Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM VLE FROG TAHAP 1

2018

SK KANGKAR PULAI 2

ANJURAN:
UNIT ICT SK KANGKAR PULAI 2
____________________________________________________
1.0 PENDAHULUAN

Program Pertandingan VLE FROG ini adalah salah satu aktiviti Kurikulum yang
dianjurkan oleh gabungan panitia dan Kelab Komputer SK Kangkar Pulai 2, Johor
Bahru. Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua semua murid SK
Kangkar Pulai 2. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kurikulum dan
kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam
kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti ini bakal
diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam era teknologi kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mahir dengan
pengetahuan komputer sejajar usaha KementerianPelajara Malaysia yang ingin
melahirkan murid yang berteknologi maklumat. Ianya bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan diri serta menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar mengenai
komputer. Pelbagai pertandingan akan dijalankania bertujuan agar kemahiran dan
kefahaman komputer serta Program anjuran KPM FROG VLE dapat ditonjolkan dan
dapat diaplikasi dalam rutin seharian.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan pengetahuan IT dalam kalangan pelajar dalam bentuk riadah


dan rekreasi.
3.2 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan.
3.3 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang
bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.5 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh : 1 April 2018


4.2 Tempat : Makmal Komputer SK Kangkar Pulai 2

5.0 PERASMIAN

Cadangan perasmi adalah Guru Besar SK Kangkar Pulai 2. Tn Hj Jais b Sudin .


Guru Besar SK Kangkar Pulai 2 akan diberi peluang memberi ucapan ringkas,
merasmikan program ini serta menyampaikan hadiah kepada pemenang.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

6.1 Terbuka kepada semua murid


7.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Hj. Jais b Sudin (Guru Besar SKKP2)

Timb. Pengerusi : En. Abdul Rahim b Ali (GPK1)

Naib Pengerusi : En, Rashid bin Takim (GPK HEM)

Pn Masnita bt Mohd Arif (GPK KOKURIKULUM)

Pn Sarimah bt Mohmi (GPK PETANG)

Penyelaras Program : En. Kamarul Ariffin Bin Khamis

AJK kerja : Cik Norasnita bt Mat Yusoh

Cik Nursyuhada bt Saidy

Tn Syed Abu Bakar b Syed Akhir


8.0 PERBELANJAAN

KOS SEUNIT JUMLAH


BIL PERTANDINGAN ITEM
(RM) KOS (RM)

1 Hadiah Tempat 1hingga 3 RM7.00 126.00


pertandingan dalam setiap aliran. untuk 1 set
murid kerap (Tahun1, Tahun 2, alat tulis
mengakses VLE Tahun 3, Tahun 4,
Frog. Tahun 5 dan Tahun (RM 7.00 x
6) 18 orang)

2 Hadiah Tempat 1hingga 10 RM7.00 126.00


pertandingan dalam setiap aliran. untuk 1 set
murid paling lama (Tahun1, Tahun 2, alat tulis
mengakses VLE Tahun 3, Tahun 4,
Frog. Tahun 5 dan Tahun (RM 7.00 x
6) 18 orang)

3 Hadiah Tempat 1hingga 15 RM8.00 80.00


pertandingan dalam setiap aliran. untuk 1 pensil
menjawab soalan (Tahun 4, Tahun 5 warna
tentang VLE Frog dan Tahun 6)
. (RM 8.00 x
10 orang)
JUMLAH RM332.00
9.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam
program ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu,
kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………… . .................................................
(EN KAMARUL ARIFFIN BIN KHAMIS) (TN HJ JAIS B SUDIN)
Penyelaras ICT, Guru Besar
SK KangkarPulai 2 SK KangkarPulai 2

Anda mungkin juga menyukai