Anda di halaman 1dari 26

Nama pelajar

: Norazliza Bt Abd Aziz Wong

Kursus

: KDPM/KDC Ambilan November 2010

Bilangan Jurnal

: Pertama

Minggu Praktikum

: Pertama

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 24 28 Jun 2013

Tajuk Jurnal

: Komunikasi

Masalah
Sepanjang saya mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
khususnya dalam matapelajaran Bahasa Tamil, saya berpendapat bahawa
kebanyakan murid kurang memberi tindak balas terhadap pelajaran. Masalah ini
kebarangkalian

berpunca

dari

kelemahan

guru

sendiri

dalam

mewujudkan

komunikasi berkesan dalam hubungan intrapersonal. Sebagai guru, saya tidak


menafikan bahawa guru seharusnya memilih corak kepimpinan yang bersesuaian
dan menggunakan teknik yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi berkesan
dengan murid-murid seterusnya mempengaruhi pembentukan minat murid terhadap
pelajaran.
Analisis masalah
Komunikasi berkesan seringkali terjejas apabila murid kurang berminat untuk belajar,
menghadapi masalah kesihatan dan sebagainya. Antara faktor lain berlakunya
komunikasi kurang berkesan adalah sikap murid-murid sendiri yang kurang berminat
untuk belajar. Mok Soon Sang menyatakan :
Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah.
Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian
terhadap pelajaran.
Corak kepimpinan guru dalam bilik darjah juga mungkin mempengaruhi corak
interaksi guru dengan murid. Guru mungkin mengamalkan kepimpinan autokratik di
mana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi

peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi


di antara murid tidak digalakkan dan bersifat pasif.
Cadangan
Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah
yang dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik
pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti melaksanakan corak
kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak
kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi
keberkesanan komunikasi yang berlangsung. Guru yang mengamalkan kepimpinan
demokratik akan meninggalkan kesan yang berikut ke atas interaksi di antara guru
dengan murid-muridnya:

Interaksi antara guru dan murid adalah dua hala. Murid cergas bertindak balas
terhadap aktiviti pengajaran guru.

Interaksi di antara murid dengan murid dapat digalakkan. Murid-murid


melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam segala aktiviti kumpulan
dalam bilik darjah.

Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran


berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti
berikut:
Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga,
tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak
yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang
yang berkomunikasi. Mok Soon Sang (2003)
Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, guru
juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak permainan.
Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.

Tempoh penyelesaian
26/06/2013 hingga 3/07/2013 iaitu selama 8 hari.
Tindakan susulan
Saya percaya kaedah yang pelbagai dapat membantu saya dalam menyampaikan
P&P dengan berkesan. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Reed dan
Kirkpatrick (1998), mereka menyatakan:
Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik
minat murid untuk belajar.
Selain itu, saya juga akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif dan
peneguhan negatif dalam usaha mengawal murid-murid semasa aktiviti P&P
berlangsung.
Catatan
Saya amat percaya guru yang kreatif dan bersedia dengan pelbagai teknik
pengajaran dapat mempengaruhi suasana P&P yang bakal berlaku di dalam kelas.
Murid akan lebih bersemangat sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan
perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi
tanggungjawabnya untuk sentiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan
proses P&P berkesan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama :Cik Indira A/P Krishnan

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Nama pelajar

: Norazliza Bt Abd Aziz Wong

Kursus

: KDPM/KDC Ambilan November 2010

Bilangan Jurnal

: Kedua

Minggu Praktikum

: Kedua

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 1 5 Julai 2013

Tajuk Jurnal

: Motivasi

Masalah
Saya mengajar matapelajaran Bahasa Tamil bagi murid-murid tahun 2. Murid-murid
di dalam kelas ini tidak menimbulkan masalah tetapi menjadi sukar apabila mereka
malu berlakon. Apabila mengadakan aktiviti yang melibatkan pembentangan di
hadapan kelas, murid-murid malu dan ragu untuk membuat pembentangan di
hadapan kelas. Saya ingin melatih mereka untuk membiasakan diri mereka bercakap
di hadapan orang ramai. Tetapi mereka tidak dapat menonjolkan bakat kepimpinan
mereka. Malah mereka bercakap dengan pantas dan malu.
Analisis masalah
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang saya melakukan sehingga ini,
saya dapati tiga orang murid kurang keyakinan untuk melakon, membentang hasil
kerja mereka dengan menyeluruh. Nada suara semasa membentang rendah dan
saya meminta murid untuk meninggikan suara mereka. Selain daripada itu, muridmurid juga berasa resah namanya akan dipanggil oleh guru.
Cadangan
Apa yang saya boleh lakukan ialah bergerak ke tempat di mana murid tersebut duduk
dan memimpinnya bergerak ke hadapan sambil mengatakan kepadanya yang guru
akan menemaninya di hadapan. Jika dia berdiam diri, bantunya dengan
mengucapkan apa yang sepatutnya disampaikan agar murid dapat mengikuti apa
yang guru ucapkan.

Selain itu, saya akan berikan galakan kepada murid-murid yang telah membentang di
hadapan. Contohnya arahkan semua murid memberi tepukan kepadanya. Saya juga
boleh memberi galakan dengan memberikan kata-kata pujian dan positif seperti
Bagus! dan ucapan terima kasih. Pemberian hadiah contohnya pensel atau apa
sahaja juga boleh membantu menggalakkan murid-murid untuk bercakap di hadapan
kelas. Ia perlu diberikan selepas murid tersebut telah bercakap di hadapan agar
dapat menyuntik motivasi ekstrinsik dalam diri murid-murid yang lain supaya mahu
membentang dan bercakap di hadapan kelas.
Menjadikan aktiviti pembentangan di dalam kelas sebagai aktiviti rutin dalam P&P
juga boleh membantu murid memupuk keberanian dan keyakinan untuk bercakap di
khalayak. Apabila ia telah menjadi sesuatu yang rutin, secara tidak langsung
keyakinan dalam diri murid-murid akan terbina.
Tempoh penyelesaian
2/07/2013 hingga 8/07/2013 iaitu selama 7 hari.
Tindakan susulan
Saya membuat aktiviti yang melibatkan murid-murid untuk bercakap dan berkongsi
aktiviti yang telah di buat di hadapan kelas. Sebagai permulaan, isi yang ingin
dikongsi itu adalah perkara yang amat dekat dengan diri murid dan mudah untuk
diceritakan kepada orang lain. Selain itu, guru merancang aktiviti seperti berlakon,
menyanyi dan sebagainya. Murid akan lebih seronok dan dapat membuat aktiviti
depan kelas dengan baik dan berani.
Catatan
Kebanyakan murid kurang menyukai aktiviti yang melibatkan mereka untuk bercakap
atau membuat aktiviti di hadapan kelas berhadapan dengan orang ramai walaupun
merupakan rakan sekelas yang telah mereka kenali. Namun, aktiviti sebegini yang
seharusnya mendapat penglibatan dari semua murid bagi membina keyakinan diri,
keberanian bercakap di khalayak dan berani meluahkan apa yang mereka rasakan
dan fikirkan. Disebabkan kerana ketidakbiasaan melakukannya, maka murid-murid

enggan dan berasa malu apabila diminta bercakap di hadapan di mana semua mata
dan perhatian ditumpukan kepadanya. Setiap perkara baru pasti sukar untuk
dimulakan dan dilakukan. Di sinilah peranan guru untuk memberi peluang dan
galakan kepada murid-murid untuk mencungkil dan menggunakan potensi diri ke
arah yang lebih baik.
Mengikut Teori Psikososial Erikson (1963), pada usia 9 tahun murid mengalami fasa
industri lawan rasa rendah diri. Bagi membantu murid menguasai kemahiran
bercakap di khalayak, guru perlu memberi bimbingan dan galakan supaya murid
tidak berasa rendah diri dalam pencapaian akademik kelak bahkan dalam hubungan
sosial denga individu lain di persekitaran mereka.
Cadangan di atas berasaskan Teori Pelaziman Operan daripada B. F. Skinner. Ia
adalah rangsangan untuk menambahkan kebarangkalian pengulangan tingkah laku
positif yang diinginkan guru. Walaupun peneguhan ini diberikan hanya kepada murid
yang bercakap di hadapan, namun secara tidak langsung pemberian tersebut
mencetus motivasi untuk murid-murid lain untuk melakukan perkara yang sama.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama :Cik Indira A/P Krishnan

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Nama pelajar

: Norazliza Bt Abd Aziz Wong

Kursus

: KDPM/KDC Ambilan November 2010

Bilangan Jurnal

: Ketiga

Minggu Praktikum

: Ketiga

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 8 13 Julai 2013

Tajuk Jurnal

: Membina struktur ayat

Masalah
Semasa saya mengajar matapelajaran Bahasa Tamil di kelas Tahun 2, saya dapati
murid-murid kelas saya tidak dapat membina ayat dengan struktur yang betul. Muridmurid membina ayat dengan struktur ayat yang salah. Hal ini menyebabkan maksud
ayat tersebut tidak jelas dan ayat tersebut songsang.
Analisis masalah
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang saya melakukan sehingga ini,
saya dapati dua orang murid ( Darshan A/L Arasan dan Narmadha A/P Manimaren )
tidak dapat membina ayat dengan struktur ayat yang betul. Apabila saya menyuruh
murid-murid membina ayat dalam kerja kumpulan, mereka membina ayat dengan
struktur ayat yang salah. Ia menyebabkan saya berasa kecewa kerana ia akan
mengakibatkan masalah pada akan datang. Saya ingin membaiki kesalahan mereka
demi masa depan mereka.
Cadangan
Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah
yang dihadapi dapat diatasi. Daripada rujukkan dari beberapa buah buku seperti
Nadramizh kadpikkum Muraikal(2002) oleh V.Ganapathi dan Tamizh Payidrum
Muraikal(2005) oleh Na. Cuppu Rettiyar dan rujukan dari guru pembimbing saya
dapat beberapa cara untuk mengatasi masalah ini.

Saya perlu memberi latihan memadankan frasa menjadi ayat yang betul kepada
murid-murid supaya murid-murid dapat memadankan frasa yang betul untuk menjadi
ayat yang betul. Seterusnya, latihan seperti susunkan perkataan menjadi ayat,
lengkapkan ayat dan membina ayat mudah dengan lengkap.
Daripada rujukan dari buku Nadramizh Kadpikum Muraikal(2002) oleh V,.Ganapathi
saya ingin mengadakan satu aktiviti secara permainan. Iaitu, permainan Thalai
ingge, vaal engge?. Permainan ini adalah untuk membantu murid-murid membina
struktur ayat yang betul. Saya percaya cadangan aktiviti ini dapat saya lakukan
dengan baik dan dapat membantu mrid-murid mengatasi masalah mereka.
Tempoh penyelesaian
9/07/2013 hingga 15/07/2013 iaitu selama 7 hari.
Tindakan susulan
Saya percaya kaedah yang pelbagai dapat membantu saya dalam menyampaikan
P&P dengan berkesan. Saya memberi sedikit penerangan tentang kaedah
pembinaan ayat kepada murid-murid terlebih dahulu. Iaitu, membina ayat
menggunakan subjek dan prediket seperti yang ditulis dalam buku

Dewan

Tatabahasa dan buku Nalla Tamil Ezhuta Venduma?.

Selain itu, guru memeberi latihan seperti yang dicadangkan seperti diatas. Iaitu,
latihan memadankan frasa menjadi ayat yang betul, latihan susunkan perkataan
menjadi ayat, lengkapkan ayat dan membina ayat mudah dengan lengkap. Latihanlatihan seperti ini dapat membantu murid-murid membina ayat dengan struktur yang
betul.
Saya amat percaya guru yang kreatif dan bersedia dengan pelbagai teknik
pengajaran dapat mempengaruhi suasana P&P yang bakal berlaku di dalam kelas.
Murid akan lebih bersemangat sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan
perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi
tanggungjawabnya untuk sentiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan

proses P&P berkesan. Saya berharap masalah ini dapat mengatasi masalah muridmurid. Saya percaya latihan yang saya berikan dapat membantu masalah muridmurid.
Catatan
Kemahiran mengarang bermula daripada latihan daripada pembinaan struktur ayat
yang baik, kaedah mengarang dan kaedah menulis perenggan yang baik.
Pengajaran penggunaan frasa dan ayat yang betul untuk menghasilkan sebuah
karangan

adalah

cara

terbaik.

Nadramizh

Kadpikum

Muraikal(2002)

oleh

V.Ganapathi.
, , .

.
Dengan ini saya sedaruntuk mengajar murid-murid menggunakan kaedah dan cara
yang betul. Saya fahami perkara yang telah ditekankan oleh penulis. Saya akan
sentiasa menegur dan membantu murid-murid membina ayat dengan baik supaya
dapat melatih murid-murid dari sekarang demi melatih murid-murid menghasilkan
karya yang mutu.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama :Cik Indira A/P Krishnan

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Nama pelajar

: Norazliza Bt Abd Aziz Wong

Kursus

: KDPM/KDC Ambilan November 2010

Bilangan Jurnal

: Keempat

Minggu Praktikum

: Keempat

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 15 19 Julai 2013

Tajuk Jurnal

: Sebutan ( , , ) la, lha dan zha

Masalah
Saya mengajar matapelajaran Bahasa Tamil bagi murid-murid tahun 2. Ini merupakan
minggu keempat bagi saya dalam

praktikum. Pada hari 16/7/2013 saya dapati

sebutan (, , ) la, lha dan zha di kalangan murid menjadi satu masalah
dalam pengajaran dan pembelajaran saya . Murid-murid membuat kesilapan semasa
menyebut perkataan yang mengandungi huruf tersebut. Oleh kerana sebutan yang
tidak betul ini menyebabkan perkataan membawa maksud yang lain dan tidak tepat
pada teks yang diberi.
Analisis masalah
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang saya melakukan sehingga ini,
saya dapati tiga orang murid membuat kesilapan semasa membaca perkataan yang
mengandungi huruf tersebut walaupun guru menegur semasa membaca. Perkara ini
berpunca daripada kelalaian murid sendiri dan kurangnya sikap membaca. diberi
penekanan sebutan kepada murid dari darjah satu. Jika perkara ini tidak diselesaikan
dengan segera masalah ini akan berterusan dan akan membawa masalah dalam
menguasai kemahiran lain. Seperti , menulis huruf yang salah dalam perkataan yang
tidak membawa maksud.

Cadangan
Saya harus menunjukkan gambar kedudukan lidah semasa menyebut huruf tersebut
supaya murid dapat meletakkan lidah mereka di kedudukan yang betul semasa
menyebut perkataan huruf tersebut. Jadi, murid dapat menyebut perkataan huruf
tersebut dengan sebutan yang betul.

Selain daripada itu, guru memberi perkataan, frasa atau ayat pendek yang
mengandungi huruf tersebut sebagai bahan bacaan. Saya perlu menyebut dan
mengajar cara membaca bahan bacaan tersebut sebelum menyuruh murid
membaca. Saya akan memberi masa untuk murid membaca dan menyuruh murid
membaca seperti yang dibacakan oleh guru.
Selain itu, saya boleh memberi latihan bacaan pada lidah yang disebut dalam
Bahasa Tamil sebagai kepada murid-murid seperti yang
dikatakan dalam buku Nadramizh Kadpikum Muraikal(2002) oleh V.Ganapathi. Muridmurid membaca bahan bacaan tersebut untuk latihan pergulungan lidah untuk
menyebut perkataan huruf tersebut dengan betul. Saya harus menegur kesilapan
murid-murid tersebut dengan segera supaya murid-murid dapat menyedar kesilapan
mereka. Saya juga boleh memperdengarkan lagu, cerita atau bahan bacaan supaya
murid mendengar dengan teliti dan menyebut perkataan tersebut dengan jelas.
Tempoh penyelesaian
16/07/2013 hingga 23/07/2013 iaitu selama 8 hari.

Tindakan susulan
Seperti

dalam

cadangan,

saya

akan

menunjukkan

gambar-gambar

yang

menjelaskan kedudukan lidah semasa menyebut huruf (, , ) la, lha dan zha
kepada murid-murid.

Saya akan memberi penerangan dan penjelasan tentang cara menyebut huruf
tersebut beberapa kali sehingga dapat menyebut dengan betul. Saya akan memberi
perkataan, frasa atau ayat pendek untuk menyebut huruf-huruf tersebut dengan betul
semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Selain itu, saya boleh memberi latihan bacaan pada lidah yang disebut dalam
Bahasa Tamil sebagai kepada murid-murid. Murid-murid
membaca bahan bacaan tersebut untuk latihan pergulungan lidah untuk menyebut
perkataan huruf tersebut dengan betul. Saya harus menegur kesilapan murid murid
tersebut dengan segera supaya murid-murid dapat menyedar kesilapan mereka dan
membetulkannya.
Contohnya:

Catatan
Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2005 pula menunjukkan secara purata, rakyat
membaca dua buku setahun. Kajian pada 2009 menunjukkan purata rakyat berumur 10
tahun ke atas membaca sembilan hingga 12 buku setahun. Sebanyak 56,676 mendaftar
sebagai ahli perpustakaan tempatan di seluruh negara pada 2010 dengan 776,347 buku
dipinjam di PNM pada tempoh sama. Bagaimanapun angka itu masih rendah kerana
lapan tahun terakhir menjelang 2020, kita masih merangkak dan segan ilmu berbanding
bangsa lain di Asia Timur.

Mengikut pandangan Eriks (1980 ), Bacaan adalah dalam bentuk tulisan atau suatu
proses pemahaman. Pemahaman daripada proses bacaan dapat membantu
seseorang menguasai kemahiran bertutur dan menimba ilmu pengetahuan.

Tamizh Payidrum Muraikal(2005) oleh Na. Cuppu Rettiyar, mengatakan bahawa


bacaan adalah tulisan atau bahan cetakan yang merangkumi satu proses melihat
dan menghasilkan sebutan yang membawa makna.

Murid harus menguasai kemahiran membaca untuk menguasai kemahiran-kemahiran


yang lain. Bacaan amat penting untuk membentuk seorang insan yang berguna. Bacaan
bukan sahaja membantu menguasai kemahiran seseorang murid malah dapat menimpa
pengetahuan am seseorang. Mengikut pandangan Durkin, beliau berpendapat bahawa
apa yang dibaca harus diperingatkan semula dan membuat visual atau menggambarkan
isi-isi penting di dalam peringatan.
Kementerian Pelajaran juga menekankan program bacaan NILAM Program dan Moh
Membaca di Daerah Temerloh.Saya adalah guru pusat sumber di sekolah. Saya sedar
bahawa bertapa pentingnya sikap membaca. Saya sentiasa menggalakkan murid-murid
membaca buku-buku di pusat sumber dan di Laluan Ilmu. Saya telah menyediakan
beberapa program untuk menggalakkan murid-murid membaca. Saya menyuruh muridmurid untuk bercerita di pentas bercerita yang disediakan di dalam pusat sumber
sekolah.

Maka saya dapat menyedari tanggungjawab saya untuk mengajar murid-murid supaya
membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul, lancar dan fasih. Saya juga akan
memupuk minat murid-murid untuk membaca pelbagai bahan di perpustakaan dan di
luar sekolah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama :Cik Indira A/P Krishnan

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Nama pelajar

: Norazliza Bt Abd Aziz Wong

Kursus

: KDPM/KDC Ambilan November 2010

Bilangan Jurnal

: Kelima

Minggu Praktikum

: Kelima

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 22 25 Julai 2013

Tajuk Jurnal

: Kecekapan mengira

Masalah
Saya mengajar matapelajaran Matematik di kelas Tahun 3. Saya dapati murid-murid
kelas matematik saya kurang kecekapan dalam mengira dan memberi jawapan.
Murid-murid mengambil masa untuk membuat pengiraan yang mudah. Ia
menyebabkan

kesukaran

semasa

menjalankan

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran.
Analisis masalah
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang saya melakukan sehingga ini,
saya dapati seorang murid ( Darshan A/L Arasan ) kurang kecekapan semasa saya
mengajukan soalan pengiraan yang mudah. Murid tersebut mengambil masa yang
lama semasa menggunakan pengiraan yang mudah. Daripada masalah tersebut,
saya dapati murid tersebut tidak menghafal sifir dan masih menggunakan jari untuk
mengira soalan matematik yang merangkumi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Cadangan
Guru boleh memberi jadual sifir untuk murid tersebut dan menyuruh murid tersebut
menghafalnya. Guru juga menjelaskan pengiraan pendaraban tersebut dan
membimbing murid tersebut. Guru juga boleh mengajar murid-murid tersebut
mengira soalan pendaraban menggunakan jari. Cara ini amat mudah untuk muridmurid mengingati pengiraan pendaraban.

Guru mengadakan suatu program untuk meningkatkan kecekapan murid mengira


dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Guru menyediakan modul Mental
Sum untuk memberi latihan kecekapan mengira soalan operasi asas. Dengan ini,
murid tersebut dapat melatih untuk membuat pengiraan operasi asas dengan cekap.
Tempoh penyelesaian
25/07/2013 hingga 31/07/2013 iaitu selama 7 hari.
Tindakan susulan
Guru memberi carta sifir untuk murid-murid dan membimbing murid tersebut untuk
menghafalnya. Guru menjelaskan konsepnya menggunakan jadual tersebut. Selain
itu, guru membuat mengajar murid-murid mengira menggunakan operasi pendaraban
menggunakan jari dan jam untuk sifir 5. Guru meminta setiap hari Selasa untuk
memberitahu sifir yang telah dihafal. Guru juga menanya soalan sifir secara rawak
kepada murid-murid.
Guru menyediakan satu modul Mental Sum ( ) untuk semua
murid-murid . Modul ini diberi kepada murid-murid untuk menguji kecekapan mengira
operasi asas. Murid-murid membuat 10 soalan operasi asas dalam 2 minit setiap hari
semasa matapelajaran Matematik.
Selain itu, guru sentiasa menanya soalan merangkumi operasi asas kepada muridmurid supaya murid tidak lupa dan sentiasa dalam keadaan sedia. Ia juga membantu
menguji kecekapan mengira. Dengan ini, saya berharap program ini dapat membantu
murid-murid semasa membuat soalan.

Catatan
Saya amat percaya teknik-teknik pengajaran dapat mengatasi masalah murid-murid
di dalam kelas. Murid akan lebih bersemangat sekiranya guru tampil dengan pelbagai
kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi
tanggungjawabnya

saya

untuk

sentiasa

membuat

pembaharuan

sekaligus

menjadikan proses P&P yang berkesan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama :Cik Indira A/P Krishnan

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Nama pelajar

: Norazliza Bt Abd Aziz Wong

Kursus

: KDPM/KDC Ambilan November 2010

Bilangan Jurnal

: Keenam

Minggu Praktikum

: Keenam

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 29 2 Ogos 2013

Tajuk Jurnal

: Penggunaan Alat Bantu Mengajar

Masalah
Semasa aya mengajar matapelajaran Matematik di kelas Tahun 3 pada 1/8/2013.
Saya dapati alat bantu mengajar saya tidak sesuai dengan pengajaran dan
pembelajaran saya. Ia menyebabkan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak

menarik.
Analisis masalah
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang saya melakukan, saya dapati
bahan bantu mengajar yang saya gunakan tidak begitu sesuai kepada aktiviti yang
saya lakukan. Walaupun ia tidak memberi masalah yang serius tetapi saya perlu
memperbaiki penggunaan alat bantu mengajar saya. Saya telah menggunakan
kertas yang bersaiz kecil. Ia menyebabkan murid-murid sukar untuk menulis dan
membuat aktiviti.
Cadangan
Alat bantu mengajar adalah
melaksanakan

proses

membolehkan

guru

panduan kepada guru-guru di sekolah dalam

pengajaran

menilai

dan

semula

pembelajaran. Alat

pengajaran

mereka.

bantu

mengajar

Seterusnya

akan

meningkatkan lagi mutu pengajaran guru-guru ke tahap yang lebih membanggakan.


Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati dalam membantu guru bagi
melincinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar
memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Oeh itu, saya akan mempertingkatkan lagi usaha saya untuk menyediakan ABM yang
lebih sesuai dan membantu murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Tempoh penyelesaian
1/08/2013 hingga 5/08/2013 iaitu selama 7 hari.
Tindakan susulan
Saya akan memperbaiki kesilapan yang saya lakukan. Saya bercadang untuk
merujuk buku-buku rujukkan dan merujuk guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing saya untuk menghasilkan alat bantu mengajar yang lebih sesuai. Saya
berharap usaha saya ini akan membantu murid dalam mencapai hasil pengajaran.

Catatan
Menurut Mok Soon Sang (1995) seseorang guru yang proaktif ialah guru yang
sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi pelajarnya mempelajari sesuatu
kemahiran bacaan dengan berkesan serta menitik beratkan penggunaan bahan
bantu mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat itu.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama :Cik Indira A/P Krishnan

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Nama pelajar

: Norazliza Bt Abd Aziz Wong

Kursus

: KDPM/KDC Ambilan November 2010

Bilangan Jurnal

: Ketujuh

Minggu Praktikum

: Ketujuh

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 5 6 Ogos 2013

Tajuk Jurnal

: Pengurusan masa

Masalah
Ini adalah minggu ketujuh saya menjalankan praktikum di SJK(T) Ladang Lanchang.
Minggu ini saya menghadapi masalah pengurusan masa semasa menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Saya tidak dapat menjalankan aktiviti seperti yang
dirancang. Aktiviti yang berlebihan menyebabkan kesuntukkan masa. Hal ini
menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya objektif yang ketiga dalam
proses pengajaran dan pembelajaran pada 6/8/2013.
Analisis masalah
Saya menganalisis punca masalah yang timbul pada hari tersebut. Kemahiran pada
hari tersebut adalah menulis. Saya telah menulis aktiviti yang banyak untuk
kemahiran bertulis. Keadaan ini menyebabkan saya kecewa atas kesilapan yang
saya lakukan. Saya terfikir dalam diri saya adakah aktiviti yang saya rancang itu
sistematik? atau tidak sesuai dengan kebolehan murid kelas saya.Saya berasa risau
kerana masalah ini menyebabkan saya tidak dapat menjalankan perancangan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran saya dengan sepenuhnya. Murid-murid juga
mengambil masa yang lama untuk memikirkan ayat dan menulis di papan putih.
Selain itu, murid-murid mengambil masa yang lama untuk menceritakan hobi mereka
secara lisan.

Cadangan
Bagi mengatasi masalah ini,saya telah berbincang dan meminta pendapat daripada
guru pembimbing dan guru-guru lain. Saya bercadang untuk merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran saya dengan sesuai kepada kemahiran dan kebolehan
murid-murid. Selain itu, saya akan membimbing murid-murid untuk melakukan aktiviti
yang dirancang dalam masa yang tertentu.
Tempoh penyelesaian
6/08/2013 hingga 21/08/2013 iaitu selama 4 hari.
Tindakan susulan
Saya akan memperbaiki kesilapan yang saya lakukan. Saya bercadang untuk
merujuk buku-buku rujukkan dan merujuk guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing saya untuk menghasilkan rancangan pengajaran harian yang lebih
sesuai dengan kemahiran dan kebolehan murid-murid.
Catatan
Saya amat percaya langkah-langkah yang saya amalkan akan mengatasi masalah
murid-murid di dalam kelas. Saya berpendapat, murid akan lebih bersemangat
sekiranya saya membuat perubahan dalam p&p dari semasa ke semasa. Sebagai
guru,

adalah

menjadi

tanggungjawabnya

saya

untuk

sentiasa

membuat

pembaharuan menjadikan proses P&P yang berkesan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama :Cik Indira A/P Krishnan

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Nama pelajar

: Norazliza Bt Abd Aziz Wong

Kursus

: KDPM/KDC Ambilan November 2010

Bilangan Jurnal

: Kelapan

Minggu Praktikum

: Kelapan

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 19 23 Ogos 2013

Tajuk Jurnal

: Membaca dengan ejaan yang salah

Masalah
Ini adalah minggu kelapan saya menjalankan praktikum di SJK(T) Ladang Lanchang.
Minggu ini saya menghadapi masalah dalam matapelajaran Bahasa Tamil bagi Tahun
2. Murid-murid membuat kesalahan ejaan semasa membaca sesuatu perkataan.
Murid-murid membaca perkataan dengan menambah huruf lain, menggantikan huruf
lain

atau

terlepas

huruf

yang

patut

disebut.

Masalah

ini

mengakibatkan

ketidaklancaran semasa membaca petikan yang diberi oleh saya. Saya berasa amat
bimbang masalah ini akan berterusan jika tidak mencari jalan penyelesaian.
Analisis masalah
Selepas itu, saya menganalisis punca masalah yang

timbul pada hari tersebut.

Semasa proses pengajaran, murid-murid membaca perkataan dengan menambah


huruf lain, menggantikan huruf lain atau terlepas huruf yang patut disebut. Murid
yang bernama Darshan Rao (5 perkataan), Narmadha ( 3 perkataan ) dan
Vinothini( 2 perkataan ) mengalami masalah tersebut.
Contohnya :
1. menyebut sebagai
2. menyebut sebagai
3. menyebut sebagai

I.

Saya

dapati

murid-murid

membaca

petikan

tersebut

dengan

laju

menyebabkan murid-murid terlepas atau menambah huruf lain semasa


II.

menyebut perkataan.
Selain daripada itu, saya dapati murid-murid tidak mengeja perkataan dengan
betul semasa membaca. Murid-murid mengeja dengan salah menyebabkan
mereka terlepas huruf semasa sebutan. Dengan ini, perkataan tersebut akan
membawa makna yang lain menyebabkan murid-murid tidak dapat memahami

III.

petikan tersebut.
Masalah ini juga timbul dikalangan murid-murid kerana sikap murid-murid

IV.

sendiri yang cuai semasa membaca perkataan di dalam petikan tersebut.


Penggunaan bahasa pasar di rumah juga menjadi kebiasaan murid
mengaplikasikannya semasa membaca petikan.

Cadangan
Bagi mengatasi masalah ini,saya telah merujuk beberapa buku rujukan dan
berbincang serta meminta pendapat daripada guru pembimbing dan guru-guru lain.
I.

Saya bercadang memberi kad bacaan kepada murid-murid untuk membaca


ayat yang terdapat dalam kad bacaan dengan teliti, lancar dan tanpa
kesalahan ejaan semasa menyebut perkataan semasa proses bacaan. Jika
terdapat kesalahan, saya akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar untuk
membaca tanpa kesalahan.

II.

Saya akan memberi latihan bacaan dan menyuruh murid-murid menulis


perkataan dan frasa tersebut bersama proses bacaan. Murid-murid akan
menulis perkataan atau frasa

yang diberi sambil menyebut ejaan bahan

bacaan tersebut dengan kuat. Saya berpendapat latihan ini akan melatih
murid-murid membaca ejaan perkataan dengan teliti.

En.V.Ganapathi(2002) telah menyatakan bahawa murid-murid harus


menulis perkataan atau frasa dan menyebutnya daripada bahan
bacaan untuk mengelakkan murid-murid membuat kesalahan semasa
baca.

III.

Selain itu, saya akan melatih dan membimbing murid-murid membaca tanpa
kesalahan tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini,
murid-murid dapat mengesan kesalahan mereka dengan serta merta dan
memperbaikinya.

Tempoh penyelesaian
22/08/2013 hingga 27/08/2013 iaitu selama 4 hari.
Tindakan susulan
I.

Saya telah memberi beberapa kad bacaan kepada murid-murid untuk melatih
membaca tanpa kesalahan. Murid-murid membaca bahan bacaan tersebut
dengan kuat. Dengan ini guru dapat menganalisa kesalahan yang dibuat oleh
murid-murid. Saya telah menggariskan perkataan yang dibaca dengan
kesalahan untuk mengingatkan murid-murid membaca kesalahan tersebut
dengan betul. Saya telah menyuruh murid tersebut untuk mengeja perkataan
dan membacanya semula sehingga murid tersebut dapat mengetahui
kesalahan mereka sendiri. Saya juga akan memperbaikinya dan membimbing
mereka untuk membaca dengan ejaan yang betul.

.. (2002) :

,
. ..(2002)

En.V.Ganapathi (2002) Tamizh Payidrum Muraigal:

Pembacaan dengan kuat dapat membantu melatih cara sebutan dan dapat
memperbaiki kesalahan penyebutan yang dibuat oleh murid
II.

Saya akan memberi latihan membaca perkataan atau frasa kepada muridmurid. Saya akan menyuruh murid-murid tersebut menulis perkataan dan
frasa sambil mengeja dengan kuat. Saya berharap latihan ini dapat melatih
murid-murid membaca tanpa kesalahan.

III.

Saya juga akan menegur dan memperbaiki kesalahan kemahiran membaca


murid-murid di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan saya berpendapat murid-murid dapat memperbaiki kesalahna mereka
dengan segera. Saya juga akan menekankan murid-murid berkomunikasi
menggunakan bahasa yang betul.

IV.

Saya juga akan menyediakan pelbagai bahan bacaan yang menarik untuk
murid-murid supaya dapat menarik minat murid-murid untuk membaca.
Membaca adalah satu proses yang perlu diamalkan sepanjang hayat. Oleh itu
saya ingin mencungkil minat mereka untuk membiasakan diri semasa
membaca.

Catatan
Kemahiran baca amat penting dalam kehidupan. Tabiat membaca harus diamalkan
sepanjang hayat adalah kata-kata seorang tokoh bahasa Noolan(1991). Saya dapat
menyedari kemahiran membaca amat penting. Saya akan mencuba sedaya upaya untuk

menarik minat murid-murid untuk mengamalkan tabiat membaca di sekolah mahupun di


rumah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama :Cik Indira A/P Krishnan

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai