Anda di halaman 1dari 5

UJIAN SUMATIF 1 (2021)

SEJARAH TAHUN 4
Nama : ……………………..……………………………. Kelas : …………….……

Bahagian A

Bahagian ini mengandungi 15 soalan objektif. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bulatkan SATU sahaja jawapan yang betul.

1. Sejarah bermaksud ________________

A Peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau.


B Peristiwa pada zaman dahulu.
C Perbuatan manusia pada masa akan datang.
D Pegala bahan bacaan yang boleh didapati di semua kedai buku.

2. Sumber pertama sejarah termasuklah

A Akhbar, fosil dan tembikar


B Fosil, manuskrip dan artifak
C Artifak, tembikar dan buku
D Buku, akhbar dan majalah

3. Temubual merupakan pencarian maklumat sejarah melalui kaedah

A Arkeologi B Bertulis
C Lisan D Carigali

4. Zaman Sebelum Masihi merupakan


A Zaman bermulanya sejarah
B Zaman berakhirnya sejarah
C Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa a.s
D Zaman selepas kelahiran Nabi Isa a.s

5. Satu(1) dekad bersamaan

A 10 tahun B 100 tahun


C 1000 tahun D 20 tahun
\

1
6. Tujuan belajar sejarah adalah agar kita dapat

A Menjadikan peristiwa lampau sebagai iktibar dan semangat untuk kita


mencipta kejayaan masa kini.
B Mengenal masa lampau
C Supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama
D Supaya cemerlang dalam peperiksaan

7. Kita hendaklah menghargai warisan bangsa bagi mengukuhkan

A Kekayaan B Perkauman
C Jati diri D Kekuatan

8. Sumber maklumat sejarah mengenai diri kita dikenali sebagai

A Pakaian B Buku catatan


C Fail peribadi D Sijil kelahiran

9. Berikut merupakan butiran yang boleh didapati dalam sijil kelahiran kecuali

A Nama B Tarikh lahir


C Nama ibu D Cita-cita

10. Suraya tinggal di Taman Impian bersama ibu dan ayahnya. Dia tidak mempunyai
adik-beradik yang lain. Dia mungkin..

A Anak buah B Anak sulung


C Anak tunggal D Anak bongsu

11. Keluarga asas terdiri daripada ayah, ibu dan ___________ sahaja.

A Datuk B Nenek
C Anak D Cucu

2
12. Meminta izin sebelum keluar dari rumah ialah

A Adab makan
B Adab ziarah
C Adab melayan tetamu
D Adab meninggalkan rumah

13. Apakah yang harus dilakukan oleh Danish apabila bertemu datuk dan neneknya?

A Bersalam
B Diam
C Tunduk
D Meninggikan suara

14. Apakah nilai yang perlu diamalkan oleh setiap ahli keluarga dalam situasi di
bawah?

I Bersopan
II Berbudi bahasa
III Bersikap tegas
IV Bercakap perlahan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

15. Sekolah berfungsi sebagai

A Tempat berjumpa kawan-kawan.


B Pusat aktiviti kecergasan.
C Tempat untuk mendapatkan pendidikan secara formal.
D Taman asuhan kanak-kanak.

3
Bahagian B
Lihat gambar, kemudian isikan sumber sejarah yang betul dalam rajah di bawah.

Surat khabar Fosil Majalah

Artifak Manuskrip Buku

Sumber Sejarah

Sumber Pertama Sumber Kedua

Contoh : Artifak 3.

1. 4.

2. 5.

4
Bahagian C

Tandakan ( √ ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah.

1. Menurut Herodatus sejarah merupakan penceritaan tentang tindakan


manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.

2. "Sejarah membicarakan peradaban manusia dan perubahan yang berlaku.".


Dr. Muhd. Yusof bin Ibrahim

3. Keluarga asas terdiri daripada datuk, nenek dan ibu bapa

4. Keluarga Kembangan terdiri daripada keluarga asas, datuk dan nenek.

5. Sijil kelahiran dan Mykid boleh digunakan sebagai dokumen pengenaan


diri untuk urusan rasmi

6. Sejarah merupakan peristiwa atau kejadian akan datang yang


bermakna

7. Sumber sejarah adalah asas kepada setiap penulisan sejarah. Ia


terbahagi kepada dua sumber iaitu Sumber Primer dan Sumber Sekunder.

8. Sejarah tidak membawa apa-apa kepentingan.

9. Sebelum Masihi (SM) bermaksud Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa

10. Sumber yang belum ditafsir,diolah atau dicetak adalah sumber kedua

Anda mungkin juga menyukai