Anda di halaman 1dari 10

PEMBUKAAN (LARIAN OBOR)

ACARA SKRIP CATATAN


ALUAN Salam Sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam Menjulang Sarawak.

* Yang Berusaha, Encik Awang Morni bin Haji Muda, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Aru Baru
* Yang Dihormati Encik Idris bin Assan, Penolong Kanan Kurikulum
*Yang Dihormati Puan Siti Raba’ah binti Rosli, Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid,
*Yang Dihormati Encik Jhowiezacheus anak John, Penolong
Kanan Kokurikulum,
* Guru-guru dan murid-murid seterusnya sidang hadirin yang
dihormati sekalian.

Selamat datang ke majlis perasmian kejohanan Mikrolimpik SK Aru


Baru 2014.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke


hadrat Ilahi, kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-
sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini untuk
menjayakan kejohanan sukan tahunan SK Aru Baru kali ke_____
atau lebih dikenali sebagai kejohanan Mikrolimpik SK Aru Baru
2014.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin


yang hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan pada hari ini.

LINTAS Hadirin yang dihormati,


HORMAT
Marilah kita saksikan perarakan masuk kontijen-kontijen rumah
sukan yang akan mengambil bahagian dalam KEJOHANAN
MIKROLIMPIK SK ARU BARU pada kali ini.

(lintas hormat kontinjen)


Hadirin sekalian,

Mendahului perarakan ialah pasukan yang tampil dengan


warna ___________ iaitu kontingen dari rumah ______________ .
Kontigen ini di bawah bimbingan _________________________
__________________________________________________ dan
diketuai oleh ______________________________________.
Dengan motto ______________________________________,
Rumah _______________bertekad untuk merebut gelaran juara
pada tahun ini.

Berikut pula, ialah kontigen dari Rumah ____________ yang


mengunakan warna ________________ sebagai simbol
___________________. Kontigen ini dipimpin oleh
_______________________________________________ dan
diketuai oleh _________________________________________.
Motto Rumah ________________ iaitu
_______________________________________ diharap dapat
menjadi penguat semangat Rumah _____________ untuk terus
mengejar kejayaan dalam kejohanan kali ini.

Kontigen terakhir dalam perbarisan Kejohanan Mikrolimpik


kali ini ialah ialah kontigen dari Rumah ________________.
Kontigen ini dibimbing oleh ______________________________
__________________________________________________ dan
diketuai oleh ________________________________. Dengan
motto, ______________________________________,, kita percaya
Rumah _________________ mampu membuat kejutan dalam
kejohanan kali ini.

NYANYIAN Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu pertiwiku.
Hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan dan menghormati
nyanyian lagu kebesaran kita.

DOA Bagi memberkati majlis perasmian kejohanan mikrolimpik kita pada


kali ini, majlis menjemput Ustaz Mohammad Firdaus untuk
mengiringi kita dalam bacaan doa.

Majlis mempersilakan.
(DOA)
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

IKRAR Hadirin yang dihormati,


KEJOHANAN
Seterusnya, majlis mempersilakan Adik ___________________
untuk mengetuai lafaz ikrar kejohanan . Dipersilakan
_____________________ untuk tampil ke hadapan.

Terima kasih adik ___________________________________.


Begitulah tadi sempurnanya acara pembacaan ikrar kejohanan
sebagai tanda komitmen para atlet dalam kejohanan ini.

UCAPAN Hadirin yang dihormati.


PERASMIAN Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan
perasmian. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang
Dihormati Encik Jhowiezacheus anak John, PK Kokurikulum selaku
penyelaras program Kejohanan Mikrolimpik SK Aru Baru 2014
untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

(UCAPAN PKKK)
Majlis mengucapkan terima kasih.

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya sekali lagi menjemput Yang


Dihormati Encik Jhowiezacheus anak John, PK Kokurikulum untuk
mempersila dan mengiringi Yang Berusaha Encik Awang Morni bin
Haji Muda, Guru Besar SK Aru Baru untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Kejohanan Mikrolimpik SK Aru Baru 2014.
Dengan segala hormatnya dipersilakan……

(UCAPAN GB)
Majlis mengucapkan terima kasih.

Sekali lagi majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang


dihormati Encik Jhowiezacheus anak John, untuk mengiringi Yang
Berusaha En Awang Morni bin Haji Muda untuk diperkenalkan
kepada kontigen-kontigen yang mengambil bahagian. Dipersilakan.

(bertemu dengan kontigen)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang


Berusaha Encik Awang Morni bin Haji Muda atas kesudian
menyampaikan ucapan dan berkenalan dengan kontigen-kontigen
yang mengambil bahagian dalam kejohanan Mikrolimpik kali ini.
PERARAKAN Hadirin yang dihormati,
KELUAR
Demikian tadi selesainya upacara perasmian Kejohanan Mikrolimpik
Sk Aru Baru 2014. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua
pihak yang telah menjayakan majlis perasmian kejohanan ini.

Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian


untuk bergerak keluar dan bersedia di khemah masing-masing bagi
kita meneruskan acara sukan pada pagi ini.

(KELUAR BARIS)

Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di


padang dan guru-guru rumah sukan untuk bersedia kerana acara
kejohanan akan dimulakan sebentar saja lagi.

ACARA-
ACARA PENGUMUMAN ACARA
(Rujuk Buku
Aturcara) Hadirin yang dihormati,

Sebentar lagi akan berlangsung acara ____________________


Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah
di lorong yang pertama …………………………….

(PESERTA BERSEDIA)
Peserta-peserta bagi acara ………………………………… sedia
untuk dilepaskan.

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Tuan-tuan dan puan-puan,


Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara
……………………..
Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan
Encik/Puan/Cik ………………………………………………………..
untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

(kalau banyak hadiah sebut acara dahulu……)

Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh ………………….. dari


rumah …………
Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh ……………………. dari
rumah………
Dan johan/pemenang pingat emas acara …………………Ialah
…………… dari rumah………………………..
Tahniah kepada para pemenang.
Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Encik/Puan/ Cik ………………………………………. atas kesudian
menyampaikan hadiah.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

ACARA SKRIP CATATAN


KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha
____________________________________________________
______________________________________________

Salam Sejahtera dan Salam Menjulang Sarawak.


Selamat datang ke Kejohahan Mikrolimpik SK Aru Baru 2014.

Majlis turut merakam ribuan terima kasih dan selamat datang


kepada peserta-peserta jemputan dari SK ……………………
kerana sudi hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan sukan pada
kali ini.
ACARA Buat pengetahuan Yang Berusaha _____________________
serta para hadirin sekalian, beberapa acara kejohanan telahpun
disempurnakan pada hari pertama kejohanan iaitu pada hari
semalam, 12 November 2014. Antara acara kejohahan yang telah
berlangsung ialah
……………………………………………………………………………
………………………………………………………………….

Pada pagi ini, acara kejohahan Mikrolimpik Sk Aru Baru 2014


akan dimulakan dengan acara ………………………………..
(RUJUK BUKU ACARA)

(PENYAMPAIAN HADIAH)

Dengan berakhirnya acara jemputan itu tadi, maka telah


selesailah semua acara dipertandingkan dalam kejohanan
Mikrolimpik SK Aru Baru 2014. Kepada atlet yang berjaya tahniah
diucapkan dan kepada yang tidak berjaya tahun hadapan cuba
lagi.

(PENYAMPAIAN HADIAH)

PERTANDINGAN Seterusnya, majlis perasmian penutupan Kejohanan Mikrolimpik


LINTAS HORMAT akan berlangsung sebentar lagi. Peserta-peserta bagi
Pertandingan Perbarisan Lintas Hormat Rumah-Rumah Sukan
diminta bersedia di tempat masing-masing.

Hadirin yang dihormati, marilah kita saksikan perbarisan lintas


hormat kontinjen-kontinjen rumah sukan Kejohahan Mikrolimpik
SK Aru Baru 2014.

(lintas hormat kontinjen)

(kontinjen dekat dengan VIP)


Majlis menjemput Yang Berusaha Encik Awang Morni bin Haji
Muda, Guru Besar SK Aru Baru untuk mempersila dan mengiringi
Yang berusaha
(VIP)____________________________________
_________________________________________________untu
k menerima lintas hormat daripada kontingen-kontingen yang
mengambil bahagian. Dipersilakan.

(ULASAN SETIAP KONTINJEN)

NYANYIAN Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu


pertiwiku.
Hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan dan menghormati
nyanyian lagu kebesaran kita.

DOA Bagi memberkati majlis perasmian kejohanan mikrolimpik kita


pada kali ini, majlis menjemput Ustaz Mohammad Firdaus untuk
mengiringi kita dalam bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

(DOA)
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
PENYAM- Para pelajar dan hadirin sekalian,
PAIAN HADIAH
& Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pihak
CENDERAMATA majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
________________________________________________
untuk mempersila dan mengiringi
________________________________________________
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Majlis dengan ini mempersilakan.

(JIKA BANYAK KATEGORI – BAHAGI KEPADA BEBERAPA


ORANG PENYAMPAI)

1) Lintas hormat Diumumkan pemenang bagi pertandingan perbarisan lintas


hormat rumah sukan pada hari ini.
- Tempat ketiga disandang oleh pasukan Rumah__________.
- Seterusnya tempat kedua berjaya jatuh kepada pasukan
Rumah____________.
- Dan Johan berjaya disandang oleh pasukan
Rumah___________.

2) Acara terbuka Terima kasih diucapkan kepada _____________________


kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan
tahniah diucapkan para pemenang.

Hadirin sekalian,

Seterusnya penyampaian hadiah bagi acara terbuka iaitu acara


ibu bapa. Majlis menjemput
____________________________________________________
______________________________________________ untuk
menyampaikan hadiah untuk kategori acara terbuka.

(Rujuk Keputusan Acara Terbuka)


Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada ______________ atas
kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Debaran kian terasa. Keputusan yang paling ditunggu-tunggu


3) Keseluruhan oleh semua terutamanya semua peserta Kejohanan Mikrolimpik
2014 akan diumumkan sebentar lagi. Majlis akan mengumumkan
secara rasmi kedudukan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah
bertanding

Dengan itu, majlis menjemput


______________________________ untuk menyampaikan
hadiah kepada pemenang keseluruhan. Dipersilakan.

Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan


Rumah____________ dengan __________ pingat emas, ______
pingat perak dan ___________ pingat gangsa . Dipersilakan
Ketua Rumah Sukan________________________ untuk
menerima hadiah.

Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan


Rumah______ dengan __________ pingat emas, ______ pingat
perak dan ___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua
Rumah Sukan________________________ untuk menerima
hadiah.

Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan


Mikrolimpik SK Aru Baru 2014 jatuh kepada:
Rumah __________________________ dengan __________
pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat
gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan________________________ untuk menerima hadiah.
Sekalung Tahniah diucapkan kepada Rumah __________ kerana
telah berjaya merangkul gelaran Juara Keseluruhan pada
kejohanan tahun ini. Terima kasih ______________ atas
kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Debaran masih belum lagi berakhir. Seterusnya penyampaian


4) Olahragawan hadiah kepada pemenang Olahragawati dan Olahragawan
& Sekolah pada tahun ini.
Olahragawati
Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati
Sekolah ialah ____________________________.
Untuk makluman semua, beliau telah memenangi
acara________________________________________________
______________________________________________
_________________________________________________

Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini.


Olahragawan Sekolah pada tahun ini
ialah ____________________.
Beliau telah meraih pingat dalam acara
____________________________________________________
____________________________________________________
___________________________________________

- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


_________________________________________________atas
kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

UCAPAN Hadirin dan hadirat sekalian,


PERASMIAN
PENUTUPAN Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Mikrolimpik SK Aru Baru
2014 diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha En Awang
Morni bin Haji Muda, Guru Besar SK Aru Baru untuk memberikan
ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

(UCAPAN)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan tuan guru
besar sebentar tadi.

Untuk menyempurnakan penutupan kejohanan Mikrolimpik pada


kali ini, majlis sekali lagi ingin menjemput Yang Berusaha Encik
Awang Morni bin Haji Muda, Guru Besar SK Aru Baru untuk
mempersila dan mengiringi
_________________________________________________
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Penutupan Kejohanan Mikrolimpik SK Aru Baru 2014.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Dengan itu,maka berakhirlah Kejohanan Mikrolimpik SK Aru Baru


2014.
.
Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang
berjaya. Kepada yang masih gagal teruskan usaha dan,jangan
berputus asa.

Sebelum mengundur diri, saya bagi pihak urusetia menyusun


sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar
bahasa dan di atas segala kukurangan dan kelemahan sepanjang
mengendalikan majlis.

Akhir kata, Majulah Sukan untuk Negara. Majulah sukan untuk


SK Aru Baru.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai