Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Saya Santhirasegaran A/L Armugam ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran


kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna. Saya juga mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada EN.HAJI ABDUL GHAFFAR BIN JAAFAR selaku pensyarah bagi mata
pelajaran Amalan Pentaksiran dalam matematik MTE 3123 bagi kelas saya dan rakan-rakan
yang banyak membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Pensyarah pembimbing saya telah memberi arahan untuk menyiapkan kerja kursus
ini secara individu. Tajuk tugasan yang diberi oleh pensyarah kepada saya ialah saya
dikehendaki

mencari

maklumat

yang

releven

berkaitan

Pentaksiran

Berasaskan

Sekolah(PBS). Kedua, saya perlu membina Jadual Spesikasi Ujian (JSU) berdasarkan topik
yang telah diajar dan mengubal item ujian berdasarkan jadual spesifikasi ujian Setelah saya
membuat ujian, saya perlu mentadbir item ujian serta menganalisis dan mentafsir skor ujian
dan item ujian (Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi). Akhirnya, saya dikehendaki
menentukan tindakan susulan ke atas pelajar dan soalan yang saya dibina.
Pensyarah saya telah menerangkan dengan terperinci mengenai tugasan yang
diberikan. Selain itu, beliau juga banyak menasihati saya apabila saya kurang jelas tentang
tugasan tersebut. Saya juga tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna tanpa
bantuan beliau. Setelah mendapat kertas tugasan itu, saya dengan segera membaca dan
memahami segala isi kandungannya. Selepas itu, saya mula mencari bahan-bahan atau
maklumat yang berkaitan dengan tajuk tugasan. Pertama sekali saya meluangkan masa
saya di Pusat Sumber untuk mencari maklumat. Antara bahan rujukan yang saya gunakan
adalah buku rujukan, rujukan internet, majalah dan sebagainya. Setelah mendapat maklumat
saya mula menyusun dan menaipkannya. Saya membina ujian berdasarkan JSU yang
lengkap dengan topik pecahan dan perpuluhan tahun 4 Kambar.
Melalui kerja kursus ini, saya dapat meningkatkan kefahaman tentang konsep dan
kaedah membina Jadual Spesifiikasi Ujian berdasarkan topik yang saya ajar. Saya dapat
mempelajari cara-cara menganalisis dan mentafsir skor ujian dan item ujian iaitu cara
mengira Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi dengan betul. Saya juga mempelajari
membuat graf dengan munggunakan beberapa perisisan seperti exel, word dan sebagainya.
Saya juga mengetahui kepentingan pengubalan ujian berdasarkan JSU.

Tambahan

pula,

saya

menghadapi

masalah

semasa

membina

JSU

yang

berpandukan prosedur-prosedur yang betul dalam tugasan ini. Saya tidak mendapat idea
yang mencukupi semasa membuat soalan ini. Bagi mengatasi kekeliruan saya, saya pergi
perpustakaan IPG untuk mencari buku rujukan untuk membuat tugasan ini. Buku rujukan di
perpustakaan menjadi panduan kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini. Saya juga
menggunakan alternatif internet sebagai sumber rujukan saya. Justeru, saya juga
berbincang dengan kawankawan saya bagi menyelesaikan masalahmasalah yang
dihadapi sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Selain daripada ini, saya juga berjumpa dengan senior saya bagi mendapatkan
penjelasan yang lebih kukuh tentang cara dan syarat bagi menyiapkan tugasan ini. Kesulitan
yang dihadapi tidak menghalang saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaik
mungkin. Saya menganggap segala kesulitan yang datang sebagai cabaran kepada saya
untuk menempuh segala cabaran yang bakal saya hadapi di sekolah yang bakal saya
ditempatkan kelak. Tambahan pula, saya juga mendapat masalah internet di bilik saya
semasa membuat tugasan ini. Kawankawan saya yang memiliki broadband telah
meminjamkan kepada saya bagi menyelesaikan tugasan saya. Saya berasa bersyukur atas
bantuan mereka kerana saya dapat menyelesaikan tugasan ini tepat pada masa .
Selepas menyempurnakan tugasan ini, saya dapat mempelajari pelbagai pengajaran
yang tidak dapat dipelajari dalam kelas. Saya juga membahagi masa saya dengan sistematik
supaya dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang diberikan. Pengajaran dan
pengalaman daripada tugasan ini menjadi panduan dalam kehidupan saya dan dapat
mengaplikasikan pengalaman ini dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran semasa saya
mengajar di sekolah. Di sini saya ingin berkongsi pepatah pemimpin Indonesia iaitu Sukarno,
yang menjadi panduan dalam hidup saya.

Gantungkan cita-citamu setinggi dilangit ketujuh, sehingga kalau


jatuhpun masih tinggi dilangit ke enam, ke lima dan ke empat

Pepatah ini meningkatkan semangat saya melakukan apa sahaja perkara dengan
melekatkan keyakinan yang tinggi. Ini juga menambah keyakinan saya bahawa setiap
langkah harus diambil dengan cermat dan teliti supaya dapat elak daripada berlakunya
kesalahan atau mengundang kepada masalah. Sebagai bakal guru, kita haruslah
mempunyai keyakinan ketika mengajar anak-anak murid supaya mereka akan mendapatkan
sesuatu yang berguna dalam kehidupan mereka.

Akhir sekali, saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya
dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses
menyiapkan kerja kursus saya ini. Tugasan ini telah memberi manfaat kepada saya kerana
saya berpeluang mempelajari ilmu baru. Justeru, pengalaman tugasan ini menjadi panduan
kepada saya sebagai bakal guru bagi meningkatkan bakat dan keyakinan saya.
Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai