Anda di halaman 1dari 6

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-38 TAHUN 2022

Tarikh : 25/06/2022

Hari : Sabtu

Masa : 9.00 pagi

Perasmian oleh : Dato’ Mohamed Zin bin Yusop

( Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak )

Agenda :

8.30 pagi : Pendaftaran

9.00 pagi : Ketibaan tetamu jemputan/perasmi

9.15 pagi : Nyanyian Negaraku , bacaan doa, ucapan YDP PIBG, tayangan video montaj,

Ucapan perasmian.

10.00 pagi : Membentang minit mesyuaratAgung PIBG kali ke-37

Membentang laporan aktiviti tahunan PIBG sesi 2021/2022

Membentang penyata kewangan PIBG

Membahaskan usul dan cadangan

Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023

Pemilihan AJK PIBG sesi 2022/2023

Pemilihan Juruaudit Dalaman PIBG sesi 2022/2023

Ucapan penangguhan

Cabutan bertuah

12.00pagi : Bersurai

AGENDA 1

UCAPAN YDP PIBG (Pn. Safrina Irda binti Sahruddin)

- Terima kasih kepada Dato’ dan semua yang hadir


- Mac 2021- Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG berjaya menganjurkan Program Berkhatan
Perdana. Seramai 10 orang murid terlibat. Idea daripada GB. Dapat sumbangan daripada
Dato’ Mohd Zin bin Yusop.
- Penambahbaikan sekolah sedang dijalankan dan akan berlaku dari masa ke semasa.
- Mengucapkan terima kasih atas pengorbanan guru. Berharap mesyuarat pada hari ini
berjalan lancar dan dapat pandangan dan cadangan daripada ibu bapa demi kecemerlangan
murid di sekolah ini.
AGENDA 2

UCAPAN PENASIHAT ( EN. KAMAL BIN ABDUL RAHMAN)

- Bersyukur kerana mesyuarat dapat dijalankan pada hari ini. Dalam mesyuarat ini nanti, kita
akan berbincang tentang keperluan murid, apa yg guru perlu berikan dan sebagainya demi
kecemerlangan murid di sekolah ini.
- Semua guru sentiasa bekerjasama untuk kemajuan sekolah. GB yakin anak-anak murid di
sekolah ini akan dapat dibentuk menjadi pemimpin masa hadapan. Tanggungjawab guru
mendidik anak-anak untuk masa depan.
- Terkini tiada sistem peperiksaan dan diganti dengan PBD.murid dinilai secara menyeluruh.
Pihak sekolah banyak buat aktiviti untuk penilaian murid. Bukan sahaja dari segi akademik,
tapi dari segi sahsiah juga.
- Pihak sekolah sentiasa prihatin dengan masaalah murid. Ibu bapa boleh datang ke sekolah
dan berbincang sekiranya ada perkara berbangkit /masalah.
- SKAHL berada di satu tahap yang tinggi hasil kerjasama semua pihak. Penglibatan murid di
sini berada pada 5 yang terbaik dikalangan sekolah besar yg ramai muridnya.
- Bilangan murid di sini semakin ramai. Enrolmen murid terkini telah mencapai 153 orang
murid.
- Dalam bidang akademik berada dalam zon terbaik juga. Kebanyakan murid berada Tahap
TP3 dan ke atas.
- Terima kasih atas kerjasama ibu bapa murid dalam pelaksanaan PDPR lalu.Sekolah telah
buat beberapa intervensi penambahbaikan supaya lebih ramai murid terlibat dalam PDPR.
Bawa adiwira Spiderman masuk kelas.
- Melaksanakan amalan baik. SKAHL diangkat PPD Kinta Selatan. Amalan baik PDPR itu telah
dibawa juga ke JPN (peringkat negeri) dan k e peringkat Kebangsaan juga. Terkini ke
peringkat Asia Pasifik.
- Banyak sekolah berminat dengan program ini dan minta berkongsi dengan mereka.
- SKAHL telah menerima pengiktirafan Internal Book Of Record dan Asia Book Of Record.Sijil
penghargaan tertinggi dalam program yang dijalankan. Murid yg menerima sijil ini pd 2020,
simpan kerana penting sekiranya mohon SBP.
- Pencapaian lain, contoh dalam bidang sukan juga meningkat. Dalam acara larian, jemputan s
sekolah sukan SJKT Tamil Kampar baru-baru ini, acara 4x100m pasukan lelaki, berjaya dapat
tempat ke-3 antara 4 buah sekolah.
- Kebitaraan sekolah iaitu pasukan Ukulele di bwah pimpinan Ustaz Mohd Haziq.Setiap
minggu ada latihan ½ jam selepas waktu sekolah. Walaupun tak sampai setahun ditubuhkan,
sudah buat beberapa persembahan di hotel. Satu lagi kemenjadian murid.
- Pasukan pancaragam sekolah juga ditubuhkan. Sedang mencari tajaan untuk pakaian
seragam. Akan berusaha yang terbaik demi kecemerlangan sekolah.
- Ucapan terima kasih dan penghargaan atas kepercayaan ibubapa . Pihak sekolah sentiasa
berusaha kearah kecemerlangan. Doakan guru-guru SKAHL dapat melakukan yang terbaik
untuk anak didik di sekolah ini.

TAYANGAN VIDEO MONTAJ


AGENDA 3 : UCAPAN PERASMIAN OLEH DATO’ MOHD ZIN BIN YUSOP

- Bersyukur kepada Ilahi kerana dapat datang ke majlis ini. Terima kasih atas jemputan pihak
sekolah untuk merasmikan mesyuarat PIBG pada hari ini. Mengucapkan tahniah kepada GB
selaku penasihat PIBG atas kecemerlangan sekolah.
- Beliau memaklumkan, walaupun ada jemputan lain ke majlis perasmian Koperasi Jabatan
Hutan sendiri, tapi beliau memilih dan mengambil kesempatan ke sini, kerana banyak
kenangan beliau di sekolah ini. Beliau telah bersekolah di sini sekitar tahun 70-an dulu.
- Mesyuarat Agong PIBG mesti dijalankan setiap tahun untuk wujudkan permuafakatan antara
guru-guru dan ibu bapa demi meningkatkan prestasi murid. Murid-murid hendaklah dididik
menjadi insan yang berakhlak mulia dan berjaya dunia akhirat.
- Peranan ibu bapa amat besar dalam pendidikan anak-anak dan tidak hanya menyerahkan
tanggungjawab mendidik kepada guru sahaja. Ibu bapa mesti disiplinkan anak-anak mereka.
- Tafsiran berjaya bukan hanya pada pencapaian cemerlang dalam akademik sahaja, tapi pada
penghayatan dan amalan berterusan dalam bidang agama juga agar berjaya di duni a dan
akhirat.
- Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dan orang yang paling mengenali anak-anak
masing-masing. Disiplinkan anak-anak dengan akhlak dan amalan mulia. Ibu bapa perlu
memantau anak-anak mereka. Contoh penggunaan telefon. Manakala guru-guru pula,
diamanahkan memberi pendidikan terbaik kepada murid di sekolah.
- Kenali murid bermasalah dan yang berbakat dalam bidang tertentu.
- Mengucapkan tahniah atas program yang dianjurkan oleh sekolah dalam kurikulum,
kokurikulum dan sukan.
- Beliau merasmikan mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 dengan lafaz ‘
Bismillahirrahmanirrahiim’

AGENDA 4 : MEMBENTANG MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37

- En. Muhammad Firdaus b. Mohd Rasidi selaku setiausaha menjelaskan mesyuarat Agung
PIBG tahun lalu dijalankan secara google meet.
- Ketika itu, 2 mesyuarat disekalikan iaitu 2020 & 2021.
- Minit mesyuarat lalu dalam bentuk anyflip telah dimasukkan dalam whatsApp kelas anak
masing-masing. Ibu bapa boleh membacanya di situ.
- Pn. Masitah binti Said mencadangkan agar minit mesyuarat tahun 2020 & 2021 diterima dan
disahkan.
- Pn. Yusliza binti Yaacob menyokong cadangan tersebut.

AGENDA 5 : PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN PIBG SKAHL BERAKHIR 31 MAC 2021.

- Pembentangan penyata kewangan dilakukan oleh En, Muhammad Firdaus mewakili Pn. Siti
Robiatul Adawiyah binti Syed Abdullah (Bendahari) yang tidak hadir kerana ada urusan
penting yang tidak dapat dielakkan di Johor.
- En. Saiful Azmi bin Ahmad mencadangkan agar penyata kewangan tahun 2020 & 2021
diterima dan disahkan.
- En. Rahmad bin Hamid menyokong cadangan tersebut.

AGENDA 6 : PERBAHASAN & MENETAPKAN SUMBANGAN PIBG 2022/2023


- En. Muhammad Firdaus menjelaskan tiada kutipan sumbangan PIBG pada tahun 2020 &
2021.
- Sumbangan PIBG pada tahun 2019 (kutipan terakhir sebelum ini) adalah seperti berikut:
- Sumbangan PIBG ( satu keluarga ) = RM 30.00
Program Peningkatan Akademik RM 30.00
Keceriaan Kelas = RM 5.00
JUMLAH = RM 65.00
- Guru Besar menjelaskan pada tahun ini, banyak acara sukan disertai oleh murid-murid.
Yuran penyertaan agak mahal. Sehubungan itu, Guru Besar mencadangkan kutipan RM10.00
untuk aktiviti sukan setiap keluarga.
- Cadangan disokong sebulat suara.
- Kesimpulannya :
- Sumbangan PIBG ( satu keluarga ) = RM 30.00
Program Peningkatan Akademik RM 30.00
Keceriaan Kelas = RM 5.00
Sukan = RM 10.00
JUMLAH = RM 75.00

-Kutipan sumbangan PIBG tahun 2022/2023 ialah RM 75.00

- En. Mohd Fauzi bin Haron mencadangkan agar kutipan sumbangan PIBG 2022/2023 sebanyak
RM75.00 diterima.

- En. Yossri bin Yusof menyokong.

AGENDA 7 : MEMBAHASKAN USUL DAN CADANGAN

- USUL 1 : Pn. Hayati ( ibu Muhammad Qoyyum Ramadan tahun 2F)


Pemberian susu kotak sekolah (RMT) Pn. Hayati mencadangkan agar susu full cream ditukar
kepada perisa coklat. Menurut beliau, anaknya dan ramai yang tidak suka dengan susu full
cream.
Jawapan : En. Muhammad Firdaus (HEM) menjelaskan pihak sekolah tidak ada kuasa untuk
menetapkan perisa susu. Terima apa yang dihantar ke sekolah. Walau bagaimanapun. Pihak
sekolah akan membuat pertanyaan kepada PPD.

- USUL 2: Pn. Anida ( ibu Nor Idzni Khaliesyah tahun 5 )


Isu: Makanan di kantin perlu diperbanyakkan.
Maksud beliau, menu untuk harga budget (contoh nasi budget) perlu dibanyakkan supaya
lebih ramai murid boleh membelinya.

Jawapan : Pn. Safrina Irda


Menu banyak. Makanan budget , contohnya nasi budget memang sikit. Tapi pihak kantin
banyak jual makanan harga rendah iaitu rm 1.00 sahaja, tapi tak habis. Nasi budget harganya
tinggi sikit iaitu rm2.00 tapi memang habis. Sedikit mahal kalau diikutkan.
Guru Besar (En. Kamal bin Abdul Rahman)
Ada murid yang dapat RMT tapi tidak ambil makanan yg disediakan. Untuk pengetahuan
semua, ada 20 menu ditetapkan oleh kementerian yang berharga RM2.50.
Disamping itu, ada juga murid bukan RMT, yang berminat dan nak ambil makanan RMT
tersebut. Setakat ini, seramai 41 orang murid yang dapat RMT. Walau bagaimanapun,
sekiranya lebih, makanan tersebut akan diberikan kepada murid lain.

GB menjelaskan, pemberian bantuan berdasarkan pendapatan ibu bapa dalam APDM. GB


minta ibu bapa isi dengan betul.
Bantuan zakat , ibu bapa yang layak boleh dapatkan borang di pejabat Agama. Selepas itu, isi
borang dan datang ke sekolah untuk pengesahan Guru Besar.

AGENDA 8 : PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2021/2022.

- Pembubaran AJK PIBG Sesi 2021/2022 oleh Pn. Safrina Irda.


- Pn. Yusliza binti Yaacob mencadangkan agar pembubaran tersebut disokong dan diterima.
- Pn. Nurhidayah bt. Ismail menyokong cadangan itu.

AGENDA 9 : PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2022/2023

YDP : PN. SAFRINA IRDA BINTI SAHRUDDIN

NAIB YDP : EN. RAHMAD BIN ISMAIL ( bapa Ramia Fariesha tahun 6)

SETIAUSAHA : EN. MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD RASIDI

BENDAHARI : PN. SITI ROBIATUL ADAWIYAH BINTI SYED ABDULLAH

AJK IBU BAPA:

1. EN. SAIFUL AZMI (bapa Sophie El-Aishah Tahun3)


2. EN. AZMI BIN MOHAMED RASHID (bapa Azfar tahun 6)
3. PN. ANIDA BINTI ZAN ( emak Nor Idzni Khaliesyah tahun 5)
4. PN. NORA BINTI DIN
5. PN. NORLIZAH (EMAK Afif Irfan tahun 5)
6. PN. NOR AZLIN(emak Hafiy Darwish tahun 2F)
7. EN. MOHD SHAFIQ ( bapa Haziq Hakim)
8. PN. YUSLIZA BINTI YAACOB
9. PN. INDAH AZRILA BINTI ARRZEMI (emak Mya Qasrina Tahun 6)
10. En MOHD ZAKI ( bapa Afiq tahun 2K)

AJK GURU :

1. EN. MUHAMMAD SOBRI BIN ABDULLAH


2. PN. HASNATUL BAIZURAH BINTI ZAINAL ABIDIN
3. EN. MUHAMMAD HAKIM BIN NOOR AZLAN
4. PN. ROSNITA BINTI JASIN
JURU AUDIT DALAMAN:
1. EN. MOHD SHUKRI
2. PN. NUR HIDAYAH

HAL-HAL LAIN

- Tiada

UCAPAN PENANGGUHAN (GURU BESAR)

- GB mengucapkan tahniah kepada AJK baru. Semoga dapat meneruskan kerjasama bantu
sekolah.
- Teruskan kesinambungan AJK lama. PIBG sekolah ini adalah salah satu daripada Sekolah
Kebangsaan yang dipilih dalam Program Rintis untuk PIBGKS.

Mesyurat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Cabutan bertuah & bersurai.

Anda mungkin juga menyukai