Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1445H


29 SEPTEMBER 2023 (JUMAAT)

CUE TEKS
SALUTASI Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu Si gadis merdu sekali;
Terima Kasih sekalung budi,
Sudi datang ke majlis ini.

Bismillahirrahmanirrahim…

Yang berusaha,
Pn Hafizah binti Abdul Samad
Pengetua
SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara

Yang dihormati,
Ustaz Muhd Zarimi bin Mohammad @ Abdullah
Guru SMK Seri Serdang
Selaku Penceramah jemputan kita pada hari ini.

Pn Noorin binti Zakaria


Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Rosyatina binti A Razak


Penolong kanan Hal Ehwal Murid

Pn Rohani binti Sulaiman


Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran yang dihormati,


Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Salam Sejahtera
Salam Malaysia Madani.

KATA ALU- Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah
ALUAN kurnia dan hidayahNya jua, mengizinkan kita berhimpun dan bertemu
di pagi Jumaat yang indah lagi barokah ini sempena;

1
Sambutan Maulidul Rasul 1445H
“Perpaduan Teras Malaysia Madani”
peringkat SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara tahun 2023.

Kayu dibelah di tepi paya,


Sampai di baruh gelap gelita,
Lahirnya Rasulullah membawa cahaya,
Menerangi seluruh alam semesta.

Sampai di baruh gelap gelita,


Suram cahayanya di rumah bonda,
Menerangi seluruh alam semesta,
Dengan berkatnya kelahiran baginda.

Sesungguhnya, kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.


yang merupakan Khatimul Anbia’ dinanti-nantikan oleh sekalian
makhluk. Kelahiran Baginda membawa sinar cahaya yang menerangi
kegelapan jahiliah. Baginda memandu hati dan jiwa dengan
menjunjung Islam sebagai penunjuk arahnya.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul 1445 Hijrah ini merupakan satu


pembuktian cinta kita terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. yang tidak
berbelah bahagi selain mengamalkan sunnah Baginda dan menjadikan
Rasulullah sebagai idola sepanjang zaman.

BACAAN DOA Hadirin sekalian,

Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita memohon


keberkatan daripada Allah SWT agar majlis kita pada hari ini
mendapat rahmat dariNya. Untuk itu majlis menjemput Al-Fadhil
Ustaz Samsul Anwar bin Mat Jusoh@ Mohd Yusof bagi memimpin
bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

******bacaan doa******

Amin. Amin ya Rabbal’alamin..


Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Shamsul Anwar diatas
pimpinan bacaan doa itu tadi.

BACAAN Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


SELAWAT

2
Untuk kita mengingati Nabi Muhammad SAW, cara yang terbaik
adalah memperbanyakkan berselawat kepada Baginda SAW. Firman
Allah di dalam surah Al- Ahzaab ayat 56 yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala


penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW; wahai
orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta
ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang
sepenuhnya.”

Untuk itu, seterusnya saya menjemput Kumpulan nasyid sekolah


untuk memimpin bacaan selawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*****selawat*****

Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan nasyid sekolah.


CERAMAH Hadirin yang dirahmati,
MAULIDUL
RASUL Majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah Maulidul Rasul.

Sebelum kita mendengar ceramah ini, marilah kita mengenali serba


sedikit latar belakang Penceramah jemputan kita pada hari ini.

Ustaz Muhd Zarimi bin Mohammad@ Abdullah.

Anak kelahiran Tumpat, Kelantan ini sudahpun berkahwin dan


mempunyai 3 orang anak.
Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Al-
Quran dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 2010 di
SMK Tungku Lahad Datu Sabah dan seterusnya di SMK Terusan
Lahad Datu Sabah pada tahun 2022 dan pada tahun 2021 beliau telah
pulang ke Semenanjung dan meneruskan khidmat di SMK Seri
Serdang sehingga kini.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi,

Sebelum kita ke slot ceramah pada pagi ini, dengan sukacitanya saya
ingin memaklumkan bahawa di akhir sesi ceramah ini kita akan
mengadakan kuiz yang berkaitan dengan tajuk ceramah kita yang akan

3
disampaikan. Hadiah menarik akan disediakan kepada pemenang.

Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan ceramah oleh


penceramah jemputan kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama
meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang
bakal di sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan


Al Fadhil Ustaz Muhd Zarimi bin Mohammad@ Abdullah untuk
menyampaikan ceramah beliau, dipersilakan.

*****ceramah Maulidul Rasul*****

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz atas


penyampaian ceramah yang sungguh bermanfaat sebentar tadi.
Semoga semua guru dan murid dapat mengambil ibrah dan tarbiah
daripada ceramah yang disampaikan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat yang dihormati,


HADIAH KUIZ
Seterusnya adalah penyampaian hadiah bagi pemenang soalan kuiz
sebentar tadi.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Hafizah binti Abdul


Samad, Pengetua SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara diiringi oleh Pn.
Rosyatina binti A Razak, Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan
hadiah kepada pemenang.

Dipersilakan..

Penyampaian hadiah dimulakan dengan penerima pertama…….(nama


pemenang)
Seterusnya…..(nama pemenang)
….
….
….

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang soalan kuiz itu tadi.


Terima kasih diucapkan kepada Pn Hafizah diatas penyampaian
hadiah itu tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,


CENDERAMATA
Di kesempatan ini, Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan

4
cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada
Penceramah yang telah sudi berkongsi ilmu dan pengalaman sebentar
tadi.

Sehubungan dengan itu, majlis sekali lagi mempersilakan Pn Hafizah


binti Abdul Samad, Pengetua SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara diiringi
oleh Pn. Rosyatina binti A Razak, Penolong Kanan HEM, SMK
Seksyen 3 Bandar Kinrara untuk menyempunakan penyampaian
cenderamata kepada penceramah jempuan kita Al Fadhil Ustaz
Muhd Zarimi bin Mohammad@ Abdullah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

****penyampaian cenderamata****

Terima kasih Pn Hafizah atas penyampaian cenderamata itu tadi.

PENUTUP Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, majlis sekali lagi ingin merakamkan


jutaan terima kasih kepada penceramah kita, Al Fadhil Ustaz Muhd
Zarimi bin Mohammad@ Abdullah atas kesudian beliau untuk
bersama-sama dalam majlis pada hari ini. Tidak lupa juga kepada
semua hadirin atas kerjasama yang telah diberikan.

Saya selaku pengacara majlis, mewakili jawatan kuasa kerja Majlis


Sambutan Maulidul Rasul 1445H/2023M menyusun jari memohon
maaf atas segala kekurangan, terlanjur kata mahupun tersilap bicara
sepanjang majlis berlangsung.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Sesungguhnya yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan


yang terkurang itu datangnya daripada kami.

5
Sekian,wabillahitaufik wahidayah,
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai