Anda di halaman 1dari 45

KEUNIKAN Berbentuk bulat melambangkan pemuafakatan antara pelajar, guruguru, ibu bapa dan masyarakat setempat.

. Hal ini bertepatan dengan pepatah melayu Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Moto Ilmu, Kokurikulum, Akhlak - warga SMK Tun Habab mementingkan keilmuan, penglibatan dalam bidang sukan dan mengutamakan akhlak yang terpuji. Padi Melambangkan nilai murni yang ingin dipupuk kepada seluruh warga SMK Tun Habab. Logo TH Singkatan nama sekolah, yang diambil daripada nama Bendahara Kesultanan Melayu Johor ke-19, Bendahara Abdul Majid Tun Habib Seri Maharaja Padang Saujana. Seorang Bendahara yang masyhur ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (Mangkat Dijulang). Warna Merah Melambangkan kegigihan, kecekalan, kerajinan serta semangat yang berkobar-kobar dalam merealisasikan motto sekolah dan wawasan pendidikan. Warna Biru Melambangkan perpaduan dan kesefahaman yang terjalin antara pelbagai kaum, serta suasana persekitaran yang harmoni.

LAGU SEKOLAH ANAK SURIA


Indahnya sekolahku ini Sekolah Tun Habab nama diberi Terletak indah di Kota Tinggi Tempat sejarah Ibu Pertiwi Di sini kami bersama Menuntut ilmu semat didada Bergaul mesra berbagai bangsa Menjadi rakyat Malaysia Jaya Kan kubela nasib Negara Akan kuturut jejak perwira Kurela berputih tulang Tapi tak rela berputih mata Kamilah anak Malaysia Anak pembela nusa dan bangsa Akan memancar cahaya sinarnya Di setiap tempat tanah pusaka ( Ulang 2 kali)

VISI SEKOLAH Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang MISI SMK TUN HABAB Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti MOTO SEKOLAH Ilmu. Kokurikulum, Akhlak TEMA SMK TUN HABAB Unggul dan Bestari

Logo Sekolah Bestari Malaysia melambangkan perubahan dinamik yang menjelaskan Visi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu :
Merangka semula secara sistematik sistem pembelajaran dengan mengubah budaya dan amalan semasa sekolah-sekolah di Malaysia. Berubah dari pembelajaran secara hafalan kepada bentuk pembelajaran yang merangsang pemikiran dan kreativiti. Mempertanggungjawabkan pelajar terhadap pembelajaran sendiri. Penglibatan secara aktif daripada pihak ibu bapa dan masyarakat setempat.

Keterangan Logo

Warna Hitam pada tulisan melambangkan pemikiran kritis dan kreatif. Warna Kuning melambangkan pembelajaran ke tahap optima. Warna Ungu melambangkan ilmu. Warna Putih melambangkan demokrasi dalam pendidikan. Warna Biru melambangkan pembangunan pelajar secara menyeluruh. Warna Merah melambangkan peranan pendidikan sebagai nadi bangsa.

Simbol-simbol Logo
Hati melambangkan persediaan dan keseronokan murid. Mentol menyala melambangkan pemikiran murid. Bentuk Segi empat melambangkan perangkaaan semula. Sistem Pendidikan Malaysia secara sistematik dan mesra.

Lagu Sekolah Bestari (Jiwa dan Minda)


Bermula di sini Hadapi cabaran dunia Sehati sekata Untuk jadi insan berjaya Suasana harmoni Menghormati menyayangi Menggapai cita bintang kejora Demi masa hadapan Amal nilai murni Dengan cara tersendiri Didik jiwa minda Berteraskan I.C.T Sekolah Bestari Namamu sentiasa di hati Keranamu Malaysia Sebangsa, bersama kita kecapi Malaysiaku tercinta. (Muzik)La..la..la..la..la.. Du..du..du..du..du..du(Ulang) Menggapai cita bintang kejora Demi masa hadapan Amal nilai murni Dengan cara tersendiri Didik jiwa minda Berteraskan I.C.T Sekolah Bestari Namamu sentiasa di hati Keranamu Malaysia Sebangsa, bersama kita kecapi Malaysia negara jaya Ciptaan & Gubahan : Anuar Dahalan

SEJARAH TUN HABAB


Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab, Kota Tinggi pada awalnya menggunakan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Tinggi, yang mula beroperasi pada tahun 1965. Ketika itu, bangunan awal sedang dalam pembinaan. Oleh itu pelajarpelajar menumpang sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana. Pada peringkat awal, bilangan pelajar sekolah ini hanya terdiri daripada 120 orang membabitkan empat kelas pelajar tingkatan satu. Menjelang pertengahan tahun 1967, setelah pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Tinggi siap dengan tiga blok bangunan dua tingkat, jumlah pelajar turut bertambah dengan empat kelas dibuka untuk setiap tingkatan 1, 2 dan 3. Pengetua yang pertama berhidmat di sekolah ini ialah Haji Othman Haji Abd. Hamid (1967-1973). Beliau dibantu oleh 20 orang tenaga pengajar. Pada tahun 1967 juga, pelajar-pelajar tingkatan tiga pertama kali menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) di sekolah ini. Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Tinggi ditukar kepada Sekolah Tun Habab pada 30 September 1971 dengan perasmian dilakukan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Datuk Mohammad Rahmat. Nama Tun Habab diambil sempena nama Bendahara Kesultanan Melayu Johor yang masyhur ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (Mangkat dijulang) yang berhidmat pada tahun 1685 hingga 1699. SIAPA TUN HABAB Tun Habab ialah Bendahara Johor yang mashyur sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud Shah (Sutan Johor kesepuluh). Nama sebenar dan gelaran beliau adalah Bendahara Abd. Majid Tun Habib (Habab) Seri Maharaja Padang Saujana. Menurut sumber sejarah Johor, sewaktu berhidmat sebagai bendahara kerajaan Johor satu peristiwa trajis berlaku terhadap Sultan Mahmud yang mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pada tahun 1699. Satu lagi catatan sejarah dan perubahan besar berlaku pada pemerintahan Kesultanan Melayu dan kerajaan Johor khususnya. Baginda Sultan mahmud yang tidak mempunyai waris anak lelaki menyebabkan teraju pemerintahan beralih kepada keturunan Bendahara. Berikutan situasi, dengan sifat kepimpinan dan pengaruh yang dimiliki, Tun Habib terus mentadbir kerajaan dan menyerahkan jawatan bendahara kepada anak beliau iaitu Tun Abd. Jalil. Melalui persetujuan pemerintahan tertinggi kerajaan Johor ketika itu, Bendahara Tun Abd. Jalil mengambil keputusan mengambil alih teraju pemerintahan kerajaan Johor dengan menggunakan gelaran Sultan Abd. Jalil IV (1699-1917) sebagai Sultan Johor Kesebelas. Makam Bendahara Tun Habib (Habab) terletak di Kampung Makam, manakala makam Sultan Abd jalil Syah terletak di Kampung Panchor, mukim Johor Lama. Kedua-dua makam ini terus dipelihara dan menjadi produk pelancongan sejarah yang menarik kepada daerah ini.

1.

OBJEKTIF SEKOLAH

Sekolah Mengah Kebangsaan Tun Habab adalah merupakan institusi keilmuan yang menyediakan pendidikan melalui ilmu ke arah hidup yang ditetapkan oleh prinsip-prinsip Rukun negara. Dengan ini bererti semua pihak yang mendukung ke arah cita-cita tersebut iaitu guru-guru, ibu bapa, kakitangan sekolah dan pelajar-pelajar adalah bertanggungjawab dan perlu berganding bahu bagi mencapai objektif berikut: 1.1. Menyediakan pelajar-pelajar supaya menjadi anggota masyarakat yang terdidik selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan kita. 1.2. Menyediakan pelajar-pelajar untuk kehidupan yang tidak dipengaruhi oleh gejala buruk yang bertentangan dengan agama, negara dan bangsa seperti najis dadah, perjudian, anasir subvertif, ajaran sest, kongsi gelap, vandalisme dan lain-lain yang bertentangan dengan nilai-nilai murni kemanusiaan. 1.3. Berusaha menyemai nilai murni, berbudi bahasa, bersopan santun, hormatmenghormati, adil saksama, jujur, setia, rajin berusaha dan mengamalkan nilai kebersihan fizikal dan mental. 1.4. Menanam semangat cintakan negara dan menyemai sikap tolak ansur dan sabar supaya melahirkan masyarakat yang berdisplin tinggi. 1.5. Membentuk ciri-ciri kepimpinan yang tulen dan unggul yang tidak mementingkan diri sendiri, yang berani kerana benar, yang dapat berkorban demi kepentingan masyarakat dan negara yang tercinta. 2. DASAR SEKOLAH

2.1. Kebersihan adalah tunggak keilmuan, oleh itu setiap waktu alam persekitaran sekolah hendaklah bersih. 2.2. Disiplin adalah tiang ilmu, oleh itu peraturan dan undang-undang sekolah hendaklah sentiasa dipatuhi. 2.3. Keikhlasan hati dalam mentafsir segala perkakas dan alat yang dilengkapi di sekolah hendaklah dianggap sebagai milik bersama. Oleh itu setiap pelajar setiap pelajar berkewajipan menjaga keselamatan dan kebersihannya. 2.4. Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berteraskan kepada kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan 2.5. Memupuk semangat suka membaca, suka mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum sekolah sebagai menerima pendidikan yang total.

PELAN SEKOLAH

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


Usaha untuk menyatakan Falsafah Pendidikan secara tersurat bermula sejak Laporan Jawatankuasa diterbitkan pada tahun 1979. Walau bagaimanapun hanya pada tahun 1987 penyataan Falsafah ini berbunyi seperti berikut : "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Penyataan ini menegaskan bahawa Sistem Pendidikan Negara memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu kea rah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna Falsafah Pendidikan Negara berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada Agama. Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, matlamat Pendidikan ialah kearah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik ini akan sekaligus menjadi Warganegara Malaysia yang baik. Insan yang baik memiliki serta menghayati cirri-ciri berikut : PERCAYA KEPADA TUHAN BERILMU PENGETAHUAN BERAKHLAK MULIA BERTANGGUNGJAWAB KEPADA DIRI, MASYARAKAT, AGAMA DAN NEGARA

IKRAR PELAJAR
Bahawasanya kami, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab berjanji dan berikrar : Akan menumpukan sepenuh tenaga dan iktizam kami kepada kurikulum dan aktiviti kokurikulum Berusaha untuk mencapai kecemerlangan diri demi masa depan agama, bangsa dan negara. Menghormati ibubapa, guru-guru dan pemimpinpemimpin negara. Mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan prinsipprinsip rukun negara. Dan seterusnya kami akan berpegang teguh pada janji dan ikrar kami ini demi mencapai kemerlangan akademik, kokurikulum dan wawasan sekolah.

RUKUNEGARA
Maka kami, rakyat Malaysia Berikrar akan menumpukan Seluruh tenaga dan usaha kami Untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan di atas prinsip-prinsip berikut : Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluruhan Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

PUNCA KUASA BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975 Disiplin di Sekolah
Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-Murid Para 4. Peraturan-peraturan Sekolah, ( School Rules) yang Bertulis untuk Murid-Murid : Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah Lampiran C Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masingmasing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas Sekolah/ketua-ketua murid ( School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guruguru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib. 4.1 : ........Guru-guru Besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam lampiran C. Guru Besar boleh juga menimbangkan perkaraperkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing Para 6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik. DISIPLIN A. DEFINISI DISIPLIN Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai : ..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupam sesorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

10

B. MATLAMAT DISIPLIN Disiplin akan menjadikan seorang pelajar itu sebahai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan. C. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut : keadilan dan layanan sama rata pertimbangan minat dan keperluan pelajar kebebasan tertakluk kepada undang-undang amalan menghormati seseorang individu perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis perpaduan masyarakat dan Negara

ETIKA PELAJAR A. B. C. D. E. F. G. Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga Tanggungjawab pelajar terhadap rakan Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat Tanggungjawab pelajar terhadap agama Tanggungjawab pelajar terhadap negara

A.Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri 1. Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan mental. 2. Bersopan santun, jujur dan amanah. 3. Menghargai masa dan menepati masa 4. Berjimat cermat 5. Bersifat sederhana dan tidak sombong 6. Sabar dan bertolak ansur 7. Menghormati hak asasi orang lain 8. Berani dan cekal hati 9. Bersikap dedikasi 10. Bersifat berdikari 11. Bersifat rajin dan berusaha B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga 1. Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa 2. Memupuk hubungan yang baik di antara keluarga 3. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikannya seorang yang bermoral 4. Menjaga nama baik sekolah

11

C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan 1. Menghormati rakan 2. Tolong menolong antara rakan D.Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah 1. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah 2. Menghormati guru-guru 3. Belajar dengan bersungguh-sungguh 4. Menaikkan imej sekolah 5. Memupuk nilai-nilai moral yang tinggi 6. Bekerjasama di antara satu sama lain 7. Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah E. Tanggungjawab pelajar terhadap Masyarakat 1. Tolong menolong dan bekerjasama 2. Menghormati orang-orang yang lebih tua 3. Boleh bertolak ansur 4. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain 5. Bersifat sederhana dan tidak sombong 6. Rasa kesefahaman dan sabar 7. Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan 8. Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan bukan manusia. F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama 1. Taat kepada perintah Allah (Tuhan) 2. Mempertahankan kesucian agama 3. Mengamalkan ajaran dalam kehidupan sehari-hari G.Tanggungjawab pelajar terhadap Negara 1. Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara 2. Mematuhi undang-undang 3. Mengamalkan konsep Rukunegara 4. Menjaga kemudahan-kemudahan awam 5. Menjaga dan menaikkan imej negara

PENGUATKUASA PERATURAN Guru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah. KUASA MENGHUKUM Pengetua, Guru Penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru Disiplin dan guru-guru yang diberi kuasa oleh pengetua.

12

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH UNTUK MURID-MURID Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975 SEKSYEN A : PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH 1. WAKTU PERSEKOLAHAN SIDANG PAGI : Isnin Khamis ( 7.15 pg - 1.10/ 1.40/ 2.10 ptg ) Jumaat (7.15 pg - 12.10 tgh ) SIDANG PETANG : Isnin Khamis ( 12.20 tgh 6.45 ptg ) Jumaat (2.20 ptg 6.45 ptg ) 2. 7.1. 3 WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Waktu pengajaran dan pembelajaran bermula pada jam 7.30 pagi dan 12..30 tengah hari (sesi petang).

(sesi pagi)

4.

PERHIMPUNAN 3.1. Perhimpunan rasmi sidang pagi akan diadakan pada hari Isnin setiap minggu mulai jam 7.15 pagi. Semua pelajar dikehendaki berhimpun di dalam Dewan Seri Tun Habab sebelum jam 7.15 pagi. 3.2. Perhimpunan rasmi sidang petang pula bermula jam 12.20 tengah hari . Semua pelajar petang dikehendaki berhimpun di Dewan Seri Tun Habab sebelum jam 12.20 tengah hari. 3.3. Perhimpunan harian pada hari Selasa, Rabu, dan Khamis bagi sidang pagi mulai 7.15 pagi manakala sidang petang mulai jam 12.20 tengah hari. Semua pelajar dikehendaki berhimpun di dalam Dewan Seri Tun Habab sebelum jam 7.15 pagi. 3.4. Perhimpunan pada hari Rabu adalah perhimpunan Unit Beruniform. Pelajar hendaklah beratur mengikut unit beruniform masing-masing. 3.5. Pada hari Jumaat diadakan bacaan yasin / khatam Al-Quran yang bermula pada pukul 7.15 pagi bagi sidang pagi dan 2.20 petang bagi pelajar sidang petang. Pelajar Islam hendaklah berada di dalam Dewan seri Tun Habab sebelum jam 7.15 pagi bagi sidang pagi dan sebelum jam 2.20 petang bagi sidang petang manakala pelajar bukan Islam hendaklah berada di kawasan kantin pada waktu tersebut. 3.6. Para pelajar dilarang berbual semasa perhimpunan. 3.7. Semua murid dikehendaki menyanyi lagu patriotik dengan penuh semangat PEJABAT SEKOLAH 4.1. Pelajar-pelajar tidak di benarkan masuk ke pejabat tanpa urusan penting 4.2. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengambil siaran-siaran, buku markah, alat-alat tulis dan lain-lain dari pejabat sekolah tanpa kebenaran. PENGGUNAAN KAWASAN/BANGUNAN/HARTA BENDA SEKOLAH 5.1. Kawasan, bangunan dan alat sekolah tidak boleh digunakan sesiapa juga untuk apa tujuan melainkan kebenaran Pengetua telah diperolehi dahulu dan sekurangkurangnya seorang guru bertanggungjawab mesti ada bersama-sama pelajar semasa menggunakannya. 5.2. Harta benda sekolah tidak boleh dipindah milik kecuali dengan kebenaran Pengetua dan guru-guru.

5.

13

5.3. Pelajar-pelajar hendaklah melaporkan kepada guru-guru jika ada berlaku kerosakan dan kehilangan harta benda sekolah. 5.4. Pelajar-pelajar yang merosakkan harta benda sekolah mesti mengantikannya dan pelajar itu akan diambil tindakan disiplin. 6. PELAWAT 6.1. Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu rehat. 6.2. Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa dengan pelajar. 6.3. Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan pelajar tanpa memberi sebarang penjelasan. 6.4. Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu. 6.5. Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan dan berpakaian sopan. 6.6. bu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu rehat. Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa dengan pelajar. 7. KETIDAK HADIRAN KE SEKOLAH 7.1. Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau lain-lain sebab mestilah membawa surat doktor atau penjelasan dengan tandatangan ibu bapa/penjaga yang sah beserta No Kad Pengenalan sebaik sahaja ia datang ke sekolah. 7.2. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa membawa surat doktor/penjelasan daripada ibu bapa/penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah. 7.3. Pelajar yang tidak hadir selama dua hari tanpa surat doktor dikehendaki membawa ibu bapa/penjaga bersama-sama datang berjumpa dengan Pengetua untuk memberi penjelasan. 7.4. Penghantaran surat-surat amaran oleh pihak sekolah adalah seperti berikut: 7.5. Tindakan buang sekolah boleh diambil selepas 2 minggu surat amaran terakhir dihantar bagi ketidakhadiran secara berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran secara tidak berturut-turut. (Pek. K (BS) 8548/ 12 (17)) Surat Amaran Pertama Amaran Kedua Amaran Terakhir Buang Sekolah Jumlah tidak hadir Hari tidak hadir (P) berturut-turut Pada hari ke-3 7 hari selepas amaran pertama 7 hari selepas amaran kedua 14 hari selepas amaran terakhir 31 hari Hari tidak hadir (P) bukan berturut-turut Pada hari ke-10 10 hari lagi selepas amaran pertama 20 hari selepas amaran kedua 20 hari lagi selepas amaran terakhir 60 hari bukan berturt-turut

8. SURAT-MENYURAT 8.1. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menulis surat dengan menggunakan alamat sekolah. 8.2. Pengetua dan Penolong Kanan serta Lembaga Disiplin sekolah berhak membuka sebarang surat yang dialamatkan ke sekolah.

14

9.

MAKLUMAT UNTUK PELAJAR PELAJAR YANG AKAN BERTUKAR/BERHENTI/MENINGGALKAN SEKOLAH

9.1. Surat akuan 9.2.1. Surat hendaklah dipohon melalui pengetua. 9.2.1. Surat akan disediakan dengan permintaan pelajar/ibu bapa sekurang-kurangnya seminggu seminggu sebelum tarikh diperlukan. 9.2.1. Kelas serta guru tingkatan ketika di tingkatan terakhir di sekolah hendaklah diketahui apabila memohon surat akuan. 9.2.1. Pelajr-pelajar yang ingin menjadikan Pengetua /guru sebagai perujuk(refree) bagi tujuan jawatan,biasiswa dan lain-lain perlu berjumpa sendiri dengan Pengetua/guru tersebut. 9.2. Surat Berhenti 9.2.1. Surat berhenti akan disediakan atas permintaan ibubapa/penjaga sekurangkurangnya seminggu sebelum tarikh yang diperlukan. 9.2.1. Surat berhenti hendaklah dipohon setelah pelajar akan meninggalkan seklolah. Bagi pelajar-pelajar tingkatan 6 Atas surat berhenti akan dikeluarkan bersama keputusan STPM. 9.2.1. Pelajar pelajar tidak boleh belajar semula setelah surat berhenti dikeluarkan. 9.3. Surat akuan dan surat berhenti tidak akan dikeluarkan kepada pelajar yng tidak menjelaskan yuran persekolahan , tidak memulangkan buku bantuan dan lain-lain harta benda sekolah atau yang telah melakukan kesalahan disiplin yang berat 9.4. Surat akauan dan surat berhenti hanya dikeluarkan sekali sahaja. Kehilangan surat berhenti/dokumen lain adalah tanggungjawab pelajar. Sekolah tidak akan mengeluarkan buat kali kedua. 9.5. Semua urusan dengan pihak sekolah hendaklah dalam pakaian kemas dan bersopan 9.6. Permohonan untuk bertukar atau berhenti sekolah mestilah dibuat oleh ibubapa/penjaga. 10. BIMBINGAN DAN NASIHAT 10.1. Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah peribadi dijemput untuk berbincang dengan guru, guru bimbingan atau Pengetua. Setiap pelajar hendaklah merasa bebas untuk menemui guru untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat. 10.2. Pelajar-pelajar tidak digalakkan ke Kementerian Pelajaran/Jabatan Pendidkan untuk menyelesaikan persekolahan mereka. Mereka hendaklah berjumpa Pengetua untuk mendapatkan nasihat (KP B591/(100) bertarikh 25 Februari 1983 adalah dirujuk). 10.3. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab diatas kehilangan herta benda persendirian pelajar ketika berada di sekolah. 10.4. Pihak sekolah berhak menahan surat akuan/testimonial kepada pelajar-pelajar yang didapati tidak mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah. 11. BAYARAN TAMBAHAN 11.1. Bayaran tambahan adalah berdasarkan oleh pakej yang dipilih oleh sekolah. YURAN SEKOLAH 12.1. Semua yuran persekolahan hendaklah dijelaskan tepat pada masanya mengikut tarikh yang diberikan di dalam surat siaran maklumat yuran persekolahan. Tanpa membayar yuran peperiksaan pelajar tingkatan 3, 4 dan 6 Atas tidak dibenarkan mengambil peperiksaan. 12.2. Pelajar-pelajar yang tidak menjelaskan yuran sekolah tidak diberi sijilsijil dan keputusan peperiksaan sehingga semuanya dijelaskan.

12.

15

SEKSYEN B : DISIPLIN 1. (a) (b) 1.1. (a) (b) (c) (d) PAKAIAN Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajarpelajar berada disekolah. Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas, tidak boleh berfesyen, terlalu ketat, terlalu longgar atau berkaki besar/berkaki kecil

PAKAIAN SERAGAM BAGI PELAJAR LELAKI 1.1.1. Baju Baju lengan pendek dengan poket di sebelah kiri Berwarna putih sahaja. Sekiranya memakai baju berlengan panjang, lengan baju di pergelangan tangan hendaklah dikancing dan tidak boleh dilipat. Ukuran baju tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit. Ukuran baju hendaklah sesuai dengan bentuk badan. Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah. Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan. Dilarang memakai baju kemeja berjenama yang berlabel di poket. Dilarang memakai baju yang diconteng

(e)
(f) (g) (h) (i)

1.1.2. Seluar (a) Semua pelajar lelaki berseluar panjang berwarna hijau tua (dark olive). (b) Pergelangan kaki seluar panjang mestilah antara 20cm-23cm ukuran lintang. (c) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat atau sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan. (d) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi tidak dibenarkan. 1.1.3. Tali Pinggang

(a) (b)
(c) (d) 1.1.4. Tali leher

Tali pinggang yang dibenarkan ialah yang berukuran lebar 3cm berwarna gelap atau hijau yang dperbuat daripada kain kanvas. Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, berhias dan beraneka corak. Tali pinggang yang bercirikan budaya Rap tidak dibenarkan sama sekali. Tidak boleh mempunyai lapisan logam di mana-mana bahagian kecuali kepala tali pinggang.

(a)
(b)

Tali leher dipakai oleh pelajar biasa pada setiap hari persekolahan kecuali hari Jumaat dan hari-hari lain yang diarahkan. Tali leher mestilah dipakai dengan kemas dan labuhnya mesti menyentuh kepala tali pinggang tetapi tidak melepasi kepala tali pinggang

16

Pakaian Seragam Pelajar lelaki

Pakaian Kebangsaan

Pakaian Aktiviti Sukan / PJK

1.1.5. Pakaian kebangsaan untuk pelajar Lelaki Islam (a) Pelajar-pelajar lelaki dikehendaki memakai pakaian kebangsaan pada hari jumaat. (b) Baju Melayu mestilah berwarna putih (baju Melayu Teluk Belanga/Cekak Musang) dan seluar putih dengan samping berwarna maroon (dibeli di koperasi sekolah) (c) Baju hendaklah sentiasa berbutang penuh. (d) Songkok adalah dari jenis keras berwarna hitam yang tidak melebihi 3 inci tanpa hiasan hendaklah dipakai bersama-sama pakaian kebangsaan. (e) Baju Melayu dilepaskan keluar sementara kain samping di sebelah dalam 1.2. PAKAIAN SERAGAM PELAJAR PEREMPUAN BERAGAMA ISLAM 1.2.1. Baju kurung (a) Semua pelajar perempuan beragama Islam berbaju kurung putih teluk belanga (cotton) yang labuh di paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru muda. (b) Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk badan. (c) Pelajar perempuan juga diwajibkan memakai anak baju dan kain dalam .

(d)
(e) (f)

Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung tapi tidak mencecah lantai dan wajib memakai kain dalam. Baju kurung hendaklah dikancing dengan kemas. Lengan baju kurung tidak boleh jenis berbutang, kecuali mendapat kebenaran daripada guru.

17

1.2.2. Mini telekung (a) Setiap pelajar Islam diwajibkan memakai mini telekung berwarna putih tanpa berenda, bersulam , berbatu atau berfesyen dan dari jenis lembut polyster (b) Bentuk yang dibenarkan ialah segi tiga atau rata di bahagian bawah mini telekung (c) Labuhnya hendaklah melebihi paras dada dan kedua-dua bahu. Kain janganlah terlalu nipis. (d) Anak tudung yang berwarna putih sahaja mestilah dipakai bersama mini telekung. 1.3. PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN BUKAN BERAGAMA ISLAM 1.3.1. Baju dan Pinafore (a) Baju lengan pendek dan pinafore biru muda (cotton) yang labuhnya di bawah lutut. (b) Pinafore tidak boleh ketat di bahagian punggung. (c) Tali leher hendaklah sentiasa dipakai kemas Pakaian Seragam Pelajar Perempuan Islam Pakaian Seragam Pelajar Perempuan Bukan Islam Pakaian Aktiviti Sukan / PJK

1.4. KASUT DAN STOKIN

18

1.4.2. Semua pelajar hendaklah berkasut kanvas putih. 1.4.3. Tali kasut hendaklah putih dan diikat dengan kemas dengan memasukkannya ke dalam semua lubang tali kasut. 1.4.4. Lebar tali kasut hendaklah tidak melebihi1 cm. 1.4.5. Kasut berkenaan tidak boleh berjalur (dibahagaian kanvas) 1.4.6. Hanya satu jalur gelap sahaja dibenarkan dibahagian getah/bahagian tepi bawah kasut,) 1.4.7. Kasut tidak boleh diwarnakan atau dinila sehingga kelihatan biru. 1.4.8. Kasut jenis potongan high cut (melepasi paras buku lali), bercorak dan mempunyai hiasan tidak dibenarkan 1.4.9. Kasut plastik atau kasut kulit berwarna putih tidak dibenarkan. 1.4.10. Tidak dibenarkan memakai kasut yang berconteng, dijahit bukan dengan benang putih atau sengaja dikoyakkan. 1.4.11. Stoking putih tanpa jalur sahaja dibenarkan. 1.4.12. Tinggi stokin hendaklah melepasi buku lali. 1.4.13. Sarung kaki pom-pom tidak dibenarkan. 1.5. LENCANA DAN TANDA NAMA

1.5.2. 1.5.3. 1.5.5.

Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa.

Lencana dan tanda nama hendaklah dipakai dan dijahit dengan benang putih di bahagian atas poket di dada sebelah kiri baju bagi pelajar lelaki. 1.5.4. Lencana dan tanda nama hendaklah dipakai dan dijahit dengan benang putih di bahagian atas mini telekung sebelah kiri bagi pelajar perempuan Islam Lencana dan tanda nama hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian dada sebelah kiri pinafore bagi pelajar perempuan bukan Islam 1.5.6. Kedudukan lencana hendaklah di atas tanda nama 1.5.7. Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera. 1.5.8. Tanda nama dan lencana tidak boleh diconteng/dipinda/diubahsuai. 1.5.9. Pelajar tidak dibenarkan memakai tanda nama pelajar lain. 1.6. BARANG KEMAS/PERHIASAN 1.6.1. Pelajar-pelajar dilarang memakai barang-barang kemas, alat-alat solek dan lain-lain perhiasan. 1.6.2. Jika memakai anting-anting hendaklah bersaiz kecil dan bukan emas. 1.6.3. Dilarang memakai anting-anting di sebelah telinga sahaja. Kedudukan anting -anting hendaklah di hujung bawah telinga 1.6.4. Dilarang memakai anting-anting atau subang di hidung 1.6.5. Pelajar tidak dibenarkan mencabut atau mencukur bulu kening. 1.6.6. Pelajar perempuan tidak dibenarkan bertingkah laku atau menghias diri seperti lelaki 1.6.7. Pelajar lelaki tidak dibenarkan bertingkah laku atau menghias diri seperti perempuan 1.7. BERPAKAIAN PADA WAKTU BIASA/ KELAS TAMBAHAN 1.7.1. Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju T sekolah berseluar sekolah/slack/trac dan berkasut sewaktu hadir ke sekolah untuk mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu belajar. PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI (PJK)

1.8.

1.8.1.
(a)

Pelajar Lelaki Baju T putih berlambang sekolah / baju T PJK dan seluar trek biru tua/hitam.

19

(b)

Pelajar lelaki hendaklah memasukkan baju ke dalam seluar dengan kemas.

1.8.2. Pelajar Perempuan Islam (a) Baju T lengan panjang berlambang sekolah / baju T PJK dan seluar trek biru tua/hitam serta mini telekung/tudung putih berjahit yang ditetapkan oleh pihak sekolah (dijual di keporasi sekolah). 1.8.3. Pelajar Perempuan bukan Islam (a) Baju T lengan panjang/ lengan pendek berlambang sekolah/ baju T PJK dan seluar trek biru tua /hitam. 1.9. (a) (b) PAKAIAN LATIHAN SUKAN/PERMAINAN

Pelajar Lelaki Baju T mengikut warna rumah sukan dan seluar trek biru tua/hitam Pelajar lelaki hendaklah memasukkan baju ke dalam seluar dengan kemas

1.9.1. 1.9.2.

Pelajar Perempuan Islam

(a)

Baju T lengan panjang (mengikut warna rumah )dan seluar trek biru tua/hitam serta mini telekung putih/ tudung putih berjahit yang yang ditetapkan oleh pihak sekolah (ada dijual di keporasi sekolah) 1.9.3. Pelajar Perempuan Bukan Islam

(a)

Baju T lengan panjang (mengikut warna rumah) dan seluar trek biru tua/hitam 1.10. PAKAIAN BADAN BERUNIFORM/ PERSATUAN/ KELAB 1.1. Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian uniform lengkap mengikut badan beruniform yang disertai pada setiap hari Rabu. Baju T unit beruniform tidak dibenarkan dipakai pada hari Rabu kecuali pada perjumpaan aktiviti Kokurikulum pada hari Sabtu. 1.2. Setiap kali perjumpaan kokurikulum pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian lengkap unit beruniform/ baju T unit beruniform/baju T sekolah/baju T persatuan/baju T kelab permaianan yang disertai.

1.3.

1.4. 1.5. 1.6.

Pelajar Perempuan Islam hendaklah memakai mini telekung/tudung berjahit semasa memakai uniform. Tudung tidak berenda, bersulam , berbatu atau berfesyen. Tudung boleh dipakai mengikut kesesuaian Badan Unit beruniform. Tudung berjahit bewarna hitam, putih, merah jambu dan biru gelap bagi kegunaan aktiviti kokurikulum boleh dibeli di koperasi. Anak tudung bewarna hitam dibenarkan dipakai semasa memakai tudung mengikut warna uniform. Pelajar hendaklah memakai kasut sekolah atau kasut yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Selipar atau sandal tidak dibenarkan semasa aktiviti perjumpaan kokurikulum. Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian selain di atas semasa perjumpaan/aktiviti Kokurikulum.

1.11. PAKAIAN SEMASA MEWAKILI SEKOLAH 1.1. Pelajar-pelajar yang mewakili sekolah hendaklah memakai pakaian yang ditetapkan oleh pentadbir/guru penasihat mengikut kesesuaian aktiviti. 1.2. Jika memakai uniform sekolah hendaklah lengkap seperti dalam peraturan yang ditetapkan. 2. RAMBUT

20

2.1 RAMBUT PELAJAR LELAKI 2.1.1. Pelajar-pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang 2.1.2. Bahagian belakang, rambut tidak boleh melebihi garisan di bawah cuping telinga atau menyentuh kolar baju. 2.1.3. Bahagian hadapan rambut tidak boleh menutupi 1/3 garisan dahi 2.1.4. Bahagian sisi rambut tidak boleh menutupi 1/3 kedua-dua telinga dan sideburn tidak melebihi garisan tengah hidung 2.1.5. Rambut mestilah sentiasa disikat kemas dan tidak dibenarkan berbelah tengah. 2.1.6. Pelajar tidak dibenarkan mewarna rambut, mengerintingkan rambut, menyapu gel,menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen seperti punk/skin head serta berekor. 2.1.7. Dilarang menyimpan janggut, jambang dan misai 2.1.8. Tidak boleh botak/nampak kulit kepala kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan.

2.2. RAMBUT PELAJAR PEREMPUAN 2.2.1. Rambut pelajar perempuan dibenarkan hingga ke paras bahu. 2.2.2. Rambut yang melepasi paras bahu hendaklah diikat supaya sentiasa kemas 2.2.3. Hanya reben berwarna putih dan hitam sahaja dibenarkan. 2.2.4. Pelajar tidak dibenarkan mewarna rambut, mengerintingkan rambut, menyapu gel,menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen. 3. KEBERSIHAN DIRI 3.1. Semua pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri. Pakaiann hendaklah sentiasa bersih dan kemas. 3.2. Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan. 3.3. Pelajar tidak dibenarkan bersolek dan membawa alat solek ke sekolah PAKAIAN YANG DILARANG 4.1. Seluar jeans 4.2. Pakaian ketat dan menjolok mata

4.

21

4.3. Bju T berkolar bulat 4.4. Semua jenis pakaian yang mempunyai ilustrasi atau unsur negatif seperti lucah, ganas dan tidak senonoh. 4.5. Pakaian yang berunsurkan politik. 4.6. Selipar atau kasut yang terlalu berfesyen/koyak 5. KAWASAN SEKOLAH 5.1 MENINGGALKAN KAWASAN KELAS / SEKOLAH 5.1.1. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Pelajar yang dibenarkan mesti memakai PAS KELUAR. 5.1.2. Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak dan mendapat kebenaran guru. 5.1.3. Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang penting. 5.1.4. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Ketua-ketua tingkatan bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar. 5.1.5. Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru tingkatan. 5.1.6. Sekiranya pelajar sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, pelajar berkenaan hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari guru tingkatan dengan mengisi borang khas. Surat kebenaran tersebut hendaklah diserahkan kepada guru atau pelajar yang bertugas. 5.1.7. Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari pengetua, penolong kanan atau penolong Kanan petang dengan mengisi borang khas. Satu salinan hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan dan satu salinan hendaklah disimpan oleh pelajar. 6. SAKIT/PENYAKIT BERJANGKIT 6.1. Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas, Pengawas atau Ketua Tingkatan. 6.2. Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh. 6.3. Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau mendapat rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah 6.4. Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah. 6.5. Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital kerajaan jika sakit kuat. 6.6. Jika pelajar berasa kurang sihat, pelajar dinasihatkan supaya tidak hadir kesekolah dan perlu mendapatkan rawatan di Hospital/Klinik. KAWASAN YANG DILARANG Tempat letak kenderaan guru Kawasan tangki septik Bilik Guru Bilik Peperiksaan Kawasan Tangki Air Bilik Pengetua

7. 7.1.

7.2.
7.3. 7.4. 7.5. 7.6.

22

7.7. 7.8. 7.9. 7.10. 7.11. 7.12. 7.13. 7.14. 7.15. 7.16. 7.17. 7.18.

Tandas Guru Tandas Pelajr Perempuan (bagi pelajar lelaki) Tandas Pelajar Lelaki (bagi pelajar perempuan) Bengkel Kemahiran Manipulatif Makmal Sains Makmal Komputer Dewan Saujana Bilik Guru Penolong Kanan Bilik Guru Kanan Makmal Bestari Belakang Bilik Alatan Sukan Bahagian Belakang Pentas Dewan Seri Tun Habab

8. KEBERSIHAN Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983, SPI Bil. 1/1996 dan SPI Bil. 6/1997 8.1 Tong Sampah 8.1.1. Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah. 8.1.2. Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah sahaja. 8.1.3. Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul. 8.2 Kantin Sekolah 8.2.1. Semua pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari kawasan kantin sekolah. 8.2.2. Pelajar yang ingin makan di kantin sebelum masuk ke kelas hanya dibenarkan sebelum pukul 7.15 pagi 8.2.3. Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh tangan sahaja. 8.2.4. Pelajar dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam sinki atau parit di sekeliling kantin. 8.2.5. Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam tempattempat yang disediakan setelah selesai digunakan. 8.3 Bilik Darjah 8.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. 8.3.2 Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak dicakar atau dikotorkan. 8.3.3 Paparan yang mesti ada di dalam setiap bilik darjah ialah carta organisasi kelas, jadual waktu kelas, jadual giliran bertugas dan pelan kedudukan pelajar. 8.3.4 Papan Kenyataan kelas perlu dibahagikan kepada ruang-ruang mata pelajaran dan dimuatkan dengan maklumat berkaitan. 8.3.5 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor. 8.3.6 Bilik darjah perlu sentiasa bersih. Ini termasuklah kebersihan lantai, cermin tingkap, kipas siling, papan hitam, bakul sampah dan sekelilingnya, bawah meja guru dan meja pelajar. 8.3.7 Meja dan kerusi mesti boleh disusun mengikut kesesuaian tetapi mesti dalam keadaan teratur dan memudahkan pergerakan guru. 8.3.8 Pastikan tiada sebarang contengan pada semua perabot dan dinding kelas oleh itu correction fluid dan seumpamanya adalah tidak dibenarkan. 8.3.9 Pelajar-pelajar digalakkan untuk menghias kelas secara yang

23

8.3.10 8.3.11 8.3.12 8.3.13 8.3.14 8.3.15 8.3.16 8.3.17

sederhana. Pastikan rapatkan kerusi ke meja semasa hendak keluar kelas. Tiada pelajar dibenarkan berada di dalam kelas sewaktu rehat. Tiada pelajar dibenarkan untuk memasuki kelas lain tanpa kebenaran guru. Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar gantirugi. Pelajar tidak dibenarkan bermain-main di dalam kelas Pelajar tidak membawa makanan dar kantin di dalam kelas dan tidak dibenarkan makan di dalam kelas. Makanan yang dibawa dari rumah hendaklah dimakan di kantin Pelajar hanya dibenarkan minum minuman yang dibawa dari rumah

8.4 Tandas

8.4.1

Kebersihan tandas adalah tanggungjawab bersama.. 8.4.2 Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas. 8.4.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan. 8.4.4 Pelajar dibenarkan menggunakan tandas pelajar sahaja. 8.4.5 Pamkan selepas menggunakan tandas 8.4.6 Dilarang membuang sampah ke dalam lubang tandas. 8.4.7 Perlu jimat dalam penggunaan air. 8.4.8 Dilarang menconteng di dalam tandas. 8.4.9 Dilarang merosakkan peralatan di dalam tandas 8.4.10 Kebenaran ke tandas sewaktu pembelajaran hendaklah mendapat kebenaran guru. 9. KESELAMATAN Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil. 4/2002 9.1 Beratur 9.1.1. Semua pelajar mesti beratur di luar kelas sebelum permulaan kelas. 9.1.2. Pelajar dikehendaki beratur apabila pergi ke makmal, bengkel, pusat sumber atau pun mana-mana bilik khas yang lain. 9.1.3. Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke mana-mana tempat. 9.2 Waktu balik 9.2.1. Lima minit sebelum loceng terakhir, pelajar mestilah mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas jika digunakan. 9.2.2. Apabila loceng dibunyikan, pelajar boleh keluar kelas dengan teratur. Pelajar hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan apabila diarahkan. 9.2.3. Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal laluan. 9.2.4. Pelajar yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah menunggu di tempat menunggu bas sebelum menaiki kenderaan. 9.2.5. Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan. 9.2.6. Pelajar yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan tidak secara beriringan. 9.2.7. Pelajar hendaklah menggunakan laluan yang ditetapkan dan tidak berkumpul di pintu hadapan sekolah tetapi di kawasan kiri, kanan dan kawasan menunggu di dalam kawasan sekolah. 9.3. Basikal/Motorsikal/Kereta 9.3.1. Basikal/Motosikal hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan di dalam kawasan sekolah secara teratur dan hendaklah dikunci.

24

9.3.2. Topi Kaledar tidak dibenarkan dibawa masuk ke kelas, hendaklah diletakkan di motorsikal pelajar. Pihak sekolah mencadangkan agar penunggang motorsikal memasang kotak menyimpang barang di motorsikal bagi memudahkan menyimpan topi keledar masing-masing. 9.3.3. Motorsikal hendaklah mempunyai cukai jalan yang sah. 9.3.4. Pelajar juga mesti mempunyai lesen memandu yang sah 9.3.5. Tidak boleh menunggang basikal/motorsikal di kawasan sekolah walaupun bukan pada hari persekolahan. Pelajar hendaklah mematikan enjin motorsikal dan menyorong motorsikal semasa masuk dan keluar kawasan sekolah. 9.3.6. Pelajar tidak dibenarkan mengambil atau menggunakan basikal/motorsikal pelajar lain tanpa kebenaran. 9.3.7. Pelajar yang berkereta hendaklah meletakkan kereta mereka 10 meter sebelum dan selepas pintu hadapan sekolah. Kereta pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. 9.3.8. Pelajr yang lewat hadir kesekolah tidak dibenarkan membawa masuk motorsikal ke dalam kawasan sekolah. Motorsikal hendaklah diletakkan di luar kawasan sekolah. 9.3.9. Keselamatan kenderaan pelajar adalah tanggungjawab sendiri. 9.4. Bas 9.4.1. Pelajar mestilah beratur apabila hendak menaiki bas dan mestilah bertertib, jangan berlumba-lumba atau berebut rebut. 9.4.2. Ketika berada di dalam bas, pelajr-pelajar dilarang membuat bising dan bersorak-sorak. 10. LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN 1.1. Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris di luar kelas dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat) 1.2. Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain 1.3. Di tempat berkumpul itu, guru-guru tingkatan hendaklah berada bersama barisan pelajar-pelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap pelajar di dalam kelasnya berada di situ. 1.4. Guru tingkatan hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Pengetua jika ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari pelajar itu dengan segera. 1.5. Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain. 1.6. Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru tingkatan dan berada bersamasama rakan-rakan setingkatannya. KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH 11.1. Pelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti : 11.1.1. Kerusi meja pelajar jangan diukir/diconteng 11.1.2. Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng. 11.1.3. Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik 11.1.4. Tandas hendaklah diguna dengan betul 11.1.5. Cermin tingkap jangan dipecahkan 11.1.6. Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir 11.1.7. Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, ERT dan Sains hendaklah digunakan dengan baik.

11.

25

12. KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM) 12.1. Setiap pelajar diwajibkan menyertai : (a) satu pasukan berunifom (b) satu persatuan/kelab atau lebih (c) satu kegiatan sukan /permainan atau lebih. 12.2. Seseorang pelajar dibenarkan memegang sebanyak 2 jawatan tertinggi sahaja untuk kesemua persatuan/kelab sekolah yang dianggotai. 12.3. Pelajar pelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah. 12.4. Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada pengetua sekiranya seseorang pelajar ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam kegiatankegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan. 12.5. Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap. 12.6. Kehadiran aktiviti Kokurikulum adalah wajib kepada semua pelajar. Pelajar yang tidak hadir hendaklah mengemukakan alasan yang kukuh seperti surat rawatan doktor, surat cuti sakit atau penyataan daripada ibubapa/panjaga. 13. TELIFON BIMBIT/TELEFON AWAM 13.1. Telefon bimbit adalah dilarang dibawa ke sekolah. 13.2. Telefon bimbit yang dirampas akan menjadi hak milik sekolah. 13.3. Pelajar boleh menggunakan telefon awam yang disediakan dan dibenarkan menggunakan telefon pejabat sekolah jika ada kecemasan. 13.4. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon awam sewaktu pengajaran dan pembelajaran berjalan kecuali kecemasan. 13.5. Pelajar tidak dibenarkan menconteng atau merosakkan telefon awam yang disediakan. KAMERA/KOMPUTER RIBA/ALAT PERAKAM 14.1. Kamera /komputer riba/alat perakam dilarang dibawa ke sekolah. 14.2. Kamera /komputer riba/alat perakam yang dirampas akan menjadi hak milik sekolah. 14.3. Jika pelajar perlu untuk menggunakan Kamera /komputer riba/alat perakam bagi tujuan tugasan, perlu mendapat kebenaran daripada Pengetua seminggu sebelum masa yang yang diperlukan dengan pengesahan daripada guru yang bertanggungjawab. 14.4. Pengunaan Kamera /komputer riba/alat perakam hendaklah dipantau oleh guru yang dipertanggungjawabkan. Peralatan tersebut tidak boleh digunakan oleh pelajar lain kecuali pelajar yang telah diberi kebenaran oleh Pengetua

14.

15. JAM 15.1. Pelajar hanya dibenarkan memakai jam tangan bersaiz muka tidak melebihi 4 cm dan tali jam tidak melabihi 3 cm. 16. BEG SEKOLAH 16.1. Beg sekolah hendaklah bersesuaian dengan pelajar sekolah (ukuran tidak melebihi 40 X 40 cm ) dan tidak mempunyai gambar/lambang/ilustrasi/segala unsur negatif seperti keganasan, lucah dan tidak senonoh. 17. CERMIN MATA/KANTA SESENTUH 17.1. Pelajar yang memakai cermin mata hendaklah menggunakan kanta tidak berwarna iaitu cerah. Cermin mata berkanta gelap tidak dibenarkan. Bingkai cermin mata mestilah bersaiz kecil dan berwarna gelap. Bingkai berfesyen (fancy)

26

tidak dibenarkan. 17.2. Hanya kanta sesentuh tidak bewarna sahaja dibenarkan.

SEKSYEN C: BILIK-BILIK KHAS (a) (b) (c) (d) 1. 1.1. 1.2. 1.3. 1.4. 1.5. 1.6. 1.7. 1.8. 1.9. 1.10. 1.11. 1.12. 1.13. 1.14. Pelajar dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bengkel KH, pusat sumber, bilik tayang dan makmal komputer tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan. Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan. Pelajar dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan alatan yang terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau arahan guru. Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, pelajar hendaklah mengikut arahan guru berkenaan. PERATURAN MAKMAL SAINS Pelajar-pelajar hendaklah beratur di luar makmal sebelum masuk ke makmal. Kebenaran Guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki Makmal Sains dan Bilik Persediaan. Peralatan dan bahan sains dalam makmal sains tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru sains. Peralatan dan bahan sains hanya boleh digunakan atas arahan guru. Semua peralatan dan bahan sains yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal atau seperti yang diarahkan oleh guru. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan dan kembalikan ke tempat asalnya. Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru. Peralatan yang pecah atau rosak perlu dilaporkan dengan segera kepada guru dan Pembantu Makmal. Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabot supaya kemas dan teratur. Pelajar dikehendaki menyusun bangku makmal di atas meja, membersihkan papan hitam, menutup suis lampu dan kipas setiap kali kelas berakhir. Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru dan Pembantu Makmal. Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api. Penggunaan kertas,lidi dan mancis tidak dibenarkan. Sebarang benda yang masih menyala dan berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah. Elakkan membuang sebarang sampah dalam bentuk pepejal ke dalam sinki. Sisasisa bahan sains hendaklah dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan. Beg sekolah tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal. Hanya buku dan

27

peralatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk ke dalam makmal sains semasa pengajaran dan pembelajaran sains. 1.15. Bahan dan alat dalam Kit Peralatan Kecemasan boleh digunakan dengan kebenaran dan pengawasan guru dan Pembantu Makmal. 1.16. Pelajar dilarang bermain-main, bergurau atau berlari-lari di dalam makmal sains. 1.17. Jangan minum air paip dalam makmal kerana air ini tidak selamat untuk diminum. Anda juga tidak boleh membawa makanan dan minuman di dalam makmal. Anda tidak boleh makan dan minum di dalam makmal. 2. BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR 2.1 Pelajar dilarang masuk ke dalam bilik ini kecuali dengan kebenaran guru. 2.2 Pelajar mesti memulangkan bahan di tempatnya semula dengan pengetahuan guru yang berkaitan. 2.3 Pastikan susunan bahan dan buku sentiasa dalam keadaan teratur. 2.4 Pustakawan yang bertugas secara bergilir perlu memastikan kebersihan bilik, susunan bahan-bahan dan buku-buku serta buku log penggunaan bilik diurus dengan baik. 3. PERATURAN MAKMAL KOMPUTER 3.1. Pelajar dilarang memasuki makmal komputer kecuali dengan kebenaran guru.

3.2.

Sila imbas semua disket dan pendrive sebelum digunakan.

3.3. Sila laporkan semua masalah yang berkaitan kepada guru. 3.4. Pelajar tidak dibenarkan untuk cuba membaiki peralatan kompter. 3.5. Sila bertanggungjawab bila menggunakan segala peralatan, perisisan dan kemudahan yang ada. 3.6. Semua peralatan mestilah berada pada tempat asalnya. 3.7. Tidak dibenarkan memadam atau menambah apa-apa perisian di dalam komputer

3.8.

Jangan mengubahsuai segala aturan (setting) di dalam computer

3.9. Simpan semua tugasan di dalam storan sekunder (pendrive, cakera padat, cakera liut dan sebagainya). 3.10. makmal. 3.11. 3.12. 3.13. Tidak dibenarkan membawa beg, makanan dan minuman di dalam Tutup komputer dengan betul selepas menggunakannya. Tutup semua AVR sebelum meninggalkan makmal. Kemuadahan adalah untuk kegunaan pendidikan sahaja.

3.14. Guru mestilah merekodkan penggunaan komputer di dalam buku log yang disediakan. 3.15. Semua pengguna mestilah merekodkan penggunaan komputer di

28

dalam buku log yang disediakan. 3.16. Makmal mesti sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas.

4. SURAU/MUSOLLA 4.1 Peraturan Am

4.1.1. Pengurusan musolla ini adalah dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah dengan bidang tugas yang telah ditetapkan 4.1.2. Musolla ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat, melaksanakan amal pendidikan Islam, sambutan hari-hari kebesaran Islam dan aktivitiaktiviti pendidikan serta kemasyarakatan. 4.1.3. Semua jemaah dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan musolla serta memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan. 4.1.4. Semua barang dan peralatan musolla hendaklah dijaga dengan selamat. Ia tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran. 4.1.5. Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam musolla ini perkara-perkara berikut: (a)Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya. (b)Bahan-bahan dan gambar lucah,majalah-majalah hiburan dan penerbitan yang berunsur kepartian serta risalah-risalah ajaran sesat. (c)Makanan dan minuman 4.1.6. Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah tanpa mendapat keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa musolla 4.1.7. Tidak dibenarkan menjadikan musolla sebagai tempat melelapkan mata, melepak,menyalin atau menukar pakaian dan seumpamanya 4.1.8. Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta memastikan suis-suis lampu, kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan. 4.2 Peraturan Khas Tatasusila Di Musolla 4.2.1 Memakai pakaian yang suci,bersih,kemas dan 29

bersopan ketika ke musolla. 4.2.2 Dilarang memakai baju t-shirt yang fancy yang mengandungi gambar-gambar yang tidak sesuai. 4.2.3 Masuk ke musolla dengan mengambil wudhuk terlebih dahulu. 4.2.4 Masuk dengan kaki kanan serta keluar dengan kaki kiri yang disertakan dengan doa. 4.2.5 Mengambil tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih dahulu. 4.2.6 Merapatkan saf dan menghidupkan budaya salam dan berjabat tangan dengan jemaah yang lain. 4.2.7 Duduk dengan keadaan yang khusyuk,bersopan serta menghadap kiblat. 4.2.8 Memperbanyakkan zikrullah ketika berada di musolla. 4.2.9 Tidak membuat bising ketika berada di dalam musolla. 4.2.10 Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan sempurna. 4.2.11 Dilarang melintas dihadapan orang yang sedang solat. 4.2.12 Digalakkan berwirid,berdoa dan bersalaman sebelum meninggalkan musolla.
4.3 Waktu Sembahyang 4.3.1 Waktu sembahyang zohor dan asar bagi sesi petang adalah mengikut perubahan jadual yang disediakan oleh pentadbiran 5. BILIK GURU 5.1. Bilik Guru adalah kawasan larangan. 5.2. Pelajar hendaklah mengetuk pintu dan meminta keizinan daripada guru yang berada di dalam bilik guru sebelum masuk. Jika tiada guru di dalam bilik guru, pelajar tidak dibenarkan masuk. 6. BILIK SAKIT 6.1. Pelajar-pelajar yang sakit hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas oleh pengerusi kelas dan didaftarkan di bilik sakit. 6.2. Borang masuk bilik sakit hendaklah diisi dan ditandatangani oleh guru yang mengajar atau guru bertugas sebelum pelajar sakit dimasukkan kedalam bilik sakit. 6.3. Pelajar yang sakit tidak boleh ditemani oleh pelajar lain kecuali kebenaran guru bertugas. 6.4. Bilik sakit hendaklah dikemas selepas digunakan. 7. 7.1. PUSAT SUMBER SEKOLAH Waktu penggunaan 8.00 pagi 5.00 petang setiap hari persekolahan.

30

7.2.

Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa buku-buku kepunyaan sendiri ke dalam pusat sumber. 7.3. Pelajar mesti menggunakan kad pinjaman untuk meminjam buku. 7.4. Denda akan dikenakan kepada pelajar yang lewat memulangkan buku. 7.5. Pelajar dilarang membuat bising di dalam pusat sumber. 7.6. Buku-buku yang telah dibaca atau telah digunakan hendaklah ditinggalkan di atas meja. 7.7. Pelajar hanya dibenarkan meminjam dua buah buku sahaja pada satu-satu masa dan tempoh meminjam selama seminggu. 7.8. Pelajar dilarang menconteng, mengoyak, membawa keluar buku-buku dari pusat sumber. 7.9. Kebersihan, kekemasan dan keceriaan pusat sumber adalah tanggungjawab semua pelajar. 7.10. Pelajar hendaklah memakai pakaian seragam sekolah atau pakaian kemas (mengikut peraturan sekolah) semasa berada di pusat sumber. 7.11. Pelajar hendaklah menunjukkan buku yang hendak dibawa keluar kepada pengawas PSS yang bertugas di kaunter. 8. BILIK TAYANG 8.1. Waktu penggunaan : 7.30 pagi 6.30 petang setiap hari persekolahan. 8.2. Pelajar hanya boleh menggunakan bilik tayang jika ada guru yang mengiring mereka dan tujuan yang berkaitan dengan pembelajaran atau tugasan.. 8.3. Tempahan dan rekod penggunaan bilik tayang hendaklah direkod dibuku log yang disediakan 9. 9.1. 9.2. 9.3. BILIK ALATAN SUKAN, PADANG DAN GELANGGANG PERMAINAN Bilik alatan Sukan adalah kawasan larangan. Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar dan menyimpan alatan sukan tanpa kebenaran dan pengawasan guru. Pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan padang sekolah (padang asrama /padang tepi Dewan Seri Tun Habab), Gelanggang Bola Tampar SMK Laksamana kecuali sewaktu aktivit PJK atau latihan sukan dengan pengawasan guru PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL Pelajar tidak dibenarkan memasuki bengkel tanpa kebenaran guru. Tidak menumpahkan minyak di atas lantai bengkel. Memastikan bengkel dibekalkan dengan alat pemadam api. Memastikan bengkel sentiasa cerah dan mempunyai pengudaraan yang baik. Memastikan bengkel di bekalkan dengan peti pertolongan cemas. Pelajar tidak dibenarkan bermain atau bergurau semasa di bengkel Jangan menggunakan mesin tanpa kebenaran dan pengawasan guru Bengkel hendaklah sentiasa dibersihkan selepas kerja selesai Semua alatan tangan perlu diperiksa sebelum digunakan dan laporkan kepada guru jika terdapat kerosakan. Bahan terbuang seperti reja kayu hendaklah dibersihkan dengan segera Jangan bekerja bersendirian tanpa pengawasan guru. Jangan tergesa-gesa hendak menyelesaikan kerja terutamanya semasa menggunakan alatan mesin . Sentiasa membaca peraaturan keselamatan yang terdapat pada peralatan sebelum menggunakannya. Patuhi arahan pengeluar mesin dan peraturan keselamatan menggunakan mesin seperti mesin gerudi dan mesin gergaji. Sentiasa memakai kasut, sarung tangan dan alat pelindung mata semasa bekerja

10. 10.1. 10.2. 10.3. 10.4. 10.5. 10.6. 10.7. 10.8. 10.9.

10.10. 10.11. 10.12. 10.13. 10.14. 10.15.

31

di bengkel. Lantai bengkel perlu sentiasa kering. Elakkan lebihan kayu , logam, paku dan skru bersepah di atas lantai. Susun alatan dan bahan yang digunakan dengan teratur di atas meja kerja. Pelajar harus sentiasa berwaspada semasa bekerja di bengkel. Pelajar harus memakai pakaian yang sesuai semasa menggunakan bengkel seperti memakai apron dan kasut. 10.21. Pelajar harus melaporkan sebarang kemalangan kepada guru. 10.22. Tenaga elektrik digunakan secara berhati-hati kerana kejutan elektrik 10.16. 10.17. 10.18. 10.19. 10.20.

SEKSYEN D : LEMBAGA PENGAWAS 1. 2. 3. 4. 5. Pengawas dilantik setelah mereka mengambil ujian dan temuduga sebagai pengawas dan menunjukkan sikap bahawa mereka adalah pelajar-pelajar yang boleh diharapkan dan bertanggungjawab. Mereka dilantik secara rasmi oleh Lembaga Disiplin dan Pengawas. Pelajar yang telah dilantik tidak berhak meletakkan jawatan dengan sesuka hati. Mereka diberi tugas untuk memastikan supaya pelajar-pelajar patuh kepada peraturan sekolah . Oleh itu, mereka mestilah dihormati dan arahan mereka perlu dipatuhi . Tindakan disiplin (termasuk buang sekolah) akan diambil terhadap pelajar yang ingkar dan berkasar kepada pengawas sekolah. Jawatannya berterusan tetapi Pengetua dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas sekiranya perlu. Pengetua ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu. Sifat-sifat Kelayakan Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah. Lain-lain kelayakan : - bertanggungjawab dengan sepenuhnya - berwibawa dan bekerjasama - rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan - jujur dan berakal - menepati masa PENGAWAS 8..1 Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi. 8..2 Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah terutama sekali di

6.
7.

8.

32

perpustakaan, makmal sains, bilik Pendidikan Jasmani, bilik alat pandang dengar dan bilik Ekonomi Rumahtangga supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah. 8..3 Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-pengawas yang berulang kali kurang bertanggungjawab akan diberi amaran. 8..4 Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar. Mereka hendaklah menjaga keharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar melanggar peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti dilaporkan kepada guru Lembaga Disiplin. 8..5 Melaksanakan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Guru Disiplin. 8..6 Berkuasa untuk mengarahkan pelajar-pelajar keluar dari bilik darjah pada waktu rehat. 8..7 Bertugas mengikut jadual bertugas. Mencatat salah laku pelajar di dalam buku laporan masing-masing dan juga buku laporan kesalahan pelajar serta buku lewat hadir ke sekolah (jika bertugas di pintu pagar hadapan) 8..8 Melaporkan kes-kes yang serius & kes-kes yang kerap berlaku kepada guru disiplin. 8..9 Menasihatkan pelajar-pelajar tentang kesalahan kecil yang dilakukan. 8..10 Mengawal kelas bersama-sama Pengerusi kelas apabila tiada guru di dalam kelas. 8..11 Pengawas tidak boleh bertindak di luar batasan seperti mendera. 8..12 Membantu guru dan pentadbir apabila diarahka 8..13 Melaksanakan arahan ketua pengawas dan guru-guru. 8..14 Semua pengawas hendaklah memakai tanda nama berwarna merah 9. TUGAS-TUGAS KETUA PENGAWAS 9.1. Melaksanakan arahan-arahan guru disiplin. 9.2. Membuat laporan secara bertulis tentang tugas pengawas kepad Guru Disiplin pada setiap hari Isnin. 9.3. Membantu Guru Disiplin meronda kawasan sekolah pada waktu rehat. 9.4. Mempengerusikan mesyuarat jika diarahkan oleh guru Disiplin 9.5. Memastikan perjalanan perhimpunan sekolah berjalan lancar. 9.6. Merancang dan melaksanakan projek-projek khas seperti lawatan dan sebagainya. 9.7. Meronda dan memastikan tiada pelajar berada di dalam kelas pada waktu perhimpunan. 9.8. Memantau semua pengawas dan memastikan mereka menjalankan tugas masing-masing. TUGAS PENOLONG PENGAWAS 10.1. Melaksanakan arahan Guru Disiplin 10.2. Menyemak buku laporan pengawas untuk Guru Disiplin pada setiap Jumaat . 10.3. Menolong Ketua Pengawas dalam melaksanakan tugas-tugas beliau.Menyediakan jadual 10.4. Waktu bertugas bagi semua pengawas . 10.5. Membantu Guru Disiplin/Guru Bertugas Mingguan meronda kawasan sekolah pada waktu rehat apabila ketua pengawas tidak hadir PAKAIAN PENGAWAS LELAKI 11.1. Baju kemeja lengan panjang / pendek berwarna merah meroon. 11.2. Seluar panjang berwarna hitam

10.

11.

33

11.3. 11.4. 11.5. 11.

Berkasut hitam jenis kulit / kanvas. Berstokin putih , paras atas buku lali. Bertali leher, warna seperti yang telah disediakan oleh pihak koperasi

PAKAIAN PENGAWAS PEREMPUAN 12.1. Tudung berwarna pink/merah jambu. 12.2. Baju kurung Johor berwarna merah merun dan berkain hitam (muslim). 12.3. Baju kemeja lengan pendek/panjang berwarna merah merun (non muslim). 12.4. Kain(skirt) paras bawah lutut berwarna hitam (non muslim) 12.5. Berstokin putih, paras atas buku lali 12.6. Berkasut hitam jenis kulit/ kanvas.

SEKSYEN F : PELAJAR TINGKATAN 6 PERATURAN PAKAIAN TINGKATAN 6 1. 1.1 UNIFORM SEKOLAH Pelajar lelaki 1.1.1 Kemeja berwarna beige berlengan pendek serta seluar (panjang)berwarna hitam dengan kocek (tebuk )ditepi dan belakang . 1.1.2 Tali pinggang berwarna hitam. 1.1.3 Tali leher pelajar Tingkatan 6 . Dibeli di koperasi sekolah. 1.1.4 Kasut kulit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam. Tali kasut berwarna hitam. 1.1.5 Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu. Sebarang jenama ( jahitan atau tampalan ) atau jalur berwarna tidak dibenarkan. 1.1.6 Lencana sekolah dan tanda nama slack

(a)

Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa.

(b)

Lencana dan hendaklah dipakai dan dijahit dengan benang putih di bahagian atas poket di dada sebelah kiri baju. (c) Kedudukan lencana hendaklah di atas tanda nama (d) Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera. (e) Tanda nama dan lencana tidak boleh diconteng/dipinda/diubahsuai. (f) Pelajar tidak dibenarkan memakai tanda nama pelajar lain. 1.2. Pelajar Perempuan Muslim 1.2.1. Baju kurung Johor berwarna beige. 1.2.2. Kain kurung berwarna hitam dengan ombak beralun di sisi.

34

1.2.3. Tudung berwarna beige menutup dada. 1.2.4. Kasut kulit bertumit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam. 1.2.5. Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu. Sebarang jenama ( jahitan atau tampalan ) atau jalur berwarna tidak dibenarkan. 1.2.6. Anak tudung berwarna putih . 1.2.7. Lencana sekolah dan nama.

(a) (b)
(c) (d) (e) (f)

Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa. Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian atas mini telekung sebelah kiri Kedudukan lencana hendaklah di atas tanda nama Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera. Tanda nama dan lencana tidak boleh diconteng/dipinda/diubahsuai. Pelajar tidak dibenarkan memakai tanda nama pelajar lain.

1.3. Pelajar perempuan bukan Muslim 1.1. 1.2. 1.3. 1.4. 1.5. 1.6. Baju kemeja berwarna beige berlengan panjang. Skirt panjang berwarna hitam berlipat di belakang (pleated). Tali leher pelajar Tingkatan 6 . Dibeli di koperasi sekolah. Kasut kulit bertumit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam. Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu. Sebarang jenama ( jahitan atau tampalan ) atau jalur berwarna tidak dibenarkan. Lencana sekolah dan tanda nama

(a)

Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa.

(b)

Lencana hendaklah dipakai dan dijahit dengan benang putih di bahagian atas di dada sebelah kiri baju. (c) Kedudukan lencana hendaklah di atas tanda nama (d) Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera. (e) Tanda nama dan lencana tidak boleh diconteng/dipinda/diubahsuai. (f) Pelajar tidak dibenarkan memakai tanda nama pelajar. 1.4 Uniform Kadet Pertahanan Awam Malaysia 1.4.1 Pakaian rasmi Kadet Pertahanan Awam Malaysia dipakai pada setiap hari Rabu mengikut arahan sekolah. 1.4.2 Tudung berwarna hitam sepenuhnya, tidak berkerawang, tidak berbatu dan tidak bersulam. 1.4.3 Baju T rasmi Tingkatan 6 dipakai semasa aktiviti Tingkatan 6 mengikut arahan sekolah. 1.4.4 Anak tudung boleh bewarna hitam 2. BAJU KORPORAT

35

Baju ini hendaklah di pakai pada hari yang ditetapkan . 2.1. Pelajar lelaki 2.1.2. Baju korporat sebagaimana diselaraskan di peringkat daerah dengan seluar slack (panjang )berwarna hitam dengan kocek (tebuk )ditepi dan belakang . 2.1.3. Kasut kulit bertumit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam. Tali kasut berwarna hitam. 2.1.4. Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu. Sebarang jenama ( jahitan atau tampalan ) atau jalur berwarna tidak dibenarkan.

2.2.

Pelajar perempuan 2.2.2. Baju korporat sebagaimana diselaraskan di peringkat daerah. 2.2.3. Tudung berwarna hitam sepenuhnya, tidak berkerawang, tidak berbatu dan tidak bersulam. 2.2.4. Skirt panjang berwarna hitam berlipat di belakang (pleated). 2.2.5. Kasut kulit bertumit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam. 2.2.6. Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu. Sebarang jenama ( jahitan atau tampalan ) atau jalur berwarna tidak dibenarkan.

3.

PAKAIAN HARI JUMAAT

3.1. Lelaki Muslim 3.1.1. Baju Melayu putih. 3.1.2. Kain samping sekolah. 3.1.3. Lencana sekolah dan tanda nama di sebelah kiri bahagian atas poket baju. 3.1.4. Kasut kulit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam. 3.1.5. Tali kasut berwarna hitam serta berstokin putih 4. 4.1 5. 5.1. PAKAIAN UNTUK AKTIVITI KOLOKIUM Pakaian rasmi sekolah. AKTIVITI KOKURIKULUM DAN KOLOKIUM Aktiviti kokurikulum 5.1.1. Pelajar wajib menyertai aktiviti kokurikulum Tingkatan. 5.1.2. Aktiviti ini akan diadakan mengikut hari dan masa yang ditetapkan. 5.1.3. Pelajar hendaklah mematuhi Peraturan Pakaian semasa menghadiri aktiviti. Aktiviti kolokium 5.2.1. Pelajar wajib menyertai aktiviti kolokium Tingkatan 6. 5.2.2. Aktiviti ini akan diadakan mengikut hari dan masa yang ditetapkan. 5.2.3. Pelajar hendaklah mematuhi Peraturan Pakaian semasa menghadiri aktiviti.

5.2.

36

SEKSYEN G : KATEGORI KESALAHAN KESALAHAN RINGAN 1. Menyimpan misai, janggut dan jambang. 2. Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu. 3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. 4. Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran. 5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Pengetua, atau Guru-guru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu. 6. Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran. 7. Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. 8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Pengetua atau wakilnya. 9. Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak mematuhi peraturan makmal/bilik khas/bengkel. 10. Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam. 11. Makan dan minum di dalam bilik darjah. 12. Melakukan pembaziran air atau elektrik. 13. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah dengan kemas. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain) 14. Lewat ke sekolah. 15. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal. 16. Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain. 17. Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah. 18. Tidak membuat tugasan yang diarahkan. 19. Mengganggu kawan. 20. Mengganggu guru. 21. Lewat masuk kelas 22. Mengotorkan kelas. 23. Tidak duduk setempat. 24. Berada dalam kawasan larangan. 25. Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran. 26. Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin.. 27. Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu. 28. Membuang sampah merata-rata. 29. Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan. 30. Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran. 31. Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah. 32. Memakai cermin mata berfesyen. 33. Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah . 34. Kesalahan lain yang ditentukan oleh Pengetua KESALAHAN SEDERHANA 1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali. 2. Menyalahgunaan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. 3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. 4. Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan. 5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. 6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan. 7. Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna. 8. Menconteng pada harta benda sekolah.

37

9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga. 10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. KESALAHAN BERAT 1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga 2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah 3. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan. 4. Membawa, menyimpan, menghisap aau mengedar bahan tembakau. 5. Menyebabkan / melakukan pergadakan atau kekerasan. 6. Melawan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid. 7. Biadap terhadap guru / pengawas / murid. 8. Memeras ugut guru / pengawas / murid. 9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya. 10. Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain. 11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. 12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. 13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita dan multimedia yang terlarang. 14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram. 15. Mencabul kehormatan guru / murid. 16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii. 17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan 18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. 19. Mengintai murid lelaki / perempuan 20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan. 21. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid. 22. Membawa atau menggukanan bahan letupan. 23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. 24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh. 25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia. 26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian. 27. Menganjur atau membebitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia. 28. Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, PPD, JPNJ dan Kementerian Pelajaran. 29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan. 30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang menjalankan tugas. 31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Pengetua atau wakilnya. 32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah. 33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. 34. Melakukan hubungan yang dicurigai. 35. Membawa telefon bimbit ke sekolah 36. Membawa kamera/komputer riba/alat perakam tanpa kebenaran ke sekolah 37. Menunggang basikal/motorsikal dalam kawasan sekolah 38.Kesalahan-kesalakanain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

38

SEKSYEN H : SISTEM KAWALAN DISIPLIN MURID e-Disiplin PERLAKSANAAN SMK Tun Habab dipilih sebagai perintis untuk melaksanakan program e-Disiplin ini sebelum diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara. Perlaksanaan pada peringkat sekolah telah dimulakan pada 9 Jun 2008. Pada Tahun 2010 Sistem eDisiplin ini telah digunakan sepenuhnya secara talian. Segala salah laku pelajar akan direkodkan ke dalam sistem e-Disiplin dan pelajar boleh menyemak markah merit mereka dengan ketua guru disiplin ,Guru Penolong Kanan HEM dan guru kelas. Status kelakuan bagi sijil berhenti sekolah adalah berpandukan kepada markah dimerit yang dikumpul. Ibu bapa akan menerima surat Amaran Disiplin jika markah merit pelajar mencapai markah yang telah ditetapkan. e-Disiplin Bahagian SekolahKementerian Pelajaran Malaysia 1. KONSEP Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat mengesan dan mengawal tingkahlaku murid. Seterusnya langkah-langkah intervensi dapat dirancang dan dilaksanakan di sekolah bagi melahirkan modal insan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2. VISI Modal Insan Murid Terbilang 3. MISI Memastikan pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap yang terbaik, mempunyai daya kawal selia disiplin yang mantap dan berkesan. 4. TUMPUAN TINGKAH LAKU e-Disiplin memberikan tumpuan kepada aspek tingkah laku murid sama ada berbentuk negatif ataupun positif. Kedua-dua jenis tingkah laku ini diambil kira dalam proses memulihkan murid. Tingkah laku negatif akan diberikan markah celaan, manakala tingkah laku positif akan diberikan markah pujian. Kedua-dua jenis markah ini akan diadun untuk menentukan tahap disiplin seseorang murid. Adunan ini akan disusuli pula dengan sesi bimbingan dan kaunseling untuk membentuk sahsiah murid pada tahap yang terbaik. 5. JENIS SALAH LAKU Jenis salah laku yang ada dalam e-Disiplin adalah berdasarkan senarai salah laku dalam Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pelajaran Malaysia

39

6. MARKAH DEMERIT Markah-markah salah laku adalah ditetapkan seperti berikut; Markah adalah antara 3, 5, dan 10. Markah 3 bermaksud kes salah laku yang dianggap ringan. Markah 5 bermaksud kesalahan yang sederhana atau kesalahan ringan yang diulang-ulang, Markah 10 bermaksud salah laku yang berat. 7. AMARAN DISIPLIN Amaran Disiplin adalah mengikut turutan. Melalui sistem ini, amaran disiplin adalah seperti berikut; 7.1. Amaran Disiplin Pertama (Bertulis) (AD1) Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 20 hingga 30 markah demerit.Amaran ini hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya. 7.2. Amaran Disiplin Kedua (Bertulis) (AD2) Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 30 hingga 40 markah demerit. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya. 7.3. Amaran Disiplin Ketiga (Gantung Sekolah) (AD3) Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 60 hingga 70 markah demerit. Bagaimanapun, Pengetua boleh menggantung murid (Kes Khas) tanpa Amaran Disiplin Pertama dan Kedua. Dalam hal ini, apabila murid digantung (bagi kes khas), bermaksud Amaran Disiplin Pertama (AD1) dan Amaran Disiplin Kedua (AD2) dikeluarkan serentak bersama-sama hukuman gantung sekolah. 7.4. Amaran Disiplin Keempat (Amaran Akhir) (AD4) Amaran ini dkeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 80 dan 90 markah demerit. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya. 7.5. Buang Sekolah (AD5) Amaran ini dikeluarkan apabila mencapai markah salah laku mencapai 100 markah demerit dan ke atas. Hukuman ini boleh juga dikenakan bagi kes-kes khas, mengikut pertimbangan Pengetua. 7.6. Amaran-Amaran Lisan Amaran ini dikeluarkan dari semasa ke semasa, atau apabila murid melakukan kes-kes salah laku. 7.7. Hukuan Rotan Kes Merokok Hukuman ini adalah mengikut pekeliling berkaitan kes merokok. Kali Pertama : 1 Rotan Kali Kedua : 2 Rotan Kali Ketiga : 3 Rotan Kali Keempat : Gantung Sekolah Kali Kelima : Buang sekolah 8. PEMULIHAN 8.1. KERJA AMAL Kerja Amal adalah satu bentuk hukuman yang boleh dijalani oleh murid-murid secara sukarela. Sistem e-Disiplin menawarkan 2 kali kerja amal bagi setiap Amaran Disiplin yang diberikan kepada murid-murid.

40

Syarat-syarat Kerja Amal adalah seperti berikut; a. Dijalani di luar waktu pembelajaran dan pembelajaran, atau di luar waktu persekolahan b. Kerja-keja yang dilaksanakan tidak bermaksud menggantikan kerja rutin pekerjapekerja / kakitangan sekolah. c. Kerja-kerja yang tidak terlalu berat atau membebankan murid d. Dikawal selia oleh guru e. Boleh juga melibatkan kerja-kerja kemasyarakatan di luar sekolah 9. JENIS KERJA AMAL Jenis-jenis Kerja Amal yang disenaraikan dalam e-Disiplin adalah seperti berikut;

MENOLONG GURU DALAM KECERIAAN SEKOLAH KERJA-KERJA LANSKAP/TANAM DAN MENJAGA POKOK BUNGA DLL KERJA MENGECAT/MURAL/KERJA-KERJA BERAT KERJA-KERJA MULIA-PERTOLONGAN CEMAS KESUNGGUHAN KETIKA DI SURAURAJIN/TERTIB/TEKUN KOMITMEN UNTUK DATANG AWAL KE SEKOLAH RINGAN TULANG-SUKARELA MENOLONG GURU MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN KELAS MEMBERSIH DAN MENYUSUN BILIK-BILIK KHAS MEMBERSIH KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH MEMBAIKI DAN MEMBAIK PULIH PERALATAN SEKOLAH MEMBERI MAKLUMAT YANG BERGUNA KEPADA SEKOLAH AMALAN JIMAT CERMAT (AIR, ELEKTRIK DLL) AKTIF DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN PENGLIBATAN IBU BAPA / PENJAGA DALAm AKTIVITI SEKOLAH AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG MENZAHIRKAN NILAINILAI MURNI
Markah merit Kerja Amal terdiri daripada 3, 5, dan 10 . 3 bermaksud Kerja Amal yang dianggap ringan. Markah merit 5 bermaksud Kerja Amal yang sederhana, dan markah merit 10 bermaksud Kerja Amal yang dianggap berat. Markah merit kerja amal ini akan digunakan untuk mengurangkan markah demerit pelajar 10. PERANAN MURID 1. Berkerjasama dengan semua guru.

41

2.
3. 4. 5. 6. 7.

Murid membuat pengakuan dalam Borang Salah Laku (BSL) semasa sesi siasatan oleh Ketua Guru Disipin Sekolah. Memberi makumat yang tepat semasa soal siasat. Murid perlu membela diri dan membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan. Murid perlu mengikuti sesi kaunseling sebelum/selepas menerima hukuman. Menjalankan kerja amal untuk mengurangkan markah demerit salah laku Mengikuti aktiviti pemulihan yang dijalankan oleh pihak sekolah

11. PERANAN IBU BAPA / PENJAGA 1. Berkerjasama dengan pihak sekolah utuk mengawal disiplin anak.

2. 3.

Ibu bapa/penjaga hendaklah mengambil maklum dan perhatian sewajarnya apabila pihak sekolah mengeluarkan Amaran Pertama (Bertulis) dengan mengubungi pihak sekolah atau hadir sendiri ke sekolah.

Ibu bapa/penjaga perlu hadir ke sekolah untuk membincangkan kes salah laku anak mereka selepas Amaran Kedua (Bertulis) di keluarkan oleh pihak sekolah. 4. Ibu bapa/penjaga perlu berkerjasama hadir ke sekolah sebagai saksi dalam proses menandatangi Aku Janji Murid selepas anak mereka menjalani hukuman Gantung Sekolah.

5.

Ibu bapa/penjaga hendaklah mengemukakan rayuan bertulis kepada Pengarah Pelajaran Negeri dalam tempuh 30 hari apabila sekolah mengambil tindakan Buang Sekolah ke atas anak mereka.

Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas 1. Pakaian Seragam : - SPI Bil. 12/1978 - SPI Bil. 14/1976 - SPI Bil. 3/1983 - SPI Bil. 8/1985 - SPI Bil. 3/1992 - SPI Bil. 6/1993 - SPI Bil. 2/1993 - SPI Bil. 9/1975 2. Kesihatan Murid : - SPI Bil. 2/1982 - SPI Bil. 6/1998 3. Perhimpunan Sekolah : - SPI Bil. 4/1984 4. Keselamatan : - SPI Bil. 8/1988 - SPI Bil. 8/1999 - SPI Bil. 7/2000 5. Kesihatan : - SPI Bil. 4/1989 - SPI Bil. 1/1996

10. Garis Panduan Pakej Bayaran Tambahan : - SPI Bil. 13/2007 11. Larangan Membawa Telefon Bimbit : - SPI Bil. 1/2006 12. Potongan Rambut Murid : - SPI Bil. 2/1976 13. Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok - SPI Bil. 4/1997 14. Peraturan Tatatertib : - SPI Bil. 8/1968 - SPI Bil. 6/196 15. Penyalahgunaan Dadah : - SPI Bil. 7/1975 16. Kempen Anti Merokok : - SPI Bil. 1/1983 17. Mengenakan Hukuman Biasa : - SPI Bil. 8/1983

42

6. Ponteng : - SPI Bil. 6/1995 - SPI Bil. 11/1972 - SPI Bil. 9/1975 7. Sekolah Selamat : - SPI Bil. 4/2002 8. Kuasa Merotan : - SPI Bil. 7/2003 9. Disiplin/Peraturan Sekolah : - SPI Bil. 9/1975

18. Perhimpunan Sekolah : - SPI Bil. 4/1984 19. Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah : - SPI Bil. 7/1986

MIDI 2012

PENGAKUAN SETIA PELAJAR Bahawasanya saya........................................ Tingkatan ............................................................................ murid SMK TUN HABAB telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Dengan ini saya mengaku akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan bersedia menerima tindakan yang akan dikenakan oleh pihak sekolah jika saya melanggar peraturan-peraturan tersebut. Tandatangan murid, _____________________________ ( Tarikh :

--------------------------------------------------------------------------

PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA Bahawasanya saya ...................................... penjaga murid yang bernama .................................................................... ibu bapa /

43

Tingkatan: ........................................................................ yang belajar di SMK TUN HABAB telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Saya sedia bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Tandatangan ibu bapa / penjaga _____________________________ ( Tarikh : )

Lengkapkan bahgaian Pengakuan Setia Pelajar dan Pengakuan Ibu bapa/ penjaga di kedua-dua bahagian muka surat. Potong bahagian bawah dan serahkan kepada Guru Disiplin.

PENGAKUAN SETIA PELAJAR Bahawasanya saya........................................ Tingkatan ............................................................................ murid SMK TUN HABAB telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Dengan ini saya mengaku akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan bersedia menerima tindakan yang akan dikenakan oleh pihak sekolah jika saya melanggar peraturan-peraturan tersebut. Tandatangan murid, _____________________________ ( Tarikh :

--------------------------------------------------------------------------

PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA Bahawasanya saya ...................................... penjaga murid yang bernama .............................................................. ibu bapa /

44

Tingkatan : ........................................................................ yang belajar di SMK TUN HABAB telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Saya sedia bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Tandatangan ibu bapa / penjaga _____________________________ ( Tarikh : )

Lengkapkan bahgaian Pengakuan Setia Pelajar dan Pengakuan Ibu bapa/ penjaga di kedua-dua bahagian muka surat. Potong bahagian bawah dan serahkan kepada Guru Disiplin.

45

Anda mungkin juga menyukai