Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Konsep ejaan dan mengeja perlu mendapat perhatian istimewa guru bahasa Melayu yang
mengajarkan bacaan permulaan. Semua pelajar tahun pertama Institut Pendidikan Guru (IPG)
dikehendaki memahami kedua-dua konsep ini apabila mereka mengikuti kursus Literasi Bahasa
Melayu pada semester kedua. Seterusnya, pelajar IPG yang mengikuti program Prasekolah,
Pengajian Bahasa Melayu dan Pemulihan Khas mesti mendalami kedua-dua konsep ini.
Guru prasekolah, guru bahasa Melayu dan guru pemulihan pula perlu menyemak
pemahaman mereka tentang perkara ini. Yang dimaksudkan dengan guru pemulihan
termasuklah guru pemulihan khas, guru pemulihan dalam bilik darjah, guru Literacy and
Numeracy Screening (LINUS) dan beberapa nama lain yang mungkin muncul pada masa
hadapan. Pemahaman yang jelas tentang kedua-dua konsep ini dapat membantu mereka
melaksanakan tugas untuk mengajarkan bacaan permulaan kepada kanak-kanak dengan
berkesan.
Ejaan ialah kaedah menulis perkataan dengan huruf. Kaedah menulis perkataan dengan
huruf yang dapat dianggap menyeluruh apabila memenuhi tiga syarat seperti yang digambarkan
dalam rajah 1.
wujud
sistem
susunan
huruf

mematuhi
sistem
penggunaan
huruf kecil
dan huruf
besar

Tiga syarat
untuk
mengeja
perkataan

huruf tidak
diselangi
oleh
sebarang
huruf kecil

Rajah 1 Tiga syarat untuk mengeja perkataan.

Syarat pertama, wujud sistem susunan huruf yang diterima untuk sesuatu perkataan.
Contohnya, perkataan batu terdiri daripada susunan empat huruf secara berturutan, iaitu b
a t u. Susunan lain, termasuk beberapa susunan yang bermakna seperti b u t a dan
u b a t, tidak diterima untuk ejaan batu.
Syarat kedua, setiap huruf tidak diselangi oleh sebarang ruang yang dapat diisi oleh
satu huruf. Contohnya, perkataan bubu ini tidak diselangi oleh sebarang ruang. Sebaliknya,
bu bu (ada satu ruang kosong) dan bu b u (dua ruang kosong) tidak diterima untuk
perkataan bubu. Malah kewujudan satu atau lebih ruang yang sekata juga tidak diterima untuk
mengeja sesuatu perkataan walaupun susunannya betul. Contohnya b u b u (satu ruang) dan
b u b u (dua ruang).
Peraturan lazim pengiraan perkataan ialah setiap unit bahasa yang dipisahkan oleh
ruang dianggap satu perkataan. Misalnya, ke sana ialah dua patah perkataan. Peraturan ini
digunakan juga oleh perisian komputer seperti Microsoft Word untuk mengira perkataan.
Apabila ada ruang, turunlah taraf perkataan itu menjadi huruf sahaja.
Syarat ketiga, penulisan huruf itu mematuhi sistem penggunaan huruf kecil dan huruf
besar. Syarat ini menuntut pengguna bahasa menggunakan huruf kecil dan huruf besar
berdasarkan peraturan. Buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu menyenaraikan 14
peraturan penggunaan huruf besar. Secara umum, huruf besar digunakan pada huruf pertama
nama khas, permulaan ayat, petikan langsung, tajuk sesuatu, kecuali kata hubung dan partikel.
Sebagai contoh, ejaan malaysia tidak tepat kerana huruf m yang digunakan ialah huruf kecil
sedangkan huruf yang sepatutnya digunakan ialah M huruf besar kerana perkataan ini nama
khas tanpa mengira kedudukannya sama ada pada permulaan ayat atau tidak.
Dengan berdasarkan syarat yang ketiga ini juga, gabungan seperti ciNta, ciNTa,
CInTa tidak tepat ejaannya. Ejaan seperti ini kerap kita temukan dalam komunikasi e-mel,
sistem pesanan ringkas dan komunikasi umum sesama remaja. Ejaan seperti ini tidak diterima
sebagai ejaan yang tepat untuk diajarkan di sekolah. Malah ejaan seperti ini dapat dianggap
pincang.
Adakalanya penggunaan huruf kecil keseluruhannya dibolehkan. Contohnya, bahagian
awal bahan pengajaran bacaan asas di sekolah rendah menggunakan huruf kecil sahaja.

Sesudah memahami konsep ejaan, kini marilah kita fahami konsep mengeja pula. Menurut
Zaba, mengeja ialah pekerjaan menghubungkan huruf benar dengan huruf saksi atau
sebaliknya ini serta disebut nama tiap-tiap huruf itu. Kita juga boleh mengatakan bahawa
mengeja ialah perbuatan membunyikan atau menulis huruf secara berturut dalam sesuatu
perkataan. Dengan berdasar takrif ini ada dua cara untuk mengeja. Yang pertama ialah
menyebut nama huruf secara berturut-turut yang terdapat pada sesuatu suku kata/perkataan
dan membunyikan suka kata/perkataan itu. Yang kedua ialah menulis huruf dengan mematuhi
tiga syarat seperti yang telah dibincangkan untuk membentuk suku kata/perkataan.
Ada dua cara menyebut huruf untuk menjadi suku kata dan perkataan. Yang pertama
ialah menyebut huruf, diikuti dengan penyebutan suku kata dan seterusnya penyebutan
perkataan. Contohnya, bola dieja b o, diikuti penyebutan suku kata bo. Seterusnya
disebut pula nama huruf l a, diikuti dengan penyebutan suku kata la. Akhirnya disebut
perkataan bola. Gambaran ringkasnya ialah huruf g suku kata g perkataan. Yang kedua ialah
menyebut huruf dalam perkataan itu satu demi satu tanpa hentian dan tanpa menyebut suku
kata dalam perkataan itu. Misalnya, bola dieja b o l a. Gambaran ringkasnya ialah huruf
g perkataan. Gambaran lengkap kedua-dua cara mengeja ini diberikan dalam rajah 2.

Rajah 2 Dua cara untuk mengeja perkataan.

Dengan berdasarkan kaedah abjad, pengeja menyebut nama huruf. Bagi mengeja
dengan abjad Rumi, cara yang pertama kerap digunakan. Pengguna kaedah abjad
menganggap cara yang kedua tidak lengkap. Bagaimanapun, pengguna kaedah abjad mungkin
juga menggunakan cara yang kedua atas pertimbangan tertentu.
Mengeja ialah satu kemahiran. Kemahiran ini lebih mudah diperoleh jikalau kanak-kanak
mengalami beberapa aktiviti kesediaan. Antaranya ialah mengenal bentuk, terutamanya bentuk
yang seakan-akan huruf. Contohnya, bentuk tayar bulat macam huruf o. Bentuk pancing pula
seakan-akan huruf j. Seterusnya mereka wajar mengalami aktiviti lanjutan seperti mengenal
bunyi, membezakan bunyi dan membezakan antara satu bentuk dengan bentuk yang lain.
Kemudian barulah kita mendedahkan nama huruf kepada mereka.
Dengan berdasarkan kaedah abjad, penghafalan nama huruf ialah garis permulaan
kemahiran mengeja. Kemahiran mengeja hanya bermula apabila kanak-kanak dapat menyebut
nama huruf dan dapat membentuk apa-apa suku kata atau perkataan dengan huruf-huruf yang
disebut itu.
Kesimpulannya, pengajar bacaan permulaan akan lebih yakin melaksanakan tugasnya
apabila dia memahami konsep ejaan dan mengeja. Pemahaman itu akan membantunya
memilih bahan, kaedah dan teknik yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai