Anda di halaman 1dari 7

NAMA: _____________________

KELAS: ____________

SOALAN LATIHAN UNIT 1 – 3


SEJARAH TAHUN 4

A. Pilih dan bulatkan jawapan yang paling tepat.

1. ‘Sejarah menceritakan tentang masyarakat atau peradaban manusia serta perubahan-perubahan yang berlaku
dalam masyarakat itu.’
Ungkapan tersebut dipetik dari kata-kata…
A. Herodatus
B. Aristotle
C. Ibn Khaldun
D. Mohd Yusof Ibrahim

2. Makna Sejarah yang paling tepat ialah…


A. peristiwa yang akan berlaku
B. cerita yang menarik untuk dibaca
C. cerita dongeng yang berlaku pada waktu lampau
D. peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau dan ada bukti

3. Berapakah sumber Sejarah?


A. 1
B. 2
C. 3
D. 4

4. Berikut merupakan sumber-sumber pertama, KECUALI…


A. fosil
B. artifak
C. ensiklopedia
D. batu bersurat

5. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘ARTIFAK’?


A Contengan pada dinding gua oleh manusia lampau
B Barang tinggalan yang dicipta oleh manusia
C Sumber lisan seperti rakaman audio
D Naskhah tulisan tangan

6. _____________ ialah tinggalan haiwan atau tumbuhan yang terawet.


A Fosil
B Manuskrip
C Artifak
D Dokumen

7. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Sumber Primer’?


A Sumber alam
B Sumber dari tuhan
C Sumber yang didapati dari temubual
D Sumber yang berada dalam bentuk asal dan belum diolah

8. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Sumber Sekunder’?


A Penulisan yang dihasilkan daripada sumber asal.
B Sumber alam yang diambil oleh manusia.
C Sumber yang belum ditafsir, diolah atau dicetak.
D Sumber yang didapati dari kaedah arkeologi.

9. Mengapakah Sumber Sejarah penting?


A Hasil pameran muzium dan perpustakaan sekolah
B Bukti bagi memahami sesuatu peristiwa
C Rujukan dalam menjawab soalan peperiksaan
D Boleh dijadikan pengajaran

10. Berikut merupakan kaedah dalam penyelidikan Sejarah, KECUALI…


A kaedah Lisan
B kaedah Bertulis
C kaedah Arkeologi
D kaedah Membaca

11. Apakah maksud Kaedah Arkeologi?


A Penulisan yang dihasilkan daripada sumber asal.
B Proses mendapatkan maklumat melalui temui bual.
C Proses mendapatkan maklumat daripada tulisan dan lakaran.
D Proses mendapatkan maklumat daripada bahan tinggalan Sejarah melalui proses
gali cari.

12. Muzium berperanan sebagai…


A tempat bersiar-siar sambal membeli barangan purba
B tempat menyimpan dan memelihara bahan-bahan bersejarah
C tempat orang ramai berkumpul dan menjual barangan sejarah
D tempat orang ramai mendapatkan maklumat tentang sesuatu tempat

13. Mengapakah Sejarah penting dalam kehidupan kita?


A Mengetahui cerita seseorang
B Boleh menjadi iktibar dan pelajaran
C Melahirkan masyarakat yang suka membaca
D Bersemangat untuk berperang dengan orang lain

14. Pilih padanan yang betul dan tepat.


A Alaf – 10000 tahun
B Abad – 100 tahun
C Dekad – 1 tahun

15. Apakah maksud KRONOLOGI?


A Rentetan masa selama 5 tahun
B Rentetan peristiwa yang berlaku dalam tempoh 10 tahun.
C Rentetan peristiwa yang berlaku dalam tempoh 1 tahun.
D Rentetan peristiwa yang berlaku mengikut urutan masa.

16. Setiap peristiwa yang berlaku mempunyai __________ dan ___________.


A sebab ….. punca
B punca ….. kesimpulan
C sebab ….. akibat
D kesimpulan ….. akibat
17. Apakah maksud BIODATA DIRI?
A Pengenalan diri seseorang
B Dokumen berkaitan orang lain
C Keterangan tentang diri dan keluarga
D Profil yang mengandungi maklumat tentang diri kita

18. Keluarga ASAS terdiri daripada…


A datuk, nenek dan ibu ayah
B ayah, ibu dan anak-anak
C ayah, ibu, datuk dan nenek
D ayah, ibu, ayah saudara dan ibu saudara

19. Bagaimanakah kita menunjukkan rasa hormat kepada ahli keluarga?


A Mengambil barang kepunyaan keluarga sesuka hati
B Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka
C Tidak mahu mendengar nasihat daripada ahli keluarga
D Menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam keluarga

20. Apakah gelaran nama bagi anak sulung dalam keluarga?


A Adik
B Along
C Angah
D Busu

21. Apakah peranan anak terhadap keluarga yang paling tepat?


A Mencari nafkah
B Menyediakan tempat tinggal
C Membantu ibu bapa melakukan kerja rumah
D Meminta makan dan minum dengan banyak

22. Siapakah yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi sekolah?


A Guru
B Murid
C Guru besar
D Guru penolong kanan

23. Apakah yang dimaksudkan dengan VISI?


A Sesuatu yang hendak dicapai
B Lambang kebanggaan sekolah
C Wawasan atau berpandangan jauh
D Langkah untuk mencapai kejayaan

24. Antara berikut, manakah yang menunjukkan sikap murid yang bertanggungjawab?
I Mematuhi disiplin sekolah
II Bermain semasa guru sedang mengajar
III Membuang sampah di kawasan sekolah
IV Menggunakan kemudahan sekolah dengan baik
A I dan II C I dan III
B II dan III D I dan IV
25. Lambang sesebuah sekolah dapat dilihat melalui…
A murid
B guru
C lencana
D buku tulis

26. Bagaimanakah caranya untuk menjadikan sekolah kita bersih dan ceria?
A Mencontwng dinding sekolah
B Membuang sampah merata-rata
C Bersama-sama menanam pokok bunga di sekolah
D Mencantas pokok dan memetik bunga sesuka hati

27. Alamat tempat tinggal dapat menunjukkan…


A saiz rumah seseorang
B taraf hidup seseorang
C lokasi tempat tinggal seseorang
D bilangan ahli keluarga seseorang

28. Berikut maklumat yang mesti ada dalam penulisan alamat yang lengkap, KECUALI…
A saiz rumah
B nombor rumah
C negeri
D poskod

29. Pernyataan berikut menunjukkan keistimewaan kawasan setempat, KECUALI…


A mempunyai kemudahan asas yang mencukupi
B mempunyai pemandangan semulajadi yang indah
C dikelilingi oleh kawasan kilang yang pesat membangun
D kawasan yang mempunyai nilai sejarah yang menjadi sebutan hingga kini

30. Mengapakah kita perlu mengindahkan kawasan persekitaran tempat tinggal?


A Mengharapkan pujian orang lain
B Untuk memenangi pertandingan yang dianjurkan
C Untuk menjamin kesihatan dan keselesaan hidup
D Menggalakkan golongan remaja melepak di kawasan tersebut

B. Jawab semua soalan pada ruangan yang disediakan.

A) Isikan jawapan yang betul. (5 m)

SEKUNDER ARKEOLOGI LISAN

PRIMER BERTULIS
DUA SUMBER SEJARAH

3 KAEDAH PENYELIDIKAN SEJARAH

B) Padankan dengan padanan yang betul. (5 m)

Jarak masa 100 tahun. SEBELUM MASIHI

Jarak masa 1000 tahun. SELEPAS MASIHI


Zaman Sebelum Kelahiran Nabi Isa.
ARKEOLOGI
Zaman Selepas Kelahiran Nabi Isa.
ABAD
Kajian menggunakan kaedah dari gali untuk mendapatkan
sumber sejarah.
ALAF

C) Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. (5m)

garis menghormati asas kembangan biodata

1. Keluarga ____________ terdiri daripada ayah, ibu dan anak-anak.


2. __________________ diri merujuk kepada maklumat diri seperti nama, jantina, nama ibu bapa, tarikh dan
tempat lahir.
3. Sikap _____________________ perlu ada dalam diri setiap keluarga kerana ia dapat mengelak daripada
berlakunya perselisihan faham.
4. Perkembangan diri boleh digambarkan dalam bentuk ______________ masa.
5. Keluarga _______________ terdiri daripada datuk, nenek dan keluarga asas.

D) Tandakan (/) pada pernyataan yang menunjukkan peristiwa sejarah dan (x) pada pernyataan yang
BUKAN menunjukkan peristiwa sejarah. (5m)

1. Saya mula memasuki Tahun Satu semasa umur saya tujuh tahun.
2. Setiap hujung minggu saya dan kakak akan pergi ke perpustakaan.
3. Saya pernah berjumpa dengan Perdana Menteri pada dua tahun yang lepas.
4. Saya selalu mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan.
5. Negara kita mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

JAWAPAN SOALAN PENGUKUHAN SEJARAH TAHUN 4 UNIT 1-3

1. C 11. D 21. C
2. D 12. B 22. C
3. B 13. B 23. C
4. C 14. B 24. D
5. B 15. D 25. C
6. A 16. C 26. C
7. D 17. A 27. C
8. A 18. B 28. A
9. B 19. D 29. C
10. D 20. B 30. C

BAHAGIAN B
A)
DUA SUMBER SEJARAH

PRIMER SEKUNDER

3 KAEDAH PENYELIDIKAN SEJARAH

ARKEOLOGI LISAN BERTULIS

B)

Jarak masa 100 tahun. SEBELUM MASIHI

Jarak masa 1000 tahun.


SELEPAS MASIHI
Zaman Sebelum Kelahiran Nabi Isa.
ARKEOLOGI
Zaman Selepas Kelahiran Nabi Isa.
ABAD
Kajian menggunakan kaedah dari gali untuk mendapatkan
sumber sejarah.
ALAF

C)
1. Asas
2. Biodata
3. Menghormati
4. Garis
5. Kembangan

D)

1. Saya mula memasuki Tahun Satu semasa umur saya tujuh tahun. /
2. Setiap hujung minggu saya dan kakak akan pergi ke perpustakaan. X
3. Saya pernah berjumpa dengan Perdana Menteri pada dua tahun yang lepas. /
4. Saya selalu mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan. X
5. Negara kita mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. /

Anda mungkin juga menyukai