Anda di halaman 1dari 1

Sebab-sebab Timbulnya Konsep Pedagogi Terbeza

Konsep pedagogi terbeza timbul kerana kelemahan kemahiran membaca


murid.Menurut kajian PISA negara Cyrus, murid 15 tahun lemah membaca, tidak
menguasai kemahiran membaca yang betul (Theoula & Mary, 2016). Masalah ini
berpunca daripada cara mengajar yang tidak cekap. Kelemahan membaca murid juga
dikaitkan dengan kegagalan guru menyesuaikan kaedah pengajaran untuk murid yang
berbeda tahap penguasaannya. Oleh itu, pedagogi terbeza selalu tertumpu pada
kemahiran membaca jika kemahiran membaca dibandingkan dengan kemahiran-
kemahiran bahasa lain.Sehubungan dengan itu, pedagogi terbeza diusulkan kerana
kepelbagaian sosio budaya murid di dalam sesebuah bilik darjah (Stephen et al.,
2013;IrandaBajrami, 2013). Setiap murid memiliki latar belakang yang tersendiri.
Menurut Stephen et al. (2013), faktor-faktor yang memengaruhi latar belakang murid
tahap keupayaan membaca, gaya belajar, minat, persekitaran tempat tinggal,
pengalaman hidup. Dengan itu, wujudlah usaha dalam kementerian pendidikan
memberikan tahap ajaran yang sesuai mengikut tahap penguasaan setiap kumpulan
murid

Anda mungkin juga menyukai