Anda di halaman 1dari 7

KRONOLOGI SEJARAH PEMBANGUNAN SK TELOK MAS

Tahun 1850 ~ 1856

S ekolah awal, dibina pada tahun 1850 1856 berbentuk bangsal


terletak di Solok Ketapang Kampong Telok Mas, Melaka. Tenaga
pengajar hanya seorang dengan keramaian murid seramai 30 orang.
Gurunya ialah Cikgu Bahudin.

Tahun 1857 ~ 1861

S ekolah kedua dibina pada tahun 1857 1861 berbentuk bangsal juga
tetapi lebih kemas terletak dibelakang Masjid Jamek Kampong Telok
Mas. Guru Besarnya Cikgu Othman. Tenaga pengajar seorang, murid 41
orang.

Tahun 1862 ~ 1933

Sekolah ketiga dibina pada tahun 1862 1933 di Solok Kampung


Jawa ( sekarang Solok Pantai) berbentuk limas, tiang batu,
berlantai, atap genting menggantikan sekolah kedua. Luasnya
berukuran 40 kaki x 60 kaki. Guru Besarnya ialah Cikgu Md Sharif, 4
orang tenaga pengajar serta 140 orang murid.

Tahun 1934

Tahun 1969
Sekolah keempat di Jalan Tambak Bongkok (sekarang Jalan Daeng Tawi)
pada tahun 1934, tiang batu setinggi 10 kaki dua tingkat, berlantai
papan serta beratap genting. Pada tahun 2006 bangunan ini
dirobohkan atas faktor keselamatan. Ketika wujud bangunan ini
dinamakan sebagai Blok D kerana pada ketika itu SKTM sudah
Bangunan ke-2 dibina pada tahun 1969. Mempunyai dua tingkat,
bersebelahan bangunan pertama (Blok D) serta sebuah kantin.
Bangunan berdinding batu mengandungi 6 bilik darjah, bilik
sumber BBM dan bilik SPBT.16 orang guru, 2 orang pekerja dan
Tahun 1990

Bangunan ke-3 dibina pada tahun 1990, tiga tingkat, mengandungi


beberapa bilik darjah, l bilik sembahyang, l bilik tayang, l
bilik perpustakaan, bilik guru dan tandas murid serta tandas
guru. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Mekala
ketika itu iaitu Tan Sri Ab. Rahim bin Datuk Tamby Chik PSM,DGSM,
DA, DPMJ, SSSA, AMN, PJK pada 06.12.1992. Padang sekolah juga
disediakan untuk kegiatan sukan dan Pendidikan Jasmani. Dinamakan
sebagai Blok B.

Tahun 1998

Tahun 2001
Bangunan ke-4 dibina pada tahun 1998, empat tingkat mengandungi l
bilik Kemahiran Hidup, l bilik Komputer, l Makmal Sains, 7 bilik
darjah, l pejabat utama, l bilik gerakan dan tandas .Dinamakan
sebagai Blok A.

Pada tahun 2001, satu makmal komputer telah dibina. Makmal


komputer ini terletak di antara blok B dan Blok C.
Tahun 2005
Pada tahun 2005, murid-murid diarahkan supaya tidak menggunakan
Blok D atas sebab keselamatan. Keuzuran dan keselamatan
bangunan itu menyebabkan beberapa kelas terpaksa menggunakan
bilik-bilik khas, iaitu bilik tayang, bilik Kemahiran Hidup,
Makmal Sains dan Pusat Sumber sekolah. Tahun 2006 Blok D
tersebut telah pun dirobohkan.

Pada masa ini, SKTM mempunyai 43 orang tenaga pengajar dan 10


orang pekerja. Manakala bilangan murid pula seramai 805 orang.

SELAMAT DATANG KE BUMI


BERTUAH
BENDERA SEKOLAH

BENDERA SEKOLAH

BENDERA SEKOLAH

Picture

1. Saiz LENCANA
: Panjang 176cm SEKOLAH
: Lebar 95 cm

2. Lencana : Melambangkan bahawa SKTM terletak di dalam sebuah


masyarakat yangberhati suci dan mulia

3. Tiga Jalur :

1. Saiz : Tinggi 5cm Lebar 4.7cm


Merah2. -Motto
melambangkan
: Usahawarga
Jaya SKTM mempunyai semangat yang begitu
tinggi dan berkobar-kobar dalam mengejar segala apa
yang 3. Warna : Kuning - Warga Sekolah Kebangsaan Telok Mas sentiasa
patuh dan taat kepada pemerintah
dicita-citakan
: Hijau - Warga Sekolah Kebangsaan Telok Mas Sentiasa patuhdan
taat kepada ajaran agama

: Putih - Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Telok Mas


menunjukkan kesucian suci fikiran, suci
perkataan,dan suci perbuatan

: Biru - Warga Sekolah Kebangsaan Telok Mas menunjukkan kesepaduan


dan saling sayang menyayangi antara satu samalain

4. Obor : Menunjukkan kesanggupan warga Sekolah Kebangsaan Telok Mas


berkorban untuk menerangi orang lain
LAGU SEKOLAH
Di bawah bumbung ini

Sekolah Telok Mas bertuah

Kami tanam azam dan tekad

Bersama menimba ilmu

Di bawah bumbung ini

Sekolah Telok Mas bertuah

Kami berdoa kepada Illahi

Semoga tercapai cita

Kami berjanji akan berusaha

Menuju kearah yang jaya

Dan menyahut seruan negara

(Ulang Rangkap 2 & 3)

Visi Sekolah Misi Sekolah


PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN Mewujudkan budaya cemerlang
TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA. dalam jasmani, emosi,rohani,
intelek dan menghasilkan insan
berguna kepada masyarakat .
Matlamat Sekolah

Melaksanakan Dasar/ Falsafah Pendidikan Negara

Mewujudkan Fahaman Positif Falsafah Pendidikan Negara

Mempertingkatkan Prestasi Pengajaran dan Pembelajaran

Meningkatkan Prestasi Pencapaian Keputusan UPSR

Menjadikan Masyarakat Sekolah Berilmu dan Rajin Membaca

Melahirkan Insan Yang Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Jasmani,


Emosi, Bakat, Akhlak, Nilai Estetika dan Sosial

Menjadikan Masyarakat Sekolah, Masyarakat Penyayang

Piagam Pelanggan
MEMBERI PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI BAGI MEMBENTUK PELAJAR-PELAJAR
KE ARAH BERSIKAP POSITIF DAN KREATIF SENTIASA MENGEKALKAN SIKAP
PENYAYANG, BERDISIPLIN, BERFIKIRAN TERBUKA DAN MELAKSANAKAN TUGAS
SECARA BERPASUKAN MENJALIN HUBUNGAN YANG LEBIH BAIK DAN MESRA
ANTARA IBUBAPA, GURU,PEKERJA SERTA MURID-MURID UNTUK MENJAYAKAN
SEBARANG AKTIVITI PENDIDIKAN MEMPUNYAI SIKAP BERBUDAYA PENYAYANG
KEPADA SEMUA PELANGGAN SENTIASA MENEPATI MASA DALAM SEBARANG
URUSAN DAN PEKA DENGAN PERKEMBANGAN SEMASA.

Falsafah Pendidikan Sekolah


PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN GERAKERJADI SEKOLAH DIASASKAN ATAS KEPERCAYAAN
BAHAWA

* Semua murid mempunyai kecerdasan, bakat, dan minat yang boleh dimajukan

* Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan
sejawat

* Semua murid harus mempunyai kesinambungan antara perkembangan minda,


intelek dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani

* Sekolah mempunyai tanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan


masyarakat, bangsa agama dan negara

* Masyarakat yang mempunyai tanggunjawab dan boleh menambahkan peranan dalam


mendidik murid

Anda mungkin juga menyukai