Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN A – 30 markah

Bahagian ini mengandungi 30 soalan yang diikuti pilihan jawapan.


Tandakan dan hitamkan jawapan yang betul dalam kertas jawapan objektif yang
disediakan.

1. Maksud Sejarah mengikut Kamus Dewan ialah____________

A. Tindakan manusia dan sebab – sebab yang dilakukan oleh mereka.


B. Menceritakan hal tentang manusia dan perbuatan – perbuatan yang
berlaku dalam masyarakat tersebut.
C. Peristiwa yang benar – benar berlaku pada waktu yang lampau.
D. Peristiwa yang berlaku pada masa kini.

2. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber kedua yang boleh
digunakan untuk mengkaji sejarah?

A. Fosil
B. Artifak
C. Batu bersurat
D. Akhbar

3. Jika Alya ingin mengetahui tentang sejarah sekolah, dia perlu menggunakan
kaedah________

A. Lisan - temubual
B. Arkeologi
C. Cari gali
D. Penyelidikan

4. Apakah tinggalan sejarah yang boleh dilihat di muzium?

I. Gendang Dongson
II. Candi Lembah Bujang, Kedah
III. Manuskrip Sejarah Melayu
IV. Pemukul Kulit Kayu

A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan III
D. I, III dan IV

1
5. Apakah maksud sebelum Masihi (SM)?

A. Zaman selepas kelahiran Nabi Isa


B. Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa
C. Zaman semasa kelahiran Nabi Isa
D. Zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad

6. Apakah yang dimaksudkan dengan kronologi?

A. Urutan atau susunan peristiwa


B. Peristiwa penting
C. Masa silam
D. Zaman

7. Berikut tinggalan – tinggalan sejarah di tapak – tapak arkeologi di negara kita


kecuali…..

A. Bukit Tengkorak, Sabah


B. Candi Lembah Bujang, Kedah
C. Homo Sapien Sapien
D. Gua Niah, Sarawak

8. Apakah kepentingan mempelajari sejarah?

I. Memupuk semangat patriotism


II. Menghargai sumbangan dan jasa pemimpin negara
III. Menghargai dan memelihara kemerdekaan
IV. Mengajar kita mengulangi kesilapan masa lalu

A. I dan II
B. I dan III
C. I, II, dan III
D. I, II, dan IV

9. Maklumat ringkas diri seseorang ialah ___________

A. nama
B. tarikh lahir
C. biodata
D. warganegara

2
10. Salasilah penting untuk mengetahui _________________ keluarga kita.

A. harga diri
B. asal usul
C. nama
D. kelahiran

11. ______________ ialah sijil yang mengandungi keterangan mengenai butir –


butir kelahiran.

A. Sijil kelahiran
B. Biodata
C. Jantina
D. Maklumat diri

12. Keluarga asas terdiri daripada ___________________

A. Ibu dan bapa


B. Ibu, bapa dan anak – anak
C. Ibu, bapa, datuk dan nenek
D. Ibu, bapa datuk, nenek dan anak – anak

13. Keluarga bahagia ialah ___________________

A. Keluarga yang sering bergaduh


B. Keluarga yang bermasalah
C. Keluarga yang harmoni dan hidup dengan kasih sayang
D. Keluarga yang saling membenci

14. Mengapakah kita perlu memanggil anggota keluarga dengan panggilan yang
sopan?

A. supaya dapat mewujudkan kemesraan dalam keluarga


B. untuk menggalakan pergaduhan dalam kalangan ahli keluarga
C. untuk mengguris hati ahli keluarga
D. untuk mengelakkan hubungan yang rapat

15. Apakah panggilan bapa dalam kalangan orang India?

A. Appa
B. Akka
C. Amma
D. Annan

3
16. Kita perlu memberikan ______________ ketika berjumpa dengan orang lain.

A. panggilan
B. salam
C. hormat
D. adab

17. Mengapakah kita perlu makan dengan sopan?

A. supaya tidak cepat habis


B. supaya cepat hadam
C. supaya tidak tercekik
D. supaya muntah

18. Berikut ialah identiti sekolah kecuali…

A. Bangunan
B. Visi
C. Misi
D. Lencana

19. Apakah maksud warna kuning pada lencana Sekolah Kebangsaan Sultanah
Asma?

A. Padi yang sudah masak menguning


B. Warna diraja bersempena nama sekolah yang menggunakan nama
tuanku sultanah
C. Lambang kemegahan sekolah
D. Warna kegemaran murid - murid dan guru – guru

20. Berikut perkara yang kita perlu lakukan ketika lalu di hadapan orang yang
lebih tua kecuali

A. Meminta kebenaran untuk lalu


B. Tunduk
C. Berjalan tanpa tunduk
D. Berjalan dengan hormat

21. Cogan kata ialah …

A. ungkapan ringkas yang menjadi pegangan bersama


B. pandangan jauh
C. langkah untuk mencapai visi
D. ciri – ciri yang terdapat pada seseorang

4
22. Apakah tugas guru besar?

A. Menguruskan aktiviti kokurikulum


B. Mengendalikan semua perkara berkaitan dengan kebajikan dan
keselamatan murid
C. Menguruskan hal berkaitan pentadbiran dan perkhidmatan di sekolah
D. Menyelaraskan semua program akademik sekolah

23. Nama Sekolah Kebangsaan Yamtuan Hitam adalah semopena nama


________________.

A. Yamtuan Besar
B. Yang Dipertua Negeri
C. Yang Dipertuan Agong
D. Perdana Menteri

24. Kita akan berasa ______________ memakai lencana sekolah pada pakaian
seragam kita.

A. sedih
B. ragu
C. bangga
D. geram

25. Berikut ialah warisan alat muzik kecuali______________.

A. Sape
B. Sompoton
C. Gendang
D. Gitar

26. Sejarah Melayu disusun dan ditulis oleh _________________

A. Homo Sapien Sapien


B. Tan Cheng Lock
C. Tunku Abdul Rahman
D. Tun Seri Lanang

5
27. Apakah jenis komunikasi pada gambar kedua?

A. Telefon pintar
B. Telegraf
C. Komputer
D. Radio

28. ___________________ merupakan tapak arkeologi yang terkenal di Asia.

A. Candi Lembah Bujang, Kedah.


B. Bukit Tengkorak, Sabah.
C. Gua Niah, Sarawak.
D. Sungai Pahang,Terengganu.

29. Kemerdekaan Tanah Melayu diberikan oleh kerajaan British pada


___________________.

A. 31 Mei 1957
B. 31 Ogos 1957
C. 28 Ogos 1957
D. 28 Mei 1957

30. Kaedah arkeologi ialah ________________________.

A. temu bual
B. kajian sumber bahan bertulis
C. kajian sumber bahan bercetak
D. kajian terhadap tinggalan purba

6
BAHAGIAN B – 20 markah
Bahagian ini mengandungi 20 soalan subjektif.
Pilih jawapan yang betul dan tulis jawapan pada tempat kosong yang disediakan.

●visi ●Yamtuan Besar ●bersih ●identiti ●Sejarah

●Guru Penolong Kanan Pentadbiran ●Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

●kebenaran ●gelojoh ●berdoa

1. Kita perlu meminta __________________ daripada ibu, bapa atau penjaga


sebelum keluar dari rumah.

2. _______________ bermaksud wawasan atau pandangan jauh.

3. Sekolah yang __________________ akan meningkatkan semangat murid


untuk belajar.

4. ________________________bertanggungjawab menguruskan hal berkaitan


dengan program akademik sekolah.

5. Kita tidak sepatutnya makan secara __________________.

6. Bendera dan lencana sekolah merupakan _____________________ yang


menjadi kebanggaan setiap murid.

7. ____________________ berperanan mengendalikan perkara berkaitan


dengan kebajikan dan keselamatan murid di sekolah.

8. Sekolah Kebangsaan Yamtuan Hitam pernah menjadi Johan Pertandingan


Galeri _________________ pada tahun 2011.

9. Sebelum makan kita perlulah _________________.

10. Nama Sekolah Kebangsaan Yamtuan Hitam adalah sempena nama


___________________.

( 10 markah )

7
Lengkapkan borang di bawah dengan biodata diri anda.

BIODATA SAYA

Nama sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN SULTANAH ASMA


Tahun : 2018
Maklumat Murid
Nama : ______________________________________________

Tarikh Lahir : _________________ Jantina : ________________

Tempat Lahir : ________________________________________

Warganegara : ________________ Kaum : _________________

Agama : _______________ No MyKid : ____________________

Alamat kediaman : _____________________________________


____________________________________________________
____________________________________________________

(10 markah)
Alamat = 2markah

Anda mungkin juga menyukai