Anda di halaman 1dari 2

Wajib mewujudkan Sudut Pidato

(Speaker’s Corner)
Hasrat untuk mengetengahkan kemahiran pengucapan awam ini adalah selari dengan
konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Pengucapan awam merupakan proses
pembelajaran berpusatkan murid. Aktiviti ini pastinya berpaksikan elemen komunikasi,
kolaboratif, pemikiran kreatif serta aplikasi nilai murni dan etika.

Arahan mewujudkan sudut pidato ini merujuk surat daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia, Ruiz KPM.100-1/7/2 Jld. 5 (30) bertarikh 6 Jun 2018. Setiap sekolah diarahkan
untuk mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) di sekolah masing-masing. Hal ini adalah
untuk merealisasikan aspirasi murid menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-
2015, Kementerian Pendidikan Malaysia.Setiap sekolah perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti
berbentuk pengucapan awam sebagai salah satu kemahiran yang perlu digilap dalam kalangan
murid-murid sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (PPPM) 2013-
2025 telah menggariskan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfi kir,
kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, dan identiti nasional.

Bagi merealisasikan aspirasi ini, pengucapan awam merupakan salah satu kemahiran
yang perlu digilap dalam kalangan murid untuk melatih mereka berkomunikasi dengan
berkesan, berfikiran kritis dan berupaya mengemukakan pendapat, hujah secara logik
dan rasional. Ini selari dengan konsep Pembelajaran Abad Ke- 21 (PAK-21) yang
merupakan proses pembelajaran berpusatkan murid yang berteraskan elemen
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.

Pihak sekolah perlu mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) bagi memastikan murid
dilatih dengan kemahiran pengucapan awam. Aktiviti ini boleh dijalankan menggunakan
Bahasa Melayu atau juga Bahasa Inggeris. Sudut ini hendaklah dimanfaatkan secara optimum.
Waktu penggunaannya mungkin boleh dilaksanakan sama ada semasa waktu rehat, aktiviti
kokurikulum dan program-program khas berdasarkan perancangan dan kesesuaian pihak
sekolah.

20 Cadangan Tajuk Pidato


Sudut Pidato (Speaker’s Corner) SK Changkat Larut

Sebaiknya, tajuk pidato yang dipilih haruslah berkisarkan kehidupan murid atau pelajar
mengikut aras penguasaan mereka. Pada peringkat awal, elakkan daripada menggunakan tajuk
yang terlalu berat dan abstrak untuk menarik minat murid. Berikut merupakan cadangan tajuk-
tajuk menarik yang boleh digunakan:

1. Apakah langkah-langkah keselamatan semasa menaiki bas?


2. Bagaimanakah cara untuk menyediakan sandwic?
3. Apakah yang telah berlaku kepada dinasour?
4. Nyatakan cara-cara untuk merawat luka.
5. Apakah sikap yang perlu ada pada seorang kawan?
6. Ceritakan tentang buku kesukaan kamu.
7. Ceritakan tentang haiwan yang terbesar di dunia.
8. Ceritakan tentang haiwan yang paling tinggi di dunia.
9. Di manakah lokasi percutian yang paling kamu gemari?
10. Bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang?
11. Bagaimanakah cara terbentuknya pelangi?
12. Mengapakah hidup di Bumi adalah lebih baik daripada hidup di Marikh?
13. Siapakah yang layak bergelar hero? Mengapa?
14. Nyatakan kelebihan dan keburukan menonton televisyen.
15. Planet mana yang ingin kamu lawati? Mengapa?
16. Adakah menonton televisyen baik untuk kanak-kanak?
17. Apakah langkah-langkah untuk tangani isu buli?
18. Bangaimanakah cara-cara untuk mengelakkan pencemaran udara?
19. Apakah sukan kegemaran kamu? Mengapa kamu sukakannya?
20. Mengapa kita perlu mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran?

Anda mungkin juga menyukai