Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA

sempena

MAJLIS KHATAM AL QURAN


2022/2023
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTANAH ASMA

07 FEBRUARI 2023 | SELASA


8.00 PAGI
DEWAN SERI IMTIAZ
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTANAH ASMA

Cikgu Suzi Che Nat

@scn™
Atur cara / Teks Catatan
Pengacara

PENGUMUMAN

Salutasi Yang Berusaha,


Dan Selamat Pn Zuraimi binti Mansor
Datang Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma

Yang Berusaha,
Tn Hj Abd Rahim bin Mat Sam
YDP Cemerlang
PIBG SK Sultanah Asma

Yang Dihormati
Barisan Penolong-penolong Kanan

En Wan Anisham Wan Ishak


Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Nazreyana binti Nordin


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Siti Hajar binti Othman


Penolong Kanan Kokurikulum

Rakan-rakan guru yang dihormati, disenangi


dan disayangi

Seterusnya puteri-puteri ASMA yang dikasihi


sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

@scn™
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan
menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat
Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana
dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita
dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-
Quran peringkat sekolah pada hari ini.

Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan


generasi yang cintakan al-Qur’an dapat
direalisasikan melalui program-program
sebegini.

Zikir munajat pembersih jiwa


Doa dipohon menjana takwa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,


marilah kita sama-sama menadah tangan
penuh kehambaan kepadaNya

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan al- Fadhil Ustaz Muhd
Solahuddin bin Abd Aziz bagi memimpin
bacaan doa.
Bacaan Doa
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakannya.

******************Bacaan Doa*******************

Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada al-


Fadhil ustaz atas bacaan doa itu tadi.

Semoga majlis kita mendapat keberkatan


dan dalam lindungan Allah SWT.

@scn™
Ucapan dan Seterusnya majlis mempersilakan
Perasmian
oleh GB Yang berusaha,
Pn. Zuraimi binti Mansor

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma

untuk menyampaikan ucapan seterusnya


merasmikan Majlis Khatam Al Quran pada
hari ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

****************ucapan GB****************

Acara memotong pulut kuning sangat


simbolik dan begitu sinonim dengan Majlis
Khatam Al Quran.

Mengimbau kenangan sewaktu kecil cikgu2


ni.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Zuraimi


atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Serah kepada Tanpa melengahkan masa, saya serahkan


Khalifah Majlis Khatam Al Quran pada hari ini kepada
khalifah kita, Al Fadhil Ustaz Muhd Zaini bin
Muhd Salleh.

Dipersilakan Al Fadhil ustaz.

Penyampaian Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan


Cenderamata acara penyampaian sijil dan cenderamata
kepada semua pengkhatam kita pada hari
ini.

@scn™
Untuk menyempurnakan penyampaian sijil
dan cenderamata, majlis mempersilakan
Yang Berusaha, Pn Zuraimi binti Mansor diiringi
oleh semua jemputan.

***********penyampaian hadiah**********

Terima kasih juga diucapkan kepada Puan


Zuraimi atas kesudian menyempurnakan sesi
penyampaian sijil dan cenderamata itu tadi.

Penutup Dengan berakhirnya sesi penyampaian


cenderamata itu tadi, maka selesai sudah
majlis khatam Al Quran pada hari ini.

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua


pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis
kita pada hari ini.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon


ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita


pada hari ini dengan membaca tasbih
kaffarah dan surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit


Taufiqwal Hidayah wassalamu `alaikum
waRahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi
AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

Sekian

@scn™

Anda mungkin juga menyukai