Anda di halaman 1dari 3

Sudut Pidato

Sudut Pidato atau padanannya dalam bahasa Inggeris ialah Speaker’s


Corner, bermaksud suatu kawasan khas yang bersesuaian untuk
melaksanakan aktiviti pengucapan awam. Sudut Pidato yang asal dan
terkenal terletaknya di sudut timur laut Taman Hyde di London, England.

Para pemidato sewaktu ini dibenarkan untuk berucap dengan kawalan dan
pemerhatian oleh pihak polis. Meskipun dalam kawalan pihak polis, semua
pemidato bebas memilih tajuk pidato mereka. Namun begitu, ucapannya
perlulah tidak bercanggah dengan undang-undang.

Wajib mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner)

Hasrat untuk mengetengahkan kemahiran pengucapan awam ini adalah


selari dengan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Pengucapan awam
merupakan proses pembelajaran berpusatkan murid. Aktiviti ini pastinya
berpaksikan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kreatif serta aplikasi
nilai murni dan etika.

Arahan mewujudkan sudut pidato ini merujuk surat daripada Kementerian


Pendidikan Malaysia, Ruiz KPM.100-1/7/2 Jld. 5 (30) bertarikh 6 Jun 2018.
Setiap sekolah diarahkan untuk mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s
Corner) di sekolah masing-masing. Hal ini adalah untuk merealisasikan
aspirasi murid menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2015,
Kementerian Pendidikan Malaysia.Setiap sekolah perlu melaksanakan
aktiviti-aktiviti berbentuk pengucapan awam sebagai salah satu kemahiran
yang perlu digilap dalam kalangan murid-murid sekolah.

Pihak sekolah perlu mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) bagi


memastikan murid dilatih dengan kemahiran pengucapan awam. Aktiviti ini
boleh dijalankan menggunakan Bahasa Melayu atau juga Bahasa Inggeris.
Sudut ini hendaklah dimanfaatkan secara optimum. Waktu penggunaannya
mungkin boleh dilaksanakan sama ada semasa waktu rehat, aktiviti
kokurikulum dan program-program khas berdasarkan perancangan dan
kesesuaian pihak sekolah.

Sebaiknya, tajuk pidato yang dipilih haruslah berkisarkan kehidupan murid


atau pelajar mengikut aras penguasaan mereka. Pada peringkat awal,
elakkan daripada menggunakan tajuk yang terlalu berat dan abstrak untuk
menarik minat murid. Berikut merupakan cadangan tajuk-tajuk menarik
yang boleh digunakan:

1. Apakah langkah-langkah keselamatan semasa menaiki bas?


2. Bagaimanakah cara untuk menyediakan sandwic?
3. Apakah yang telah berlaku kepada dinasour?
4. Nyatakan cara-cara untuk merawat luka.
5. Apakah sikap yang perlu ada pada seorang kawan?
6. Ceritakan tentang buku kesukaan kamu.
7. Ceritakan tentang haiwan yang terbesar di dunia.
8. Ceritakan tentang haiwan yang paling tinggi di dunia.
9. Di manakah lokasi percutian yang paling kamu gemari?
10. Bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang?
11. Bagaimanakah cara terbentuknya pelangi?
12. Mengapakah hidup di Bumi adalah lebih baik daripada hidup di
Marikh?
13. Siapakah yang layak bergelar hero? Mengapa?
14. Nyatakan kelebihan dan keburukan menonton televisyen.
15. Planet mana yang ingin kamu lawati? Mengapa?
16. Adakah menonton televisyen baik untuk kanak-kanak?
17. Apakah langkah-langkah untuk tangani isu buli?
18. Bangaimanakah cara-cara untuk mengelakkan pencemaran
udara?
19. Apakah sukan kegemaran kamu? Mengapa kamu sukakannya?
20. Mengapa kita perlu mengambil lebih banyak buah-buahan dan
sayuran?

Anda mungkin juga menyukai