Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Alhamdullilah bersyukur kepada ilahi kerana dengan izin dan inayahnya saya telah dapat
menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan ini pelbagai perkara, input dan ilmu baru telah saya perolehi. Namun begitu dalam
proses menyiapkan tugasan ini juga pelbagai masalah dan halangan yang telah terpaksa saya
hadapi. Namun dengan berkat ketekunan dan kesabaran akhirnya saya dapat menyiapkan
tugasan in dengan jayanya dengan berbincang bersama ahli kumpulan dan menemui pensyarah
sebagai tempat rujukan.

Tugasan yang diberikan ini banyak memberikan makna dan ilmu yang berharga dalam
diri saya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dimasa hadapan. Hal ini kerana diawal
tugasan lagi saya telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan seperti terpaksa mencari
buku yang sesuai mengenai cara menanam pokok jagung dan mencari buku landskap. Namun
dengan usaha yang dilakukan saya berjaya menemui nota dan langkah- langkah untuk
membuat batas tanaman dan kaedah menanam jagung dengan betul.

Saya dapati juga tugas ini banyak memberi peluang kepada saya untuk mendalami
berbagai teknik dan kaedah untuk menanam pokok termasuklah cara pembiakan asek dan seks
dengan betul. Ini merupakan suatu pengalaman yang baru bagi saya kerana dapat
membesarkan dan menjaga tanaman saya sendiri iaitu jagung dan dapat merasakan apa yang
dirasakan oleh petani. Dengan adanya ilmu yang sebegini amatlah berguna kepada saya untuk
diaplikasikan di sekolah pada masa akan datang.

Selain itu dari segi pengurusan masa pula saya telah mengalami kebuntuan dimana
pada masa yang sama saya perlu menyiapkan empat tugasan yang lain. Namun dengan jadual
yang telah dibuat oleh saya akhirnya saya telah dapat menyiapkan dengan baik walaupun
banyak pengorbanan dari segi masa dan kewangan yang banyak dihabiskan. Namun
tanggungjawab sebagi seorang pelajar telah dipikul oleh saya dengan menerimanya sebagai
satu cabaran yang positif kepada diri sendiri. Hal ini kerana selagi bergelar sebagai seorang
pelajar tidak dapat lari daripada tugasan. Kalau tidak di pecahkan ruyung manakan dapat isi
sagunya, berakit- rakit kehulu, berenang- renang ke muara, bersakit- sakit dahulu, bersenang-
senang kemudian.

Dengan adanya tugasan sebegini pada semester ini, ia telah dapat menambahkan
pengetahuan baru dan berguna kepada saya untuk mengajar murid di sekolah pada suatu hari
nanti. Selain itu juga, dengan pengetahuan yang baru saya perolehi ini menjadikan saya lebih

7
mahir dalam membuat rancangan pengajaran harian dan menyesuaikannya dengan kaedah-
kaedah pengajaran yang sepatutnya serta bahan bantu mengajar yang sesuai untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dengan adanya pengetahuan yang berguna ini, akan
saya gunakan apabila menjadi seorang guru kelak, samada semasa praktikum nanti mahupun
semasa menjadi seorang guru nanti.

Seterusnya, untuk melaksanakan tugasan yang ke dua iaitu tugasan secara kumpulan
kami mengalami sedikit masalah pada tugasan ini. Ahli kumpulan kami terdiri daripada dua
orang perempuan dan seorang lelaki iaitu saya. Jadi proses melaksanakan tugas ini amat
terhad dan hanya berjumpa di kafetaria asrama sahaja. Dengan itu kadar masa kami dalam
melaksanakan tugasan ini amat singkat. Walaupun begitu kami dapat membahagikan masa
dengan baik dan tugas masing-masing dilaksanakan dengan teratur seperti yang dirancang.

Di samping itu, peruntukan kewangan untuk kit pembelajaran saya menghabiskan


sebanyak rm 20 ringgit manakala kit pembelajaran kumpulan pula dianggarkan sekitar rm50
ringgit sahaja. Namun, wang bukanlah segala-galanya demi mendapatkan ilmu pengetahuan.
Kit pembelajaran ini juga merupakan kit pembelajaran yang pertama buat saya, jadi saya ingin
melakukan yang terbaik diantara yang terbaik dengan mengorbankan masa dan tenaga bagi
menyiapkan tugasan ini. Oleh itu, kita tidak boleh kedekut dalam pelbagai aspek demi
memperolehi ilmu dan kita juga hendaklah melaburkan wang ringgit demi memperolehi ilmu
pengetahuan.

Akhir kata dengan selesainya tugasan yang telah diberikan ini, saya telah dapat
menguasai dan memahami isi pelajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah penilai kami
selama ini iaitu Encik Mohd Zailani Bin Ibrahim, walaupun interaksi kami didalam kelas adalah
terhad kerana komitmen yang menghambat diri dimana pensyarah dan guru pelatih masing-
masing menggalas tanggungjawab yang berbeza dan sibuk dengan tugas masing- masing
namun isi pelajaran yang ingin disampaikan akhirnya telah dapat saya kuasai hasil daripada
proses menyiapkan tugasan ini. Dengan adanya tugasan Seni Dalam Pendidikan dimana
kombinasi tiga elemen iaitu seni visual, seni, muzik dan seni gerakan saya yakin dan percaya
ianya akan memberikan kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak bangsa
dengan cara yang menarik dan berkesan.

Akhir kalam, saya berharap, pihak tuan dapat menerima tugasan yang telah disiapkan
oleh saya ini dengan hati yang terbuka. Segala silap dan salah yang terdapat dalam tugasan ini
saya dahului ribuan kemaafan.

8
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai