Anda di halaman 1dari 8

TEKS YANG DIPERTUA DEWAN

Sebelum memulakan sidang pastikan semua peserta dan panel juri sudah
mengambil tempat masing-masing.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sidang dewan yang dihormati. Selamat


bertemu dalam persidangan kita bagi sesi kali ini. Persidangan kita akan
dimulakan sekarang. Izinkan saya untuk mempersilakan dan memperkenalkan
Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan menyampaikan hujah-hujah serta bidasan
pada persidangan kali ini.

PIHAK KERAJAAN
Diwakili oleh
· YAB Perdana Menteri :
……………………………………………………………………………………….
· YB (Menteri Kedua)
……………………………………………………………………………………….
· YB (Menteri Ketiga)
………………………………………………………………………………………..
PIHAK PEMBANGKANG
Diwakili oleh
· YAB Ketua pembangkang:
……………………………………………………………………………………….
· YB Pembangkang Kedua
……………………………………………………………………………………….
· YB Pembangkang Ketiga
……………………………………………………………………………………….

PANEL JURI
Dengan penuh takzimnya diperkenalkan
· Encik/Puan/Cik …………………………………………………………………….
· Encik/Puan/Cik …………………………………………………………………….
· Encik/Puan/Cik …………………………………………………………………….
· Encik/Puan/Cik …………………………………………………………………….
· Encik/Puan/Cik …………………………………………………………………….

Ahli-ahli Yang Berhormat, Sidang Dewan yang Dihormati


Izinkan saya memperingatkan ahli-ahli Yang Berhormat akan peraturan dan
tatacara semasa Dewan kita bersidang.

1
1. Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi
seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk
mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.

2. Setiap pembahas diberi masa 5 minit untuk berucap. Masa bagi ucapan
penggulungan pula ialah 3 minit. Masa akan diambil kira dari permulaan
pembahas berucap.

3. Loceng akan dibunyikan sekali pada akhir minit pertama (awal minit
kedua) menandakan bahawa ruang dibuka kepada pasukan lawan untuk
membuat izin laluan. Manakala pada akhir minit keempat (5:00s) loceng akan
dibunyikan sekali menandakan masa telah tamat untuk pihak lawan membuat
izin laluan.

4. Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit KELIMA menandakan bahawa
masa untuk pembahas berucap sudah tamat.

5. Bagi sesi penggulungan, kedua-dua pasukan akan diberi masa 3 minit sebagai
masa persediaan sebelum membuat ucapan penggulungan masing-masing.

6. Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan bahawa


kedua-dua pasukan diberi masa tiga minit sebagai masa persediaan sebelum
pasukan-pasukan tersebut membuat penggulungan.

7. Pada minit kedua masa penggulungan, penjaga masa akan membunyikan


loceng amaran dan pada minit ketiga loceng dibunyikan dua kali menandakan
masa telah tamat untuk pembahas.

8. Semasa satu pihak sedang berucap, ahli pasukan lawan boleh memohon Izin
laluan dalam bentuk
●Persoalan
●Kenyataan
●Fakta/penjelasan/pembetulan

9. Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap Izin laluan. Izin laluan
haruslah padat dan bernas.Tiada izin laluan semasa sesi penggulungan

10.Izin laluan dipohon dengan seorang pembahas berdiri atau mengangkat tangan
dan menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang berucap tidak dimestikan menerima
setiap izin laluan.

2
11.Pembahas tidak dibenarkan berdiri di tempat masing-masing, sebaliknya
hendaklah keluar ke hadapan di kawasan yang dibenarkan.

12. Pembahas tidak dibenarkan bergerak ke kawasan pasukan lawan.


13. Kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang mendapat undi majoriti
daripada panel hakim.
14.Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.

Sidang dewan yang dihormati


Usul yang akan dibahaskan pada sesi kali ini ialah
………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………..

Adalah diharapkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat akan menumpukan hujah dan
bidasan kepada usul tersebut

Sidang dewan yang dihormati,


Kita mulakan tirai perbahasan pada hari ini. Dengan ini saya mempersilakan
YAB Perdana Menteri
……………………………………………………………………….
tampil untuk mengemukakan usul perbahasan, menyampaikan difenisi dan
membahaskan isu tersebut bagi pihak KERAJAAN. Dipersilakan.

(YAB Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapan)


Bagi Pihak Dewan, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana
Menteri atas hujah yang dikemukakan.

**********************************

Seterusnya dipersilakan pula


YB……………………………………………………………
selaku Ketua Pembangkang untuk menyampaikan hujah serta membahaskan isu
tadi bagi pihak PEMBANGKANG. Dipersilakan

(YAB Ketua Pembangkang selesai menyampaikan hujah)


Terima kasih kepada YB Ketua Pembangkang atas hujah yang dikemukakan
tadi.

3
Sidang dewan yang dihormati,

Perbahasan dalam Persidangan Parlimen sesi ini diteruskan lagi. Dengan ini
saya mempersilakan YB
…………………………………………………………………………
Menteri Kedua KERAJAAN untuk mengemukakan bidasan dan hujah-hujah
beliau.Dipersilakan.

(YB Menteri Kedua selesai menyampaikan ucapan)


Terima kasih diucapkan kepada YB ……………………………………

***********************
Isu perbahasan yang semakin hangat dibahaskan ini diteruskan lagi. Dengan ini
saya mempersilakan YB …………………………………………………
Pembangkang kedua bagi pihak PEMBANGKANG untuk mengemukakan
bidasan dan hujah-hujahnya. Dipersilakan

(YB Pembangkang Kedua selesai menyampaikan hujah)


Terima kasih YB

***********************
Sidang dewan yang dihormati,

Dewan pada sesi kali ini akan lebih bergema lagi dengan bidasan daripada
kedua-dua belah pihak Dengan ini saya mempersilakan Menteri Ketiga
KERAJAAN untuk mengemukakan bidasan-bidasan seterusnya
memperkukuhkan kes yang dibawa oleh pihak KERAJAAN.
Dipersilakan.

(YB Menteri Ketiga selesai menyampaikan ucapan)


Terima kasih diucapkan kepada YB ……………………………………

4
Perbahasan diteruskan lagi dengan memperkenalkan YB Pembangkang Ketiga
bagi pihak PEMBANGKANG tampil untuk mengemukakan bidasan-bidasan dan
seterusnya memperkukuhkan kes yang dibawa oleh pihak PEMBANGKANG.
Disilakan YB………………………………………………………………….

(YB Pembangkang Ketiga selesai menyampaikan ucapan)


Terima kasih YB.

****************************
Sidang dewan yang dihormati

Demikianlah tadi kita melihat dan mendengar hujah-hujah serta bidasan-bidasan


daripada Ahli-ahli Yang Berhormat pihak KERAJAAN dan pihak
PEMBANGKANG. Untuk memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat
membuat persediaan ucapan bagi sesi penggulungan, Dewan ditangguhkan
selama tiga minit.

(PERBINCANGAN SELAMA TIGA MINIT)

Pastikan penjaga masa mengambil masa persediaan selama 3 minit.


Bunyikan loceng sekali setelah tiga minit tamat.

Sidang dewan yang dihormati,

Cukup tempoh tiga minit masa perbincangan diperuntukkan kepada Ahli-ahli


Yang Berhormat. Perbahasan usul akan diteruskan dengan sesi penggulungan.
Saya mulakan dengan mempersilakan YB wakil pihak PEMBANGKANG tampil
untuk menyampaikan ucapan penggulungan.
Dipersilakan
YB ……………………………………………………………………………………….

(YB wakil PEMBANGKANG selesai menyampaikan penggulungan )


Terima kasih YB.

Ahli-ahli Yang Berhormat


Sidang dewan yang dihormati. Seterusnya kita mempersilakan wakil pihak
KERAJAAN pula tampil untuk menyampaikan ucapan penggulungan.
Dipersilakan YB………………………………………………………………..
(YB wakil KERAJAAN selesai menyampaikan penggulungan)
Terima kasih YB

5
Ahli-ahli yang Berhormat, Sidang dewan yang dimuliakan,

Dengan ucapan penggulungan oleh pihak KERAJAAN itu tadi maka berakhirlah
persidangan Dewan kita pada kali ini. Sehingga bertemu semula pada Sidang
Dewan yang akan datang. Dengan ini saya mengucapkan terima kasih dan
syabas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh Sidang Dewan yang telah
bersama-sama menjaga keharmonian Dewan ini.

Saya selaku Yang Arif Tuan Yang Dipertua Dewan dengan ini menangguhkan
Persidangan Dewan pada kali ini.

· Tunggu panel juri selesai membuat keputusan


· Pengumuman keputusan akan dilakukan oleh Tuan Yang Dipertua Dewan
setelah menerima keputusan daripada Ketua Panel Juri.
· Bacakan keputusan mengikut perkara yang terkandung dalam borang
keputusan rasmi Ketua Panel Juri. Jangan lakukan sebarang penambahan
ayat.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum, wm wb. Terima kasih.

6
BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU
TURUTAN PENYAMPAIAN HUJAH
(Dilengkapkan oleh Speker Dewan Sebelum memulakan persidangan)

KERAJAAN
SK
………………………………………………………………………………………………

PEMBAHAS NAMA PENUH


YAB Perdana Menteri
YB Menteri Kedua
YB Menteri Ketiga

PEMBANGKANG
SK
………………………………………………………………………………………………
.

PEMBAHAS NAMA PENUH


YAB Perdana Menteri
YB Menteri Kedua
YB Menteri Ketiga

7
BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU
(Dilengkapkan oleh Speker Dewan Sebelum memulakan persidangan)

PANEL HAKIM

NAMA PENUH SEKOLAH / JABATAN

Anda mungkin juga menyukai