Anda di halaman 1dari 4

Tek Pengacaraan

Slot 2 : BERSAMA-SAMA YANG DI PERTUA MAJLIS GURU BESAR SELANGOR

Tindakan/
Agenda Perkara
Catatan
Pengumuman Mohon Perhatian

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar,


hadirin diingatkan agar
1. Penuhkan ruang-ruang kosong di hadapan
2. Mematikan atau memastikan telefon bimbit
berada dalam mod senyap.
3. Tidak meninggalkan dewan hingga selesai
majlis

Kerjasama daripada para hadirin amatlah dihargai.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan EN SUKIMIN BIN JUKI, Yg


di Pertua Majlis Guru Besar Sekolah Selangor
merangkap YDP Gabungan Majlis Guru Besar
Malaysia diiringi oleh Tuan Haji Azmi bin ……………
Timbalan YDP Majlis Guru Besar Selangor bersama
barisan pegawai dan exco MGB Selangor

Salutasi  Harum semerbak bunga Cempaka,


Mekar dijambangan menghadir gundah,
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah yang indah.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirabbil
alamin, wassolatuwassalamu’ala Rasulillah, waala
alihi wasohbihi ajmain. Allahumma Yassir
walaTu’assir

Selaut kasih seuntai rasa,

Yang Berusaha,
EN SUKIMIN BIN JUKI, Yg di Pertua Majlis Guru
Besar Sekolah Selangor merangkap YDP
Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

Yang Berusaha,
Tuan Haji Nor Azmi bin Rahmat, Timbalan YDP
Majlis Guru Besar Selangor

Yang Berusaha
En Megat Fauzi bin Ibrahim, Pengerusi Pengelola
Program Kolokium Kepimpinan Pendidikan MGBS,

Yang dihormati, barisan Pegawai dan Exco MGB


Selangor serta semua Guru Besar peserta
Kolokium Kepimpinan Pendidikan Majlis Guru
Besar Selangor tahun 2020 yang di rahmati Allah
sekalian.

Kata alu-aluan Syukur kita kehadrat Ilahi kerana diberi rezki


kesihatan yang sangat bernilai untuk diri kita
lantaran mampu untuk menghadirkan diri ke
Program KOLOKIUM KEPIMPINAN PENDIDIKAN
MGB SELANGOR yang akan berlangsung selama 3
hari bermula hari ini 8 Sept 2020 hingga 10 Sept
2020 Di IAB cawangan Genting Highlands, Pahang
Darul Makmur

Seharusnya kita berasa bangga kerana telah terpilih


mewakili daerah masing-masing hadir ke program
Kolokium Kepimpinan Pendidikan MGB Selangor
yang mana program kali ini adalah berbeza dari
program-program yang sebelumnya.

Dan pada malam ini, kita semua akan mendengar


intipati program disamping mendengar amanat, hala
tuju serta visi dan misi MGB Selangor yang akan
disampaikan terus oleh insan hebat yang dikirim
Allah SWT untuk memimpin kita dalam Majlis Guru
Besar Selangor ini iaitu Encik Sukimin bin Juki.

Bacaan doa Pokok ara berdaun lebat Ustaz Hj Hamid


Ditepi kali tumbuh melata Abu Hassan
Bersama kita memohon rahmat,
Menyusun jari, doa dipinta

Bagi memberkati majlis yang penuh bermakna ini,


marilah kita bersama-sama menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh
Al Fadzil Ustaz Haji Abdul Hamid bin Abu Hassan,
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan

Selesai bacaan
doa Amin amin amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Tn Haji Abd Hamid bin Abu
Hassan atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita
pada hari ini, berjalan dengan lancar dan mendapat
lindungan serta mendapat keredhaan Allah SWT

Biodata Sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Penceramah
Adat berbahasa menyampaikan pesan,
Adat berbicara menyampaikan harapan,
Bersama kita di pentas yang ceria ini adalah seorang
insan yang sangat kita kagumi dari segi ketokohan,
ilmu, kepimpinan, penampilan serta kemahiran
dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang
pentadbiran yang merangkumi pelbagai aspek
pengurusan dan IT

…………………………………………………….
……………………………………………………..

Ucapan YDP Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,


tanpa membuang masa, saya dengan penuh takzim
dan berbesar hati menjemput dan mempersilakan 
Encik Sukimn bin Juki, Yang Di Pertua Majlis Guru
Besar Negeri Selangor Darul Ehsan merangkap
Yang Di Pertua Majlis Gabungan Guru Besar
Malaysia naik ke pentas untuk menyampaikan
mandat dan amanatnya, dipersilakan

Selesai Ucapan Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


YDP Encik Sukimin bin Juki atas perkongsian maklumat
derta ilmu-ilmu yang telah dicurahkan sebentar tadi.
Semoga kita semua akan mengambil cakna
terhadap info penting yang telah disampaikan serta
mengambil ikhtibar disetiap kebaikan yang telah
dikongsikan agar kita akan terus berusaha
memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dan
seterusnya dapat memimpin pengurusan di sekolah
masing-masing dengan lebih cemerlang gemilang
dan terbilang

Pantun Tepung dijemur diatas dulang


penutupan Terlindung awan panasnya hilang
majlis MGB Selangor Terus Cemerlang
Memacu wawasan Selangor Terbilang

Hutan diredah berunggun api


Malam gelap bercahaya pelita
Selesai sudah majlis bersama YDP
Salah dan silap maaf dipinta

Tangguhan Sebelum tuan-tuan meninggalkan dewan ini, suka


Majlis saya mengingatkan bahawa
1. Sarapan pagi di dewan makan asrama
bermula jam 6.30 pagi.
2. Slot pagi esok adalah Bicara Ilmu, Bersama
Dengan Pengarah IAB dan seterusnya Majlis
Perasmian.
3. Tuan-tuan dan puan-puan dipohon agar
dapat memenuhkan auditorium ini seawall
8:00 pagi esok agar majlis dapat berjalan
dengan lancar.
4. Pakaian adalah baju biru muda MGBS

Sebelum mengakhiri majlis saya mohon maaf


seandainya sepanjang majlis berjalan, terdapat tutur
kata saya yang kurang enak didengar kerana
sesungguhnya Segala yang baik datang dari redha
Allah SWT manakala kesilapan adalah dari
kelemahan saya

Sehingga kita berjumpa lagi untuk acara pagi esok


dan seterusnya, sya sudahi dengan wabillahitaufik
walhidayah,
wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai