Anda di halaman 1dari 2

POST MORTEM WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, KETUA

KELAS DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

SJKT LADANG PELEPAH 2019

1. Perutusan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan mengucapkan
syabas kerana telah menjayakan majlis watikah pelantikan pengawas, ketua kelas
dan pengawas pusat sumber peringkat sekolah SJKT Ladang Pelepah dengan
jayanya. Kerjasama semua guru sangat menakjubkan.

2. Agenda Post Mortem

2.1 Kekuatan Program

a) Penglibatan semua murid sangat aktif dan berkesan.


b) Aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar.
c) Semua guru memberi kerjasama dengan baik
d) Penyampaian sijil berlansung dengan lancar tanpa mengalami sebarang
kekeliruan.
e) Bacaan ikrar oleh ketua pengawas sangat memuaskan.

2.2 Kelemahan Program

a) Kekangan masa
b) Tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancang dalam takwim sekolah
c) Tiada gimik semasa perasmian program
d) Tempat yang tidak sesuai bagi melaksanakan majlis ini.
e) Tiada tetamu khas bagi menyampaikan watikah
2.3 Cadangan Penambahbaikan

a) Penyelaras program harus membuat perancangan yang bernas supaya tidak


berlaku kekangan masa bagi menjalankan tugas-tugas pelantikan.
b) Sediakan gimik yang menarik semasa perasmian majlis.
c) Penyelaras program harus bincang dengan Guru Besar terlebih dahulu
mengenai tetamu khas supaya dapat memeriahkan dengan adanya tetamu
khas bagi menyampaikan watikah.
d) Aspek persiapan tempat perlu dititikberatkan.
e) Harus mengikut takwim sekolah bagi melaksanakan sesuatu majlis atau
program sekolah supaya dapat mengelakkan sebarang kesulitan yang akan
dihadapinya.

3. Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua guru
bagi melaksanakan post mortem ini. Diharapkan segala kelemahan yang telah
dnyatakan akan diperbaiki pada masa akan datang.

Disediakan oleh:

……………………………….
(JAGADESH A/L RAVISANTERAN)
PENYERALAS DISIPLIN&
LEMBAGA PENGAWAS
SJKT LADANG PELEPAH

Anda mungkin juga menyukai