Anda di halaman 1dari 8

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Matematik adalah sangat penting untuk diaplikasikan sebagai alat dalam kehidupan
seharian dan juga berguna kepada individu dan masyarakat. Matematik juga adalah subjek
asas kepada cabang-cabang ilmu yang lain seperti sains, teknologi dan kejuruteraan, yang
menjadi elemen penting untuk sebuah negara menjadi maju. Walaupun matematik sangat
memberikan sumbangan besar kepada masyarakat, penguasaan murid-murid dalam subjek
tersebut diperingkat kebangsaan mahupun di antarabangsa berada pada tahap yang lemah.
Kajian komprehensif mengenai pendidikan wajib telah mendedahkan bahawa matematik,
adalah subjek yang paling sukar ditemui oleh anak-anak (Mocorro, 2018). Kajian berterusan
telah dilaksanakan untuk mengenal pasti sebab-sebab murid-murid di Malaysia gagal untuk
menguasai subjek matematik. Oleh itu, pelbagai cara dilakukan untuk mencari beberapa
strategi atau kaedah pengajaran matematik dengan cara yang mudah difahami oleh para
pelajar konsep atau proses.

Pembelajaran merupakan salah satu ciri penting psikologi. Teori pembelajaran dan
kaedah pengajaran yang berbeza telah digunakan dalam sistem pendidikan di seluruh dunia.
Ketiga-tiga kaedah pengajaran seperti tradisional, penyelesaian masalah, dan pembelajaran
penemuan berdasarkan pada teori pembelajaran yang berbeza seperti behaviorism,
cognitivisim dan konstruktivisme (Lessani, Suraya Md. Yunus, & Bt Abu Bakar, 2017).
Setiap kaedah pengajaran mempunyai teori pembelajaran sendiri dan ia memberikan hasil
yang berbeza.

Untuk menghasilkan suatu pengajaran yang berjaya, guru-guru harus sedar tentang
kaedah pengajaran yang berbeza supaya mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini
sebagai asas strategi pendidikan matematik. Semua guru bersetuju bahawa pengajaran dan
pembelajaran matematik merupakan proses yang berterusan di mana pelajar mesti membina
pemahaman yang kukuh tentang konsep dan strategi matematik yang sesuai di setiap
peringkat akademik. Guru harus mendorong murid untuk memahami masalah matematik dan
berfikir secara kritis untuk menyelesaikannya seolah-olah ianya masalah kehidupan mereka
Lessani, Suraya Md. Yunus, & Bt Abu Bakar, 2017).

Kaedah Mengajar Pendaraban


Pembelajaran dalam topik matematik seperti fakta asas darab biasanya bermula dari
perkara konkrit dan ke peringkat abstrak. Justeru itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang digunakan memainkan peranan mempengaruhi keberkesanan pembelajaran matematik
di sekolah (Bakar, 2015). Oleh itu, penggunaan bahan konkrit dan juga maujud dapat
membantu pelajar untuk membina kefahaman dengan lebih baik.

Tugas seorang guru adalah memilih kaedah yang bersesuaian dengan murid supaya
dapat menarik minat untuk belajar dan juga memudahkan proses kefahaman mereka berjalan
lancar. Kemahiran darab adalah merupakan salah satu kemahiran yang mesti dikuasai oleh
setiap murid supaya pembelajaran untuk tajuk-tajuk lain seperti pecahan, perpuluhan, ukuran
jarak, timbangan, masa dan waktu menjadi mudah dan berkesan. Kelemahan murid dalam
menguasai kemahiran darab ini menjadi sebab kenapa ramai murid menyatakan matematik
adalah suatu subjek yang sukar, tidak berminat, bosan, pening dan sebagainnya. Oleh yang
demikian, tugas seorang guru untuk sentiasa meneroka pengetahuan tentang pedagogi subjek
yang diajar.

Melalui pemerhatian secara rawak, adalah didapati murid-murid boleh menjawab


soalan darab yang melibatkan sebarang nombor empat digit dengan satu digit tetapi
menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran mendarab sebarang nombor empat digit
dengan nombor dua digit (Salih, 2014). Murid juga lemah dalam menguasai fakta asas darab.
Saya menyedari masalah ini, melalui pemeriksaan hasil kerja murid-murid di dalam buku
latihan dan buku aktiviti dan juga ketika soal jawab spontan yang saya buat di awal
pengajaran. Murid juga kerap melakukan kesilapan seperti kesalahan konsep, kesilapan nilai
tempat dan kecuaian dalam mengira (Razali & Ahmad, 2012).

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mendarab nombor empat digit
dengan nombor dua digit. Antaranya kaedah bentuk lazim yang banyak digunakan oleh
ramai murid seperti dalam rajah. Bagaimanapun, kaedah bentuk lazim ini mempunyai
kelemahannya kerana murid cenderung untuk melakukan kesilapan ketika meletakkan
nombor dalam bentuk lazim dan proses pengumpulan semula (Ku, Poh Li and Lim, 2018).
Rajah1:

Kesalahan murid ketika proses


+
pengumpulan semula
2 6 3 2

Kaedah-kaedah lain yang digunakan adalah Russian Peasant iaitu kaedah ini tidak
memerlukan penghafalan fakta asas darab, di mana murid-murid hanya perlu mengetahui
kemahiran mengurangkan separuh, menggandakan dan menambah. Kaedah ini dapat
membantu murid-murid yang tidak dapat menguasai fakta asas darab. Walau bagaimanapun,
kelemahan kaedah ini ialah murid-murid mudah keliru mengenai nombor yang mana satu
perlu didarab dan dibahagi dua. Selain itu, kesilapan juga mudah berlaku bagi soalan yang
bernombor besar kerana perlu melalui proses mendarab dan membahagi berulang kali serta
digit-digit yang perlu dimansuhkan (Ku, Poh Li and Lim, 2018). Murid perlu menggandakan
nombor sebelah kiri manakala nombor di sebelah kanan dibahagikan dengan dua. Seterusnya,
abaikan baki dan berhenti apabilan nombor di sebelah kiri bersamaan dengan 1. Murid perlu
menghapuskan nombor genap di sebelah kanan dan nombor sepadan di sebelah kiri. Akhir
sekali, murid perlu menambahkan nombor di sebelah kiri yang tertinggal. Kelebihan bagi
Kaedah Russian Peasant ialah murid-murid hanya perlu mengetahui konsep mengganda,
mengurangkan separuh dan menambah sahaja. Kaedah ini dapat membantu murid-murid
yang tidak dapat menghafal sifir (Ku, Poh Li and Lim, 2018). Walaubagaimanapun, kedua-
dua kaedah mempunyai beberapa kelemahan. Jadual di bawah menunjukkan cara pendaraban
kaedah Russian Peasant dan kelemahannya.
Jadual 1: Kaedah Russian Peasant
Kelemahan Contoh
Keliru baris yang mana satu perlu darab 2 Soalan : 321 × 34
atau bahagi 2. Jika langkah ini terbalik,
baris 1 baris 2
jawapan akhir akan salah. darab 2 bahagi 2

Keliru tentang baris yang pertama atau baris baris 1 baris 2 baris 1 baris 2
yang kedua bernombor genap perlu
dipotong. Sepatutnya, potong baris yang
kedua yang bernombor genap.

Betul Salah

Soalan yang bernombor besar perlu didarab


dan dibahagi banyak kali, barulah boleh
dapat jawapan akhir. Jika terdapat satu
langkah tersalah darab atau bahagi, akan Salah, sepatutnya 1284
menyebabkan jawapan akhir salah.
baris

Satu lagi kaedah, Tulang Napier dicipta oleh seorang ahli matematik berbangsa
Scotland, John Napier, pada tahun 1614 dapat memudahkan pengiraan pendaraban. Kaedah
ini boleh dibina daripada tulang, kertas dan lain-lain. Untuk membuat Tulang Napier, 10 helai
jalur kertas diperlukan dan setiap satu dibahagikan kepada 9 bahagian. Justeru, kertas sifir 1
hingga 9 perlu disediakan di mana murid-murid boleh merujuk sifir yang telah ditulis..
Semasa menjawab soalan, murid-murid hanya perlu merujuk kepada kertas sifir yang
disediakan dan tidak perlu mengingat semula sifir yang akan didarab dalam setiap operasi
(Roegel, Roegel, Université, & Roegel, 2015). Namun, kelemahan kaedah ini ialah murid
perlu menyediakan kertas sifir dari 1 hingga 9, mengakibatkan masa penyediaan yang lama.
Salain itu, kesalahan meletak nilai tempat semasa menjalankan penambahan di langkah akhir
juga merupakan satu.
Jadual 2: Kaedah Tulang Napier
Kelemahan Contoh
Perlu mengambil masa yang panjang untuk
menyediakan 10 jalur kertas yang menulis
sifir 1 hingga 9.

Kesalahan meletak nilai tempat semasa


menjalankan penambahan di langkah
akhir.

Betul Salah

Untuk kajian ini, saya telah memilih Kaedah Lattice yang juga dikenali sebagai
kaedah Kekisi merupakan satu kaedah alternatif kepada operasi pendaraban sebarang nombor
empat digit dengan nombor dua digit. Kaedah Lattice (juga dikenali sebagai kaedah gelosia
atau jalousie) mungkin dicipta oleh ahli matematik India sewaktu dalam milenium pertama.
Ahli matematik Parsi bernama Al-Karaji juga dikenali sebagai Al-Karkhi lahir diantara tahun
953-1029, berkemungkinan berasal dari Baghdad, atau dari bandar Iran, Karaj, menulis
tentang kaedah Lattice dalam bukunya, Kafi Fil Hisab, yang ditulis pada tahun 1010
(Mocorro, 2018). Kaedah Lattice pertama kali diperkenalkan di Eropah oleh Leonardo Pisano
Fibonacci di antara tahun 1170 hingga 1250. Untuk melihat bagaimana kaedah Lattice
digunakan untuk mengira 345 × 12 = 4140, sila lihat Rajah 2. Sebelum melakukan
pemgiraan, kotak seperti dalam rajah 2 perlu dilukis.
Rajah 2
Langkah 1 Darabkan 345 dengan 1. Hasil darab dimasukkan dalam kotak-kotak.

Langkah 2 Darabkan 345 dengan 2. Hasil darab dimasukkan dalam kotak-kotak.

Langkah 3 Tambahkan setiap nombot dalam lajur condong. Jawapan dibaca dari
atas ke bawah, ke kiri dan ke kanan
0
Jawapan : 4140

4
1 4 0
Kaedah Lattice dikatakan mudah dan cepat, kerana ia mengasingkan operasi
pendaraban dan penambahan, menggunakan kotak-kotak yang memudahkan murid untuk
menyusun digit-digit serta memerlukan pengumpulan semula hanya semasa melakukan
penambahan (Salih, 2014). Pada pandangan saya, Kaedah Lattice ini dapat mengurangkan
kesalahan murid ketika menyelesaikan soalan pendaraban, memberikan kesan kepada
pencapai murid-murid dalam peperiksaan. Kaedah Lattice sangat membantu pelajar yang
mempunyai masalah pembelajaran dalam menyelesaikan operasi darab panjang dengan
mudah (Salih, 2014).

Kaedah ini banyak mendatangkan faedah, antaranya ialah kotak yang dibina kelihatan
kemas dan teratur. Jika murid-murid terganggu semasa menjalankan pengiraan, mereka boleh
meneruskan perkembangan pengiraan dengan mudah. Susunan kotak juga memudahkan
semakan untuk setiap hasil darab. Murid juga tidak keliru kerana operasi darab dan tambah
boleh diasingkan dengan jelas, secara tidak lansung ini mengurangkan kadar kesilapan (Ku,
Poh Li and Lim, 2018).

Dapat disimpulan, walaupun saya telah menyenaraikan kaedah yang boleh digunakan
untuk mendarab tetapi untuk kajian kali ini, saya hanya menggunakan 2 kaedah sebagai
perbandingan iaitu kaedah bentuk lazim dan kaedah lattice untuk melihat keberkesanannya.
Ini sesuai dengan kajian-kajian lepas menyatakan bahawa kepelbagaian pendekatan dan
kaedah dapat mempengaruhi pretasi pembelajaran murid-murid. Pada masa kini juga, Majlis
Peperiksaan skima penandaan matematik UPSR tidak terikat dengan hanya satu kaedah,
tetapi pelbagai kaedah dengan syarat ianya boleh diterima logik akal. Ini menunjukkan
Kementeriaan Pendidikan Malaysia menggalakkan bukan sahaja murid tetapi guru untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya dapat melahirkan murid yang kreatif dan
berinovasi.

Anda mungkin juga menyukai