Anda di halaman 1dari 6

4.

1  Rehat, Istirehat, Tidur dan Senggang

4.1.1  Definisi dan Konsep

Rehat

● Suatu tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti sama
ada aktiviti fizikal, mental ataupun aktiviti
ringan.
● Untuk mengurangkan rasa penat dan letih serta menghilangkan rasa lapar dan dahaga.
Shamsudin, Sharizad & Mohd Sofian (2002).

Istirehat

● Beri kelegaan dan ketengangan di waktu ketegangan dan stres


● Tempoh masa terlulang yg diisi dgn melakukan aktiviti ringan yg tidak aktif, spt
mendengar muzik, melukis, melihat pemandangan alam flora dan lain-lain. 

Tidur

● Satu jangka masa di mana kita boleh melelapkan mata dan merehatkan badan
sepenuhnya

Senggang atau Kesenggangan

Didefinisikan sebagai waktu terluang yg diisi dgn melakukan sebarang jenis aktiviti
yg anda gemari.
Fungsi yg sama dgn rehat dan tidur iaitu memulihkan keadaan badan dan otak yg
sudah letih bekerja.
Pelbagai aktiviti yg proaktif spt membaca, menggubah lagu, bermain alat muzik dan
berhobi.

4.1.2.  Jenis-jenis Rehat:

● Rehat boleh dibahagikan kpd dua jenis:


● Rehat Pasif
● Rehat Aktif

Rehat Pasif Rehat Aktif


● Rehat tanpa melakukan ● Bentuk rehat melalui latihan fizikal yg
pergerakan badan masih melibatkan proses regangan dan
● Tiada aktiviti regangan otot kongtraksi otot.
berlaku ● Melakukan aktiviti-2 senaman ringan spt
● 3 jenis rehat pasif yg berkesan berjalan-jalan dan bersiar-siar di tanam
adalah menggunakan bunga bersama keluarga adalah contoh baik
o latihan mental rehat aktif.
o pembayangan
gambaran
o istirehat jasmani
melakukan aktiviti
rehat pasif dlm
keadaan pasif dan dlm
kedudukan postur
tubuh yg selesa.

4.1.3  Aktiviti

Menurut Shamsudin et al. (2002)


Aktiviti-aktiviti untuk
Mengisi waktu rehat, istirehat Semasa beristirehat (melalukan aktiviti-2 ringan)
dan senggangan
● Mendengar muzik ● Melukis
● Membaca majalah atau ● Menyanyi
surat khabar ● Menggubah lagu
● Bermain congkak dan ● Melihat gelagat burung dan binatang di taman
caron ● Tidur sekejap (nap)
● Bersiar-siar di taman
● berjogging
●  

● Kebaikan:
● mengisi masa lapang
● meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri
● menghindarikan diri /keluarga terjebak dlm kegiatan tidak moral spt melepak,
menghisap rokok/dadah, mencuri dll

4.2  Tidur

● Tidur yg mencukupi akan membuatkan seseorang itu bersedia utk melakukan suatu
aktiviti dgn cerdas dan cergas
● Berperanan membantu tubuh kita utk pulih dari sebarang penyakit atau luka
● Tanpa tidur yg mencukupi, seseorang akan kelihatan lesu dan tidak bermaya pada
keesokan harinya.
● Akibat anda tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian
● Tidur yg cukup bantu melakukan aktiviti-2 seharian dgn ceria dan bertenaga

4.2.1.Definisi dan Konsep Tidur

● Tidur merupakan satu proses melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya.


● Tidur adalah satu fasa di mana manusia tidak sedarkan diri buat sementara waktu.

Semasa tidur:

● badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel tubuh serta membantu
membina sel baru.
● Kadar tekanan darah menurun dan kadar denyutan jantung rendah.
● keperluan oksigen menjadi rendah lalu menyebabkan pernafasan kita menjadi rendah.
● metabolisme dlm badan rendah
● otak juga kurang aktif

keperluan seseorang individu itu untuk tidur secukupnya adalah berbeza:


(a) Bayi perlu tidur 16 jam sehari
(b) Remaja memerlukan 7 jam tidur
(c) Orang dewasa memerlukan 7 hingga 8 jam

4.2.2.  Peringkat-peringkat Tidur

Tidur terbahagi kepada dua peringkat

1. Peringkat bukan REM (Rapid Eye Movement atau pergerakan mata laju);


2. Peringkat REM - pada permulaan tidur, kita akan menempuhi peringkat bukan REM
terlebih dahulu. Peringkat ini terbahagi kepada empat fasa, bergantung kepada tahap
kenyenyakan tidur.
o Dalam peringkat bukan REM, individu yang sedang tidur tidak membuat
pergerakan mata yang nyata, anggota badan boleh digerakkan manakala
aktiviti otak pula adalah perlahan.
o Apabila tidur menjadi lebih nyenyak dan mula memasuki peringkat REM,
mata akan mula bergerak-gerak, sedangkan otot-otot kecuali jantung akan
menjadi lumpuh untuk sementara dan aktiviti otak menjadi aktif. Mimpi
biasanya terjadi di dalam peringkat ini.
o Pusingan peringkat REM dan bukan REM akan berlaku berulang kali, setiap
satu hingga dua jam sepanjang tidur seseorang individu yang sihat.

Masalah Tidur:

● Obstructive Sleep Apnea atau henti nafas semasa tidur untuk beberapa ketika
(beberapa saat melebihi satu minit): Ia disebabkan oleh saluran pernafasan yang
tersekat sementara. Penyekatan saluran pernafasan ini boleh berlaku berulang-kali
semasa tidur walaupun otot-otot yang mengawal pernafasan berusaha keras untuk
meneruskan pernafasan.
● Insomnia iaitu penyakit susah tidur : pesakit biasanya berasa tidak puas dengan
kualiti dan tempoh tidur.

Ciri-2 insomnia:
● susah utk terlena kembali
● bangun terlalu awal
● Tidur tak lena
● Terjaga di tengah malam
● Susah utk tidur

Cara mengatasi masalah tidur:

● Harus melatih diri tidur pada waktu tertentu setiap hari walaupun masih belum
mengantuk
● Sediakan persekitaran tidur yg kondusif iaitu bersih, selesa, tidak bising dan mpunyai
pengudaraanyg baik
● Eelakkan merokok, meminum mimuman keras atau kopi sebelum tidur

4.2.3.  Keperluan

Tidur yang cukup penting untuk:

● Membantu badan berfungsi dengan baik untuk bekerja keesokan harinya.


● Meningkatkan daya ingatan.
● Memberi peluang badan memperbaiki kerosakan sama ada tisu, sel atau otot.
● Menghilangkan tekanan.
● Menghilangkan rasa penat dan mengantuk semasa membawa kenderaan. Keadaan ini
boleh membahayakan nyawa anda dan orang lain.

Tidur merupakan satu keperluan kerana ia dapat membantu mengurangkan berat badan
seseorang.
Kekurangan tidur, badan anda akan kurang menghasilkan hormone leptin, iaitu sejenis
protein darah yang bertanggungjawab mengawal selera dan rasa lapar

4.3  KEPENTINGAN TERHADAP GAYA HIDUP SIHAT

● Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup serta beraktiviti di waktu istirehat dan waktu
senggang merupakan salah satu komponen gaya hidup sihat dan sememangnya sangat
penting dalam kehidupan kita.
● tidak mendapat cukup tidur dan rehat serta tidak melakukan sebarang aktiviti di waktu
istirehat dan senggang, maka kesihatan fizikal dan mental anda akan terjejas.
● dibiarkan berterusan akan membawa kesan yang lebih buruk pada kesihatan

4.3.1  Individu

● Rehat dan tidur dapat membantu memulihkan keadaan badan setelah penat bekerja
aktiviti di waktu istirehat dan senggang pula dapat menjadikan tubuh kita menjadi
sihat dan cergas di samping dapat memenuhi waktu terluang dengan perkara yang
berfaedah.
● Rehat, istirehat, dan tidur juga penting untuk badan seseorang individu itu berfungsi
dalam keadaan optimum (Shamsudin et al., 2002).
● memulihkan fungsi-fungsi biokimia di dalam tubuh dan segala maklumat yang
terdapat dalam sistem saraf dapat disusun semula.
● badan akan menjadi segar dan minda anda akan menjadi tenang.
4.3.2  Kerjaya

● memiliki tubuh badan yang sihat, anda dapat melakukan suatu pekerjaan itu dengan
mudah dan lebih tertumpu kerana otak anda bersedia melakukan apa saja aktiviti.
● berasa tenang semasa melakukan kerja tanpa sebarang tekanan. 

4.3.3.  Persekitaran

● Perhubungan dengan masyarakat sekeliling anda juga akan terjejas sekiranya kurang
rehat dan tidur serta kurang melakukan aktiviti di waktu istirehat dan senggang.
● berasa letih, tidak bermaya dan mengantuk anda akan hilang mood untuk
berkomunikasi dengan orang lain.
● akibat anda tidak disukai oleh masyarakat 

Posted by Kilik Gantit at 3:20 AM


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Gaya hidup sihat, HBHE3103SMP, Istirehat, KEPENTINGAN GAYA HIDUP
SIHAT, Rehat, Tidur

1 comment:

1.

natasha markJune 8, 2017 at 7:15 AM

Thank you so much! :D

Reply

Add comment
Load more...
Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive
● ▼  2014 (63)
o ►  December (21)
o ►  November (3)
o ▼  June (39)
▪ TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS
▪ TOPIK 9: PENYALAHGUNAAN BAHAN
▪ TOPIK 8: KONFLIK DAN STRES
▪ TOPIK 7: REHAT, ISTIREHAT, TIDUR DAN SENGGANG
▪ GAYA HIDUP SIHAT (TOPIK 6: REKREASI)
▪ GAYA HIDUP SIHAT (Topik 5: SENAMAN)
▪ Warisan dan Genetik
▪ Hubungan antara benda hidup dengan alam sekitar
▪ Aktiviti dan Kawalan Berat Badan (KALORI BADAN)
▪ Status Pemakanan Mengikut Kumpulan (Remaja)
▪ Status Pemakanan Mengikut Kumpulan Kanak-kanak
▪ Status Pemakanan Mengikut Kumpulan
▪ MAKANAN SEIMBANG
▪ Malnutrisi – Penyakit Kekurangan Nutrien
▪ PIRAMID MAKANAN
▪ Fungsi Nutrien
▪ Sumber-sumber Nutrien
▪ Nutrien
▪ PROMOSI HIDUP SIHAT
▪ KEPENTINGAN GAYA HIDUP SIHAT
▪ Gaya Hidup Sihat

Kilik's Note Blog. Awesome Inc. theme. Theme images by molotovcoketail. Powered by
Blogger.

Anda mungkin juga menyukai