Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 13

TEKS JURUACARA
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2023

JURUACARA:
ADAM HARITH (3 ZETA)
IZZARIF (3 DELTA)

7.30 – 10.00 AM
Surau Raudhatunnur, SMK USJ 13
29 September 2023 (Jumaat)

1
TEKS JURUACARA MAJLIS

1 Pendahuluan ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

A
Pengacara ‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف‬
Majlis ‫األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬.
‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬
‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬.
Hadirin yang di rahmati, kita mulakan majlis
dengan bacaan ummul kitab Al fatihah

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.
2 Protokol Yang Berusaha
Salutasi Puan Wan Noraini Binti Wan Yaakub
Pengetua SMK USJ 13

Yang Dialu-alukan
Yang dihormati
Ustaz Abdul Hakim Bin Khairuddin’

Yang dihormati
En. Suhaimi Bin Mohd Dasir
Yang Dipertua PIBG SMK USJ 13

Yang Berusaha
Puan Azura binti Abu Bakar
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Azura Binti Ahamed Hambal


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Amiin Nahlah Binti Sarwani

2
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang dihormati,
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, AJK PIBG,
Para guru, Para tetamu jemputan, seterusnya
Putera puteri thirteenians yang di hormati
sekalian.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Maulidur


Rasul 1445H/2023M dengan tema “Perpaduan
Teras Malaysia Madani”.

Kayu dibelah di tepi paya,


Sampai di baruh gelap gelita,
Lahirnya Rasulullah membawa cahaya,
Menerangi seluruh alam semesta.

Sampai di baruh gelap gelita,


Suram cahayanya di rumah bonda,
Menerangi seluruh alam semesta,
Dengan berkatnya kelahiran baginda.

Hadirin,
Sesungguhnya, kelahiran Junjungan Besar Nabi
Muhammad s.a.w. merupakan Khatimul Anbia’
yang dinanti-nantikan oleh sekalian makhluk.
Kelahiran Baginda membawa sinar cahaya yang
menerangi kegelapan jahiliah. Baginda
memandu hati dan jiwa dengan menjunjung

3
Islam sebagai penunjuk arahnya.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul 1445 Hijrah ini


merupakan satu pembuktian cinta kita terhadap
Baginda Rasulullah s.a.w. yang tidak berbelah
bahagi selain mengamalkan sunnah Baginda dan
menjadikan Rasulullah sebagai idola sepanjang
zaman.
3 Bacaan doa Hadirin yang dirahmati sekalian,

Demi memberkati acara dan agenda kita,


Marilah kita semua,
I
Selaku insan kerdil sifat dan upaya,
Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,
Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,
Dengan bait-bait doa serta munajat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan saudara Ikhwan Hilmi Bin Noor
Sazali Untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
(Bacaan Doa)

Amin, aminn ya Rabbal A’lamin..


Terima kasih diucapkan kepada Saudara Ikhwan
Hilmi Bin Noor Sazali atas bacaan doa itu tadi.
4 Ucapan

4
Pengetua Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian,
Majlis diteruskan dengan mempersilakan,
Yang Berusaha,
Puan Wan Noraini Binti Wan Yaakub,
Pengetua SMK USJ 13
Untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(Ucapan Pengetua)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih


kepada Yang Berusaha,
Pn. Wan Noraini Binti Wan Yaakub
atas kesudian menyampaikan ucapan itu tadi.
5 Ceramah Hadirin yang dihormati sekalian,
Maulidur
Rasul Abu Hamid Al-Ghazali pernah berkata:
”Awal dari pengetahuan itu ialah diam, lalu
mendengar, kemudian menyerap, mengamalkan
dan menyebarluaskan. Seterusnya ajarkanlah
ilmu itu kepada orang yang tidak
mengetahuinya.”

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan


mempersilakan penceramah kita pada hari ini,

Yang dihormati,

5
Ustaz Abdul Hakim Bin Khairuddin, Beliau
merupakan lulusan dari Universiti Al Azhar,
Mesir, dan kini berkhidmat di Sekolah Agama
Menengah Bestari, Subang Jaya.

Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan


Al Fadhil Ustaz untuk menyampaikan ceramah
yang bertajuk Isyarat Cinta Maulid. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan…

(Ceramah)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


Ustaz Abdul Hakim Bin Khairuddin,
atas kesudian hadir dan menyampaikan ceramah
yang sungguh bermanfaat sebentar tadi.

Semoga para hadirin dapat mengambil ibrah dan


tarbiah daripada ceramah Isyarat Cinta Maulid
yang telah disampaikan.
6 Penyampaian Seterusnya majlis menjemput,
cenderahati Yang Berusaha,
Pn. Wan Noraini Binti Wan Yaakub
Pengetua SMK USJ 13
Untuk menyampaikan cenderahati kepada
Penceramah kita pada hari ni
Yang dihormati,

6
Ustaz Abdul Hakim Bin Khairuddin.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan…

(Penyampaian Cenderahati)

Ribuan terima kasih diucapkan kepada


Puan Pengetua dan Ustaz Abdul Hakim.
7 Nasyid Hadirin dihormati,
Selawat Bagi mengimarahkan majlis sambutan Maulidur
Rasul kita pada pagi ini, marilah kita hayati
persembahan Nasyid Selawat oleh Kumpulan
Jundullah, dipersilakan

(nasyid selawat)

Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan


Jundullah atas persembahan itu tadi.
8 KUIZ Majlis seterusnya menjemput Ustazah Wan

I
Mashitah Binti Wan Lolok untuk meneruskan
acara Kuiz Maulidur Rasul Dipersilakan.

(Kuiz

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Ustazah Mashitah yang telah mengelolakan Kuiz
Maulidur Rasul itu tadi.
9 Sesi Hadirin sekalian,

7
bergambar Majlis seterusnya mempersilakan tetamu
jemputan bersama-sama barisan pentadbir SMK
USJ 13 untuk sesi bergambar. Dipersilakan.
10 Penutup Hadirin yang dikasihi sekalian,

Dengan ini, maka berakhirlah sudah majlis kita


pada hari ini. Kami mewakili Jawatankuasa
Pelaksana Majlis Sambutan Maulidur Rasul SMK
USJ 13 tahun 2023/1445H memohon seribu
kemaafan andai ada terlanjur kata, tersilap
bicara dan kekurangan sepanjang
berlangsungnya majlis. Jutaan terima kasih
diucapkan kepada barisan pentadbir SMK USJ 13,
para tetamu jemputan, AJK PIBG, para guru dan
seluruh warga thirteenians yang sudi
meluangkan masa untuk menjayakan Majlis
Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini.

Nabi Muhammad junjungan Ummat,


Membawa rahmat membawa berkat,
Marilah kita banyakkan selawat,
Untuk syafaat di hari akhirat.

Hiasan meja si kain renda,


Sulaman tangan ibu saudara,
Contohi sifat akhlak Baginda,
Agar hidup kita sejahtera.

8
Kita akhiri majlis dengan tasbih kifarah dan surah
Al Asr.

Sekian,Wabillahitaufiq walhidayah,
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.
Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai