Anda di halaman 1dari 4

CATATAN SKRIP MASA

PENDAFTARAN Hadiri sekalian diminta untuk membuat pendaftaran bagi 7.50 MLM
memudahkan acara cabutan bertuah.

Berikut merupakan peringatan dari pihak hotel. Tuan-tuan


dan puan -puan dibenarkan untuk berada di bahagian luar
dewan untuk sesi bergambar contohnya tetapi makanan di
dewan tidak dibenarkan di bawa keluar sama sekali.

Tuan-tuan dan puan-puan juga tidak boleh mandi di kolam


pada waktu malam.

Diminta hadirin mengambil tempat masing-masing kerana


majlis akan dimulakan sebentar lagi. Bagi memastikan
kelancaran majlis dipohon kerjasama tuan-tuan dan puan-
puan untuk mematikan telefon.

Apabila diumumkan ketibaan para jemputan, hadirin


dipohon untuk berdiri sehinggalah dipersilakan duduk.
KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Puan Noor Azian
binti Ahmat Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu
Lanchang, diiringi penolong-penolong kanan SK Batu
Lanchang. Hadirin dipersilakan untuk berdiri.

Hadirin dipersilakan duduk.


KATA-KATA Tepak disedia bersirih pinang
ALUAN Sirih dari Pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera dan salam


keluarga Malaysia

Seiring madah pantun bersambut


Manisnya senyuman secantik ratu
Mesra berdakap kasih terpaut
Persilakan tamu sambut di pintu
Yang Berusaha,
Puan Noor Azian binti Ahmat,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang,

Yang Berusaha,
Encik Mohamed Salim bin Sulaiman,
Penolong Kanan Pentadbiran SK Batu Lanchang, ,

Yang berusaha,
Encik Ariff Mazdi bin Mat,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Batu Lanchang,

Puan Azizah binti Maindad,


Penolong Kanan Kokurikulum SK Batu Lanchang,

Para pendidik  dan staf sokongan SK Batu Lanchang,

serta hadirin yang saya hormati sekalian.


Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana pada
malam yg berbahagia dan penuh kilauan, kita dapat bersama-
sama berkumpul bagi memeriahkan majlis makan malam
tahunan kita. Hadirin sekalian… Tujuan majlis ini diadakan,
bukan sahaja untuk majlis makan-makan, ia juga menjadi
medan terakhir untuk beramah mesra sesama
kita, demi mempereratkan silaturrahim antara satu sama lain
setelah berpenat lelah dengan penglibatan dlm pelbagai
aktiviti yang dianjurkan sepanjang 2022.
Ibarat pantun yang berbunyi,
Anak monyet anak kera,
Anak siang bernama TAHIM,
Sambil berkumpul beramah mesra
Mempereratkan lagi silaturrahim

Moga  majlis ini dapat dijadikan  wadah untuk kita bersatu ,


bekerjasama dan bantu-membantu  demi membangunkan dan
memartabatkan Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang di
persada arus perdana kecemerlangan pendidikan negara.
BACAAN DOA Ilmu ibarat cahaya penyuluh
Berkatnya penuh dengan rahmat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa dipohon  agar selamat

Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, marilah kita


sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dipimpin oleh USTAZ TARMIZY. Majlis dengan
penuh takzimnya mempersilakan.

******Doa******

Aamiin, ya robbal ‘aalamin… Majlis merakamkan ribuan


terima kasih kepada USTAZ TARMIZY atas pimpinan
bacaan doa.
UCAPAN Seterusnya, Majlis mempersilakan CIKGU MOHAMAD
PENGERUSI FIRDAUS BIN AB. RAHMAN. Pengerusi Kelab Guru &
Staff untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan..

Terima kasih tuan pengerusi kita.. hensem sungguh beliau


malam ni.. kalah cikgu2 lelaki yang lain…. gituuu….
UCAPAN GURU Emas tempawan buatmu puteri
BESAR Busana indah buat rupawan
Sudilah Puan tampilkan diri
Bersama madah kata ucapan.

Majlis kita terus berlayar ke destinasi utamanya. Dijemput


dgn segala hormatnya, Yang Berusaha PUAN NOOR
AZIAN BINTI AHMAT GURU BESAR SK BATU
LANCHANG untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

******** UCAPAN GURU BESAR********

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kpd


PUAN NOOR AZIAN BINTI AHMAT yg telah sudi
menyampaikan ucapan
GIMIK MAJLIS

PENYAMPAIAN Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian


CENDERAMATA cenderamata kepada guru-guru berpindah. Dengan ini, majlis
KEPADA GURU- sekali lagi mempersilakan PUAN NOOR AZIAN BINTI
GURU AHMAT untuk menyampaikan cenderamata. Dengan segala
BERPINDAH hormatnya dipersilakan.

************PENYAMPAIAN************

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kpd


PUAN NOOR AZIAN BINTI AHMAT yg telah sudi
menyampaikan cenderamata.
SAMBUTAN Seterusnya, majlis diteruskan dengan majlis sempena
PERPISAHAN perpisahan dan perpindahan Encik Rais bin Abdul Aziz.
Atau sinonim dengan panggilan CIKGU RAIS. Untuk
pengetahuan semua CIKGU RAIS kita telah ditukarkan
sebagai Penolong Kanan Kokurikulum, SK Jelutong. Tidak
kira sama ada yang dah lama bersama beliau mahupun yang
baru mengenali beliau. Sesungguhnya banyak cerita suka
dan duka telah kita cipta sepanjang kita bersama beliau.
Yang pastinya setiap memori itu pasti meninggalkan
kenangan yang sangat mendalam di lubuk jiwa masing-
masing. Maka dengan itu, saya menjemput CIKGU RAIS ke
atas pentas. Dipersilakan.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu


ucapan daripada Yang Diraikan CIKGU RAIS. Majlis
dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan.
BACAAN DOA Dijemput dengan segala hormat, USTAZ WAN MOHD
MAKAN & IQBAL untuk memimpin bacaan doa makan. Dipersilakan
JAMUAN Terima kasih diucapkan kepada USTAZ WAN MOHD
MAKAN IQBAL   kerana telah sudi memimpin bacaan doa makan.

Pulau pandan jauh ke tengah


Gunung daik bercabang tiga
Doa sudah ucapan pun sudah
Tiba masa menjamu selera.

Sorong papan tarik papan


Makan keranji dalam perahu
Suruh makan kita makan
Janganlah segan janganlah malu

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya akan serahkan majlis ini kepada pengerusi kita yang


hensem bergaya. Dipersilkan.
CABUTAN
BERTUAH SESI 1
PERSEMBAHAN
VIDEO MONTAJ
CABUTAN
BERTUAH SESI 2
PERSEMBAHAN
FASHION SHOW
CABUTAN
BERTUAH SESI 3
PERSEMBAHAN
1
CABUTAN
BERTUAH SESI 4
PERSEMBAHAN
2
CABUTAN
BERTUHA SESI 5
DAN 6
MAJLIS
PENYAMPAIAN
HADIAH
CABUTAN
BERTUAH SESI 7
DAN GRAND
PRIZE
ANUGERAH
KING & QUEEN
OF THE NIGHT
SESI
FOTOGRAFI

Anda mungkin juga menyukai