Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP PROGRAM KHIDMAT BAKTI SMA AL-ITTIHIDAYAH

Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berhormat Dato Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Dato Hj Jaafar Bin Idris, Yang Berhormat Dato Pengarah Tabung Haji Negeri Pahang, Dato' Mohyen bin Mosman

Yang Berusaha Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Lipis Tuan Haji Misnan Bin Haji Mohd Damin,

Yang Berusaha Tuan Pegawai Daerah Kuala Lipis Y.H Dato Haji Ahmad bin Haji Daud,

Yang Berusaha Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang, Tuan Hj Dzulkarnaian Bin Mat, Yang Berusaha Tuan Guru Besar SMA Al- Ittihadiah Tuan En Abdul Kadir Bin Latif,

Yang Hormat Penghulu Kampung Relai _______________

Barisan Fasilitator, pensyarah-pensyarah IPGKTAA, guru-guru SMA Al-Ittihadiah, guru pelatih IPGKTAA serta pelajar-pelajar SMA Al-Ittihadiah yang dikasihi. Assalammualaikum wbh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana program Khidmat Bakti kita telah pun sampai ke penghujung. Pastinya pada detik ini pelbagai perasaan berbaurbaur dalam sanubari masing-masing. Dan segala yang berbaur itu menjadi satu pengajaran dan kenangan yang akan terus dikenang selamanya dalai lipatan sejarah. Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang dimuliakan; Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan __________________________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. (Selesai bacaan doa) Amin ya rabulalamin. Seterusnya majlis menjemput Yang Berhormat Dato Pengarah Tabung Haji Negeri Pahang, Dato' Mohyen bin Mosman untuk menyampaikan ucapan .Dipersilakan . Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Tuan-tuan dan puan-puan, Duduk sekawan si burung unta, Tepi keramat di waktu malam; Pada mu tuan kami meminta, Kata azimat penutup kalam. Terbang di awan burung jentayu, Batu diangkat bunyi meletup;; Kata azimat kami merayu, Sebagai ucapan kata penutup.

Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato Pengarah IPGKTAA Dato Hj Jaafar Bin Idris untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Program Khidmat Bakti 2014 . Dipersilakan. Terima kasih atas ucapan perasmian sebentar tadi. Sekali lagi majlis menjemput dan mempersilakan Tuan .. diiringi .........................................................................untuk menyampaikan cenderahati dan sijil-sijil penghargaan.Dipersilakan. 1. A 2. B 3. C 4. D 5. E 6. F 7. G 8. H Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Tuan-tuan dan puan-puan; Banyak keluk ke penarik Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini. Dipersilakan tuan-tuan dan puan-puan serta para peserta untuk menikmati makan tengahari sebelum bersurai. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai