Anda di halaman 1dari 1

Alexandre Lacazette bersuara setelah mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang

Manchester United

Alexandre Lacazette yakin tidak akan ada lagi kerosakan yang menyusul setelah kecederaan yang
dialaminya dalam pertembungan dengan Harry Maguire ketika perlawanan antara Arsenal dan
Manchester United yang berakhir tanpa sebarang gol Sabtu kemarin.

Pemain antarabangsa Perancis itu telah menemui semula prestasi terbaiknya selama beberapa minggu
kebelakangan ini, dengan lima gol dalam enam penampilan terakhirnya dan sekali lagi menerajui barisan
hadapan Arsenal sewaktu ketiadaan Pierre-Emerick Aubameyang.

Lacazette mengharungi malam yang sukar ketika menentang barisan pertahanan United, tetapi masih
berusaha untuk memecah kebuntuan ketika sepakan percuma separuh masa kedua hamper menembusi
gawang Manchester United.

Pemain berusia 29 tahun itu bagaimanapun tidak mampu untuk meneruskan permainan akibat
pertembungan dengan Harry Maguire. Lacazette menerima rawatan dalam keadaan terbaring dan tidak
mampu bergerak, namun akhrnya mencuba untuk berdiri.

Usai perlawanan Mikel Arteta mengakui bahawa kecederaan yang dialami pemain nombor 9 itu
merupakan hal yang harus diambil berat. “Dia (Lacazette) terjatuh pada bahagian kepalanya, saya tidak
tahu, mereka (doktor) akan membuat pemeriksaan lanjut, sekarang ia berada di tangan
doktor”,katanya.

"Dia berasa sihat sekarang, jadi semoga tidak ada yang serius. Ini sangat membimbangkan kerana kami
mempunyai begitu banyak pemain yang tidak mampu bermain pada masa ini dan beberapa pemain
yang menghadapi kesukaran untuk tetap bermain.”

Namun Lacazette kemudian cuba menenangan ketakutan akan kerosakan serius dengan mesej di
Instagram, yang berbunyi: 'Semua baik di pihak ini. Terima kasih kepada doktor atas sokongan dan
peminat atas keprihatinan mereka’.

Anda mungkin juga menyukai