Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PENYERAHAN TV OLEH BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD

Selamat datang kami ucapkan


Kepada rombongan tuan budiman

Di SK Kubang Kerian 2 kita dipertemukan

Semoga silaturahim dapat dieratkan

Dari Jauh datang tetamu

Membawa bekal kuih cara

Hari ini kita bertemu

Moga kekal menjalin mesra

Yang berbahagia

En Mohamed Al Namiri Bin Che Man


Ketua Wilayah Timur Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

Yang Berusaha,

En Yaman bin Yaacob


Guru Besar SK Kubang Kerian 2

Yang dihormati
En Nik Aziz bin Hussain
Pengurus Cawangan
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

En Mohd Suhami bin Abdullah


PK Pentadbiran
SK Kubang Kerian 2

Pn Salihah bt Zakaria
PK Hal Ehwal Murid
SK Kubang Kerian 2

Tn Haji Zukilnain bin Hasan


PK Kokurikulum
SK Kubang Kerian 2

Guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum wbt dan Salam PKPP

1
Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-
Nya maka kita diberi luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan
fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di Bilik Wawasan SK Kubang Kerian 2 ini bagi
menjayakan Program Penyerahan TV dari Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. Kami amat
berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan pada hari ini.

Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, sama-samalah kita membaca ummul kitab alfatihah

(DOA)

Amin..amin..ya rabbalalamin

Hadirin sekalian,

Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha En Yaman Bin Yaacob, Guru Besar SK Kubang Kerian 2 untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN ALU-ALUAN)

Majlis merakam ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan alu-aluan sebentar
tadi.

Hadirin sekalian,

Bagi meneruskan acara, dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan

Yang di Hormati en Mohammed Al Namiri bin Che Man untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN PELAWAT)

Majlis merakam ucapan terima kasih kepada EN Mohamed Alnimiri bin Che man atas ucapan
sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

2
Majlis diteruskan lagi dengan acara penyerahan tv dari pihak bank kerjasama rakyat Malaysia berhad,
untuk itu, majlis mempersilakan barisan penolong kanan dan tuan pengurus bagi mengiringi tuan guru
besar dan en Mohamed alnamiri bagi acara penyampaian tv ini, dipersilakan

(penyerahan tv)

Hadirin Sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara menandatangani memorandum kerjasama pintar. Dengan
ini dijemput tuan guru besar dan en Mohamed alnamiri bin che man untuk menandatangani sijil
memorandum. (TANDATANGAN MEMORANDUM)

Dengan ini termenterai lah sudah perjanjian dua hala diantara sk kubang kerian 2 dan bank
kerjasama rakyat Malaysia berhad. Semoga detik ini menjadi titik permulaan kerjasama yang
berterusan diantara sk kubang kerian 2 dan bank kerjasama rakyat Malaysia berhad dalam semua
aspek dan bidang bagi mencapai misi dan visi TS25, SK Kubang Kerian 2,, mengukir nama
dipersada antarabangsa.

MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI, SK KUBANG KERIAN 2 MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI
PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SEKOLAH KAMI.

Nasi lemak buah bidara


Sayang selasih hamba lurutkan
Andai ada tersilap bicara
Ampun dan maaf kami pohonkan
Apa yang kurang di caci jangan
Ilmu yang baik jadikan panduan
Selepas ini jangan serik untuk datang
Kami sentiasa menanti kunjungan

Sekian wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai