Anda di halaman 1dari 3

Penggunaan lipatan kertas dalam pecahan setara.

1. Menyediakan jalur kertas 15cm x 3cm dan jalur kertas edar kepada murid. 2. Minta murid melakukan aktiviti lipatan kertas mengikut arahan bantuan slaid. I. II. III. IV. V. VI. Lipat kertas 1 kepada setengah. Minta mewarna daripada jalur kertas. Lipat jalur kertas 2 kepada 4 bahagian dalam saiz yang sama. Minta mewarnakan 2/4 daripada jalur kertas. Lipat jalur kertas 3 kepada 8 bahagian yang sama saiz. Minta mewarnakan 4/8 daripada jalur kertas.

3. Membuat perbandingan terhadap ketiga-tiga jalur. Ia dapat dilihat dengan jelas melalui jalur kertas diwarnakan. 4. Diminta membina jalur kertas untuk menghasilkan pecahan setara yang lain. Kelebihan 1. Dapat melakukan aktiviti secara hands on 2. Seronok dan meningkatkan minat murid. 3. Kawalan kelas baik. 4. Melibatkan diri secara aktif. 5. Mengabungkan aktiviti hands on dengan multimedia memberi hasil yang baik. 6. Melibatkan deria melihat, mendengar, menyentuh dapat mengstrukturkan idea atau konsep yang diajar. Kelemahan 1. Tidak sesuai kepada semua golongan murid. 2. Murid pintar berasa bosan.

Penggunaan Jalur pecahan untuk menguasai pecahan setara.

1. Menyuruh mencari perkaitan diantara jalur. 2. Mengedar set jalur yang tidak diwarnakan dan menyuruh mereka mengetogerikan. 3. Murid diminta mengkategorikan jalur mengikut kaitan yang dicari. 4. Dengan mengetagorikan dapat perhati One whole / jalur pecahan sama dengan semua bahagian dalam setiap jalur pecahan ini dibelah 2 dengan adanya garisan ditengahtengah jalur. 5. Menerusi warna dan kategorikan jalur percaya bahawa murid sedikit mengetahui hubungan pecahan. 6. Menerangkan maksud pecahan setara dan bina konsep guna jalur pecahan. 7. Meminta perhati perkaitan ada pada jalur pecahan bahagian yang sama dalam 2 jalur merupakan pecahan setara. 8. Meminta murid mencari pecahan setara mungkin dapat dengan jalur pecahan. 9. Memanggil murid dan berkongsi pecahan setara yang dijumpai 10. Memberi latihan pengukuhan secara 2 peringkat. I. II. Kelebihan 1. Dapat menguasai konsep pecahan setara dengan senang. 2. Menerusi lembaran menunjukkan perkembangan dan berjaya menguasai konsep pecahan setara. 3. Dapat menyatakan pecahan setara yang ditanya dengan betul. 4. Menarik minat murid. 5. Kawalan kelas baik. 6. Meningkatkan minat dan semangat tinggi dalam P&P. Kelemahan 1. Jika lukis jalur dengan salah murid akan mengeliru dan miskonsepsi berlaku. 2. Murid yang tidak memberi perhatian penuh tidak dapat menguasai teknik ini. Peringkat 1: guna jalur pecahan sebagai rujukan untuk menjawab. Peringkat 2: latihan tidak dibenarkan merujuk set jalur pecahan.

Konsep telur dalam pecahan wajar dan tak wajar

1. Bekas telur yang berlubang dibelah kepada dua bahagian yang sama rata. 2. Menyediakan bola kertas yang diperbuat daripada kertas berwarna yang telah digunakan. 3. Sediakan satu bekas telur ayam dan 8 biji bola kertas kepada setiap murid. Sekiranya tidak mencukupi murid boleh berkongsi menggunakan ABM namun dalam jumlah ahli kumpulan yang tidak terlalu ramai. 4. Jelaskan kepada murid jumlah lubang akan dijadikan sebagai denominator ataupun penyebut. Manakala jumlah bola kertas yang digunakan sebagai numerator ataupun pengangka. 5. Murid dijelaskan bahawa setiap bola kertas adalah membawa pecahan yang sama sekiranya dimasukkan ke dalam lubang telur 6. Menunjukkan angka bawah 8 adalah pecahan wajar. 7. Menunjukkan angka lebig daripada 8 adalah sebagai pecahan tak wajar.

Kelebihan 1. Murid memahami konsep pecahan wajar dan tak wajar dengan jelas. 2. Murid dapat menyatakan pecahan wajar numerator kurang daripada denominator dan pecahan tak wajar numerator besar daripada numerator. 3. Aktiviti hands on dan murid melibatkan diri secara aktif. 4. Pembelajaran secara permainan menarik minat murid.

Anda mungkin juga menyukai