Anda di halaman 1dari 3

Daun layu di tengah gurun, Nampak jalur pohon cemara, Tradisi melayu turun temurun, Pantun d tutur pembuka

bicara. BISMILLAHIRRAHMNIRRAHIM. ASSALAMUALAIKUM.

TERIMA KASIH KEPADA UST Ridzuan D ATAS BACAAN DOA ITU Tadi. Dengan itu, para hadirin boleh menjamah jamuan dan majlis akan bersambung sebaik sahaja selesai menjamu selera. Jamuan

Yang berusaha, Pn hjh Che Robiah bt Abdullah GB SK Balai Besar, Yang dihormati _________________Wakil pegawai PPD Dungun, Yang dirai En mohd Khalid b Sulaiman peyelia petang sk balai besar, yang dihormani barisan penolong kanan, guru-guru dan hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Majlis terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada yang di raikan En Mohd Khalid sulaiman serta isteri, di atas kesudian menghadirkan diri ke majlis yg bermakna ini. Buah selasih di dalam puan, Di bawa gadis ke tengah laman, Takkan hilang jasamu tuan, Menjadi ingatan sepanjg zaman.

Sebagaimana yang tertulis pada latar belakang pentas ini,kita sedia maklum bahawa majlis ini merupakan majlis sempena persaraan en mohd Khalid bin sulaiman, Yang mana hari ini merupakan hari terakhir beliau berada di sekolah ini. Mulai minggu hadapan dan seterusnya, kita semua akan merindui kelibat guru ini yang sinonim di kalangan rakan-rakan dengan gelaran Dato K. Ini menunjukkan betapa komitmen Cg khalid terhadap tugasnya amat terserlah. Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Khalid bin sulaiman sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai penyelia petang di sk balai besar. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Khalid bin sulaiman. Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Mohd Khalid bin sulaiman.

Hilang delima di seberang takir, Di ganti dengan batu permata, Pabila di tanya senyum terukir, Nampak berseri di pandang mata.

BACAAN DOA Seterusnya untuk memberkati lagi majlis ini, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yg akan di bacakan oleh ustaz Mohd Ridzuan Abdullah. Dengan segala hormatnya di persilakan. Aminn ya rabbal alaminn.. Bunga mawar cantik tersemat, dipetik gadis ditepi titi, Doa dibaca memohon rahmat, Semuga majlis sentiasa diberkati. SELEPAS DOA

Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Seterusnya, Dengan besar hati majlis menjemput yang Berusaha, Pn hjh che robiah bt abdullah guru besar, Sek Keb balai besar tampil untuk menyampaikan ucapannya. Di persilakan. SELEPAS UCAPAN GB TERIMA KASIH YG Berusaha tn GURU Besar d ATAS UCAPAN ITU TADI. Yang diraikan, en mohd khalid, Jasamu d kenang, budimu tak terbilang, Semangatmu di julang, kepimpinanmu gemilang. Begitulah yg boleh kita perkatakan atas segala bakti dan jasa yg dilakukan oleh en mohd khalid sepanjang perkhidmatan beliau sebagai guru.Walaupun jika diukur masa, kehadiran en mohd khalid di sekolah ini sekadar beberapa tahun Cuma, namun janganlah kita lihat dan jadikan sematamata itu sebagai ukurannya, , bukalah mata dan sedarlah bahawa kehadiran guru ini dalam bidang pendidikan sudah menjangkau 33 tahun lebih yang jika di banding sebagai hayat manusia, ianya boleh merupakan seorang insan yg sudah dewasa dan matang. Begitulah tersiratnya jasa dan bakti guru ini di hakikat sebenarnya .Beliau telah melalui semua fasa dalam perkhidmatannya samada fasa kegembiraan, kesedihan, kebuntuan, kejayaan , kegagalan dan sebagainya. Hadirin sekalian,seterusnya majlis mempersilakan pula _______________wakil ppd dungun untuk menyampaikan ucapan, Di persilakan. SELEPAS ucapan ppd. Terima kasih ---------------------------------------

Hadirin sekalian, bakti dan jasa en mohd khalid, terbukti sudah, kehadirannya merupakan sebutir permata yg menyinari dunia pendidikan. kata nasihat tidak pernah putus dari mulut beliau,bersama -sama dengan khidmat beliau yg tak pernah kenal erti lelah,Hari ini kita bertuah kerana berpeluang untuk mendengar ucapan dan kata-kata nasihat dari beliau. Marilah bersama-sama hayati barisan ucapan terakhir beliau di sekolah ini pada hari ini dan ketika ini. Majlis dengan syahdunya mempersilakan. SELEPAS UCAPAN YanG Di RAIKAN Malam hari berlagu unggas, Memecah kesunyian di dalam hutan, Walaupun terpisah tempat dan tugas, Budimu tuan dalam ingatan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih d atas ucapan beliau itu tadi. Seterusnya sebagai tanda ingatan dan kenangan dari kami, kita teruskan majlis dengan penyampaian cenderamata. Untuk itu d jemput yg berusaha tn guru besar diiringi oleh Pen kanan pentadbiran, untuk menyampaikan cenderamata kepada en mohd khalid. Di persilakan. Cenderamata yg pertama ini adalah cenderamata daripada pihak pentadbiran t.kasih kpd gb dn pk kerana sudi menyampaikan hadiah. Di persilakan pula YDP diiringi oleh Pk hem untuk menyerahkan cenderamata kengan drp pibg sekolah kpd yang dirai, d persilakan.T.kasih ydp dn pk hem d atas pemberian hadiah itu td. Seterusnya di sampaikan pula cenderamata daripada kelab warga skbb sekolah. Untuk itu d persilakan pengerusi kelab guru sek utk meyampaikan cenderama tersebut. d persilakan.

Tidak lupa juga wakil dari staf sokongan yg turut ingin menyampaikan cenderamata kenangan kpd yang dirai persilakan. . Diikuti pula cenderamata semua panitia Panitia BM & Bi Panitia MT & SN Panitia PAI dan Pra sekolah Dan dipersilakan mana-mana hadirin yang memberikan cendermata secara personal. Selepas penyampaian hadiah. Majlis merakamkan terimakasih kepada en mohd Khalid bin sulaiman d atas kesudian beliau menerima cenderamata itu tadi.Majlis juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyampai2 cenderamata itu tadi. Tanam lengguna tumbuh kelapa, terbit bunga pucuk mati, Budi tuan kami tak lupa, Sudah terpaku d dalam hati. Hadirin sekalian, tiap pertemuan ada perpisahan, itu adat lumrah kehidupan, Begitulah rentetan perjalanan, walau sukar untuk di telan,tapi kaki tetap mengorak jalan, selagi khidmat diperlukan. ,kini kita telahpun berada d penghujung acara. Disini kita ada lagi cabutan nombor bertuah. Dipersilakan .. Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan, Terima kasih daun keladi, Diri kami ini dilupa jangan. Hari ini bertanam jagung,

Hari esok bertanam serai, Hari ini kita berkampong, Hari esok kita bercerai, Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intailah saya antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan, Majlis dengan ini mendoakan en mohd Khalid bin sulaiman akan sentiasa sihat sejahtera dan gembira bersama keluarga tercinta. Jika ada kelapangan hubungilah kami d sini selalu. Kami mohon ribuan kemaafan d atas segala kekurangan dan kesilapan jikamana kami terlanjur bicara, terlanjur terkata, Andai ada jarum yg patah, jgn d simpan d dlm peti. Andai ada silap dn salah jgn d simpan d dalam hati . Majlis disudahi dengan lafaz yang muliawabillahhitaufik walhidayah wassalamualaikum wbt dan sama-sama kita baca tasbih kifarah dan surah al asr.

Anda mungkin juga menyukai