Anda di halaman 1dari 7

KETIBAAN JEMPUTAN Mengumumkan perarakan masuk Yang Berusaha Dr.

Mohd Azam Bin


Ahmad diiringi barisan pentadbir dan guru-guru SMAAT masuk ke
dalam dewan

NYANYIAN LAGU NEGARAKU Semua hadirin diminta kekal berdiri.


Hadirin yang dihormati sekalian, majlis dimulakan dengan nyanyian
Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan diikuti dengan lafaz irkar
rukun Negara dan ikrar murid SMAAT

****************Nyanyian Lagu************************

Seterusnya ikrar rukun negara dan ikrar murid SMAAT diketuai oleh
saudara Aiman Syakir.

Terima kasih.
Para hadirin dipersilakan duduk

Assalamualaikum...WBT

Salam sejahtera,
Salam Melaka Berwibawa,
Pintar, Hijau, Bersih,
Salam Smaat “SMAAT TOGETHER WE SMAAT”

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis Pelancaran program


guru penyayang, Salam hormat “Malaysian Way of Greeting” dan
Watikah pelantikan PRS SMAAT 2019.

Indah berbalam si awan petang,


ALU –ALUAN PENGACARA Berarak di celah pepohon ara,
MAJLIS Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi


dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Protokol

1. Yang Berusaha Dr. Mohd Azam Bin Ahmad, Ketua Pegawai


Pendidikan Daerah Jasin
2. Yang Berusaha Haji Kamaruzzaman Bin AB.Rahim, Pengetua SMK
Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa

Teks Pengacara Majlis Pelancaran Guru Penyayang 2019


3. Yang berusaha
Haji Ramli Bin Mohd Jilis, Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Hajah Hamidah Bte Jaafar, Penolong kanan HEM
En. Letchumanan A/L Muniandy, Penolong kanan Kokurikulum
En.Kamarudin bin Md Yasin, Penolong Kanan Pendidikan Khas
6. Guru-Guru kanan matapelajaran,kaunselor,rakan-rakan guru serta
7. Anak-anak didik SMAAT yang di sayangi sekalian

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke


hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah
kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu , kesempatan dan
dianugerahkan kesihatan yang baik untuk kita berkumpul dalam
majlis pelancaran program guru penyayang .

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, pelancaran program guru


penyayang dan Salam Hormat ini bertujuan menyuburkan rasa cinta
dan kasih dalam kalangan warga SMAAT. Di samping itu juga, ia dapat
menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga
sekolah, sekaligus menjana suasana pembelajaran yang kondusif di
sekolah

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama


menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala
BACAAN DOA urusan mendapat rahmat. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Saudara Irfan Bin Abdul Karim untuk memimpin
bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

*********************Bacaan Doa************************

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada


saudara Irfan Bin Abdul Karim di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN Hadirin warga dewan yang di rahmati sekelian,

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan


menyayangi, mengasihi, dan berbelas kasihan serta menghormati
orang lain. Penyayang atau “caring” bermaksud merasa prihatin dan
empati terhadap orang lain. Ini bermakna guru penyayang adalah
seorang guru yang memiliki sifat kepedulian terhadap setiap perkara
yang berkaitan dengan muridnya dengan cara mengamalkan sifat dan
perlakuan seperti yang disebut tadi.. Guru penyayang akan memberi
didikan dan tunjuk ajar dengan penuh kesabaran sehingga muridnya
menguasai pelajaran.

Teks Pengacara Majlis Pelancaran Guru Penyayang 2019


Secara ringkasnya program guru penyayang ini bertujuan untuk
meningkatkan SIFAT KEPEDULIAN(concerned) guru terhadap
muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap
mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling hormat-
menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Di samping itu, program ini dilaksanakan untuk menawan jiwa raga
murid agar mereka menghargai dan menyayangi sekolah, guru, ibu
bapa, masyarakat dan Negara.

UCAPAN PENGETUA
Adat berbahasa menyampaikan pesan
Adat majlis menyampaikan ucapan

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput Haji Kamaruzzaman Bin Ab


Rahim, Pengetua SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa untuk
memberikan ucapan alu – aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

***************UCAPAN PENGETUA***********************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Haji Kamaruzzaman Bin Ab


Rahim diatas ucapan alu-aluan sebentar tadi
UCAPAN PERASMIAN Hadirin yang dihormati

Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini,


Majlis dengan takzimnya mempersilakan
Yang Berusaha
Dr.Mohd Azam Bin Ahmad,
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jasin,
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan
majlis Pelancaran Program Guru Penyayang, Salam Hormat
’MALAYSIAN WAY OF GREETINGS’ dan Watikah Pelantikan PRS
SMAAT 2019.
Dengan segala hormatnya dipersilakan

*******************UCAPAN***********************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr.Mohd Azam Bin


Ahmad diatas ucapan perasmian sebentar tadi.
GIMIK Hadirin Yang Dihormati,

Seterusnya majlis menjemput Yang berusaha Dr.Mohd Azam bin


Ahmad,Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jasin diiringi oleh
Hj.Kamaruzzaman Bin Ab.Rahim, Pengetua SMAAT ke atas pentas
untuk menyempurnakan gimik pelancaran.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Teks Pengacara Majlis Pelancaran Guru Penyayang 2019


****************GIMIK**********************
Terima kasih diucapkan kepada Dr. Mohd Azam Bin Ahmad diatas
kesudian melancarkan gimik sebentar tadi.

Terbang rendah di tengah lembah


Mencari makan si burung bayan
Begitu hebat gimik dipersembah
Sebagai tanda majlis pelancaran

Sebagai makluman hadirin, gimik pelancaran yang sama-sama kita


saksikan tadi merupakan hasil kreativiti dan idea cikgu Zuhani dan
cikgu Asmadie bin Mat Aris

TAYANGAN MULTIMEDIA Hadirin Yang Dihormati

Sebagai kesinambungan kepada pelancaran sebentar tadi, marilah


sama-sama kita saksikan tayangan montaj yang telah disediakan oleh

*****************MONTAJ************************

Demikianlah tadi montaj yang telah disediakan oleh

PERSEMBAHAN MURID
Hadirin sekalian,
Bagi memeriahkan majlis kita pada hari ini, majlis diteruskan lagi dengan
2 persembahan daripada murid-murid SMAAT. Persembahan yang
pertama iaitu nyanyian oleh adik Mohd Haris Bin Omar (3 Kreatif) dan
persembahan kedua sketsa yang bertajuk “KELAS MALAM” daripada
anak-anak SMAAT CITRA TARI.
Sama-sama kita saksikan.

**************** Persembahan ****************

Majlis merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih di atas


persembahan para pelajar sebentar tadi. Untuk makluman hadirin
sekalian, persembahan nyanyian sebentar tadi adalah hasil bimbingan
Encik Mohd Azhar Bin Che Azmi dan persembahan sketsa merupakan
hasil bimbingan dan kreativiti Cik Zainah Bte Ismail.

PENYAMPAIAN MODUL Hadirin sekalian,


MENTEE
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Modul Mentor Mentee,
Rezeki Anak SMAAT dan Watikah pelantikan pembimbing Rakan
Sebaya SMAAT 2019.

Teks Pengacara Majlis Pelancaran Guru Penyayang 2019


Untuk itu majlis mempersilakan Pengetua SMAAT, Haji
Kamaruzzaman Bin Abdul Rahim untuk mengiringi Yang Berusaha
Dr.Mohd Azam Bin Ahmad, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jasin
naik ke atas pentas untuk menyempurnakan majlis. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

*************MENTOR MENTEE******************
Mendahului senarai,dipersilakan

1.Penyelaras Tingkatan 1 -
2.Penyelaras Tingkatan 2 –
3.Penyelaras Tingkatan 3 –
4.Penyelaras Tingkatan 4 –
5.Penyelaras Tingkatan 5 –

REZEKI ANAK SMAAT Seterusnya ialah penyampaian REZEKI ANAK SMAAT 2019. Untuk
pengetahuan yang berusaha Dr, objektif rezeki anak SMAAT adalah
bagi menggalakkan murid hadir ke sekolah dan menghargai murid
yang mempunyai sahsiah terpuji. Antara kriteria yang dilihat adalah
sikap baik,rajin dan menunjukkan perubahan sikap dari segi sahsiah.
Setiap minggu, seramai 4 orang murid bertuah akan dipilih untuk
menerima REZEKI ANAK SMAAT yang mana hadiahnya ditaja oleh
pihak pengusaha kantin SMAAT.

Mendahului senarai penerima REZEKI ANAK SMAAT dipersilakan

1. Aided Asfihan Bin Azlin – 2 INOVATIF


2.Nor Aiman Iman Bin Norman – 4 PROMA
3.Monesh Raj A/L Ram – 1 INOVATIF
4.Habiballah Bin Abdullah – 5 PNG 2

WATIKAH PERLANTIKAN Majlis diteruskan dengan penyerahan watikah pelantikan


PEMBIMBING RAKAN Pembimbing Rakan Sebaya SMAAT 2019.
SEBAYA SMAAT 2019
***************BACA SENARAI NAMA***************

Terima kasih diucapkan kepada Dr.Mohd Azam Bin Ahmad diatas


kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

BACAAN IKRAR PRS Hadirin Sekalian

Marilah sama-sama kita saksikan bacaan ikrar PRS oleh ahli-ahli PRS
SMAAT 2019 yang akan diketuai oleh Saudari Siti Norkholily Binti
Roslan,PENGERUSI PRS SMAAT 2019.

Dipersilakan.

Teks Pengacara Majlis Pelancaran Guru Penyayang 2019


***************BACAAN IKRAR***************

Tahniah diucapkan kepada ahli PRS SMAAT 2019.


CENDERAHATI
Mawar putih mekar berseri
Cantik terserlah penyeri laman
Junjungan kasih kalungan budi
Terpahat indah manis kenangan

Sebagai tanda penghargaan, sekalung budi seuntai kasih, majlis


mempersilakan Pengetua SMAAT, Haji Kamaruzzaman Bin Abdul Rahim
untuk mengiringi Yang Berusaha, DR. Mohd Azam Bin Ahmad untuk naik
ke atas pentas bagi menerima cenderahati yang akan disampaikan oleh
Zurin Zulaikha Binti Zuhairi (2-ithink) dan Aiman Nur Haziq Bin Azman
(4PNG1).

Majlis dengan ini mempersilakan.

Untuk makluman Dr dan hadirin, cenderahati tersebut dihasilkan sendiri


oleh adik Zurin Zulaikha dan Aiman Nur Haziq

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Mohd Azam Bin Ahmad diatas
kesudian menerima cenderahati sebentar tadi.

NYANYIAN LAGU Tiada kata secantik bahasa


Hendak diluah segala rasa
Hampir sempurna majlis bermakna
Pasti dikenang sepanjang masa

Sebelum majlis melabuhkan tirai marilah bersama-sama kita


menyanyikan lagu sekolah dan juga diikuti dengan laungan slogan SMAAT
oleh saudara Muhammad Zul Amin Bin Zulkifli.

Semua hadirin diminta berdiri

*******************NYANYIAN********************
****************LAUNGAN SLOGAN SMAAT**********

Diminta murid-murid untuk kekal bediri

Sebagai simbolik kepada SALAM HORMAT, dipersilakan murid –murid


SMAAT untuk memberikan ucapan terima kasih kepada guru-guru.

Teks Pengacara Majlis Pelancaran Guru Penyayang 2019


PENUTUP
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Yang Berusaha,
Dr.Mohd Azam Bin Ahmad, Ketua Pegawai Pendidikan daerah Jasin diatas
kesudian merasmikan majlis pelancaran PROGRAM GURU PENYAYANG ,
SALAM HORMAT ”MALAYSIA WAY OF GREETING DAN WATIKAH
PELANTIKAN PRS 2019.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua hadirin dan warga
kerja Majlis
Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon

Akhir kata
Sekian wbt

MENGUMUMKAN PERARAKAN KELUAR TETAMU JEMPUTAN KELUAR


DEWAN

Teks Pengacara Majlis Pelancaran Guru Penyayang 2019

Anda mungkin juga menyukai