Anda di halaman 1dari 10

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA & GURU KALI KE-11

SK KANGKAR PULAI 2
Tarikh

: 1 MAC 2014

Hari / Masa

: SABTU (8.30 pagihingga 1.00petang)

Tempat

: DewanBakti, SK KangkarPulai 2.

Kehadiran

: 149 orang

1 UCAPAN YDP PIBG (EN ZULKIFLI BIN BAKAR)


1.1

YDP PIBG Melahirkan rasa syukur kerana dapat mengadakan mesyuarat

PIBG SKKP2 kali ke 11 serta berterima kasih dan mengalu-alukan kehadiran


ibubapa ke mesyuarat kali ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru-guru
yang berusaha gigihuntuk mendidik anak-anak.
1.2

Menurut YDP, dunia pendidikan banyak mengalami perubahan dari semasa

ke semasa dan murid-murid SKKP2 disaran agar memanfaatkan ruang pendidikan


ini dengan merebut peluang serta kemudahan akademik mahupun kokurikulum yang
ada.
1.3

Untuk pengetahuan semua, SKKP2 telahmelahirkan ramai murid-murid yang

berjaya contohnya seperti atlet olahraga, serta sepak takraw kebangsaan dan lainlain lagi. Ini adalah kerana usaha berterusan oleh warga SKKP2 termasuklah para
ibubapa.
1.4

Dewasa ini, anak-anak banyak terlibat dalam pelbagai masalah sosial seperti

menghisap rokok, menuturkan kata kurang sopan serta mempamerkan isyarat lucah
dan sebagainya. Situasi ini amat membimbangkan.Aspek keagamaan perlulah
diterap seiring dengan pencapaian akademik dankokurikulum yang cemerlang.
1.5

Untuk itu di dalammesyuarat Jawatankuasa PIBG sesi 2013/2014, mantan

Tuan Guru Besar,Encik Razali bin Lan ada menyuarakan cadangan untuk membina
sebuah surau untuk kemudahan solat dan setakat hari ini, jumlah kutipan yang

berjaya dikumpul adalah sebanyak RM3,000.00. Untuk makluman, kos keseluruhan


untuk pembinaan surau adalah sebnayak RM230,000.00 hingga RM250,000.00.
1.6

Selain itu, disuarakan juga usul untuk menukarkan murid tahun satu ke sesi

pagi dan usul ini boleh dipertimbangkan setelah surau baru siap dibina kerana bilik
surau yang diguna pakai sekarang boleh dijadikan kelas.
1.7

Rata-rata ibubapa tidaj berpuas hati dengan sistem Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) dan YDP menegaskan bahawa sistem ini masih berada pada
gelombang pertama. Maka, semua pihak harus melihat usaha ini dari sudut yang
lebih luas.
1.8

YDP juga menyarankan pemupukan budaya membaca dan budaya bertanya

serta mahu murid-murid fokus dalam pelajaran untuk kejayaan yang lebih cemerlang
di masa akan datang.
2. Ucapan Tuan Guru Besar (En. HJ JAIS BIN SUDIN)
2.1 Tuan Guru Besar mengalu alukan kehadiran Ibubapa dan ucapan Tahniah
kepada PIBG terhadap Program Mesyuarat Agung kali ke 11, 2014. Juga
mengalukan kehadiran ibubapa penerima hadiah di atas kecemerlangan anak- anak
mereka pada UPSR yang lalu. Kehadiran ibubapa kurang menggalakkan tahun ini
disebabkan faktor tiada perasmi. Namun kehadiran ibubapa merupakan tanda
sokongan, pendorong dan kerjasama kepada guru-guru beriltizam untuk terus
berusaha.
2.2 Tuan Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG, AJK PIBG
daripada segi kewangan, sokongan moral, buah fikiran dan tenaga untuk
merealisasikan impian guru-guru atau pihak sekolah. Tuan Guru Besar juga
mengharapkan teguran, sokongan untuk menjalankan tugas sebagai Guru Besar
yang baharu SK kangkar Pulai 2.
2.3 Tuan Guru Besar juga dalam ucapannya menyatakan bahawa mesyuarat PIBG
ini adalah agenda wajib untuk ibubapa mengetahui aktivit-aktiviti yang dilakukan oleh

pihak sekolah. Selain itu Tuan Guru Besar juga menyatakan bahawa PIBG
merupakan sayap kiri untuk perlaksanaan aktiviti sekolah dan banyak memberi
impak positif pada sekolah.
2.4

Tuan Guru Besar dalam ucapannya juga menyatakan sekolah mempunyai

sasaran yang perlu dicapai dari segi akademik, sahsiah dan kecemerlangan murid.
Melalui program-program yang telah dirancang oleh pihak sekolah akan ada
pencapaian yang akan dicapai melalui sasaran baru pada tahun 2014.
2.5 Tuan Guru Besar juga menyatakan dari segi kehadiran murid sekolah
melaporkan kehadiran murid melalui sistem e-kehadiran kepada KPM setiap 9 pagi.
Kehadiran murid menunjukkan 90% kehadiran setiap hari dan tiada disiplin berat.
Namun masalah disiplin yang berlaku di sekolah perlu ditangani sebelum melarat.
2.6 Seterusnya guru besar menyatakan tentang prestasi murid dalam pertandingan
peringkat negeri dan kebangsaan. Baru ini sahaja Kejohanan Olahraga peringkat
Zon Selatan telah dimenangi oleh sekolah dan murid terpilih layak pula mewakili
sekolah diperingkat Daerah Kulaijaya.
2.7 Tuan Guru Besar juga dalam ucapannya lagi menyatakan bagaimana cara yang
sepatutnya untuk mencapai matlamat adalah dengan tanggungjawab ibubapa
sendiri memberi kerjasama terhadap program-program yang dijalankan oleh pihak
sekolah untuk peningkatan prestasi anak-anak dari segi akademik, sahsiah,
kehadiran dan kecemerlangan hingga anak-anak ini mewakili apa jua acara dari
peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan.
2.8

Tuan Guru Besar menyatakan, matlamat yang ingin dicapai oleh pihak

sekolah adalah murid yang bukan sahaja berilmu tetapi berjasa pada agama. Hal ini
perlu ditetapkan sasarannya.Pihak sekolah juga sentiasa memastikan keselamatan
murid terjaga, namun begitu lalu lintas di luar sekolah adalah diluar bidang kuasa
dan perbincangan dengan PIBG telah dilaksanakan untuk penyelesaian masalah ini.
2.9

Ucapan beliau lagi adalah mengenai aktiviti-aktiviti untuk perkembangan

sahsiah murid yang dijalankan oleh pihak sekolah antaranya ialah Program Tazkirah

dan Bacaan Yassin pada setiap pagi Khamis dan setiap hari Ahad hingga Rabu
sebelum P&P anak-anak yang beragama islam akan berselawat. Namun semua ini
belum mencukupi dan merupakan tanggungjawab ibubapa menyambung didikan
dirumah. Begitu juga untuk penglibatan anak-anak dalam kokurikulum perlunya
disiplin untuk anak-anak tentang pemakaian beruniform pada setiap hari rabu.
2.10

Seterusnya Tuan Guru Besar menyatakan pentingnya sebaran mengenai

teknologi terkini kepada anak-anak namun masih perlu bimbingan ibubapa


contohnya telefon bimbit agar tidak disalahgunakan.
2.11

Sebagai penutup, Tuan Guru besar mengucapkan tahniah dan terima kasih

kepada pihak PIBG dan AJK guru-guru mengenai perlaksanaan mesyuarat PIBG
walaupun kehadiran ibubapa tidak menggalakkan. Maaf dipohon terhadap apa yang
beliau ucapkan juga dalam perlaksanaan tangungjawab beliau terhadap anak-anak
SKKP2.
3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-10
3.1

Setiausaha PIBG 2012/2013, Puan Muslimah Binti Muhammad Noh


membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-10

3.2 Pn Noraini Binti Abdullah mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung disahkan
dan disokong oleh Pn Yusnani Binti .Talib
Tindakan: Setiausaha PIBG
4. Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan PIBG kali ke 10
4.1 membentangkan Penyata Kewangan sesi 2012/2013
4.2 Pn. Salmaliza Binti Selamat mencadangkan penyata kewangan disahkan dan
dan disokong oleh Pn Roslina Binti Md Zain.
Tindakan : Bendahari PIBG
5. Pembahasan Usul
5.1 Usul 1 daripada En Mohd Nida b. Yacob beliau mencadangkan supaya pihak
sekolah melaksanakan sehari dalam seminggu English Day untuk menggalakkan
pelajar menggunakan bahasa kedua dengan lebih berkesan.

(Respon GB: akan berbincang dengan Panitia Bahasa Inggeris. Perlaksanaan ini
memerlukan kerjasama antara guru dan murid)
Tindakan: Guru Besar & Panitia BI
5.2 Usul 2 daripada En Henry Davessy mencadangkan pihak sekolah mengadakan
kelas bahasa tamil untuk pelajar bukan Islam.
Usul 3 daripada En A.Pasupathy mencadangkan pihak sekolah mengadakan kelas
bahasa tamil pada waktu bahasa arab.
Usul 4 daripada En Ramespapu a/l Sockalingam mencadangkan supaya pihak
sekolah memantau dan menyelesaikan masalah kelas bahasa arab bagi muridmurid bukan islam.
(Respon GB: Usul 2, 3 dan 4: Bagi tahun 1 hingga 4 pelajar tamil telah diadakan
bahasa tamil ketika waktu bahasa arab.Bagi tahun 5 dan 6 bahasa tamil di ajar di
luar waktu PnP
Tindakan : Guru Besar dan Guru Matapelajaran
5.3

Usul 5 daripada Pn Haslizayati bt Abd Hamid mencadangkan supaya

membenarkan murid-murid berehat di kantin untuk makan sebelum kelas tambahan


murid tahun 6 bermula.
(Respon GB: Waktu rehat pastikan murid makan makanan yang mengenyangkan
kerana pihak sekolah khuatir ada murid yang mengambil kesempatan seperti
ponteng kelas tambahan dan bermain. Pihak sekolah juga tidak mahu murid datang
lewat ke sekolah agama.
Tindakan : Guru Besar dan Ibu Bapa
5.4

Usul 6 daripada En Baharudin b. Osman mencadangkan pihak sekolah

mengadakan program anak angkat kepada semua peralatan pencegahan kebakaran


seperti peti hose reel dan tabung ABC di setiap kawasan sekolah. Tujuan program
ini agar peralatan tersebut setiap terjaga.

(Respon GB : Pihak sekolah wajib menyelenggara peralatan tersebut 2 kali


setahun. Pihak sekolah akan cuba membuat hubungan baik dengan pihak bomba
agar murid-murid dapat didedahkan dengan cara-cara menghadapi kebakaran.
Tindakan: Guru Besar
5.5 Usul 7, En. Zamsari Bin Masrin mengusulkan untuk memperkemaskan lagi
kawalan keluar masuk kenderaan semasa waktu pulang terutama sewaktu hujan.
(Respon YDP: Pekara ini diluar kemampuan pihak PIBG kerana tempat menunggu
telah disediakan namun mengenai kesesakkan akan dibincangkan dengan pihak
MPJBT)
Tindakan: YDP PIBG
5.6 Usul 8, En. Husin Bin Othman mengusulkan supaya pihak sekolah menjalinkan
hubungan erat dengan pihak berkuasa temptan contohnya pihak polis bagi
membentuk masyarakat sifar jenayah.
(Respon YDP: Kerjasama antara pihak sekolah dan juga polis sentiasa berlaku
dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan di sekolah namun jika di luar sekolah itu
merupakan tanggungjawab ibubapa atau masyarakat terhadap keprihatinan dalam
membanteras jenayah.)
Tindakan: Guru Besar dan Ibu Bapa
5.7

Usul 9, Pn. Noraini Bt. Abdullah dalam usulnya mengharap pihak sekolah

membenarkan ibubapa untuk melihat Fail Perkembangan Murid.


(Respon GB: Untuk melihat Fail perkembangan murid ibubapa perlu berhubung
dengan pihak sekolah dan membuat temujanji untuk pihak sekolah menunjukkan fail
tersebut.)
Tindakan: Guru Kelas dan Guru Matapelajaran
5.8

Usul 10, usul 11 dan Usul 12, sila rujuk usul 5,telah dibahaskan dalam usul 5.

5.9

Usul 13.1 dibawa oleh Puan Fauziah binti Abd. Rahim yang mencadangkan

kelas tambahan untuk matapelajaran Bahasa Arab sama ada secara berbayar atau
percuma.
(Respon GB: Tuan Guru Besar meminta Puan Muliana binti Ali selaku guru J-QAF
Bahasa Arab untuk memberi respon.)
(Respon Puan Muliana Ali, Guru J-QAF Bahasa Arab : Silibus Bahasa Arab yang
diguna pakai sekarang sudah mencukupi dan mampu untuk membantu murid-murid
mempelajari bahasa tersebut jika murid-murid fokus di dalam kelas. Namun, jika
terdapat ibubapa yang prihatin terhadap pencapaian anak-anak, bolehla untuk
menghantar anak-anak ke pusat tusyen lain kerana guru J-QAF menghadapi
kesulitan masa untuk menyediakan kelas tusyen.)
Tindakan: Guru Bahasa Arab dan Ibu
Bapa
Usul 13.2 juga dibawa oleh Puan Fauziah binti Abd. Rahim yang mencadangkan
pihak kantin sekolah untuk mengurangkan kuantiti ketulan ais untuk minuman
berais.
(Respon GB: Isu ini terlalu subjektif kerana murid-murid mempunyai permintaan
yang berlainan. Maka, dicadangkan murid-murid untuk membawa bekal air minuman
dari rumah.)

Tindakan: Ibu Bapa

Usul 13.3 juga dibawa oleh Puan Fauziah binti Abd. Rahim yang mencadangkan
pihak sekolah untuk menerapkan budaya membaca dalam kalangan murid-murid
terutama pada waktu lapang.
(Respon YDP: Berdasarkan pemantauan, terdapat sebahagian murid-murid yang
membaca buku dan menyiapkan kerja sekolah sewaktu waktu lapang mereka
terutaman di Laluan Bakti sewaktu menunggu gilirang masuk ke kelas. Usaha
pemantapan akan dilakukan dengan kerjasama guru dan ibubapa.)
Tindakan: Guru dan Ibubapa
5.10

Usul 14 oleh Encik Zamri bin Hamzah yang mencadangkan untuk diadakan

peperiksaan pertengahan dan akhir tahun memandangkan pemansuhan PBS.

(Respon GB: PBS dimansuhkan sehingga April 2014 dan sehingga tempoh
berkenaan pihak sekolah perlu mematuhi arahan Kementerian Pendidkan Malaysia.
Perkara ini bukan di bawah bidang kuasa pihak sekolah.)
5.11

Usul 15 dicadang oleh Encik Mohd Nazar bin Kamali. Usul mencadangkan

agar Kedai Buku Sekolah dapat meningkatkan jualan alatan dan buku-buku
tambahan serta masa berniaga yang tetap.
(Respon GB: Kedai Buku Sekolah membat operasi jualan sebanyak empat kali
sehari iaitu pada seawal waktu pagi, waktu rehat sesi pagi, waktu tengah hari dan
waktu rehat sesi petang. Walaubagaimanapun usul untuk memanjangkan waktu
perniagaan akan diajukan kepada pihak pengusaha kedai. Berhubung penjualan
buku tambahan dan alat tulis, ianya telah termaktub dalam perjanjian di antara pihak
pengusaha dan pihak sekolah bahawa bahan jualan adalah terkawal.)
Tindakan: Pengusaha Kedai Buku
5.12

Usul 16 oleh Puan Nanthini A/P Santhatan mencadangkan agar yuran PIBG

dikurangkan.
(Respon YDP: Bayaran yang dikenakan adalah mengambil kira kos pembangunan
serta kos untuk menjalankan pelbagai aktiviti sekolah ke arah kecemerlangan. Jika
terdapat keluarga yang tidak mampu membayar, bolehlah berhubung dengan pihak
sekolah.)
(Respon GB: Bayaran yang dikenakan bukanlah berbentuk yuran, tetapi adalah
berbentuk sumbangan. Sumbangan RM50.00 setahun dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu dana pembangunan sekolah dan PIBG. Dimaklumkan juga bahawa
ibubapa boleh membayar sumbangan tersebut secara ansuran. Untuk makluman,
guru-guru yang bujang serta tiada anak di sekolah ini juga diwajibkan untuk
menyumbang.)
Tindakan: Ibubapa

5.13

Puan Salmaliza binti Selamat mengemukakan cadangan sumbangan

RM50.00 dikekalkan untuk sesi 2014/2015 dan disokong oleh Puan Roslina bint Mat
Zain.

Tindakan: Bendahari PIBG

6. Pembubaran AJK PIBG sesi 2013/2014


YDP mengumumkan pembubaran AJK. Beliau mengucapkan terima kasih atas
sumbangan dan komitmen yang ditunjukan oleh AJK PIBG
7. Perlantikan AJK PIBG 2014/2015
.Mesyuarat diteruskan dengan perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2014/2015
yang dipengerusikan oleh pengerusi sementara, Puan Tuty Asma binti Abu bakar.
7.1

Perlantikan AJK PIBG yang baru adalah berdasarkan undian.

7.2

AJK dikalangan guru dilantik oleh pihak sekolah.

7.3

Mesyuarat Agung

telah

membubarkan

ahli

jawatankuasa

sesi

2013/2014 dan melantik AJK PIBG sesi 2014/2015 berkuatkuasa pada


1 Mac 2014.
7.4

Senarai AJK PIBG sesi 2014/2015

SENARAI NAMA AJK PIBG SESI 2014/2015 SK KANGKAR PULAI 2


PENASIHAT

: TUAN HAJI JAIS BIN SUDIN

YANG DIPERTUA

: ENCIK MOHD NIDA BIN YACOB

NAIB YANG DIPERTUA

: MOHD AZIZI BIN KHALISON

SETIAUSAHA

: PUAN DEWI HARTATI BINTI MOHD. SIDEK

BENDAHARI

: PUAN AISHAH BINTI ABDULLAH

AJK GURU

: 1. PUAN SAZURA BINTI BOHARI


2. ENCIK KAMARUL ARIFFIN BIN KHAMIS
3. ENCIK MOHD KHAIRI BIN ABDUL JABBAR
4. PUAN NORAZITA BINTI ABDUL AZIZ

AJK IBUBAPA

: 1. PUAN SALMALIZA BINTI SELAMAT


2. PUAN NURUL AZHANI BINTI HJ ABD KADIR
3. PUAN NOR HAPILAH BINTI BUSU
4. PUAN ROSIDAH BINTI AHMAD
5. ENCIK AJAH MADIM @ MAIDEEN BIN MOHAMED

6. PUAN NUR RAHMAH BINTI KASMON


JURUAUDIT

: 1. PUAN FARIDAH BINTI AHMAD


2. PUAN SHIVAMESWARAMBA @ SHIVAMES

PEMEGANG AMANAH

: 1. TUAN HAJI JAIS BIN SUDIN


2. ENCIK MOHD NIDA BIN YACOB

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

....................................................

...........................................

(DEWI HARTATI BINTI MOHD SIDEK)


Setiausaha Kehormat PIBG

(EN. MOHD NIDA BIN YACOB)


Yang Dipertua PIBG

SK Kangkar Pulai 2

Anda mungkin juga menyukai