Anda di halaman 1dari 18

VISTA KOKURIKULUM

51

KATA ALU-ALUAN 2 MENARA VARSITI 52

BINGKISAN PENGETUA 10 EKPEDISI ILMI DAN REKREASI 53

AJK NADIMAS 11 GALERI PPKI 54

PESONA D’SID 13 MIMBAR RAUDHATUL JANNAH 55

BONANZA 17 FIGURA ALUMNI 56

TAKWIM 20 KHABAR DARI KAMPUS 57

IMARAH KAMPUS 21 LARIKAN PENA 58

SEGMEN MURABBI 22 LENSA MEMORI 59

APRESIASI AKADEMIK 45

SANGJUNGAN BUDI 49

TUNAS KEPIMPINAN 50

1
ALMARHUM KEBAWAH DULI YANG
SULTAN IBRAHIM MAHA MULIA
(Raja Kelantan 1944 - 1960 Masehi) SULTAN MUHAMMAD KE-V
Dilantik menjadi sultan pada (Diputerakan 6 Oktober 1969)
hari Rabu, Adalah Sultan Kelantan Ke-29,
21 Jun 1944 Masehi dan Yang Dimasyhurkan pada
dimahkotakan pada 13 September 2010
hari Selasa, bersamaan dengan
31 Oktober 1944 4 Syawal 1431 Hijrah.
Hijrah.
Mangkat pada 2.30 petang
Sabtu, 9 Julai 1960 Masehi)

2
Nadi menjadi satu tenaga untuk menggerakkan
segala perkara yang boleh memajukan sekolah dan
pelajar-pelajarnya. Mas ialah singkatan daripada
emas ( sempena nama Pasir Mas ) iaitu logam yang
cantik bersinar dan tinggi nilainya. Oleh itu, Nadi Mas
bermaksud suatu hasrat untuk melihat warga SMKSID
mempunyai tenaga penggerak yang bercahaya dan
bernilai agar kecemerlangan, kegemilangan dan
Bermaksud peranan sekolah keterbilangan
dalam bidang pembentukan pelajar-pelajarnya akan terus menyinari sekolah.
sahsiah, pengetahuan dan Insya-Allah.
moral yang tinggi serta mantap
bertujuan melahirkan
insan kamil.

3
4
Pendidikan Melestarikan Sistem
Berkualiti Pendidikan Yang
Insan Terdidik Berkualiti Untuk
Negara Sejahtera Membangunkan
Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi
Negara

• Pelajar-pelajar
mencapai
kecemerlangan
akademik khasnya Sekian lama kau berdiri,
dalam peperiksaan umum
PT3, SPM dan STPM. Menguntum mekar
• Merangsang dan menjana bunga bangsa,
minda warga sekolah untuk menghayati Leraian ikatan mutiara,
pembelajaran sepanjang hayat ( lifelong education ).
• Memartabatkan keberkesanan pengurusan sekolah Menyeri jiwa tunas nusa.
agar setanding dengan sekolah-sekolah tersohor
khasnya dalam PPD Pasir Mas.
• Melahirkan pelajar-pelajar yang selaras dan relevan SMKSID jasamu sewangi
dengan dasar-dasar kementerian dan keperluan melati,
negara.
• Memastikan pelajar-pelajar mendapat kemudahan
SMKSID berilmu,
menimba ilmu pengetahuan dan pemupukan akhlak beramal, berakhlak,
dalam suasana dan iklim yang kondusif. Menjulang semangat
• Mengurangkan kes-kes salah laku disiplin dan
gejala antisosial dalam kalangan pelajar pada tahap
juang.
yang minimum.
• Pelajar-pelajar mengambil bahagian yang aktif Lirik dan seni kata :
dalam semua kegiatan kokurikulum, pemantapan
Tuan Haji Jasbi Mat Sam
akhlak dan bina insan.
( Mantan PKHEM )

5
6
7
8
9
10
11
Nama:Muhammad Alif Iqram Bin Sariman
Tingkatan:4B
Kejohanan:Silat Kebangsaan Negeri Terengganu
2023
Pencapaian:JOHAN
Peringkat:Kebangsaan
Tarikh:14-17 Disember 2023
Tempat:Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri
Terengganu

12
13
Assalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh dan salam sejahtera. Warga pendidik, murid-murld, warga sekolah dan ibu
bapa yang saya kasihi,
Sesungguhnya, tahun 2022 dan 2023 membuka lembaran baharu yang menuntut klta sebagai warga pendidik untuk
melakar lebih banyak pencapaian yang signifikan dan mencipta lebih banyak peluang baharu. Yang pasti, seluruh nuansa
ini pastinya perlu ditempuhi dengan semangat dan merangkul segala kekuatan yang ada.

Terdahulu ketika negara ditlmpa pandemik COVID-19, KPM telah memberlkan komitmen penuh dengan mengambil
pelbagai langkah proaktif termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan tiada murid
yang ketinggalan dalam sllibus pendidikan. Malah KPM cukup komited dalam melaksanakan pelbagai intervensl untuk
merapatkan kesenjangan yang sedia ada.
Di kesempatan lnl, saya juga ingln merakamkan rasa simpatl saya kepada warga pendidik serta murld dan keluarga
mereka yang terkesan aklbat bencana banjlr di beberapa negeri. Tidak dilupakan buat keluarga mangsa kejadian tanah
runtuh di Batang Kall, saya utuskan ucapan takziah sekudusnya.
Landasan sistem pendldikan yang kita warisi pada hari inl telah pun melalul siri­-sirl pemurnian. Namun kita tidak boleh
kompromi dalam memastikan tekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh. Justeru,
pendekatan untuk mengekalkan dasar sedla ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringkat pelaksanaan.
Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan dlri seseorang murld secara holistik selaras Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Maka, besar harapan saya agar warga pendidlkan terus istiqamah membawa watak pendidik dalam membangunkan serta
melahirkan anak bangsa yang tinggi sopan dan susilanya, mulia pekertinya serta halus adab santunnya.

Oleh yang demikian, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara mendambakan sinergi antara guru, murid, ibu bapa
serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan negara.
Pendidikan adalah pintu gerbang menuju galaksi pengetahuan yang tiada penghujungnya. Makanya, proses pencarlan pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib
dijadikan budaya penerokaan yangbersifat membina otak dan watak.
Ekosisten harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, gurubahagia, sekolah bltra dannegara sejahtera adalah asplrasi yangakan mengangkat darjat
kemullaan {karamah insanlah) seluruh warga pendidikan, warga sekolah dan murid-murid keseluruhannya.
Menavigasi sebuah kementerian pasca pandemlk dalam keresahan tantangan ekonoml serta kos sara hldup yang menekan memerlukan sarwa pandang yang merentas
zaman serta masa hadapan. Semoga kita semua akan terus kuat menempuh cabaran mendatang sebagal satu pasukan warga pendidikan yang kuat, padu dan saling
menyokong antara satu sama lain.

Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi yang telah berusaha merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Segala
jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini adalah perlambangan kepadarakaman sejarah dan memori dari segenap sudut. Terima kasih seluhurnya
kerana majalah ini telah melukiskan citra dan peta memori serta wajah kenangan yang manis. Besar harapan saya agar majalah ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh
pembacanya.

“SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA”


MURID CERIA GURU BAHAGIA

YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEK


Menteri Pendidikan Malaysia

Assalomualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Allahamdulillah,marilalah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke lıadrat Allah SWT kerana
dengan berkat, rahmat dan izin-Nya dapat saya coretkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah ini.

Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah
sekolah bagi tahun ini. Inisetif penerbitan ınajalah ini amatlah ınıırni dalam mendokumentasi makluınat, meral‹am
l‹enangan dan menghargai usaha serta l‹esungguhan warga sekolalı dalam melal‹sanakan pelbagai aktiviti
sepanjang tahun. Saya cul‹up majalah ini merupakan bul‹ti komitmen yang tinggi dan kerjasama yang padu
daripada semua pihak yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak bangsa.

Semua warga sekolah memainkan peranan yang penting dalam rnenggalas misi dan visi Kementerian Pcndidikan
Malaysia selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidil‹an Malaysia (PPPM) 2013-20
25, serta menyediakan pendidikan terbaik untul‹ warisan generasi akan datang. Generasi yang kita harapkan adalah
’Anak yang Baik lagi Cerdik’ (ABC) dengan teras yang utuh seperti keteguhan rohani, keterampilan diri, sahsiah terpuji
dan kemantapan jati diri selain kecemerlangan kognitif dan psikomotor.

Justeru, saya percaya gerak kerja seluruh warga sekolah dengan kepimpinan bercirikan “Trust and Inspire” akan membawa kepada
pcmbentul‹an generasi pewaris negara yang beradab mulia dan berintelektual. Kebersamaan, keterbukaan dan kesyukuran merupakan prinsip penting dalam
bekerja yang perlu kita teruskan dalam memacu kecemerlangan pendidikan negara.

Akhir kata, semoga penerbitan majalah sekolah ini dapat diteruskan bagi membina ukhwah serta menyatu padukan semua warga sekolah dan seterusnya
melahirkan generasi Malaysia yang sejahtera

DATO’ HJ.PKHARUDDIN BIN HJ GHAZALI


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

14
Bismillahirrahmannirahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera
Pendidikan di Malaysia kini menuju ke arah melahirkan modal insan yang bukan sahaja memiliki ilmu
pengetahuan semata-mata. Pendidikan Malaysia berusaha secara berterusan untuk melahirkan modal insan
yang berakhlak mulia, bertanggungjawab serta dapat memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran agama, keluarga, masyarakat dan juga negara.

Dunia pendidikan hari ini berkembang pesat selari dengan era globalisasi yang mencabar ketahanan mental.
Oleh itu kualiti pendidikan perlu dimantapkan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dengan kesatuan dan
kesepaduan semua pihak. Kekuatan ilmu, kecanggihan serta keunggulan peribadi sebagai prasyarat untuk melahirkan
generasi berkualiti. Menyedari hakikat itu, Kementerian Pelajaran telah menggubal dasar, mengadakan program dan
mengambil pendekatan yang wajar bagi memastikan sistem pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa.

Cabaran guru masa ini semakin menjadi tumpuan masyarakat. Guru harus berperanan sebagai pendidik dalam erti kata sebenarnya. Saya yakin guru
sentiasa bersikap positif dan optimis dalam menangani sebarang permasalahan. Tanpa komitmen yang tinggi daripada para pendidik masa ini hasrat ini
tidak akan kesampaian.

Para pelajar pula perlu meningkatkan usaha untuk mengikuti proses pembelajaran dengan penuh ketekunan,keyakinan dan iltizam. Mereka harus merebut
setiap peluang dan ruang yang terdapat di sekolah untuk mencungkil dan memperkembangkan potensi diri mereka secara menyeluruh dan bersepadu.
Saya yakin majalah ini merupakan salah satu ruang untuk mereka merealisasikan hasrat murni itu. Oleh itu, majalah Nadi Mas mampu mendokong dan
menerusi tradisinya sebagai sumber maklumat yang efektif dan bermanfaat untuk semua.

Sekian, Terima Kasih.

Wassalam

En. Mohd Zamri bin Ahmad


Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Badan Redaksi Nadi Mas 2022 dan 2023 kerana
memberikan kesempatan kepada saya merakamkan sepatah dua kata dalam penerbitan kali ini. Sesungguhnya
penerbitan majalah sekolah merupakan rutin tahunan yang akan merakamkan peristiwa bergambar untuk tatapan
generasi yang akan datang. Syabas dan tahniah kepada Badan Redaksi di atas komitmen dan usaha yang murni ini.
Anda semua akan menjadi sebahagian daripada sejarah yang akan tercatat sebagai badan yang berjaya menerbitkan
majalah tahunan ini.

Kami di PPD sentiasa menyokong usaha penerbitan majalah sekolah sebagai wadah untuk pelajar berkarya dan mengasah
bakat,memupuk kerjasama mengendalikan sesebuah organisasi dan membentuk disiplin serta sahsiah diri yang unggul. Dunia pendidikan yang kian
mencabar memerlukan pelajar yang tahan uji,teguh dengan nilai nilai ketimuran serta membentuk jati diri mengikut acuan yang telah kita gariskan. Kita tidak
mahu kemajuan yang kita capai akan menghilangkan nilai nilai keagamaan dan berbudi bahasa yang telah lama berakar umbi dalam kehidupan seharian.

Para ibu bapa seharusnya tidak meletakkan tugas mendidik anak anak pelajar seratus peratus di atas bahu para guru. Jadilah contoh dan teladan kepada
anak anak. Guru bertindak sebagai pemudah cara dan memupuk bakat pelajar selari dengan tugas formal mereka. Jangan mudah melatah dan mengambil
tindakan yang terburu buru apabila anak anak diambil tindakan. Selalulah hadir ke sekolah apabila terdapat program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Bekerjasama dan berganding bahu dengan pihak sekolah demi mendidik anak anak untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

Akhir kata,tahniah kepada AJK Redaksi Nadi Mas 2022 dan 2023 kerana berjaya menerbitkan wadah buat tatapan kita semua. Selamat Maju Jaya.
Sekian,terima kasih.

“JUANG UNTUK JUARA’

Yang menjalankan tugas,

Tn. Hj. Bahari bin Daud, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas.

15
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah dan terima kasih kepada sidang redaksi Nadi Mas kerana memberikan peluang sekali lagi
kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam majalah sekolah edisi ke-38 ( 2022/ 2023
). Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana saya masih
lagi diberikan kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertua PIBG SMK Sultan Ibrahim (
2 ). Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada sidang redaksi Nadi Mas atas komitmen yang tinggi untuk
memastikan majalah ini muncul lagi.

PIBG sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan segala program dan aktiviti yang
dijalankan dapat memberikan manfaat kepada para pelajar. Saya juga berjanji akan sentiasa menyokong segala
usaha murni pihak sekolah ke arah kejayaan dan kecemerlangan para pelajar sama ada dalam bidang kurikulum
atau kokurikulum. PIBG juga sentiasa menaruh harapan tinggi agar warga SMKSID akan sentiasa berusaha untuk
mencipta kejayaan setinggi mungkin.

Saya percaya dan yakin jika semua pihak memainkan peranan masing-masing dengan penuh kesungguhan, kejayaan dan kecemerlangan
yang kita impikan akan dapat kita realisasikan. SMK Sultan Ibrahim ( 2 ) sememangnya mempunyai potensi untuk mencapai kecemerlangan dalam semua
bidang kerana kesungguhan guru dan pelajar telah membuktikan kejayaan besar dalam peperiksaan SPM dan STPM. Dalam bidang sukan pula SMKSID telah
mencipta banyak kejayaan daripada pasukan hoki, pasukan bola baling dan pasukan bola sepak sekolah iaitu SID FC.

Akhir kata, saya berharap agar para pelajar, guru-guru, ibu bapa dan PIBG akan sentiasa berusaha dan berganding bahu demi kejayaan dan kecemerlangan
SMKSID.

Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Hamzah Bin Yusoff


Yang Dipertua PIBG
SMKSID

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T dan terima kasih kepada sidang redaksi Nadi Mas kerana mem-
berikan ruang dan kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah Nadi
Mas edisi ke-38 (2022/2023). Majalah Nadi Mas merupakan dokumentasi @ wadah kepada warga SMKSID.
Tahniah kepada Jawatankuasa Majalah Nadi Mas kerana berjaya menghasilkan majalah yang menjadi wajah/
cermin sekolah.

KPM telah memperkenalkan konsep ABC iaitu A – Anak, B – Baik dan C – Cerdik. Kita sedar bahawa terdapat
golongan murid yang kurang beruntung dan bermasalah. Oleh sebab itu, kita perlu memberikan perhatian khusus
kepada mereka melaui konsep Pendidikan Inklusif dan Global. Pelajar-pelajar perlu diberi hak sama rata dalam bidang
pendidikan.

Sesuai dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013-2025, warga pendidik hendaklah berfikir di luar kotak serta mengaplikasikan Strategi
Lautan Biru supaya terus berdaya saing dan maju.
Majalah Nadi Mas memaparkan segala kegiatan dan aktiviti para pelajar SMKSID dalam bidang pendidikan dan kokurikulum. Semua pentadbir dan guru bersa-
ma-sama memainkan peranan untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah. Akhirnya, kemenjadian murid dapat dicapai secara menyeluruh baik dalam bidang
akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah dan pelajar-pelajar untuk terus mencipta kejayaan. Setiap kejayaan tidak boleh dicapai
dengan mudah tetapi memerlukan semangat dan jati diri yang kuat melalui kerjasama yang utuh. Semoga terus cemerlang.

Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Fauzi bin Yazid


Pengetua Cemerlang
SMK Sultan Ibrahim ( 2 )

16
17
bingkisan pengetua

18

Anda mungkin juga menyukai