Anda di halaman 1dari 3

Laporan Karnival Bahasa Cina Tahun 2016 Pertandingan Kaligrafi

Pada 18 April 2016, persatuan bahasa Cina telah mengadakan Karnival Bahasa
Cina tahun 2016 yang bertema Language Bling Bling di Dewan Munsyi Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim pada pukul 2.30 petang. Warga-warga
Kampus Sultan Abdul Halim yang dijemput untuk hadir adalah seramai 100 orang yang
ialah para pensyarah dan pelajar. Tujuan aktiviti ini untuk menyatupadukan warga-warga
kampus dan meningkatkan kefahaman mereka terhadap kebudayaan Tiong. Matlamat
dan tujuan tersebut telah tercapai.

Salah satu aktiviti pada hari tersebut ialah pertandingan kaligrafi. Pelajar-pelajar
yang ingin menyertai pertandingan tersebut telah mendapatkan kertas merah dan contoh
perkataan kaligrafi di kaunter pendaftaran semasa mereka berdaftar pada pukul 2 petang.
Karnival bermula pada 2.30pm, pengacara majlis telah menjelaskan perkara dan
peraturan yang berkaitan dengan pertandingan. Seterusnya, peserta-peserta telah
memulakan pertandingan kaligrafi dengan menggunakan peralatan seperti berus cina
dan dakwat hitam. Pertandingan ini telah diadakan dengan adanya iringan muzik
tradisional cina. Keadaan dalam dewan pada masa itu kelihatan riuh rendah.

Semasa peserta-peserta sedang menulis kaligrafi, pensyarah telah datang


menghayati hasil karya mereka di sekeliling dewan. Terdapat pensyarah yang mengambil
gambar bersama peserta untuk dijadikan kenangan. Tambahan pula, terdapat peserta
yang meminta pensyarah berkenaan untuk menulis tulisan kaligrafi secara spontan dan
pensyarah terus mempersembahkan kehebatan mereka. Hasil karya pensyarah telah
mendapat pujian daripada warga-warga IPGKSAH yang lain.

Pertandingan kaligrafi telah tamat pada 4.30 pm. Pertandingan kaligrafi kali ini
dikatakan telah dijalankan dengan amat lancar. Penilaian dan pemilihan utntuk
pemenang dalam pertandingan kaligrafi telah dijalankan oleh Pn. Tan Siok Kim dan En.
Ti Heong Poy. Keputusan untuk para pemenang dalam pertandingan kaligrafi akan
diumumkan semasa majlis penutupan Karnival Bahasa. Penyampaian hadiah untuk
pemenang-pemenang turut akan dijalankan semasa majlis penutupan Karnival Bahasa.
Gambar aktiviti

Rajah 1:
Pelajar yang bukan
berbangsa Cina menyertai
aktiviti Karnival Bahasa Cina.

Rajah 2:
Gambar AJK Karnival Bahasa
Cina bersama pensyarah Unit
Pengajian Cina.

Rajah 3:
Gambar pelajar bersama
Ketua Unit Pengajian Cina,
Puan Tan Siok Kim.

Rajah 4:
Pelajar sedang menyediakan
peralatan kaligrafi seperti
kertas dan berus cina.
Rajah 5:
Pensyarah-pensyarah sedang
membuat penilaian dan
pemilihan pemenang bagi
pertandingan kaligrafi.

Rajah 6:
Gambar pensyarah dengan
pelajar-pelajar

Rajah 8:
Rajah 7:
Pensyarah sedang
Pelajar bukan
memerhati pelajar
berbangsa Cina
semasa
sedang menyertai
pertandingan
pertandingan
kaligrafi sedang
kaligrafi.
berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai