Anda di halaman 1dari 6

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Abdul Latif Samian (1997), Matematik ataupun dalam istilah


Bahasa Inggeris, Mathematics merupakan satu bidang ilmu yang bersifat kejituan
yang pasti diperolehi melalui kaedah deduksi. Ilmu Matematik juga dikatakan
sebagai ilmu pasti kerana perbahasan mengenainya biasanya adalah pasti. Sebagai
contoh, semua orang tahu bahawa dua tambah dua adalah empat dan kenyataan ini
adalah sentiasa benar dan pasti. Matematik turut dikatakan sebagai satu bidang
ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Dapat disimpulkan bahawa sifat
Matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan
mencabar pemikiran.

Kejayaan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran adalah dipengaruhi oleh


kualiti yang ada dalam individu guru. Shulman dan Grossman (1987)
menggariskan bahawa pengetahuan yang ada pada seseorang guru berserta
kemahiran pedagogi mereka  merupakan gabungan  dominan dalam  memastikan 
murid-murid menerima pembelajaran yang dinamik dan responsif.

Pedagogi merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat


seni dan sains dalam penyampaian isi kandungan. Proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku adalah melalui interaksi antara guru dan murid, isi
kandungan serta objektif pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran juga
memerlukan guru bijak mengaplikaskan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti
sebagai medium bertujuan untuk memudahkan murid-murid  menerima dan
memahami isi muridan yang disampaikan.

Abad 21 memerlukan para pendidik membuat anjakan paradigma terhadap


kaedah pedagogi mereka di bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Kemahiran
pedagogi abad 21 adalah kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh murid
untuk berdaya saing pada alaf baru. Pengajaran dan pembelajaran abad 21 juga
menuntut agar guru lebih komited dan  kompeten  dalam  pelaksanaan kurikulum
di sekolah. Pengajaran dan penyampaian yang baik dapat menarik minat murid-
murid untuk focus belajar dan juga secara tidak lansung membantu mereka
mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Seseorang guru perlu ada sifat kreatif yang boleh dibentuk melalui
pengalaman yang luas dan juga idea-idea daripada rakan sekerja. Guru perlu
sentiasa mencari idea-idea baru, berinisiatif dan memahami apa dan bagaimana
perlu mengajar serta mengapa dan bagaimana pula murid perlu belajar Matematik.
Ini juga dapat mengubah tanggapan bahawa matamuridan Matematik adalah suatu
yang membosankan kepada suatu yang menarik. Berdasarkan kepada pandangan
dan kenyataan di atas, bolehlah dirumuskan bahawa kaedah pedagogi memainkan
peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu matamuridan yang
berkesan.

1.2 Latar Belakang

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah mengalami perubahan


yang drastik sejak tahun 2011 untuk memastikan kurikulum negara adalah holistik
dan relevan dalam menghasilkan modal insan seimbang yang dapat menangani
cabaran semasa dan masa hadapan. Dalam bidang pendidikan sains dan
Matematik, Matematik merupakan salah satu mata muridan yang penting di mana
penguasaan dan kecemerlangan Matematik menjadi asas kepada sesebuah negara
maju (Hamdan, 2000).
Kepentingan Matematik dalam pendidikan di Malaysia boleh dilihat
apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadikan Matematik
sebagai matamuridan wajib dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2004). Pendidikan rendah juga telah
membimbing murid mengembangkan kemahiran mengira melalui pemikiran
kuantitatif mengikut langkah yang logik (Nik, 1992).

Namun, Matematik selalu dianggap sebagai mata muridan yang sukar


difahami dan membosankan. Murid-murid tidak mahir untuk mengaplikasikan
kemahiran Matematik dalam kehidupan harian. Untuk kemahiran asas Matematik,
operasi tambah, tolak, darab dan bahagi merupakan empat operasi yang perlu
dikuasai oleh murid-murid di sekolah. Dalam pada itu, operasi pendaraban
merupakan salah satu topik yang susah dan sukar dikuasai oleh murid.

Dalam konteks pendidikan rendah, kemahiran pendaraban yang


melibatkan nombor tiga digit dengan dua digit sering dianggap susah dan sukar
dikuasai oleh murid-murid. Dalam kajian oleh Philip (2005), adalah didapati
murid boleh menjawab soalan darab yang melibatkan sebarang nombor empat
digit dengan satu digit tetapi menghadapi masalah dalam soalan yang melibatkan
sebarang nombor dengan nombor dua digit.

Di antara kesalahan yang sering berlaku di kalangan murid adalah semasa


meletakkan nombor dalam bentuk lazim dan ketika proses pengumpulan semula.
Murid juga melakukan kesilapan seperti kesilapan konsep, kesalahan nilai tempat
dan kecuaian dalam mengira semasa membuat pengiraan tentang pendaraban
nombor tiga digit dengan nombor dua digit.

Oleh itu, kaedah baru perlu diguna pakai bagi menambahkan minat dan
meningkatkan kefahaman murid-murid di dalam Matematik. Perubahan cara
kaedah pembelajaran Matematik dapat membantu murid menguasai ilmu
Matematik secara bermakna, berguna dan berkekalan. Menurut Ab. Rahman
(2002), kaedah pembelajaran Matematik yang digunakan seharusnya boleh
menjana kuasa Matematik setiap murid.

1.3 Pernyataan Masalah

Oleh kerana kaedah pengajaran dan pembelajaran kemahiran peradaban


yang diamalkan pada masa kini menggunakan pendaraban bentuk lazim biasa,
menyebabkan murid cepat bosan dan membuatkan mereka kurang berminat untuk
melibatkan diri dalam kelas. Kaedah pendaraban bentuk lazim juga menyebabkan
murid mudah melakukan kecuaian. Guru menggunakan kaedah tradisional dan
penerangan sahaja dalam menjelaskan konsep Matematik akan menyebabkan
murid tidak meminati mata muridan Matematik seterusnya menjurus kepada
kemerosotan dalam pencapaian murid.

Selain itu, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata


muridan itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah
mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat
muridan. Ini bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi
muridan yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan, guru dapat
membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip. Kita memmuridi sesuatu
situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi
satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya
sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu
pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih
dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

Kaedah yang digunakan untuk membantu murid-murid dikenali sebagai


Lattice. Kaedah Lattice, dikenali juga sebagai kaedah kekisi, adalah kaedah yang
telah disebarkan dan digunakan di India dan Parsi pada abad ke-9. Pada zaman
itu, ahli matematik Al-Khawarizmi telah memperkenalkan kaedah ini dan
Fibonacci membawanya ke Eropah (Thomas & Vicki, 2005).
Kaedah ini banyak kelebihannya, antaranya ialah kekisi yang dibina
kelihatan teratur dan kemas. Jika murid-murid terganggu semasa melakukan
pengiraan, mereka boleh meneruskan pengiraan dengan mudah. Susunan kekisi
juga membolehkan setiap hasil darab disemak. Operasi darab dan tambah telah
diasingkan dengan nyata, dan perkara ini dapat mengelakkan kekeliruan murid
dalam penukaran operasi yang berterusan, dan ini mengurangkan kadar kesilapan.

Setiap subjek memerlukan pembuktiaan. Satu cara untuk menerangkan


nilai Matematik adalah melalui sejarahnya. Sejarah tentang apa pun di dunia ini
sangat penting dan diperlukan untuk menunjukkan hubungan di antara yang lalu
dan sekarang. Sejarah ialah pembelajaran tentang masa lepas. Ia menyediakan
ruang maklumat tentang bagaimana manusia dan masyarakat terbentuk. Guru
harus tahu iaitu sejarah Matematik adalah salah satu cabang dalam Matematik
yang harus diintegrasikan dalam pengajaran Matematik.

Sejarah haruslah dimuridi kerana ia sangat penting kepada individu,


masyarakat dan ia juga tinggalan yang berharga. Sejarah Matematik digunakan
untuk menyiasat asal usul Matematik dan secara tak lansung, ia melibatkan
pencarian berkaitan kaedah dan symbol Matematik yang digunakan pada masa
lalu (Stearn, 1993). Ini kerana melalui sejarah kita dapat mengetahui konsep
Matematik yang dibangunkan oleh manusia-manusia yang hebat seperti
Pythagoras, Aryabhata, Euclid, Bhaskara, Bernoulli, Lemma, Gauss dan tamadun-
tamadun.seperti Babylonians, Egypt, Chinese, Arab, Hindus.

Anda mungkin juga menyukai