Anda di halaman 1dari 4

FALSAFAH SMK BAYAN LEPAS

Pendidikan

berkualiti

dapat

menyerlahkan

potensi

individu

secara

menyeluruh untuk membentuk insan kamil berlandaskan tuntutan agama


dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah melahirkan warganegara
berintegriti, berinformasi serta berinovasi. Hasrat ini seiring dengan visi SMK
Bayan Lepas untuk sentiasa menjadi yang terbaik dan ternama.

MATLAMAT SEKOLAH
1. SMK BAYAN LEPAS menjadi pusat kecemerlangan ilmu secara
berterusan.
2. Meningkatkan profesionalisme guru melalui permuafakatan warga
sekolah dan masyrakat.
3. Memastikan pelajar sentiasa berdisiplin, berintegriti, berinformasi dan
berinovasi dalam mendepani setiap cabaran.
4. Memastikan pelajar sentiasa komited dengan aktiviti kokurikulum untuk
ke arah terbaik dan ternama.
5. Melahirkan pelajar yang berakhlak mahmudah dan mampu menjadi
qudwah hasnanah kepada masyarakat.
6. Menjana budaya kerja yang berdedikasi, prohatin dan mesra komuniti.

PIAGAM SEKOLAH
Kami warga SMK Bayan Lepas berikrar akan memberikan perkhidmatan:1. Melayan semua pelanggan dengan mesra dan cekap tanpa sebarang
prasangka.
2. Sentiasa komited dan berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab
dengan penuh ikhlas serta adil.
3. Menerapkan budaya kerja cemerlang dalam persekitaran kondusif.

4. Sentiasa bersedia dalam menghadapi semua situasi berlandaskan ikrar


perkhidmatan cemerlang.
5. Berintegriti, berinformasi dan berinovasi demi agama, bangsa dan
negara.

LENCANA SEKOLAH SMK BAYAN


LEPAS

Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan


Lepas terdiri daripada tiga warna utama iaitu
Keemasan,
Biru dan Hijau.
WARNA
KEEMASAN simbol INOVATIF
BIRU simbol KERJASAMA
HIJAU simbol KEAMANAN
LAMBANG

POKOK PINANG melambangkan jati diri meredah arus


globalisasi
ATOM melambangkan kecemerlangan menuju Sains &
Teknologi
BUKU melambangkan usaha ke arah kecemerlangan
kurikulum

COGAN KATA
BERINTEGRITI, BERINFORMASI, BERINOVASI

VISI
KE ARAH MENJADIKAN SMK BAYAN LEPAS SEKOLAH YANG
SENTIASA TERBAIK DAN TERNAMA DALAM PELBAGAI BIDANG

MISI
MEMASTIKAN SEKOLAH SENTIASA BERDAYA SAING DENGAN IKLIM
KONDUSIF SERTA BARISAN TENAGA KERJA YANG BERINTEGRITI
DAN BERDEDIKASI DALAM MENYEDIAKAN MODAL INSAN YANG
BERINFORMASI, KREATIF DAN INOVATIF BAGI MENDEPANI
CABARAN GLOBALISASI.

MOTO SMK BAYAN LEPAS

TERBAIK DAN TERNAMA

LAGU SEKOLAH
SMK BAYAN LEPAS
Megah berdiri, berintegriti, berinformasi berakhlak terpuji
Membentuk insan inovasi
SMK Bayan Lepas kebanggaan kami.
Mendidik, membina dan memimpin
Guru berdedikasi menjana transformasi
Pelajar berdikari berwawasan tinggi
Rukun Negara kami sanjungi
Masyhur ternama di mata dunia
Semua bidang kami ceburi
Perintah Tuhan kami taati
Terbilang dunia dan ukhrawi
SMK Bayan Lepas teguh berdiri
Yakin kami yakin di sini
Menggapai cita harapan nusa
Terbaik dan ternama.

Anda mungkin juga menyukai