berumur 7 tahun hingga 12 tahun.

Sekolah ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengelola Sekolah yang terdiri dari 13 orang
ahli.Pengurusan sekolah ditadbir oleh seorang Guru Besar merangkap Setiausaha
Lembaga dan dibantu oleh 3 orang Guru Penolong Kanan.

Sekolah ini dibina hasil sumbangan orang ramai dan jualan wakaf kaki persegi untuk
tapak dan bangunan.

2. NAMA SEKOLAH
Sekolah Rendah Islam Alor Setar ( SRIAS)

3. ALAMAT

Km. 5, Jalan Datuk Kumbar, 05300 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

4. NO TELEFON & FAX

Tel : 04 – 7339069 Fax : 04- 7358146

5. NAMA GURU BESAR

Ustaz Mohd Asri bin Zakaria

6. PENDAFTARAN SEKOLAH

No.Pendaftaran : Kementerian Pelajaran Malaysia – K 03C002


No. Pendaftaran : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah – 1 / 2004

7. STATUS SEKOLAH

Sekolah Rendah Agama Swasta

8. VISI SEKOLAH
Institusi Pendidikan yang unik, cemerlang dan terbilang.

9. MISI SEKOLAH

- Menyediakan pendidikan yang bersepadu ( Agama / Akademik )di peringkat


rendah.
- Melaksanakan tarbiyah yang lengkap dan seimbang diantara pendidikan jasmani,
emosi aqli dan rohani kearah pembinaan generasi yang bertaqwa, berketrampilan ,
relevan dan komited.
- Melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek , rohani dan
jasmani sepertimana yang dianjurkan oleh Islam.
- Melahirkan masyarakat sekolah yang penyayang , berfikiran positif , kreatif,
inovatif sesuai dengan nilai agama.
- Melahirkan peringkat pelajar yang bakal menuju kealam mukallaf dengan
iman,ilmu akhlak dan membentuk peribadi muslim sejati serta mampu
menghadapi kehidupan yang lebih mencabar.

10. MOTTO SEKOLAH

PEMBENTUKAN INSAN SOLEH

11. FALSAFAH SEKOLAH

Pendidikan adalah satu usaha yang berterusan kearah memperkembangkan individu


secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang
dari segi intelek , rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Allah untuk
melahirkan insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia, berketrampilan,
bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah yang boleh memberi sumbangan
terhadap ummah.

12. KURIKULUM

Menyediakan pendidikan berasakan kurikulum bersepadu ( Agama & Akademik )


Kurikulum pendidikan sekolah ini adalah gabungan kurikulum Kementerian Pelajaran
Malaysia, kurikulum sekolah Rendah Agama Yayasan Takmir Pendidikan dan kurikulum
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah. Gabung jalin ini diadun menurut falsafah
pendidikan Islam yang didasarkan kepada Al-Quran dan As- Sunnah.

13. KOMPONEN MATA PELAJARAN


i) AGAMA
- Al-Quran / Tajwid / Tahfiz
- Hadis
- Tafsir
- Pendidikan Teras Islam ( Fekah, Akhlak, Tauhid, Sirah )
- Bahasa Arab
- Jawi

ii) AKADEMIK
- Bahasa Malaysia
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Kajian Tempatan
- Pendidikan Seni / Khat
- Pendidikan Jasmani
- Komputer ( ICT )

14. KEMUDAHAN ASAS

- Perpustakaan
- Makmal ICT ( Komputer )
- Surau
- Kantin

15. SUMBER KEWANGAN SEKOLAH

Sumber kewangan hanya bergantung kepada yuran pelajar dan sumbangan masyarakat.

16. PEPERIKSAAN

- Ujian Bulanan Peringkat Sekolah


- Peperiksaan Penggal I & II Peringkat Sekolah.
- Peperiksaan Pentaksiran & Percubaan UPSR Peringkat PPD.
- Pepriksaan UPSR anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia
- Peperiksaan Sijil Penilaian Rendah Agama ( SPRA) anjuran Yayasan Takmir
Pendidikan ABIM.
- Peperiksaan Sijil Rendah Agama ( SRA) anjuran Majlis Guru Besar Sekolah
Rendah Agama Negeri Kedah dan JHEAIK.

17. WAKTU PERSEKOLAH

Waktu persekolahan adalah satu sesi bermula pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Hari
persekolahan adalah dari Ahad hingga Khamis.

Bagi Pelajar Tahap II (tahun 4,5 dan 6) sesi pagi bermula dengan bacaan Surah-surah
pilihan seperti Yaasin, Al - Waqiah , As - Sajadah, Al - Insan, Al - Mulk, bacaan
Hizib Bahar, Zikir Al mathurat dan diakhihiri dengan Asma Ul Husna.

KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH

i) PERSATUAN & KELAB

- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Sains & Matematik
- Al - Quran & Tajwid
- Pendidikan Teras Islam
- Seni & Khat

ii) PASUKAN BERUNIFROM

- Pasukan Briged Bakti


- Pengakap
- Persatuan Bulan Sabit Merah
- Persatuan Seni silat Gayung

iii) SUKAN & PERMAINAN

- Bola Sepak
- Bola Jaring
- Sepak Takraw
- Bola Tampar
- Ping Pong
- Olahraga
- Catur

iv) SAMBUTAN & PERAYAAN

- Munajat Asyura -
- Merentas Desa -
- Majlis Khatam Al – Quran - Hari Temu Mesra Waris
- Majlis Berkhatan - Qiyamullail Mingguan
- Program Korban Idul Adha - Marhaban Ya Ramadhan
- Hari Keluarga - Sambutan Idul Fitri
- Sambutan Nuzul Al – Quran - Munajat 1 ,2 dan 3
- Intifal Kebangsaan - Sambutan Maulidur Rasul
- Hari Ko Kurikulum - Perkampungan Terakhir di
- Sambutan Kemerdekaan Sekolahku
- Doa / Hizib Bahar / Zikir Harian - Inilah Anakku
- Putriku telah Remaja

PENCAPAIAN KURIKULUM

- Antara sekolah terbaik di Daerah Kota Setar bagi UPSR 2007 – Kelulusan 100 %
sebanyak 40% daripada 94 pelajar mendapat 5A.
- Menduduki tempat perama dalam pencapaian UPSR 2007 bagi sekolah -sekolah
Agama Negeri Kedah dan Peringkat Yayasan Takmir Pendidikan Kebangsaan .
- Menduduki Yayasan Takmir Pendidikan Kebangsaan 2007 seramai 26% daripada
103 pelajar mendapat mumtaz.

PENCAPAIAN KO-KURIKULUM

- Mewakili Daerah Kota Setar Pertandingan Catur Peringkat MSSK 2008


- Tempat ke 2, 3 dan 4 Pertandingan Catur MSSD.
- Mewakili Daerah Kota Setar bagi acara Olahraga Peringkat Negeri 2008
- Mewakili PKG Langgar Pertandingan Bola Sepak Peringkat Daerah 2008
- Johan Keseluruhan Sukan Olahraga peringkat Sekolah-Sekolah Agama Peringkat
Negeri Kedah 2008
- Joham Majlis Fannul Atfal Peringkat Negeri Kedah 2008
- Johan Nasyid Peringkat Zon Utara anjuran Bintang Nasyid Mukmin 2008
- Tempat Ketiga Pertandingan Nasyid Peringkat Akhir Marhaban di Astro 2008
- Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Islam Negeri Kedah
2009
- Johan Keseluruhan Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Rendah Islam - YTP
Peringkat Kebangsaan Tahun 2009
- Johan Keseluruhan Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Islam Peringkat Negeri
Kedah 2009.
- Johan Keseluruhan Majlis Fannul Atfal Sekolah-Sekolah Rendah Islam JHEAIK
Peringkat Negeri Kedah Tahun 2009

KHATIMAH
Semoga institusi pendidikan ini terus unggul dalam memberikan pendidikan
seimbang antara duniawi dan ukhrawi dan khidmat yang terbaik kepada masyarakat ,
agama, ummah dan negara.

Perancangan Pembinaan Bangunan


Sekolah Menengah Tahfiz Al - Quran / Sains

1. Pendahuluan

Sebagai kelangsungan kepada pendidikan Sekolah Rendah Islam maka perlu


ditubuhkan sekolah menengah yang berorientasikan pendidikan bersepadu di antara
duniawi dan ukhrawi . Justeru itu, pihak Lembaga Pengelola Sekolah mencadangkan
supaya ditubuhkan Sekolah Menengah Tahfiz Al –Quran dan Sains pada 2012
memandangkan Sekolah Menengah Tahfiz Sains belum wujud di Negeri kedah ini.
Pelajar-pelajar lepasan sekolah ini sebelum ini telah menyambung pelajaran mereka di
sekolah menengah kerajaan, MaktabMahmud dan sekolah Agama Rakyat. Keadaan ini
menyebabkan pendidikan yang mereka terima di peringkat sekolah rendah tidak ada
kelangsungan serta tidak sealiran dengan pendidikan yang telah mereka terima.

2. Rasional

1. Pendakwah Islam yang berkualiti perlu mempunyai ciri-ciri Al –Quran di


dalam jiwanya. Ciri – ciri ini tidak akan wujud sekiranya tidak di tarbiyah
dan diamal dengan isi kandungannya. Justeru itu, ia perlu disemai melalui
proses pendidikan yang formal dan terancang supaya ia benar-benar
berkesan kepada pelajar.

2. Golongan professional di masa hadapan memerlukan orang yang


memahami isi-isi kandungan Al –Quran dan mampu menterjemah dalam
kehidupan mereka yang sebenar. Dengan ini akan lahir masyarakat yang
berdisplin dan bermaruah.

3. Objektif
1. Dapat melahirkan hufaz dan tenaga professional yang bersepadu di antara
tuntutan duniawi dan ukhrawi.

2. Dapat melahirkan pelajar yang cinta kepada Islam dan bertanggungjawab


kepada Al – Quran .

3. Dapat melahirkan pelajar-pelajar dan pendakwah Islam yang mahir dalam


Al – Quran.

4. Sukatan Pelajaran dan Kurikulum

Sukatan pelajaran Sekolah Menengah Sains Tahfiz ini bagi pelajaran agama dan
Bahasa Arab mengikut sukatan pelajaran Yayasan Islam Kelantan ( YIK ) dan
Sukatan Pelajaran Akademik mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran
Malaysia. Penekanan akan diberikan kepada pelajaran Tahfiz dan Sains.

5. Matapelajaran Sek.Men. Seri Tahfiz Sains


Al - Quran
1. Tasmi
2. Murajah
3. Takrir
4. Tajwid Ilmi
5. Tajwid Amali

Bahasa Arab
1. Insya’
2. Qawaid
3. Mutalah
4. Balaghah
5. Tarikh adab dan Nusus
6. Bahasa Arab Komunikasi / Tinggi

Akademik
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Matematik Tambahan
5. Sains
6. Biologi
7. Sejarah
8. Kemahiran Hidup
9. Geografi

10. Keperluan Kemudahan Sekolah

1. Bilik Kelas pelajar -10 buah


2. Bilik makmal Al –Quran -2 buah
3. Bilik makmal Sains -4 buah
4. Bilik pemulihan -1 buah
5. Bilik Asrama Pelajar -6 buah
6. Bilik Kemahiran Hidup -1 buah
7. Bilik mesyuarat -1 buah
8. Bilik pusat sumber -1 buah
9. Bilik guru -1 buah
10. Pejabat -1 buah
11. Kantin -I buah
12. Dewan besar -1 buah

11. Bangunan

Bangunan 4 tingkat dengan 35 buah bilik , keluasan binaan 25,867 kps. Boleh
menampung keperluan sebanyak 1050 orang pelajar.
Kos pembinaan dianggarkan belanja sebanyak RM 3 juta.
Tempoh pembinaan selama 2 tahun bergantung kepada sumber kewangan.

12. Penutup

Kami Jawatankuasa Bangunan merayu kepada tuan-tuan dan puan-puan agar dapat
menghulurkan bagi menjayakan projek bangunan Sek.Men. Tahfiz Sains yang
merupakan sekolah pertama yang wujud di Kedah ini. Semoga sokongan tuan/puan
ini akan menjadi realiti kewujudan sekolah ini dan merupakan amal jariah yang
berkekalan.

PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN 4 TINGKAT – DIMULAKAN PADA 2009


“Bandingan derma orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah
sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai
seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi siapa yang
dikehendakiNya dan Allah maha luas kurniaNya, lagi meliputi ilmu
pengetahuanNya” – (Surah al-Baqarah:261)

Sumbangan anda boleh disalurkan melalui:

Atas nama : Tabung Bangunan SERI / SEMI

No akaun : 02110010061441

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Sebarang pertanyaan sila hubungi:


Guru Besar,
Sekolah Rendah Islam Alor Setar,
Km 5, Jalan Datuk Kumbar,
05300 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-733 9063 Fax:04- 735 8146

Anda mungkin juga menyukai