Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS


JALAN BEHOR PULAI 01000 KANGAR PERLIS

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Jurnal Reflektif Minggu Pertama

(12 April 2015 – 16 April 2015)

Masalah:

Pada minggu pertama saya menghadapi masalah pengurusan masa semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana saya merancang
proses PdP dengan baik dan mengadakan aktiviti yang dapat menarik perhatian murid tetapi
semasa aktiviti kumpulan timbul masalah pengurusan masa iaitu sebelum dan semasa PdP
berlangsung perancangan aktiviti dijalankan sepertimana dirancang dalam buku rancangan
pengajaran harian tetapi semasa aktiviti kumpulan berjalan murid-murid mengambil masa yang
agak lama untuk menyiapkan kerja yang diberi oleh saya. Di sini, murid-murid meminta masa
tambahan supaya mereka boleh menyiapkan kerja tersebut. Perkara ini menyebabkan aktiviti lain
atau aktiviti selepas aktiviti kumpulan harus dijalankan dengan secepat mungkin iaitu saya
terpaksa menjalankan PdP dengan cepat disebabkan ketakutan masa tidak mencukupi untuk
mengajar. Ringkasnya, semasa aktiviti kumpulan berlangsung pengurusan masa tidak dapat
diurus dengan baik dan menyebabkan aktiviti seterusnya dijalankan dengan secepat mungkin.

Analisis:

Masalah ini timbul kerana penglibatan murid dalam aktiviti kumpulan sangat baik. Misalnya,
apabila saya membahagikan kumpulan dan memberi arahan tentang tugasan dalam kumpulan
maka mereka menunjukkan minat terhadap aktiviti kumpulan. Tambahan pula, mereka juga
meminta masa tambahan supaya dapat menyiapkan kerja yang diberi oleh saya. Perkara ini
menyababkan masa untuk aktiviti kumpulan tidak mencukupi dan saya terpaksa memberi masa
tambahan untuk mereka supaya dapat menyiapkan kerja tersebut. Meskipun, murid-murid juga
meminta masa tambahan untuk menyiapkan tugasan mereka dalam kumpulan. Oleh itu, aktiviti
lain tidak dapat dijalankan dengan baik iaitu saya terpaksa menjalankan PdP dengan cepat.
LAMPIRAN 3

Cadangan:

Guru perlu peka dengan masa iaitu jika aktiviti kumpuan diberi masa 15 minit maka murid-murid
harus menyiapkan kerja dalam kumpulan mengikut masa yang diperuntukan oleh gurunya.
Tambahan pula, semasa aktiviti kumpulan berjalan guru harus memberi isyarat atau memberitahu
bahawa “masa yang diperuntukan akan tamat sebentar lagi” dan sebagainya. Perkara ini dapat
membnatu guru untuk mengurus masa dengan baik kerana murid-murid dapat kesedaran tentang
masa yang diperuntukan untuk mereka menyiapkan kerja dalam kumpulan akan tamat sebentar
lagi. Cadangan seterusnya ialah guru boleh memberi arahan bahawa “jika mana-mana kumpulan
yang mengambil masa yang agak lama untuk menyiakan kerja dalam kumpulan maka mereka
akan tidak mendapat markah” dan sebagainya dapat membantu guru untuk menguruskan masa
dengan baik semasa aktiviti kumpulan berlangsung.

Tempoh Masa:

Saya akan mula melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan sepanjang tempoh


praktikum fasa 1 sehingga 07 Mei 2015.

Tindakan Susulan:

Jika mana-mana kumpulan yang mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja yang diberi
oleh guru dalam kumpulan maka mereka tidak dapat markah yang ditentukan oleh guru. Untuk
mendapatkan markah tersebut semua murid dalam kumpulan masing-masing menyiapkan kerja
dalam kumpulan mengikut masa yang diperuntukan oleh gurunya. Dengan ini saya dapat
mengatasi masalah pengurusan masa semasa aktiviti kumpulan berjalan.

Penilaian Kejayaan:

Penilaian kejayaan ini akan dicatat dalam refleksi pembelajaran dan pengajaran selepas setiap
kelas diadakan.

Anda mungkin juga menyukai