Anda di halaman 1dari 1

(ix) Pemindahan Teknologi Pemindahan teknologi akan digalakkan dan disokong dengan latihan, perjanjian kerjasama, usaha P&P

dan satu mekanisma perlu ditubuhkan untuk mengkaji kemajuan pemindahan teknologi melalui aktiviti pengawasan, penilaian dan kajian. Pemindahan teknologi ini adalah secara berperingkat dan memerlukan masa dan tenaga pengajar yang mencukupi. Pemindahan sain dan teknologi dilakukan melalui latihan dalam perkhidmatan setiap anggota kerja professional dan bukan professional sama ada sektor swasta mahupun sektor awam. Bagi memenuhi hasrat pemindahan sains dan teknologi dalam masyarakat, setiap individu dibekalkan dengan kemahiran komputer dan alatan ICT. Penggunaan sains dan teknologi di dalam sektor perindustrian, pertanian, pendidikan dan sektor awam semakin meningkat dari hari ke hari dan dengan penyiapan diri setiap individu memudahkan transformasi tersebut.

(x) Komputerisasi Usaha untuk meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dalam pelajaran, industri dan pengurusan penyelidikan akan diberi keutamaan. Dengan menggunakan komputer ataupun sistem yang berhubungkait dengan sains dan teknologi dapat mengurangkan sebarang kelewatan ataupun ketepatan penyelidikan dan pengurusan dapat diselesaikan dengan efisien. Kerajaan Malaysia secara saban hari

memperkenalkan sistem melalui laman sesawang ataopun online bertujuan untuk membekalkan maklumat serta secara tidak langsung setiap rakyat di Malaysia mempelajari berkaitan dengan sains dan teknologi tersebut.

Anda mungkin juga menyukai