Anda di halaman 1dari 3

Pendahuluan

Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid


sekolah rendah. Hal ini amat penting untukmereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang
pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, kajian
permasalahan tentang
kalangan

murid-murid

kemahiran

ini bertujuan untuk

membaca dan menulis

sekolah rendah

Bahasa

mengenal pasti

Melayu

dalam

di luar bandar ( Abdul Rasid Jamian, 2011)

Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara
kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran
maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem

iaitu mengambilkira

matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan
membaca

dan menulis

merupakan

suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas

dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di
sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis
pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata
pelajaran tertentu.(Abdul Rasid Jamian)
Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan
menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada
dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca,
tidak membunyikan perkataan dengan b betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang
dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal
membunyikannya.Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak dan pastinya menjadikan
murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut.Selain itu, murid ini
juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau
bahan rangsangan yang diberikan oleh guru.
Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009),cara memegang alat tulis akan
mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus
menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju
dan memasan manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan
kelemahan dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika
memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan

motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka
sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan bukan jari untuk menulis.
Sasson (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran
menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut
pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan
perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada
peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan ynag cantik
dan penuh dengan kesenian.
Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan
pengetahuan yang mereka ada untuk menyelesaikan sesuatumasalah.Contohnya, seperti
ketika mereka berhadapan dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberikan jawapan alternatif
bkepada pyang ditunjukkan. Selaindari masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis imej
cermin juga wujud dancontoh kekeliruan yang sering didapati adalah kekeliruan antara huruf
bdengan huruf d dan huruf pdenganq( Higgins et al.1996).
Satu analisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk kanak-kanak tadika
oleh Popp (1964) melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran memadankan bentuk
huruf kecil sepertiu, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k . Kajian Popp (1964) juga menunjukkan kanakkanak tadika juga mengalami kekeliruan abjad dalam usaha memadankan bentuk-bentuk huruf
kecil sepertib-d,p-q, b-q, dan d-pyang dinamakan masalah pembalikan huruf (reversal of
letters).
Merujuk pada pandangan tokoh yang telah dinyatakan diatas, saya dapati perkara yang
dijelaskan mempunyai kaitan dengan pengalaman saya sepanjang menjalani praktikal
sebanyak tiga kali ini. Ini dapat lihat dalam masalah-masalah yang terdapat di setiap sekolah
yang telah saya menjalankan sesi praktikal ini.
Bagi praktikal fasa pertama iaitu di Sekolah Kebangsaan Tasek Damai, saya telah
menghadapi cabaran dalam berhadapan dengan murid yang mengalami masalah dari segi
bentuk tulisan yang teruk.Ini dapat dilihat sepanjang sebulan saya menjalankan sesi pengajaran
dan pembelajaran di sekolah tersebut.Ia juga berlaku dalam kalangan murid tahap dua. Ini
secara tidak langsung saya dapat mengaitkan masalah penulisan masih lagi menyelubungi diri
murid-murid tahap dua.

Selain itu, saya juga telah berhadapan dengan masalah murid tidak mampu
membezakan huruf kecil dan huruf besar.Ini dapat dilihat ketika saya menjalankan praktikal fasa
kedua iaitu disebuah sekolah kecil di tengah bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Seri
Kepayang.Hampir kesemua murid dikalangan murid tahap dua sekolah tersebut mengalami
masalah ini.Ia dapat juga digambarkan sebagai masalah dalam aspek penulisan yang juga
dapat dikaitkan dengan kajian saya ini.
Menurut kajian Politzer dan Ramirez (2006) yang dikutip oleh Hjh Dayang Rose
Hamidah (2006:23) dalam kajiannya telah menganalisis kesilapan bahasa Inggeris yang
dituturkan oleh kanak-kanak Mexican-American yang menghadiri monolingual (67 orang) dan
bilingual (59 orang). Kanak-kanak ini ditayangkan filem animated cartoon sebanyak 4 kali
kemudian mereka disuruh menceritakan semula jalan ceritanya. Penceritaan mereka dirakam
dan dianalisis mengikut peringkat-peringkat aspek

yang

hendak dikaji, iaitu morfologi dan

sintaksis.
Hasil

kajian

mereka

menunjukkan

bahawa

sebanyak

50%

adalah

kesilapan

menggunakan simple past tense, sementara 10% adalah kesalahan preposition sebelum
frasa nama. Mereka menambah lagi, punca
para

pelajar berkenaan

adalah

kesilapan

berpunca

bahasa

daripada

dialek-dialek bahasa Inggeris yang tidak standard dan

berlaku

pengaruh

pengaplikasian

di kalangan

bahasa ibunda,

peraturan-peraturan

tatabahasa yang tidak sistematik.


Satu lagi kajian Vongthieres (2006) yang dikutip oleh Hjh Dyg Rose Hamidah, 2006: 24),
iaitu kajian berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Thailand dalam
mempelajari

bahasa

Inggeris

di

Universiti

Ohio.

Hasil kajian menunjukkan bahawa

aspek yang menjadi masalah kepada pelajar-pelajar tersebut adalah penggunaan kata kerja
mengikut

jenis

kata

tense yang

berlainan.

Sebanyak 44.8% kesalahan adalah

kesalahan dari jenis penggunaan kata kerja mengikut jenis kata tense yang dilakukan oleh
para pelajar tersebut.

Anda mungkin juga menyukai