Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

SEBAUH, BINTULU
LOGO

Pengertian Logo
PERISAI
Sekolah sebagai benteng ilmu untuk menghadapi segala bentuk cabaran yang mendatang
OBOR
Semangat yang terus menyala dan berkobar-kobar dalam perjuangan menuntut ilmu
TIGA BULATAN BERCANTUM
Mewakili rumpun-rumpun bangsa dan kaum yang saling bekerjasama dalam hubungan yang padu
BUKU
Menggambarkan sekolah sebagai tempat menimba ilmu
ALAT GEOMETRI
Menekankan keseimbangan ilmu dari semua segi termasuk pengetahuan sains dan teknologi
BIRU
Semangat perpaduan yang murni dan luhur
KUNING
Keperibadian sekolah yang suci dan dihormati
MERAH
Semangat yang kental, padu dan menyeluruh dalam setiap aspek termasuk fizikal, cita-cita, kecemerlangan
akademik dan kokurikulum
MOTO SEKOLAH

Berazam dan Berkhidmat


Berazam
Melahirkan generasi yang berazam tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup seterusnya menyumbang
kepada pembangunan negara.
Berkhidmat
Melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan yang berupaya mempraktikkan ilmu tersebut untuk kepentingan
masyarakat dan negara.
SLOGAN
Sebauh Bauh Sebauh
Slogan digunakan untuk menghasilkan satu budaya serta usaha untuk memaju dan terus memajukan sekolah
melalui sumbangan dalam apa jua bentuk mengikut peranan dan kapasiti masing-masing, sama ada sebagai
pihak pengurusan, guru, kakitangan sokongan, pelajar, ibu bapa dan agensi luar.

MISI
SMK SEBAUH, BINTULU

Membangunkan Potensi Individu


Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI
SMK SEBAUH, BINTULU

Menjadi Institusi, Pendidikan Cemerlang


Kategori Luar bandar Peringkat Negeri
Sarawak Menjelang Tahun 2014

Matlamat

Mewujudkan budaya, prasarana dan suasana yang kondusif untuk menyediakan pendidikan yang
berkualiti supaya menghasilkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, beketrampilan, berakhlak mulia, beramanah,
bertanggungjawab serta percaya dan patuh kepada Tuhan.
Melahirkan pelajar yang mempunyai kesejahteraan diri serta setia kepada keluarga, sekolah, masyarakat
dan negara.

Objektif
1.
2.

Mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, khususnya pada peringkat PMR dan SPM.
Mencapai kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum dan 3K, khususnya pada peringkat Daerah,
Bahagian dan Negeri.
Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dari segi keceriaan, kebersihan dan keselamatan demi
meningkatkan keberkesanan proses pendidikan.
Meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan guru, staf sokongan dan pelajar.
Mempertingkatkan imej sekolah sebagai institusi pendidikan cemerlang.

3.
4.
5.

Piagam Pelanggan
Warga pendidik dan staf sokongan SMK Sebauh berjanji dan berusaha sedaya upaya untuk:

Melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh iltizam dan profesional.

Mewujudkan iklim yang selamat, ceria dan harmonis untuk membangunkan potensi seluruh warga
sekolah.

Membangunkan budaya ilmu, budaya belajar dan budaya berfikir dalam kalangan seluruh warga sekolah.

Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mengikut kehendak
kurikulum kebangsaan.

Mengoptimumkan penggunaan sumber untuk membangunkan modal insan dari segi intelek, jasmani,
emosi, rohani dan sosial.

Mewujudkan hubungan yang berhemah dan harmonis dalam kalangan warga sekolah

Lagu Sekolah
SMK SEBAUH
Gedung ilmu di rantau ini
Mendidik putera puteri pertiwi
Ilmu di dada menggunung tinggi
SMK Sebauh yang disanjungi
Bangunan mu berdiri megah
Di tepian Sungai Kemena
Air mengalir tenang dan tabah
Mencerminkan ketenangan jiwa
Serta ketabahan pendidik mu
Dalam mendidik dan membimbing
Tunas muda menjadi segar
SMK Sebauh SMK Sebauh
Namamu akan ku seru
Dan ku julang ke udara
Tanda kenangi jasamu
Engkau bagai satu sumber cahaya
Menyuluh jalan gelap kami
Jasamu tetap dalam kenangan
Majukanlah SMK Sebauh
Pengubah lirik, lagu dan muzik: Encik Lee Kee Tung

SEJARAH SEKOLAH
SMK Sebauh ditubuhkan pada tahun 1976 dan bertempat di seberang Sungai Kemena, iaitu,
menumpang tempat di SK Sebauh yang lama selama 2 tahun sebelum berpindah ke lokasi sekarang pada 1
Januari 1978. Pada masa itu, SMK Sebauh bermula dengan 3 buah kelas, iaitu, sebuah kelas Peralihan dan dua
buah kelas Tingkatan 1. Bilangan pelajar yang menuntut pada awal pembukaan seramai 102 orang pelajar serta
6 orang guru.
Smk Sebauh telah dibuka secara rasmi oleh bekas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, iaitu Tun
Dato Patinggi Abang Haji Mohammad Salahuddin pada 18 Februari 1979. Sekolah ini terletak berhampiran
tebingan Sungai Kemena. Pada tahun 2001, sebuah tapak untuk pembinaan sekolah baru telah dilakukan
upacara pecah tanahnya oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud yang terletak
kira-kira 1 km dari lokasi SMK Sebauh sekarang.Sekolah SMK Sebauh yang baru dijangka siap sepenuhnya
pada akhir tahun 2009..
Senarai Pengetua-pengetua SMK Sebauh
En. Mohammad Tudin Bin Kesu (1976-1977)
En. Morsidi Bin Ahim (1978-1981)
En. Bolhassan Hj. Manis (1982-1983)
En. Bom Bin Abang (1984-1986)
En. Mohammad Kassim Brahim (1987)
En. Tilai Bala Udan (1988)
En. Douglas Jaga (1989-1990)
En.Joseph Junting Resa (1991-September 1997)
En. Awang Omar Bin Awang Yahya (1997-Mei 2001)
En. Umpang Keling (Jun 2001- Jan 2009)
En. Ujai Sambau (Jan 2009-Sekarang)

BIODATA PENGETUA
PROFIL PERIBADI
NAMA
NO KAD PENGENALAN

: UJAI ANAK SAMBAU


: 680614-13-5455

AKADEMIK

PENGALAMAN
SMK ST. AUGUSTINE, BETONG
26/7/1993 31/8/1993
SMK ST. AUGUSTINE, BETONG
1/9/1993 31/8/1994

GURU BIASA(DC41)
GURU BIASA(DG41)
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN(DG41)

1/9/1994 31/12/2003
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN(DG44)(KUP)
1/1/2004 15/12/2008
SMK SEBAUH, BINTULU
16/12/2008 KINI

PENGETUA(DG48)(M)

KURSUS
KURSUS PERMUAFAKATAN STRATEGIK

KUCHING

TAKLIMAT PENGURUSAN SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH


(AKAUN SUWA)

KUCHING

SEMINAR INTEGRITI UNTUK WARGA PENDIDIK

SRI AMAN

KOLOKIUM KEMBARA PENGURUSAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ZON SARAWAK 2007

KUCHING

KURSUS BIMBINGAN PENGURUSAN PROFESIONAL DALAM IT (BPPT)


SMK SIMANGGANG
KURSUS ePEROLEHAN

KUCHING

KURSUS PENGURUSAN P & P SAINS DAN MATEMATIK DALAM


BAHASA INGGERISUNTUK GURU PENOLONG KANAN

KUCHING

KURSUS PENGURUSAN P & P BAHASA INGGERIS BAGI PENGETUA

PAHANG

KURSUS KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL UNTUK PENOLONG KANAN SEKOLAH


MENENGAH

PAHANG

COURSE STRATEGI PLANNING WORKSHOP FOR BETONG DIVISION

BETONG

BENGKEL PENGURUSAN PERKEMBANGAN STAF YANG BERKESAN I, II & III


SRI AMAN
KURSUS DALAMAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS

BETONG

KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF

KUCHING

KURSUS DESIGNING POWERFUL PRESENTATION USING ICT FOR LEADER

KUCHING

KURSUS PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM

KUCHING

KURSUS PENGURUSAN PENYELESAIAN MASALAH

KUCHING

SUMBANGAN/ANUGERAH/PENGIKTIRAFAN GURU
SIJIL PERKHIDMATAN CEMERLANG

1998 & 2005

SETIAUSAHA JAWATANKUASA PEMBANGUNAN


ST. AUGUSTINE

2000 2009

SETIAUSAHA JAWATANKUASA GAWAI DAYAK


BAHAGIAN BETONG
NAIB YDP PIBG SMK ST. AUGUSTINE
AHLI JAWATANKUASA INDUK REGATTA SEBAUH

2007 2008
2005 2006
2009

Anda mungkin juga menyukai