Anda di halaman 1dari 7

P

Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang menyeronokkan. Setiap tajuk
memerlukan murid berfikir secara kritis untuk mencari jalan penyelesaian. guru perlu memupuk
minat

pelajar suka akan mata pelajaran matematik. Matematik didefinisikan sebagai

pembelajaran atau kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam
erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan
aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik.
Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan
kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal
dan konsep.
Matematik adalah satu bidang ilmu yang sangat luas penggunaannya dalam kehidupan.
Matematik dilihat sebagai satu bidang yang mempunyai hubung jalin dengan bidang yang lain
dan sentiasa diaplikasi dalam kehidupan. Kurikulum Pendidikan Matematik mendefinisikan
Matematik sebagai suatu cara berfikir, kajian tentang pola, kajian perhubungan, suatu seni,
suatu bahasa dan sebagai alat dalam kehidupan seharian. Menurt Carl Friedrich Gauss, (1856)
Matematik ialah permaisuri bagi sains. Ini bermakna Matematik memainkan peranan penting
dalam dunia sains. Namun demikian Matematik merupakan salah satu matapelajaran yang
sering dilihat sebagai subjek yang membosankan serta menyusahkan.
Matematik juga dikenali sebagai satu matapelajaran yang tidak menarik, kering, sukar
dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti bahasa, sastera,
latihan fizikal (Aplin dan Saunders,1996; Lee dan Cockman, 1995). Oleh yang demikian
penyelidik-penyelidik yang telah membuat kajian dalam matapelajaran telah mengutarakan satu
perkara penting iaitu penerapan rekreasi Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran dalam Matematik berbeza dengan matapelajaran yang lain. Di
samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ianya
juga memerlukan kefahaman konsep dengan tepat dan menyeluruh.
Rekreasi Matematik boleh didefinisikan sebagai satu cara atau kaedah yang
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya matapelajaran Matematik menjadi
seronok untuk dipelajari. Aplikasi rekreasi Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran Matematik. Selain itu, murid juga
dapat merasai keindahan Matematik, sedar tentang kepentingan Matematik dan seterusnya

membantu mereka menguasai matapelajaran ini dengan lebih baik, (National Council of
Teachers of Mathematics, 1989; Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998).
Rekreasi Matematik akan membantu murid untuk memahami kepentingan konsep
matematik dengan lebih terperinci. Rekreasi Matematik ini sangat sesuai diaplikasikan dalam
kelas pemulihan. Kaedah ini membantu murid yang menghadapi kesukaran dalam menguasai
kemahiran Matematik atau memahami konsep Matematik. Murid dapat memahami sesuatu
konsep dengan mudah dan senang.
Pengaplikasian rekreasi Matematik dalam pengajaran dapat mewujudkan suasana yang
ceria dalam bilik darjah. Bagi mewujudkan suasana ceria dalam pembelajaran Matematik, guru
harus merancang aktiviti pembelajaran yang menarik seperti teka-teki, puisi, lagu dan
permainan

yang

berunsurkan

Matematik. Aktiviti

pembelajaran

yang

menarik

dapat

meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Matematik. Cara ini juga dapat
meningkatkan keberkesanan sesuatu aktiviti pembelajaran. Objektif pembelajaran yang
optimum dapat dicapai melalui rekreasi Matematik.
Walaupun pelbagai cara kita dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik dalan dan luar kelas hanya sebilangan rekreasi matematik yang meningkatkan
kemahiran berfikir secara mendadar.
Berfikir ialah satu proses mental. Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek seperti
kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta dan penerangan, memberi penjelasan,
membuat analisis, mengeluarkan pendapat, membuat keputusan, menyelesaikan masalah atau
merancang.
Kemahiran berfikir secara kritis adalah kemahiran yang diperlukan untuk membuat
penilaian terhadap data dan maklumat. Membuat analisis bermakna mencerakinkan data dan
maklumat kepada bahagian-bahagian dan mengkaji setip bahagian dengan lebih terperinci.
Kemahiran menganalisis termasuk membanding dan membeza, menyusun atur, mengenal pasti
fakta dan pendapat dan pernyataan berat sebelah, memberi sebab, meramal, membuat
kesimpulan awal dan generalisasi, mentafsir dan membuat rumusan.
Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kemahiarn menjanakan idea yang banyak,
pelbagai dan baru. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah
kemahiran berfikir secara kreatif.

Tujuan utama rekreasi matematik dalam meningkatkan kemahiran berfikir adalah untuk
mengajar kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih berkesan, rasional dan membina pemikiran
yang logik. Dengan membina kemahiran berfikir, pelajar - pelajar akan berfikir dengan lebih
kritikal, kreatif, kritis dan boleh menyelesaikan masalah dengan efisyen. Kemahiran berfikir
merangkumi pemikiran kreatif, kritis dan Higher Order Thinking Skills (HOTS) atau pemikiran
Tahap Tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian. Benjamin Bloom (1984) telah
mengkategorikan kemahiran berfikir dalam peringkat peringkat seperti pengetahuan,
pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Dengan menggunakan Taksonomi
Bloom, guru-guru dan pelajar - pelajar dicabar menggunakan pemikiran tahap tinggi dan bukan
pemikiran tahap mudah seperti mengingat kembali, pemahaman dan aplikasi.
Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea
dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif pula ialah kebolehan untuk mencerna dan
menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan
idea-idea yang ada. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang diajar atau diterapkan di
dalam pembelajaran pelajar - pelajar akan meningkatkan penguasaan dan pencapaian
akademik mereka.
Kajian berkaitan juga menunjukkan pengajaran kemahiran berfikir mempercepatkan
pembelajaran pelajar - pelajar ( Cotton, 1991). Kemahiran berfikir ini perlu diberikan penekanan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik rekreasi kerana mereka yang
didedahkan dengan pemikiran berfikir secara kritis dan kreatif ini lebih bersedia menghadapi
masalah yang lebih kompleks serta perubahan teknologi yang berlaku secara mendadak pada
masa ini. Namun begitu, bagi melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif ini telah
menjadi satu isu yang sering diperkatakan dan menjadi cabaran kepada para guru Matematik
pada masa kini.
Kaedah ini membantu murid untuk menyelesaikan masalah dengan logik dan sistematik.
Murid dapat menjana dan berfikir dalam minda untuk mendapat jawapan dan pemahaman
mereka dapat dikukuhkan dengan baik.
Rekreasi Matematik akan membantu anda untuk memahami kepentingan konsep
Matematik. Nombor, bentuk, saiz, aritmetik, logik dan lain-lain. Pendek kata, proses
pembelajaran kanak-kanak adalah paling optimum semasa mereka bermain.
Kanak-kanak tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan bermain permainan
Matematik. murid diberi peluang iaitu menjadikan minat Matematik rekreasi berakar umbi dalam

diri kanak-kanak melalui aktiviti permainan Matematik rekreasi sekolah rendah yang disediakan.
Kanak-kanak tidak perlu melepaskan peluang keemasan ini.
Dalam matematik rekreasi ini, setiap ahli kumpulan menjadi juru dalam sub-unit
sesuatu topik. Setelah masing-masing memahami bahagian masing-masing, setiap juru
mengajar pula kepada ahli kumpulan yang lain. Soal-jawab atau perbincangan yang berlaku
semasa proses ini membolehkan juru dan ahli sama-sama memikirkan pembentangan yang
diberi, ini meningkatkan pemahaman dan ingatan. Selain dari itu, kaedah ini juga memberi
peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang dan mengajar mereka untuk menjadi juru dan
mengajar mereka yang mempunyai prestasi akademik lebih baik daripadanya, secara tidak
langsung meningkatkan keyakinan diri mereka dalam subjek Matematik terutamanya dalam
masalah penyelesaian masalah ini.
Sistem pembelajaran matematik yang menekankan penghafalan dan dengan bebanan
latihan yang tidak difahami oleh pelajar membuatkan mereka tercicir dalam pembelajaran.
Justeru ianya membuatkan minat mereka untuk terus belajar semakin kabur. Pelajar seringkali
membuat berbagai andaian apabila mereka cuba memahami sesuatu pelajaran yang cuba di
sampaikan oleh guru mereka dan adakalanya andaian mereka salah. Ia bermaksud
pembentukan konsep yang berlaku di dalam fikiran mereka adalah berbeza dengan hasrat yang
ingin dicapai oleh pendidik. Menurut Mohd Salleh Abu (1991), seseorang pelajar yang tidak
menunjukkan penguasaan konsep dan kemahiran matematik akan menghadapi masalah
pemahaman dalam matematik. Menurut Wong Khoon Yoong (1987), kebolehan matematik yang
lebih tinggi adalah bergantung kepada kebolehan yang lebih rendah, iaitu dalam bentuk hiraki.
Ramai pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah atas sebab-sebab tiada penguasaan konsep
yang sebenar atau berlakunya kesalahfahaman konsep. Laporan Cockroft (1982), sesuatu
pelajaran matematik yang baik lagi efektif harus mengandungi unsur - unsur seperti eksposisi
atau penyampaian isi pelajaran oleh guru, perbincangan antara pelajar dan guru serta
perbincangan antara pelajar itu sendiri. Di samping itu pelajaran itu juga seharusnya
mempunyai kerja praktik yang sesuai, latih tubi bagi kemahiran asas, aktiviti penyelesaian
masalah dan aktiviti menyelidiki pelbagai cara penyelesaian masalah matematik.
Dewey (1859) melalui bukunya The School and Society (1899) dan The Child and The
Curriculum (1902) telah menyatakan bahawa asas pengajaran berbentuk pembentukan
kefahaman yang banyak mempengaruhi pendidikan masa kini baik dari segi teori mahupun dari

segi praktiknya. Oleh yang demikian, pedagogi yang betul ialah dengan menyedari
pelbagai pemasalahan yang mungkin timbul dan bagaimana menggunakan daya kreatif untuk
menyediakan pelbagai peluang pembelajaran untuk menangani cabaran yang mendatang.
Menurut Webb (1989 dalam Tengku Shariffah bt Tuan Yusof 2004), pengaruh guru terhadap
pembelajaran adalah besar maknanya, oleh itu pengetahuan guru dalam merancang strategi
pengajaran dengan baik amat perlu. Mengikut kajian yang telah dibuat ke atas pelajar rata-rata
menunjukkan bahawa mereka tidak mampu fahami soalan, tidak tahu merancang strategi dan
sudah tentu tidak tahu melaksana strategi. Pembelajaran adalah suatu proses yang aktif.
Pelajar perlu membina skim-skim matematik berasaskan penggunaan kalkulator atau
pengalaman sendiri. Selain itu pelajar juga perlu di beri peluang berbincang dan bertukar-tukar
fikiran semasa menyelesaikan masalah.
Satu lagi cara yang baik untuk melatih otak dengan menyelesaikan teka-teki dan
bermain aneka permainan uji minda. Teka silang kata, cari barang tersembunyi, dan Sudoku
adalah cara yang terbaik untuk mengekalkan dan meningkatkan fungsi mental. Terdapat banyak
permainan teka-teki di internet serta melalui Wii dan Nintendo yang membantu meningkatkan
ketajaman mental.
Cari penyelesaian untuk membantu mengingati senarai (runcit atau senarai tugasan)
dengan mewujudkan mnemonik, lagu, atau imej visual untuk membantu mengingati sesuatu.
Semakin menarik, lucu, atau luar biasa gambaran itu, semakin besar kemungkinan otak boleh
mengingati senarai. Jangan menjadi benar-benar bergantung kepada senarai bertulis.
Sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu melakukan senarai tugasan kepada ingatan
dan tidak cuba untuk merujuk kepada senarai bertulis semasa menjalankan tugasan cuba
mengingatinya berbanding membaca senarai boleh merangsang otak.
Menurut beberapa kajian, apabila imbasan otak telah dilakukan selepas pesakit telah
melakukan beberapa latihan otak, reseptor Dopamine di dalam otak telah meningkat, ini
bermakna neurotransmitter menjadi lebih sihat apabila pelbagai latihan mental dilakukan.
Di samping itu, latihan-latihan yang melibatkan tangan dengan koordinasi mata juga
menyebabkan neuron untuk berkembang di dalam otak, dan ianya bukanlah seperti tetamu
yang tidak diinginii, ia bukanlah satu perkara yang buruk apabila munculnya neuron tambahan.
Terdapat pelbagai permainan hebat di internet yang meningkatkan koordinasi mata dan tangan,
dan ianya sangat menyeronokkan.

Sejenis latihan baru, yang dipanggil aktiviti neurobic, memerlukan otak digunakan
bersama satu atau lebih daripada lima deria dalam beberapa jenis aktiviti. Ia memerlukan
perhatian yang penuh untuk beberapa saat dalam sehari dan tumpuan kepada aktiviti itu.
Terdapat beberapa perkara yang amat menarik di mana orang perlu memberus gigi mereka
dengan tangan yang bukan dominan. Cubalah dan lihat bagaimana sukarnya aktiviti rutin
seharian apabila ia berubah.
Seterusnya, guru juga boleh menggunakan matematik rekreasi iaitu teknik kuiz dalam
matematik. Mengikut catatan sejarah, teknik ini diperkenalkan pada tahun 1940, di England
melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz ini bermula di negara ini setelah
dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di
sekolah-sekolah Melayu ketika itu. Walau bagaimanapun, teknik ini boleh diguna pakai atau
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam matematik rekreasi.
Tujuan teknik ini ialah supaya guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan
kefahaman murid-murid mengenai topik-topik tertentu. Murid-murid juga boleh mengulangkaji
sambil bergembira tanpa rasa sebarang tekanan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berjalan. Secara tidak langsung, pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan
mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Lantaran itu, murid-murid dapat belajar teknik
berfikir yang baru dan boleh diaplikasikan dalam pembelajaran mereka.
Teknik ini juga dapat membantu murid-murid memahami bahasa terutama dari segi
bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat dua bentuk pengajaran dan
pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu ia dijalankan secara spontan pada peringkat
permulaan, perkembangan dan penutup. Hal ini bermakna, kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti
rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Teknik ini juga merangkumi aktiviti
pertandingan yang dilakukan dalam bilik darjah. Misalnya, guru menggunakan pendekatan
pertandingan seperti peraduan teka teki. Guru perlu bijak menyesuaikan teknik tersebut selaras
dengan objektif pengajaran matematik terutamanya dalam pengajaran operasi tamabah, tolak
dan darab. Justeru, guru perlu membahagikan murid-murid kepada dua atau tiga kumpulan
besar untuk melaksanakan teknik tersebut agar mencapai objektif pengajaran.
Kelemahan pelajar dalam mata pelajaran matematik sering menjadi tajuk perbincangan
setiap lapisan masyarakat dan menjadi fokus utama media terutamanya semasa keputusan
peperiksaan diumumkan. Rata-rata mengatakan prestasi pelajar dalam menjawab soalan
penyelesaian masalah amat rendah. Program Matematik KsSR bertujuan untuk membimbing

pelajar menguasai kemahiran asas mengira empat operasi

iaitu tambah, tolak, darab dan

bahagi. Maka kandungan sukatan matematik KBSR adalah asas untuk pelajar menangani
masalah kehidupan harian di samping persediaan mengikuti program matematik KSSR, (Mohd
Khairuddin Mohd Taib, 1992). Kemahiran penyelesaian masalah dapat memupuk kemahiran
berfikir, dan pelajar dapat menggunakannya untuk kegunaan harian serta untuk masa depan
apabila telah mahir atau menguasainya.
Menurut Ng See Ngean (1983), pembelajaran penyelesaian masalah bukan bergantung
kepada cara malahan lebih kepada pembelajaran strategi umum yang mementingkan latihan
dalam pemikiran. Kajian masalah dan kesukaran pelajar peringkat pengajian tinggi dalam
menyelesaikan masalah matematik berperkataan telah banyak dikaji seperti Clement
(1980;1982), Stern (1993), Rudnitsky (1995), Noraini (1994) dan Hassan (1978). Namun begitu
berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh pengkaji kajian mengenai masalah pelajar di
peringkat pengajian tinggi dalam penyelesaian masalah matematik berperkataan masih kurang
diberi perhatian. Selain itu, masalah matematik berperkataan ini sebenarnya tidak terhad dalam
mata pelajaran matematik sahaja namun ia terdapat juga dalam matapelajaran lain contohnya
kimia, fizik dan sebagainya. Ini kerana subjek-subjek tersebut perlu menggunakan matematik
ketika melalui proses penyelesaian masalah. Kajian ini memberikan gambaran sebenar
kesukaran yang dihadapai oleh pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik berperkataan
secara kualitatif.

Anda mungkin juga menyukai